Sunday 17 May 2009

Gerak Langkah Parti Dakwah

Selepas dingin beberapa ketika iklim politik Indonesia selepas selesai Pemilu Legislatif, ia kembali memanas dengan dua hari lepas 16.05.09 penamaan calon secara rasmi dibuka dan dibuat.Berikut adalah keputusan rasmi dari KPU (Komisi Pemilihan Umum)

1. Partai Demokrat 20.85%
2. Golongan Karya (GOLKAR) 14.45%

3. Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan 14.03%
4. Partai Keadilan Sejahtera (PKS) 7.88%
5. Partai Amanat Nasional (PAN) 6.01%
6. Partai Persatuan Pembangunan (PPP) 5.32%
7. Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) 4.94%
8. Partai Gerakan Indonesia Raya (GERINDRA) 4.46%
9. Partai Hati Nurani Rakyat (HANURA) 3.77%

Umumnya Negara Indonesia adalah Negara republik. Untuk mana-mana parti mengajukan calon presiden dan wakil presiden dari partinya sendiri,parti itu haruslah memiliki sekuran-kurangnya 20% dari pungutan suara pemilu legislative. Jika sesuatu parti itu mendapat kurang dari itu,tetapi masih mahu mengajukan calon,ia perlu koalisi (bergabung) dengan parti-parti lain untuk mencukupkan kouta 20%.

Melihat dari itu,satu-satunya parti yang boleh mengajukan calon dengan mandiri tanpa bergabung adalah Demokrat.Tetapi menjadi risiko besar baginya jika tidak bergabung dengan parti lain kerana parti-parti kecil akan membentuk bloknya sendiri.Sudahnya parti kecil ini pula memegang majority.

Melihat scenario dua hari lepas, ada tiga blok muncul iaitu Demokrat yang dipimpin oleh Susilo Bambang Yudhoyono(SBY), GOLKAR oleh Jusuf Kalla(JK) dan PDI-P oleh Megawati. Partai Keadilan Sejahtera (PKS) berbasis Islam mendapat tempat ke 4 telah memilih untuk bergabung dengan Demokrat. Mereka telah mengajukan calon wakil presiden kepada Demokrat untuk dipilih.

Yang amat mengejutkan adalah Demokrat bukan sahaja tidak memilih calon PKS yang mewakili suara ke 4 terbesar bahkan calon wakil presidennya adalah non-partisan iaitu bekas gabenor Bank Indonesia,Boediono. Terbentuklah dia koalisi SBY-Boediono,Mega-Prabowo, JK-Wiranto.

Sikap Sahabat Seperjuangan

Uniknya Indonesia selepas era reformasi,muncul pelbagai gerak kerja dan sebagainya diatas landasan kebebesan hak asasi. Ia bukan sahaja member kesan yang baik tetapi juga sebaliknya. Jika yang songsang gah dengan nentang undang-undang anti-porno,ditebing gerakan Islam juga kelihatan berbeza. Khususnya dalam politik masing-masing ada pendiriannya.

Golongan orang-orang tua banyak berpendapat boleh menyertai plihanraya dan corak kempen mereka juga masih tradisional.Norma-norma Islam masih banyak diukur dengan adat setempat.Oleh itu kita boleh lihat kempen mereka masih terikat dengan konsert-konsert dangdut yang rata-rata masyarakat kelas bawahan menyukainya.



Hizbut Tahrir pula menolak demokrasi dan piliharaya secara total,tanpa berbasa basi. Membaca majalah dan makalah keluaran mereka,kita dapat melihat betapa tidak setujunya mereka kepada system ini. Sistem kafir katanya. Semestinya peluru mereka bukan sahaja buat parti bukan berbasis Islam bahkan terkena sama ulasan keras mereka adalah parti-parti Islam.


Salafi jalur keras juga mewakili gerakan Islam disini. Walaupun ada berpendapat masih boleh ”menelan” system demokrasi tetapi banyak menentang cara kempen piliharaya.Menolak secara total konsert walaupun yang bernyanyi di pentas adalah kumpulan nasyid.Bersahabatnya parti Islam dengan parti bukan berbasis Islam juga tidak lepas dari kecaman mereka.

