Thursday 21 May 2009

Penawar Penyakit Aktivis Dakwah

Program Cry No More (Gambar Hiasan)

“ Apalah gerakan Islam disini…Buat kerja slow. Jika ada program,kucar-kacir.Baik majlis yang hiburan, management tersusun dan menarik minat,” bibit kebosanan mulai muncul.

“ Tarbiah disini lembab! Mana pernah sekali buat daurah.Ini ke jamaah yang ingin kita gerakkan. Baik antum semua ikut ana,kita buat gerakan baru yang lebih elok dari ini,” berkobar semangatnya mengajak mencuba kereta baru.

Saya masih berkira-kira mencari solusi yang tepat berkenaan scenario ini.

Angka dan cara hitungnya sudah lama dibincangkan,tetapi ia masih diulang dan diulang oleh generasi terbaru bahkan termuda.Dibahas adalah angka dan cara tanpa tidak MAHU bergerak kearah keputusan muktamad.

1+2 diulang generasi terdahulu

1+2 jua masih diulang oleh generasi sekarang.

Tetapi jawapannya 3 tidak ramai untuk kita menyebutnya.

Dalam terfikir-fikir kenapa ia terjadi,saya masih teringat kata-kata murabbi semasa berkesempatan bermabit di Bandung.

“Kita sering melihat perpecahan dikalangan kita kerana berbeza fikrah,tetapi hakikat sebenarnya adalah kerana berbezanya sikap.”

Sikap yang harmoni membawa kepada adap yang indah.

Sikap yang songsang membawa kepada adap yang melukakan.

Erti Hidup Pada Memberi

Jika menyebut slogan ini sudah semestinya ramai yang sudah sebatinya.Disini saya tidak mahu berbicara soal beliau tetapi slogan beliau.

“ Tensionlah,tidak bermaya je IMAN sekarang. Program seolah hanya ingin mengisi jadual. Interesting? Jauh panggang dari api,huh,” cakap seorang sahabat. Natijah dari program syok sendiri dan tiada nilai manusia.

Membuka sejarah kekadang tidak enak,tetapi ia perlu untuk menyedarkan kita hakikat diri kita yang sebenar.

Dengan sejarah gerakan dakwah disini baru masuk umur 3 tahun,apa yang kalian harapkan? Jika dahulu senior yang berjuang hanya 5 orang,ditambah dengan kedatangan 10 orang sampailah sekarang 50 orang,apa yang ingin kalian harapkan dan mahukan?

Kuantiti menambah,kualiti belum tentu.

Jika terlibat dengan gerakan dakwah untuk menerima,tunggulah sampai bulan jatuh ke riba. Jika bulan tidak jatuh riba,kalian yang jatuh dahulu ke lubang kubur. Menunggu untuk menerima samalah seperti insan diluar itu. Adakah kita diperingkat didakwah atau ditarbiah?

Jika diperingkat didakwah,silakan menunggu :

Tunggu untuk disembangkan soal Islam

Tunggu untuk diceritakan soal sirah

Tunggu untuk didondangkan soal dakwah

Jika kita ingin berbeza dengan orang diluar itu,kita perlu membetulkan cara pandang dan tindakan dengan terlibatnya kita disebabkan kita mahu MEMBERI. Terlibatnya kita dalam usaha dakwah disini kerana ingin mengubah manusia diluar dan jua manusi didalam.
Kerana kecewanya kita dengan gerakan Islam disini,ingin kita keluar. Ketahuilah,jika benar dan syarie’ nya tidakan itu,sayalah orang yang pertama keluar.

Kecewa? Pernah

Marah? Pernah

Tertekan? Pernah

Keluar? Tidak sekali-kali!

Dalam mencari-cari tindakan yang tepat dan betul,pencarian itu terhenti dengan pesanan ini.

“ Akh,jika anta tahu gerakan jamaah anta ada masalah,dan mahu keluar bahkan ingin membina satu yang lain.Ia adalah tindakan yang tidak tepat.Sudah namanya manusia,membina diatas kekurangan jamaah lain sampai satu masa jamaah baru yang kita bina ada kekurangan.Dan ada pula satu jamaah muncul.Sampai bila kitaran ini mahu kita lakukan?,” tanya ustaz itu.

“Kenderaan” yang dipandunya berbeza dengan saya untuk sekarang.

Saya terdiam mencari jawapan.

