Saturday 1 August 2009

Allah Pun Menentang ISA



"Assalamuaikum....Assalamuaikum...Assalamuaikum"

Jamal memberi salam. Sudah menapak kedalam laman rumah Amran. Jamal adalah teman lama Amran yang datang berkunjung ke rumah beliau untuk ziarah.

"Waalaikumusalam....Oh, meh masuk meh," ujar Amran. Pada masa yang sama Amran mematikan television untuk meraikan tetamu, sahabat lama. Didapur isteri Amran menyediakan kudapan untuk sahabat baik suaminya.

Selepas saling bersalaman, Jamal dibawa memasuki rumah. Selepas sahaja duduk diruang tamu, Jamal mengambil remote control TV langsung dinyalakan. Amran hanya tersenyum melihat.

Tetapi bukan sekadar itu

Dikuatkan suara peti kotak suara bersegi empat itu. Amran merasa kehairanan, tetapi masih menyembunyikan disebalik ketenangan wajah. Kelatah Jamal tidak berhenti sekadar itu, dia bingkas bangun menuju ke dapur.

"Aik apekejadah Jamal ini. Pelik semacam je. Kena H1n1 ke?," bisik Amran dalam hati. Dia turut bingkas bangun mengikuti Jamal ke dapur. Sampai ke dapur, disangka mahu ke tandas tetapi si Jamal meluru ke peti sejuk dan terus membukanya. Diambil makanan didalam peti sejuk dan terus dimakan.

Muka Amran sudah merah padam. Merasakan tetamunya tidak menghormati tuan rumah. Tangannya digenggam erat.

Geram

Tidak cukup itu, Jamal tidak mempedulikan reaksi Amran, dia kembali ke ruangtamu. Dilabuhkan punggung ke sofa sambil meletakkan kaki ke meja. Dilayan siaran yang ada di TV sampai menghabiskan makanan yang diambil.

Amran sudah tidak mampu membendung kemarahan.

" Oii...ko datang rumah aku. Pi mari sesuka hati. Ko nak makan kot tiub ke hah!," jerkah Amran.

Itu mungkin cerekarama yang saya cipta, tetapi sedar tidak sedar ia banyak mewakili peranan dan karekter manusia didunia ini. Dunia yang Allah ciptakan.

ISA Jika Hanya di Pandang Isu Politik


" Salam Abang Amad. Ni mesti sokong pembangkang," tetiba saya disapa oleh teman selepas saya berkongsi satu link berkenaan ISA. Disini

" Aik bakpe pulop gitu ye? ada cop kat dahi saya ke simbol bulan, mata atau roket?," tanya saya berseloroh.

" Hehehe...takdalah, cumanya itu ISA. Kan sinonim dengan deme tu," jujur jawapan dia.

" Owh gitu rupanya. Sebelum saya pergi kepada jawapan itu. Boleh kita sama-sama kongsi kerangka besar tentang soal ISA ini. Boleh?," tanya saya.

"Oh...boleh,boleh."

" Saya nak bagi sedikit gambaran. Awak ada ayah. Hari itu, enak duk makan tengahari dengan semua keluarga, pastu tetiba pintu rumah ditendang kuat. Masuk berpuluh polis dengan senjata lengkap, terus meluru menggari ayah. Deme kata ayah awak itu penjenayah. Tapi setahu awak, dia kerja ternak ayam jah. Pergi balik kerja, life hanya sekitar keluarga dan orang kampung. Agaknya apa yang awak rasa?," tanya saya, cuba membetulkan cara pandang.

" Mestilah sedih kalau jadi macam itu. Lagipun saya tahu ayah saya orang baik," jawap sahabat saya.

" Kalau ayah awak dibuktikan bersalah dengan segala bukti yang menyakinkan, awak redha tak ayah ditahan?."

" Jika sudah dibuktikan bersalah dengan pembicaraan yang adil. InsyAllah saya redha," jawap beliau.

" Tetapi itu tidak terjadi dengan akta ISA. Ayah awak dituduh penjenayah dengan tidak bawa ke mahkamah, tanpa bukti dan tidak diizinkan membela diri. Agaknya itu adil atau tidak?," saya terus bertanya.

" Wah, mana boleh macam itu. Perogol segala pun dibawa ke mahkamah dan dibicarakan, takkan ayah saya tak boleh. Ayah saya bukan perogol, bukan penyamun. Jika kata dia salah,perlu buktikan. Itu zalim namanya!," dia meluahkan perasaan dia.

" Agaknya zalim ataupun akta itu ada ke tidak dalam Islam?," saya terus membuka ruang bicara.

" Ish, manalah ada. Allah larang bahkan laknat orang buat zalim. Bahkan ustaz saya ajar dulu kat sekolah, bukan sahaja orang membuat zalim yang kena bakar api neraka, tapi juga orang yang menyokong orang membuat zalim. Dua-dua sama kena bakar kekgi."