Hala Tuju Parti Islam

Saya sendiri walaupun tidak terlibat dengan politik disini tetapi mengikuti rapat perubahan, tindakan dan cara politik disini.Sumbernya adalah TV,surat khabar dan pergaulan dengan masyarakat setempat. Jika bercakap berkenaan PKS,yang tergambar adalah parti dakwah yang mengambil method Ikhwanul Muslimin sebagai asas tarbiah ahlinya,terdiri dari orang-orang yang muda sebagai tunjang. Memegang rekod yang bersih dalam melawan rasuah. Skop tugas mereka adalah kepada pelayanan ummat. Siapa tidak kenal dengan kekentalan dan semangat membantu di Tsunami Acheh.

Tetapi melihat scenario sekarang,saya sendiri turut tertanya-tanya. Kenapa PKS diketepikan dari calon wakil presiden? Adakah kerana mereka dari Parti Islam? Kenapakah PKS masih bersama Demokrat walaupun diketepikan calon mereka? Adakah itu tandanya PKS tunduk kepada mereka? Bukankah Islam itu perlu mendapat jawatan dalam keadaan izzah bukan sisa baki jawatan?

Itu yang persoalan yang banyak bermain difikiran. Lantas saya ada membuat beberapa dialog dengan kader-kader PKS.

“Akh,ana mau nanya berkenaan pemilu nanti.Kenapa PKS memilih bersama Demokrat walaupun mereka bukan berbasis Islam?,” soalan pertama saya.

“Akh, dari ketiga-tiga blok,kita analisis mana yang paling besar mashlahat (kebaikan) dan paling kecil mudaratnya. Dan itu masih ada di SBY.Walaupun bukan berbasis Islam,kami bergabung dengan mereka diatas kesamaan platform besar dalam pembangunan bangsa,” jawap dia.

“Walaupun diketepikan tetapi PKS masih bersama SBY.Melihat sirah ya akh,Nabi Yusuf memegang jawatan dalam kerajaan kufur pada Allah,tetapi datangnya dia dalam keadaan izzah bukan yang baki-baki?,” soalan kedua saya yang agak provokasi.

“ Yup,itu juga pendirian kami.Majlis syura PKS selepas bermusyawarah menetapkan adalah berkoalisi dengan SBY. Demokrat sendiri telah menyetujui kontrak politik kita.Kontrak politik telah disepakati dan ditandatangani.Bahkan SBY sendiri sudah meminta maaf ke PKS karena komunikasinya kuran bagus ke PKS,” dia menjawap dengan tenang.

“ Akh,apa kontrak politiknya,” akhirnya sampai kepada soalan cepumas dari saya.

“ Ana pun masih mendapat taklimat. Tapi tidak silap ana adalah Menteri Pendidikan,” jawap ringkas.

“Aik,kenapa mahu menteri pendidikan,kenapa tidak mintak menteri yang lebih gah kewangan sebagai contoh?,” saya memberi saranan.


“ Akh,ini adalah antara strategi kita.Kuasa itu penting,tetapi lebih penting sumber manusia dalam politik itu.Tiada guna kuasa politik kita pegang tetapi insane yang dibawah krisis nilai.Dengan memegang menteri pendidikan,tarbiah dan system pendidikan Islam akan diterapkan,Islam akan digencarkan. Akarnya kukuh,untuk kehadapan mudah,” jawapa yang membuat saya kagum dengan bacaan politik dan prinsip yang jelas.

“ SBY menolak calon dari kita,peringatan jua buat kita dari Allah. Allah memberitahu kita bahawa perjuangan dakwah itu berliku dan panjang.Bukan sesingkat itu Dia mahu memberi kemenangan. Dia mahu kita perkuatkan sumber manusia dibawah dengan Islam. Sampai masa bukan calon presiden,bahkan presiden pun bisa kita pegang,” beliau menyambung.

“ Syukran akh,afwannya jika ana bertanya dalam nada provokasi,” ujar saya meminta maaf.

“Gak apa-apa akh… Kader-kader PKS juga masih ada yang mempertanyakan keputusan musyarokah dengan SBY…Itulah dinamika jamaah,” jawapan insan berjiwa besar.

Saya meminta diri untuk pulang…

“Akh,anta lihat satpam itu(pak guard)…dia pun masuk halaqah kita,”sambil menunjuk kearah satpam.

“Erkk,sampai satpam pung mung seme halaqahkan…mantop,meletop!,” kata saya dalam hati jela.

Satpam dibangunan tujuh tingkat di Jalan Raja Laut itu ada ikut halaqah? Sekadar bertanya...

Nota 1
: Terasa yang menulis article ini bukan saya.Article berfakta dan keluar dari genre sebelum ini,romantic...ahaks.

