Monday 25 May 2009

Untukmu Si Kecilku Sayang

Gambar Hiasan

“Mama…mama,ini adik nak tanya sikit ini,” pinta si kecil.

“Owh,sayang…ye tanya la sayang,” sambil digosok rambut si kecil.

“ Adik ada tengok tv semalam.Ada cerita pasal cinta la mama. Adik nak tanya, macamana mama dan daddy dulu masa muda-muda bercinta ,”soal tulus dari si kecil.Tulus dari hati yang belum terhinggap noda.

“Kenapa adik sayang ni tanya soal inj?,” tanya mama.Ditatap mata si kecil yang bugar bersinar.

“ Cerita yang adik tengok tu kan mama,mereka bercinta tapi tapi belum la lagi sampai nikah.Tapikan mama,adik tengok mereka pegang-pegang. Adik pelik la mama,ustazah kat Taski cakap dosa pegang kulit lelaki yang tak kahwin,” adik berkongsi apa yang dia belajar di sekolah.

Mama terdiam…

Fikirannya terimbau kepada 8 tahun yang lampau.Terbayang sekali asam garam percintaan mereka. Tetapi untuk memberitahu kepada si kecil seakan dirinya tidak berdaya. Tida berdaya lantaran sejarah hitam percintaan mereka.

“ Siti (bukan nama sebenar), awak jangan la keluar lagi malam-malam ni dengan Kamarul (bukan nama sebenar) tu. Keluarga awak duk jauh,kalau jadi apa-apa saya akan dipersalahkan…tolonglah jangan keluar,” rayu Ilya seorang sahabat yang BERSAHABAT.

“ Ala Ilya,releks la…aku keluar dengan pakwe aku bukan dengan orang lain. Jangan duk bimbang sal aku la…aku dah besar.Ko jaga hal ko,aku hal aku. Dah la tak laku,so jangan jeles ok.Btw,lupa nak pesan Kubur lain-lain tau,” madu dibalas tuba.Rayuan sahabat yang tulus dibalas cemuhan yang melukakan jiwa.

Siti terus bermekap tebal,berpakaian yang selayak dipakai oleh adik dan menyembur wangian yang bisa meluluhkan hati lelaki.

Dammm….

Gambar Hiasan

Pintu bilik asrama ditutup.Tanpa sedar mutiara jernih mengalir dipelupuk mata IIya. Hatinya hiba bukan kerana disindir oleh teman. Bila berkaitan dengan dirinya,Ilya masih boleh berdiam dan memujuk hati. Tetapi apabila nasihat yang baik itu ditolak,hatinya mudah luluh membenihkan mutiara jernih yang tidak tertanggung-tanggung.

“ Ya Allah, aku berdoa kepada Mu.Aku sedar diri ini adalah insan yang lemah.Untuk menasihat seorang sahabat yang paling ku cintai pun tidak berdaya,bagaimana dugaan lain. Ya Allah, aku tahu dosa sahabat ku ini mungkin berpunca dari maksiatnya aku kepada Mu…Maafkan aku Ya Allah,Maafkan…,”

Gambar Hiasan

Tangis sendu Ilya seakan tidak mampu lagi tertahan.Esakkan munajat dan doa seorang sahabat ditikar sembahyang. Sedar kekurangan diri,sedar kesilapan sahabat, sedar ketidakberdayaan diri untuk mencegah.

Kebajetan Siti dan Kamarul bukan lagi rahsia.Kemaksiatan mereka dibuat secara terbuka. Menaiki motorsikal bersama itu lumrah,berpegangan tangan itu tidak pernah tidak, bertepuk tampar itu usah dikira. Dunia ini mereka yang punya. Agama dilipat sama semasa terlipatnya sejadah, mak ayah hanya sekadar dalam phonebook telefon.

“ Assalamuaikum...Ini kalian berdua ni sudah nikah? minta IC boleh,” pinta pakcik berkopiah.Dibelakangnya ada beberapa pemuda yang berbadan sasa. Kehadiran yang mengejutkan mereka.