" Benarlah kata awak tu. Saya tidak kisah langsung dengan apa bulan, mata, roket bahkan dacing berkeris kata. Saya kisah apa yang agama Islam. Itu prinsip yang abah ibu terapkan dari kecil, itu prinsip ustaz-ustaz saya ajar di bangku sekolah, dan prinsip itu nabi saya Muhammad s.a.w tinggalkan untuk saya amalkan. Jika Islam kata itu haram, haram juga dimata saya. Apa orang kata jika salah dengan Islam saya akan sanggah walaupun orang bercakap itu didahi ada tanda bulan!," jawap saya memasuki kesimpulan.

Saya tidak suka satu-satu isu disempitkan kepada politik semata, ini kerana bila dipandang dari sudut politik sahaja, banyak orang menyangka ia hanya isu terpencil sebilangan orang ditambah sikap "akutidakpedulisme" dijiwa masyarakat cukup membarah.

Kita perlu lihat dari sudut pandang

Apa yang Allah kata?

Apa yang Nabi Muhammad tinggalkan?

Jika ia selari dengan Allah dan Nabi Muhammad, kita wajib ikuti lantaran kita tetamu dibumi yang Allah pinjamkan ini. Sesuka hati membuka "television" Allah, sesuka hati membuka "peti sejuk" Allah, sesuka hati memakan " makanan" Allah. Orang yang SESUKA HATI ini, insyAllah sampai masa akan diberi pelempang oleh Allah!

Jadi apa yang Islam katakan tentang ISA?

ISA dari kacamata Islam

Sayyid Abul Al-Mawdudi

Sayyid Abul Al-Mawdudi dan ulamak seangkatan dengan beliau yang menentang digubal undang-undang penahanan tanpa bicara semasa penubuhan Pakistan pada tahun 1940an telah menegaskan bahawa mana-mana negara muslim yang melaksanakan undang-undang tanpa bicara maka negara itu adalah negara munafik!

Kegigihan Al-Mawdudi menentang undang-undang zalim itu berkesudahan dengan beliau sendiri empat kali keluar masuk penjara. Dua di antaranya, Al-Mawdudi ditahan tanpa dibicarakan.
Al-Mawdudi menegaskan bahawa penahanan tanpa bicara diharamkan oleh Islam dengan nas yang qat'ie.

Penahanan tanpa bicara bukan persoalan ijtihadi demi menjaga kemaslahatan awam.

Jika berminat tentang sejarah Islam kita akan dapat lihat ada dua jenis ulama yang mewarnai dunia Islam sejak berkurun lamanya. Ada yang tegas dengan prinsip yang Nabi Muhammad tinggalkan, ada yang hanya mengeluarkan "fatwa" yang hanya mahu didengar oleh pemerintah.

"Habis itu, ada ulama yang kata ISA dibenarkan dalam Islam?."

Sayyid Abu A'la Al-Mawdudi mengeluarkan hujah yang jelas menyatakan bahawa penahanan tanpa bicara adalah amat bertentangan dengan prinsip yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Al-Mawdudi berhujjah dengan peristiwa Hatib bin Abi Balta'a. Peristiwa ini berlaku sebelum penaklukan kota Makkah oleh tentera Islam.

Rasulullah s.a.w sedang membuat persediaan untuk menyerang Makkah apabila salah seorang sahabahnya yang bernama Hatib bin Abi Balta'a mengirim surat melalui seorang wanita memberitahu pemimpin-pemimpin Quraisy tentang rancangan Rasulullah s.a.w tersebut.

Baginda memerintahkan Ali bi Abi Talib dan Zubair bi Al-Awwam dengan arahan: "Pergi segera ke arah Makkah, di satu tempat tertentu kamu akan menemui seorang wanita membawa sepucuk surat. Ambil surat itu dan bawa surat itu kepadaku".

Dua orang sahabah tersebut telah pergi ke tempat yang diarahkan oleh Rasulullah s.a.w dan dengan tepat menemui wanita tersebut di situ. Mereka mengambil surat tersebut daripada wanita itu dan membawa surat itu kepada Rasulullah s.a.w.

Perbuatan Hatib adalah satu pengkhianatan. Memberi maklumat rahsia tentang tentera Islam kepada musuh pada saat-saat genting peperangan adalah satu perbuatan khianat.

Sepatutnya tidak ada tindakan yang lebih wajar terhadap Hatib selain daripada dibawa ke tribunal tertutup!

Tetapi perkara ini tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Sebaliknya Hatib dibawa ke mahkamah terbuka di Masjid Nabawi di hadapan ratusan para sahabah meminta Hatib menjelaskan tindakannya mengutus surat kepada pemimpin-pemimpin Quraisy.