Nota 2 : Amad nak mintak maaf pada semua kerana untuk kehadapan, updatenya blog akan berkurang...Exam daaa

Nota 3 : Salam takziah buat Ustaz Dahlan diatas pemergian Ummi Halimaton. Berpisahnya kita disini, ia menjadi asbab bertemunya kita disyurga firdaus-Mu.

Nota 4 : Buat sahabat,memang bumi kita belajar ini adalah Indonesia. Ketahuailah disini banyak mutiara yang dikutip bagi yang mencari. Belajarlah dari bumi ini...

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

17 comments:

duha said...

tarbiyah dr segi pendidikan mmg penting..
sbb pendidikan yang akan mencorakkan masyarakat nnt..good choice jugak..heh..

p/s: satpam pun dijadikan mad'u..bagus2..asalkan namanya manusia, dia layak mendapat peluang untuk mengenali islam..bukan sekadar manusia yang memberi manfaat duniawi pd kita yg perlu diberi kesempatan..

Dr Amad said...

Pendidikan salah satu aspek penting tarbiah...gerakan Islam perlu manfaatkan segala bentuk peluang yang ada.Pendidikan,kebajikan bahkan hiburan.Itu menunjukan Islam itu syumul.

Islam itu bukan hak ekslusif insan berkopiah dan bertudung labuh.Ia hak semua orang.

P/s: tugas pertama dudu,halaqahkan satpam bale...ingat HALAQAH sahaja.Tidak boleh lebih dari itu..=p

Farhan said...

maaf la kalau terkeluar ke politik Msia pulok..cume nok wak perbandingan jer..

ni kiranya sama dengan situasi PAS yang mau bermuzakarah dengan UMNO..tak dapat PM or TPM, mesti dapat menteri pendidikan, menteri kewangan dan menteri dalam negeri..hehe..

tapi dato husam kata kalau nak muzakarah kena bagi tok guru kerusi PM, dato najib ltk bawah pade tok guru.hehe

hurm..hujah sama bagi aku yang digunakan PAS yang memilih untuk bersama PR berdasarkan prinsip2 keadilan yang disepakati..yakni manfaatnya lebih berbanding duduk bermuzakarah.ke guane?

Hijau said...

Salam kehijauan...
Selamat buat rakan2 PKS dlm membentuk koalisi bersama dengan PD. Semoga ini adalah yang terbaik buat ummat. Walaupun ada saran2 untuk partai2 Islam atau partai berbasis massa Islam memajukan capres dan cawapresnya sendiri, mungkin belum ada kesiapan ke tahap itu buat masa ini meski PKS, PKB serta PPP semuanya berkoalisi dengan PD. PAN juga. Kita doakan kesuksesan mereka di lapangan politik.

Sedikit menyentuh komen bro Farhan. Disamakan keadaan politik Msia dengan Indo secara langsung adalah kurang tepat, Muzakarah PAS dan UMNO tidak sama dengan koalisi partai politik disini meski tidak dinafikan ada kemiripan dari segia asas2nya tp tidak di lapangan kerana sistem yang berbeza. Indonesia adalh seperti yang dicadangkan oleh TGHH tentang Kerajaan Perpaduan. Jawapan panjang abang amad sambung da...
Sekian. Adios.

Hijau said...

Salam kehijauan kembali

Sedikit tambahan. Satu fakta yang perlu diperhatikan dengan serius oleh partai2 Islam atau berbasis massa Islam ialah penurunan keseluruhan suara yang diperolehi mereka dari tahun ke tahun berbanding dengan partai sekular dan nasilonalis.

2009 menyaksikan suara diperoleh cuma 29.79%. Mengimbau ketika Masyumi dan Partai NU 1955 memperoleh 55% suara, 1999 38% dan 2004 34%.

Perlu satu penelitian yang khusus oleh semua. Bilakah masanya untuk bersatu?

Adios.

Dr Amad said...

Farhan- Sebelum aku menjawap soalan itu ada beberapa aspek yang perlu kita sama-sama sepakat.Aku adalah anti slogan tanpa pembuktian. Slogan boleh indah dan cantik,tetapi tetap melihat kepada tindakannya.

Oleh itu,jika parti itu bernama Parti Lada Merah sekali pun,tetapi prinsip asasnya Islam bahkan dibuktikan dengan tindakan yang menepati syarak,aku boleh kata akulah penyokong Parti Lada Merah.Jika parti Islam atau slogan parti yang indah,aku tetap judge pada tindakan parti itu.