Mengejutkan mereka dari dunia indah ciptaan mereka sendiri. Cuba membaiki dan perkemaskan diri yang serabai dirasuk nafsu.

“ Pakcik,saya ini tak buat apa-apa pakcik…tolong la pakcik jangan bagi tahu keluarga saya…tolong la pakcik ,” sekarang masa belangkas ini pula merayu.Kamarul melutut meminta belas, Siti hanya mampu menangis.

“ Mama…mama…Kenapa diam pulak ini? Tension la adik macam ni…,” muncung 4 inci segera terukir di bibir si kecil comel.

“ Aah…erm,maafkan mama ye adik.Mama lost sekejap…penat mungkin. Apa kata mama jawap esok soalan adik ni.Sekarang adik tidur dulu..boleh?,” mama mencari helah dengan harapan esok si kecil akan melupakan persoalannya.

“ Owh mama letih ye…tak pe,takpe.Mama rehat la…soalan adik ini pun esok boleh jawap,” mengerti si kecil.

“ Mama….”

“ Ya,sayang?.”

“ Adik sayang sangat mama tau,” terus si kecil menerpa memeluk diri sang ibu.

Untuk menceritakan pengalaman mereka bercinta,tidak mungkin untuk si kecil. Tiada apa yang boleh si kecil ambil iktibar,bahkan sejarah mereka penuh titik noda.

“ Ya Allah,maafkan hamba Mu ini.Diriku dahulu penuh noda dosa. Aku bermohon agar Engkau maafkan aku…Jangan Engkau menghukum kemaksiatan diri aku dan suami kepada anak-anak aku…Maafkan ku Ya Allah,” hati merintih berdosa sambil tangan menepuk belakang badan si kecil.

Si kecil terlelap…

Untukmu Si Kecilku Sayang

Jika pendirian pembaca bahawa cinta itu couple, huraian dibawah ini bagai tiada erti. Kita berbeza pada garis mula lagi.

Untuk pembinaan keluarga dan generasi yang soleh dan solehah,ia bermula dari unit asas keluarga, mak dan ayah. Murni dan baik mereka menjaga perhubungan,untuk kehadapan dalam membina ia mudah kerana kita tidak membawa beban. Menceritakan kisah cinta kita kepada si kecil tanpa perlu diselindung bahkan si kecil boleh mengambil pengajaran dari kisah cinta kita.

Generasi yang dilahirkan dengan hubungan yang penuh berkat dan terjaga,insyAllah generasi yang lahir adalah mujahid mujahidah. Ini semua untuk generasi terkemudian. Biarlah kisah cinta sekarang boleh kita banggakan untuk generasi akan datang. Diceritakan dengan bangga.

Jika sekarang,kita bebas laku.Adakah boleh kita bangga dengan sejarah cinta kita dahulu? Bolehkah si kecil mengambil iktibar dari kisah cinta 18SX kita? Jika akarnya sudah goyah,boleh kita jamin pokoknya tidak tumbang bila dilawan badai? Dibina dari celah kemungkaran Allah, mana mungkin Allah menitiskan rahmat mawaddah didalamnya.

Jawap wahai pencinta cinta sekalian…

Bingkas bangun selepas jatuh dalam lubang itu baik,bahkan lebih baik kita sedar itu lubang sebelum terjatuh.

Kita menjaga sekarang adalah tidak lain tidak bukan hanyalah

Gambar Hiasan

Untukmu Si Kecilku Sayang

Nota 1 : Yakin je kubur lain-lain. Kalau mati secara berjamaah macamana? Orang tua-tua kata,cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar.

Nota 2 : Apa pandangan tentang cerpen ini? Agak-agak boleh buat novel tak? Cadangan tajuknya “Tautan Hati II” boleh?…ahaks

Nota 3 : Jadi perempuan itu perlulah jadi betul-betul perempuan,jangan jadi BETINA. Amad sembelih time qurban nanti kang…eee,gerammmmmmm

Nota 4 : Buat si jantan buaya dan betina bodoh,silakan lihat cerita Termehek-mehek. Kot-kotlah kisah deme sama dengan kalian…

Nota 5 : Hah,jangan siapa-siapa kata masa saya dah nak dekat.Tiada kaitan dengar article ok!