“Akh,kita tahu dimana kelemahan jemaah. Masuk kita untuk MEMBERI bukan MENERIMA.Hadirnya kita untuk memperbaiki kelemahan itu,” jelas Ustaz Hasrizal

Berbahas soal bahagian yang sepatutnya kita terima,tanpa memikirkan apa yang patut kita berikan,satu perbahasan tiada kesudahan. Jadi buat sesiapa yang merasa kekurangan dan kelemahan gerakan jamaah disini,ayuh kemukan idea pembaharuan anda. Jika pihak atas tidak mahu mendengarnya dan bergerak, Amad mahu!. Kita berubah sama-sama.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka” (QS 13:11)

Allah telah berkata, masih mahu berpeluk tubuh wahai daie?

Ilmu Itu Malapetaka?!

Resmi pada mengatakan “ Semakin berisi,semakin tunduk ke bumi “. Benarkah?

Hadirnya orang TAHU banyak didalam gerakan,ia adalah satu rahmat.Tetapi untuk menyelesaikan masalah gerakan Islam dengan TAHUnya itu belum tentu.

Pisau boleh memotong ayam didapur,pisau jua boleh menikam orang. Insan berIlmu itu rahmat,tetapi kekadang membawa MALAPETAKA. Resmi padi hilang ditelan kesombongan insan berilmu.

Hakikat insan berilmu itu akan memudahkan dia mencari jalan kebenaran dan kebaikan . Jangan pula kita lupa ilmu juga punca kesombongan manusia.Merasakan dirinya terbaik,dan itulah sikap SYAITAN. Tanpa sedar banyak melukan hati insan lain dalam kapasiti sebagai insan berilmu.

“Apa yang aku bawa dan kata ni adalah paling betul,orang nak terima atau tidak, Aku peduli apa!,” dia tidak peduli, Allah peduli.

Ingatlah dalam berjuang dan menegakkan pendirian masing-masing, jangan melampau.Selagi bernama manusia yang ada aqal dan berfikir,segala itu wujudkan cara fikir yang berbeza-beza. Jadi bersatulah kita diatas dasar sikap yang satu.Kita boleh khilaf dari segenap segi,tiada khilaf soal akhlak dan adap. Belajar untuk menerima perbezaan.


“Kita hendaklah berpadu dan bersatu dalam bab akar dan pokok , soal banyak dan rimbunnya ranting itu petanda suburnya pohonnya,” Prof Dr Hamka

Kuasai Medan Pertempuran

Muhammad Al-Fateh

Sejarah telah membuktikan kejayaan Muhammad Al-Fateh dalam memecahkan tembok Konstantinopel dan membuka kota itu dengan beliau dan tenteranya telah memenuhi beberapa syarat.

Antaranya pemimpin terbaik dan tentera terbaik ini telah mengetahui dan menguasai medan pertempuran di kota itu.Ketebalan tembok, kedalaman air, cuaca disitu, kekuatan tentera lawan semuanya dikuasai. Jadi beliau telah menggunakan strategi peperangan bersesuaian dengan dengan entity musuh dihadapannya. Akhirnya, kemenangan menjadi milik Islam.

Fikirkan,jika beliau tidak menguasainya bahkan dengan “bijak” menggunakan perang dipadang pasir?

Kekalahan

Begitulah juga dengan gerak kerja dakwah. Jika kalian mendapat tarbiah dari Mexico sebagai contoh ia berbeza dengan keadaan tarbiah di Bandung.Bergeraknya kita disini dengan mengikut medan pertempuran di Bandung,usah diguna strategi di Mexico. Barulah kejayaan dan keberkesanan dakwah dan tarbiah itu dalam dimaksimumkan.

Deme makan pasta, kita makan nasi.

Wahai saudaraku, Dunia telah berubah,kita bila lagi?

Dok pahang-pahang jugok dok au la nok kate bende lagi…

Nota 1 : Muhasabah ini saya mulakan dari diri sendiri

Nota 2 : Article berat. Jika tidak faham,baca perlahan-lahan.

Nota 3 : Menghitung hari untuk peperiksaan.Doakan ya...

Nota 4 : IMAN semangat-semangat.Proaktif...Keluar dari zon selesa

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

6 comments:

anasolehah_7 said...

Bismillahirrahmanirrahim,
assalamualaikum ahmad.