UMNO adalah prinsip asasnya adalah nasionalis.Bagi aku nasionalis tidak bertentangan dengan Islam,tetapi belum cukup merangkumi semua,syumul Islam. Jika UMNO mengamalkan sikap pure nasionalis,dengan sayang pada negara,aku boleh lunak pada mereka. Masing boleh tolak dan tarik.

Seperti aku kata tadi,aku anti slogan.Aku judge pada tindakan.Tindakanya adalah seorang ahli UMNO yang disahkan salah dalam politik wang,masih menjadi Ketua Menteri. Mana integriti? Mana semangat nasionalis?

Pintu berbincangan dan bermuzakarah dengan mereka,bagi aku tiada masalah.Bincanglah...

Jika sebelah PR,sekarang masih lagi terjaga dari segi rasuah.Dan aku percaya,parti itu manusia yang buat,jadi ada lemahnya.Jika ada rasuah,dan orang didalamnya menunjukkan kesungguhan banteras..kenapa tidak kita tidak sokong walaupun diatas nama apa pun.

Itulah yang diamalkan PKS, Demokrat itu kelihatan komited dalam melawan rasuah,dan melawan rasuah itu menjadi titik temu antara dua parti ini.

Siapa pun jadi pemimpin, Ali ke,Ah Cong ke,Muthu je...yang penting dia beriman dan bertakwa kepada Allah.

Takwa itu laksanakan apa yang disuruh,meninggalkan apa yang dilarang termasuk RASUAH!!!

Dr Amad said...

Hijau- Salam Keamadan...

Bersatu itu bagus bahkan dituntut oleh Islam.Persoalannya kenapa parti-parti yang mengunakan slogan Islam tidak bergabung?

Saya kekalkan guna slogan Islam dan menyatakan berbeza dengan parti mengamalkan Islam. Indonesia pernah diperintah oleh presiden dari parti Islam,tetapi rasuah tetap membarah,bahkan moral pimpinan juga tiada walaupun bertitle parti Islam.

Saya bersetuju amat,padang Msia dan Indonesia berbeza.Tetapi ia tidak harus dijadika alasan untuk kita tidak belajar dari mereka. Menolak kemahuan belajar itu sebelum belajar itu BEBAL.

Penurunan peratusan suara parti Islam disini perlu kita amat dengan cermat.Disini rakyatnya akan menyokong sesiapa yang dapat memberi pelayanan ummat yang terbaik.Sekolah gratis(percuma), melawan rasuah,layanan kesihatan percuma..Itu menjadi kehendakan rakyat disini.Sesiapa dapat menawarkan pelayanaan lebih baik,walaupun nama partinya Parti Ayam Daging,itulah pilihan mereka.

Jadi menjadi cabaran bagi parti Islam memenuhi tuntutan itu.Ketahuailah pelayanan ummat juga adalah salah satu maqasid syariah yang penting untuk dipenuhi.

Capek dehh...

Jzkk,ijau duk tambah nilai article deh...

wayfarer said...

salam wrt,
tertunggu-tunggu sebenarnya satu post ttg politik indonesia. ya, tak dinafikan saya agak terkilan yg PKS tidak dipilih calon wakil presidennya. ttp insyaAllah, saya percaya hikmahnya sentiasa ada. seperti kata saudara dlm post sblm ini, manusia ini dilemahkan dgn takhta. dari satu aspek, kita boleh lihat Allah sdg mentarbiyah kita.

agak disappointed kerana yg mula2 initiate gerakan dakwah ialah M'sia tetapi yg maju ke hadapan skrg adalah Indonesia, gerakan dakwah M'sia terkapai-kapai di belakang, masih sibuk dgn benda2 furu' ni. rasa cemburu juga ada kerana saudara dpt menyaksikannya di depan mata saudara sendiri.

apa2 pun, jzkk kerana update and perspective baru ttg perkara ini. sedikit sebyk menyedarkan saya semula bhw kerja kita byk lagi.

Dr Amad said...

Wayfarer- Saya sebenarnya menunggu masa untuk mengupas persoalan politik Indonesia.Terpaksa membeli surat khabar,membaca majalah dan bertanya sendiri kepada kader PKS yang terlibat secara langsung dlm Pemilu ini.Dan untuk mengatakan ulasan saya benar,tidak mampu rasanya.Ia masih dikupas dalam bentuk pemahaman saya.