Nota 6 : Kisah yang tiada kaitan dengan sesiapa tetapi saya tahu ramai yang sudah mengalaminya

Nota 7 : “ Adik sayang, daddy dan mama ini bercinta itu lepas daddy shake hand dengan atok. Ini ada adik ,tu tanda cinta kami la sayang.”

Gambar Hiasan

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

40 comments:

duha said...

untuk mu si kecil sayang..erm..

Dr Amad said...

Duha- I can i help you,son?

Xterkata ye?

3rdmarch said...

salam..

kene pk pnjang sblm wat pape..

kesan dia pd masa mendatang..

xsyok la xle cerita kat anak2 bl tua nt..

sweet article~

Dr Amad said...

3rdmarch- Wslm,lama dah sebenarnya article ini siap,tunggu masa nak release.

Utk generasi masa depan,so buat bakal "daddy" dan bakal "mummy" jagalah CINTA anda...

jzkk akh

Dr Hana said...

nota 7: bagus dr.amad dah pikir dialog dengan anak siap2...bagus bagus...hohho.

Peringatan yang bagus buat kita..namun sebuah peringatan itu jika diberi sejuta kali pun hanya tinggal peringatan jika tidak dibaca dengan mata HATI. jadi bukakanlah HATI kita seluas-luasnya, baru kita tahu yang mana kaca yang mana permata.

Dalam setiap perkara, begin with the end in mind which is--> akhirat
insyaAllah kita tidak akan tersasar.

semoga kita semua senantiasa dipelihara olehNya, Dialah sebaik-baik pemelihara...

p/s: sempat lg ye bercerpen-cerpen ni, mesti dah hafal sume case ni..ngeh2

p/s2: duha tengah pkir dialog apa nak cakap kat anak dia nnt...lala~

Dr Amad said...

Farhana- Itu dialog mama dgn anak dia la...papa duk dapur,masak utk mkn malam..hehehe.So sweet

Hafal?erkkk

Duha sendiri pun masih menyusu,mana mungkin fikir dialog...aneh

dr muthiah said...

it was so sweeeeeeet :)

uviditelno ocen!

pisatel yang bagus, hehe

mutiara solehah said...

salam dr amad, reka sndiri crpen. mabruk ya. mantop2..! ana y dh bc berkali-kali "tautan hati" pom xde idea nk hslkn cerpen.

Buat nvl "tautan Hati ii"?. y ni kena kak fatimah syarha bc sndiri lulus x nk smbung nvl die. Ahaks.

p/s: tmpng promote jua.. nvl ke 3 kak fatimah syarha "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul". dptkan di psrn skrng.

Dr Amad said...

Dr Muthiah- Utk sweet masa depan,so kene sweet juga lani la kak weh.

Hok dua ayat last tu gapo dio?

Dr Amad said...

Mutiara- Cerpen tu reka sendiri je...ada idea,satu jam siap taip. Wah,Fatimah Syarha ada tulis novel lagi,kene beli ni..hehehe

duha said...

eh..sape kate tade dialog..tapi itu rahsie kluarge sy nnt la..yg sy tules kat atas tu permulaan dialog je..

"untukmu si kecil sayang...."

nanti ade laa sambungan die..huh~

Dr Amad said...

Duha- Marah nmpk?hehe.Jangan marah-marah,nanti kena jual.

p/s;xnak kongsi smbgn ye ke?

duha said...

mane de marah..Rasululah SAW pesan "laa taghdob" aka jangan marah~

so x elok marah2 ni..

p/s:xmo!

mutiara solehah said...

salam, kali ni bkn nvl y kak fatimah syarha tls, tp buku motivasi u bakal pengantin pengantin baru. Lening kan kak fatimah dh kahwin, so buku "cintaku slps Allah dan Rasul" ni nvl motivasi u mlngkah ke alam prkhwinan la.Ala2 cm buku "aku Terima Nikahnya" krya AbuSaif.

p/s: sesuai sngt la ngn dr amad buku nih. =)

Dr Amad said...