Mungkin nak tambah satu nilai yang akak ada baca baru-baru ini.
Orang yang PROAKTIF adalah yang aktif bergerak menuju kebaikan.
Asalnya nilai PROAKTIF ini adalah dari MOTIVASI yang tinggi dalam diri individu.
Wujudnya motivasi yang tinggi kerana mereka sering BERFIKIR untuk BERTINDAK.
Mengapa mereka sering berfikir untuk bertindak??Kerana mereka punya MISI, VISI kehidupan untuk dicapai dan mereka punya ROH dalam JASADNYA.

Jadi, kesimpulannya, kalau terlalu pasif dan durasi pasifnya lama sehingga tiada inisiatif diri untuk memperbaikinya maka tiada beza dengan manusia yang telah kehilangan roh a.k.a MAYAT

wallahualam;)

p/s: belajar2~

Dr Amad said...

anasolehah- Nasi tambah ni sedap kak..=)

Udah2 la tu jadi mayat,jom bangkit jadi zombie..

Otakkkk....otakkkk

mysterious_musafir said...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alamak, ada zombie dari kampung cikuda? Selamatkan otak, exam x habis lg!

Terima kasih atas tazkirahnya, atas peringatannya. Sememangnya kita perlu ada inisiatif diri untuk bersikap lebih proaktif, dan marilah kita sama-sama cuba tanamkan sikap berfikir secara terbuka [xla terbuka sangat kot?]. Satu lg, marilah kita amalkan sikap saling tegur-menegur dan nasihat-menasihati...huhu.. Tidak pasti kebenarannya tapi, pasti ada je yang sentiasa berfikir 'ko x pernah nak tegur aku, bg nasihat kat aku, aku pun malas nak dengar ko cakap..'

teringat shoutout senior yg skrg ada di prague...bunyinya ala-ala gini..

"mujahadah pertama bagi seorang daie adalah meninggalkan sikap malas dan cintakan perkara-perkara dunia...."

maaf, panjang lak, kalo salah harap tegur...=)

Dr Amad said...

Mysterious- Waalaikummusalam...

Hehe..zombie cikuda dahaga otak...tambahan otak utk ingat case2 socca.

Jika ada orang menegur,yang menerima teguran perlu berlapang dada.Tapi jika tiada yg menegur,jangan pulak buat pasal utk orang tegur.

Xpanjang mana pun lagi tu cik misteri nusantara weh...peace

sinar_islami said...

"hakikat sebenarnya adalah kerana berbezanya sikap"

benar dan selalunya kita kurang sedar..maka kena islah..tuju utk diri sendiri sbnrnya..

"Hadirnya orang TAHU banyak didalam gerakan,ia adalah satu rahmat.Tetapi untuk menyelesaikan masalah gerakan Islam dengan TAHUnya itu belum tentu."

statement yg benar2 membuatkn diri termenung sejenak...

Mengambil sirah sebagai renungan, betapa lemahnya kita..andai masalah yg kecil kta perbesarkn,berkira-kira dlm beramal dan kita menolak neraca yg islam tetapkn..

Perhatikanlah sikap Mu'az bin Jabal r.a. yang menjadi wakil Rasulullah SAW ke Negeri Yaman. Sebelum beliau bertolak ke Yaman, Rasulullah SAW telah menguji beliau dengan katanya yang bermaksud, "Wahai Mu'az! Bagaimanakah kamu hendak lakukan jika dikemu¬kakan sesuatu masalah kepadamu?" Jawab Mu'az, "Saya akan berhukum dengan apa yang tersebut di dalam Kitab Allah." Baginda bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak kedapatan di dalam Kitab Allah?" Jawab Mu'az, "Saya akan berhukum menurut Sunnah Rasulullah SAW." Baginda bertanya lagi, " Bagaimana jika tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah SAW?" Jawab Mu'az, "Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Alhamdulillah yang telah memberi pertunjuk kepada utusan Rasu¬lullah mengikut cara yang diperkenankan Rasulullah."

Wallahu3alam..maaf ya terpnjg lagi

Dr Amad said...

Sinar-Nasi tambah yang sama sedap dengan kak aimi tu...hihihi.

Zikir dan fikir...tanpa zikir,jiwa keras.Tanpa fikir,aqal mandul. Hidupkan jiwa dan aqal dengan zikir dan fikir.

Maaf terpendek...ahaks. Xda ape2 la cik sinar ye...tulis je