Setelah saya teliti dan fikirkan jawapan yang diberikan bukan alasan untuk penyedap rasa selepas ditolak,tetapi sebenarnya MAKE SENSE.Perlu kekuatan bawahan ke atas.

Sedih dan kecewa,aktivis dakwah disini juga begitu.Satu pesanan yang diberikan murabbi disini

"Ingatlah salah satu ciri jalan dakwah itu adalah penuh mehnah,berliku dan PANJANG."

Syukran kerana datang bertandang ke amadanaksoleh.

Insoft said...

Salam kelembutan...

Teringat dolu2 zaman REFORMASI kami2 dok banding pemimpin time tu. Antaranya banding2kan isteri2 para pemimpin mana hok yg tutup aurat mano tak. Then pilih mana hok tutp aurat.

Kalo pakai indikator time tu, antara JK-Win dan SBY Berboedi, mana satu hangpa pilih? Megapro tak masuk list.

"bila sekolah dulu...aku suka buat cikgu bebulu..."

babai...

Dr Amad said...

Abu Huzaifah- Salam Kesubuhan...

Betul doh tu indikator hangpa letak...Sesuatu itu perlu bermula dari unit terkecil.Berjaya membawa keluarga takutkan Allah,negara ada harapannya.Jika keluarga pun macam HAREM,negara KELABU ASAP yop!!!

Gue contrengnya Gus Dur-Tukul... hahahahahahaha

khairiFMJ said...

salam...

percaturan yang baik...
Dulu masa DSAI jadi menteri pendidikan....
-lahirlah UIA
-guru-guru wajib bertudung...

byk lagi...

haritu ada tgk talk show semua ketua2 parti yang berperatusan besar ni..mmg salute tgk presiden PKS. tegas dan berpendirian. tapi dari pemerhatian dan bbrp panggilan tel spjg prog , ramai masih takut dengan PKS ni. takut semua kena pakai tudung, solat berjamaah, dll.
Yg menarik, ramai org islam sendiri, takut Islam ditegakkan,diamalkan. kenyataan Pak Tifatul ketika itu sgt melekat dihati...

"kita cuma mau menyeru Orang Islam supaya mengamalkan Islam dengan sebenar-benarnya.Dan bukan iSLAM mengamalkan agama masing masing dengan sebenar-benarnya."

hmm...
jadi mgkn , atas platform menteri pendidikan, boleh mendekatkan lagi masyarakat dengan Islam yang sebenar-benarnya....


p/s:Perginya Ummi suatu kehilangan yang besar T_T...semoga "semangat " yang ummi tgglkan dihidupkan dan disemarakkan lagi.smg lahir lebih ramai Ummi yang akan membimbing anak bangsa ini...Innalillahiwa inna ilaihi rajiun.

Dr Amad said...

KhairiFMJ- Masuknya Anwar kedalam UMNO diatas kapasiti pimpinan ABIM dan ingin membawa islah didalam pemerintahan Msia.Ramai orang jamaah terkejut bahkan kecewa dengan tindakan beliau...Itulah sejarah.

Ketidak kefahaman bukan sahaja menjangkiti non-muslim,bahkan muslim.Non-muslim salah anggap soal islam,itu dalam batasan
wajar.Muslim salah anggap,itu kita perlu selidiki.

Pak Tifatul memang tepat membuat statement itu.Kita menunjuk jalan,selebihnya serah kepada rakyat.Pemerintahan Islam sering dimomok dgn aktiviti potong tangan,tidak pula kita highlight ciri2 pemerintahan Khilafah Umar. Damai dan penuh Izzah.

Jangan la takut Islam,Islam itu damai kok!!!

Khairi leh jadi cm UMI...ramai lagi mujahid-mujahidah yang perlu dididik...

mutiara solehah said...