Duha- Wah dah pandai...ni mesti ustazah ajar kat tadika tadikan duha..hihihi

p/s: mau!!!

Dr Amad said...

Mutiara- Owh,buku pra pernikahan rupanya...ana lebih refer majalah ujang dan apo rasanya..hahahaha

p/s: sesuai ke ek? ahaks

syuhadah said...

wah..cik dudu dan dr amad berbls comment..biarkan mereka~kank2 riang~haha....

best post!tegurn yg direct!bole link kat owg len dop?

syuhadah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
syuhadah said...
This comment has been removed by the author.
syuhadah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Amad said...

Miss Susi- Aik,ada rupanya cik sue ni.Ingat dok balik Jatinangor dah.Al maklumlah dari maklumat risikan,orang Baduy tu suka bdk2 cubby2...ahaks.

Nak sebarkan,silakan.Pastikan sertakan link blog ini sekali...jzkk

duha said...

ustzah? takla..blaja sndri..dr pengalaman org..hehe..dan masih belajar~

p/s:sibuk~

p/s2:sy sokong mutiara solehah..mmg sesuai sgt laa buku tu ngn tuan blog ni..

p/s3:sue,siape yg kanak2 riang? anda atau Dr amad? (sy rs due2)

syuhadah said...

dr amad:haha..itu smua mitos blaka,
ore baduy suke hok putih2 kecik2 po dudu smpai ore tu tokse kelik hri tu...haha..

cik dudu : kank2 riang adlh anda dan dr amad..sye da 20..da matng..

Dr Amad said...

Cik Susi- Mitos? akan difikirkan,walaupun seakannya betul "mitos" tu... Dudu dok sey kelik?hohoho.Mugo nok jadi nantu penghulu situ.

Siapa kanak2 riang? biar pemirsa menentukan selepas melihat komen-komen diatas...=p

Balqis Riza said...

wow..kagoom3..
seyes kagoom...
kalu jd mama tu, kompem terkedu..
nk cite cmne la ek kt anak tu..

sinar_islami said...

Mencari redha ALLAH perlukan pengorbanan..pengorbanan mengekang keseronokan dunia..pengorbanan mengekang 'berhala jiwa'..

Bangganya mnusia berbuat dosa sedangkan bila-bila masa ALLAH mampu terbalikkan segalanya.Dan di saat itu pintu taubat masihkah adakah?Maka pintu2 kejahatan yg ada..harus disekat seawal2nya..sebelum membarah..Moga Allah pelihara kita semua...

buatnya realiti mcm ni berlanjutan..barah la masyarakt..mujur dlm cerpen ni pun bibit2 keinsafan tu dh ada..Alhamdulillah kalau ramai manusia menyedari benda ini salah..kalau terus hanyut Na3uzubillah..

teringt kata2 ni..nk tgk generasi skrg tgk la pemudanya, nk tgk generasi masa hadapan tgk la pemudinya..maka kalau rosaklah hawa..maka akan lahirlah adam dan hawa yg...tak mampu pulak nk imagine..minta dijauhkan...erm msg2 leh pk kan..

last but not least..semua dlm pilihan kita..Allah sudah mengilhamkn pada jiwa itu jalan KEFASIKAN & KETAKWAAN~wallahu3alam..

ps::
kemas dah tu..
blh suh kak ha semak la pasni deh..

Dr Amad said...

Balqis-Kalau jadi mama? iA nanti jadinya mama...Utk membolehkan balqis menjawap soalan itu didepan anak-anak,perlu prepare sekarang la...

Begin with end in mind... the answer when we got child but also at akhirat,answer in front of Allah.

Dr Amad said...

Sinar- Oleh kerana itu ana antara peluru dalam cerpen ini "jangan terhantuk baru terngadah". Alhamdulillah mama itu sedar dan menyesal diatas perbuatannya dahulu. Tiada insan yang Allah sayang apabila hambanya tahu berbuat silap dan mahu bertaubat. Dosa menggunung,rahmat tiada tepi. Subhanallah.