salam dr bumi Msia.. mabruk ats article ini. Slps mmbc article ini ana mrskan sngguh brsyukur berada di bumi Msia. Begitu rupanya pergolakan politik y dihadapi o PKS di Indon. Pnh dngn jln y berliku. Pendapat ana menayatakan bahawa jika dibndingkn dngn PAS di Msia, kalau dilihat dr strategi mmng xbleh disamakan krn lain pdng lain belalang.
Koalisi(brgabung) PKS dan Demokrat tidak boleh disamakan dengan PAS dan UMNO y prlu juga bergabung. Di sini harus dilihat strategi mn mndpt lbh bnyak mslahat dr kemudharatan. Dan ana sngt tertarik dengn pendirian TGNA dan TGHH menyatakan selagi UMNO tidak menukar dasar perjuangan atau xbleh menerima dsr perjuangan parti Islam, selagi itulah PAS xbleh bergabung dngn UMNO.
berkenaan dngn menteri pendidikan, ana merasakan satu keputusan y sangt relevant dan brilliant dlm sebuah parti Islam. Ap taknya di Malaysia sendiri isu pendidikan msh lg mnjd "questionmark (??)". satu isu y mnjd polemik dalam PAS sendiri y mengannggp pendidikan di Msia msh lg berunsur sekular. Y perlu diubahsuai.

Wallahua'lam. Hnya pndangna y dhaif dr ana.

p/s: Bestnya.. dr amad sendiri dpt menemuramah kader PKS, satu peluang keemasan u menyedok seberapa banyak ilmu selok belok perjuangan. Izinkn juga ana mengutip seberapa banyak MUTIARA bernilai tempias dari indon di blog amadanaksoleh. =) mg najah dalam exam buat pelajar2 msia di UNPAD (aiceh, mcm le knl seme plajar UNPAD. heheh)

Dr Amad said...

Mutiara Solehah-Bagi ana,ia lebih tepat dipanggil strategi parti Islam disini.Jika Msia lebih tepat dipanggil pergolakan politik.My 2 cent.

TGHH pernah mencadangkan Kerajaan Perpaduan,tetapi ramai melatah dan menyanggah idea itu tanpa diperhalusi terlebih dahulu. Sungguh itu bukan sikap seorang mukmin yang bijak.Perhalusi dan baru menerima atau menolak,itu baru cantik.Tolak dengan hujah,menerima dengan hujah.

Memandang rendah kuasa pendidikan semasa bangku sekolah lagi itu adalah kesilapan fatal.Mahu melihat Malaysia pada masa akan datang?lihatlah pemudanya sekarang.

Nak kutip mutiara?silakan,ana berkongsi dengan harapan imbalan jua.Imbalan pahala dan syurga Allah.

sinar_islami said...

Firstly syabbas artikel yang matang..cukup tertarik dgn jalan yang diambil oleh PKS..

cuma teringt...dulu kat msia nama pendidikan dan pelajaran pun pernh jadi isu..hasil sentuhan x sama ana kira walau dilihat mcam serupa..namun segalanya boleh diubah selagi tidak melangkau perbatasan yang Allah tetapkan..

Pendidikan..mendidik..tepat dah pilihan pks..dari sini noktah bidayah dan turning point yang perlu diambil..mind set, pemikiran masyarakat harus diubah.. "Proses mendidik hati" itu perlu.. baru bersih aspek lain..pamerkan Islam sebenar, kikis islamicphobia yg digembar-gemburkan..

aiwah..jalan kemenangan itu memerlukan waktu..bukan jalan singkat..kalau buah dipetik awal pun kurang ranum kan..hasilnya tidak bombastik org kata..

pimpinan pks pasti sudah hadam dalam2..peribadinya ibarat mutiara di celahan..jelas terpancar..maka ramai org kagum dan terbias..

Oleh kerana mewujudkan Ummah Islamiyyah dan berhukum dengan hukum-hukum Allah SWT itu wajib, segala amal atau kerja yang menjurus kepada perlaksanaan kewajipan-kewahipan itu juga wajib, berdasarkan qaedah syara’:

“Tidak sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengan jalannya, maka jalan itu juga menjadi wajib.”

mereka sdg membina..kita ??

ps::
-mga ummi damai di alam sana
-maaf komen yg lemah ini..lusa periksa lagi..doakn..
-all da best utk warga UNPAD juga

" Exam~Dialogue Between a servant & The Creator"

Dr Amad said...

Sinar- Alhamdulillah(Segala puji hanya Milik Allah)

Sering naik satu menteri,nama yang bertukar,system tidak pula diperelokkan.Jika mereka mengakui system pembelajaran yang ada adalah terbaik,kenapa ya masih anak-anak mereka bersekolah dluar negara... Fikir-fikirkan.

Kadang-kadangkan ukhti,ramai yang ingin menuai walaupun belum matang.Ingat mungkin kitalah penanam,yang menuai itu anak cucu. Menang itu pasti.

Komen yang cukup bernas ana kira untuk sama-sama kita berfikir.Berfikir ubat bagi bodoh.

p/s:gudluck