Peringatan ini kuat utk orang yang masih angau dan masing untuk cuba-cuba dengan alasan LONELY. Lonely ditukarkan dengan azab.

p/s: menerbit buku...erm,menarik jgk ni

sinar_islami said...

Lonely?? Alasan yg menjerat..
na3uzubillah..
Bgi diri sendiri..kawan2 pun ramai..so manfaatkan mereka sebaiknya dari mencari azab.. =)

Buli dan 'susah'kan kawan pun lagi best..ops lupa pula setiap org tak sama..dan mungkin ats tiket LONELy itulah sebenarnya ujian mereka..But kena beringt baik lonely di dunia dari di akhirat sana...panas dlm api itu tak tertahan pansnya..

Dr Amad said...

Sinar- Lonely tu mai bila xda kerja nak buat.Nak stdy semua dah tahu,nak beramal dah conferm rasa masuk syurga.So dlm bosan-bosan tu layan blues aka angan2... mai la bnda mengarut2.

Pelanduk selalu lupakan jerat,jerat mana mungkin lupakan pelanduk...

3rdmarch said...

sweet lani utk sweet masa dpn..
iA..
sama2 la kita berdoa..

p/s : takot dgn trend zmn skrg..

Dr Amad said...

3rdmarch- Mahu lari,tidak mungkin...hadapi dengan penuh prinsip. So sweet...

umaralfateh said...

salam alaikum..

ha, lama tak ziarah sini.

makin dewasa ye dia..

:D

Dr Amad said...

Umar-Wslm, Owh pakar BM(baitul muslim) kite sudah mai... nta sibuk tu,jarang bertandang ke teratak ana ni.

Ana dr dlu dewasa dah,tak tunjuk je betapa dewasa ana ni..hehe.

umaralfateh said...

huh..ada ke patut camtu..
ama tak berBM lagi.. (lain2 bincang kemudian..hehe)

selalu datang, tapi pembaca sepi je..

ramai orang datang singgah teratak ana dari blog anta, tu yang selalu singgah.. :)

terima kasih..

exam habis dah?

Dr Amad said...

Umaralfateh- Guane dok berBM lagi ni syeikh?org lain seme dah berBM.Kene tinggal bot sungguh nta ni...Ana tak pe,ana orang sabar.Kita bagi orang jenis tak sabar dlu yg berBM..hehe.

Bakpe duk jadi pembaca sepi jah,meh la tggal2 jejak skit kat sini.Hok comey,wat comey lagi.Hok huduh,sama2 baiki...

Masih berbaki 3 lagi xm ye...Bos, peja dah nak masuk alam baru tu...dari alam kepompong ke beluncas...nta bila?ahaks

Anonymous said...

abg fahmi...
at times i am in deep sorrow,
at times i'm so much upset n i believe only The Great One knows how much my heart tears,
u suddenly "came" n add another more thing make my soul hold heavier burden...

but then i realize, u did come with responsibilities.

wutever u think about me, wutever u think i do, wut matter is i appreciate u anyway.

Dr Amad said...

Anonymous- I didn't "came" to judge u,but came with one responsibilities

"Sampaikan dariku,walaupun satu ayat"

I didn't "came" to judge because i already got in ur shoes.I know how hard to make islah in ur life.

I "came" because of love.I luv my mum, i luv my sister, i luv muslimat.

Yes u need time,that insyallah u will get,not from me but Allah. But i consistent with my previous say,when u pray to Allah give u much more time,pray also

" Ya Allah,jangan Engkau tarik nyawaku disaat aku masih mencari hidayah dan pengampunan Mu"

Dosa kita menggunung tinggi,pengampunan Allah tiada bertepi...

Seek first to understand than later to be understood...

Insyallah,i am in practice

Abell M said...

hmmm..
isi kndungan cerita bgus...
tp cara penyampaiannya...
huhuhuhu..

Dr Amad said...

Bella- Kenapa dengan cara penyampaianya ?