Hatib menjelaskan: "Ya Rasulullah, aku memang tidak menentang Islam dan tidak perlu aku lakukan perkara ini untuk mendedahkan rahsia tentera Islam. Sebenarnya anak-anak dan isteriku masih berada di Makkah dan aku tidak mempunyai anggota kabilahku untuk melindungi mereka di sana. Aku menulis surat tersebut dengan harapan pemimpin-pemimpin Quraisy terhutang budi kepadaku dan melindungi anak-anak dan isteriku sebagai membalas budiku."

Umar bi Al-Khattab bangkit dan dengan hormat mengesyorkan: "Ya Rasulullah, izinkan aku memenggal kepala pengkhianat ini dengan pedangku."

Rasulullah s.a.w menjawab: "Hatib adalah salah seorang pejuang dalam Perang Badar dan penjelasannya untuk membela diri adalah benar."

Walaupun perbuatan Hatib merupakan satu pengkhianatan yang melibatkan rahsia ketenteraan, Rasulullah s.a.w membebaskannya di atas dua sebab.

Pertama, rekod sumbangan dan perjuangan Hatib untuk Islam adalah amat cemerlang dan menjadi satu perkara yang amat mustahil beliau bertindak dengan niat untuk mengkhianati Islam dan negara. Hatib adalah pejuang dalam Perang Badar dan terbukti telah menyabung nyawanya untuk mempertahankan Islam.

Kedua, keluarganya memang benar-benar diancam bahaya di Makkah. Oleh kerana itu, jika Hatib mempamerkan sifat-sifat kelemahan di atas kedudukan anak-anaknya yang dalam bahaya, dan untuk itu telah menulis surat kepada pemimpin-pemimpin Quraisy, maka menghukumnya dengan mendedahkan tindakannya itu di hadapan kaum muslimin sudah memadai buatnya.

Allah telah menyebut bahawa keadaan Hatib dalam Al-Quran, tetapi tidak mengenakan hukuman selain daripada kecaman dan nasihat.

Al-Mawdudi menegaskan bahawa Rasululalh s.a.w tidak menggunakan tribunal tertutup kerana hanya melalui perbicaraan terbuka sahaja kebenaran dan hak dapat ditegakkan.
Islam menegaskan bahawa pemerintah bukan sahaja dituntut untuk menegakkan keadilan, tetapi usaha pemerintah untuk menegakkan keadilan juga mesti dapat dilihat secara jelas oleh rakyat.

Tiada siapa yang mempertikai keadilan Rasulullah s.a.w. Tidak mungkin ada seorang sahabatnya yang akan mempersoalkan sedikit pun keputusannya terhadap Hatib jika baginda membuat keputusan itu bersendirian.

Bahkan, Rasulullah s.a.w boleh bermusyawarah dengan beberapa orang sahaja di kalangan sahabatnya seperti peristiwa fitnah terhadap Aisyah. Dalam peristiwa tersebut baginda meminta pendapat Usamah bin Zaid dan Ali bin Abi Talib secara berasingan.

Tiada seorang pun sahabatnya yang mempertikaikan perbuatan baginda hanya merujuk kepada Usamah dan Ali dalam kes Aisyah.

Demikian juga, tidak mungkin ada seorang sahabah pun yang akan protes mahupun mempertikai jika kes Hatib diputuskan secara tertutup di kalangan beberapa orang sahabah pilihan baginda.

Kenapa ini tidak berlaku?

Jelas bahawa prinsip Rasululalh s.a.w dalam menegakkan keadilan adalah Islam menegaskan bahawa pemerintah bukan hanya dituntut untuk menegakkan keadilan, tetapi usaha pemerintah untuk menegakkan keadilan juga mesti dapat dilihat secara jelas, telus dan terbuka oleh rakyat.

Dengan itu, dalam hal-hal yang bertujuan untuk membela hak dan menegakkan keadilan, tidak wujud perbicaraan tertutup dalam Islam. Dengan itu, pastinya tidak ada penahanan tanpa bicara dalam Islam!

Islam mentakrifkan zalim sebagai tidak meletakkan sesuatu ditempatnya. Oleh itu jelas ISA adalah zalim kerana ia tidak memberikan keadilan kepada seseorang untuk mendapatkan pengadilan. Berdepan dengan penangkapan dan alasan pertuduhan, tanpa proses pengadilan tidak mungkin seseorang itu mendapatkan keadilan

Kesimpulannya didalam Islam ada satu prinsip asas keadilan adalah

"Innocent until proven guilty"

Sekitar Demostrasi Anti-ISA











Oleh kerana itu, saya berpendirian bahawa akta ISA wajib dihapuskan kerana ia dilarang dan diharamkan oleh Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w. Al-maklumlah kita pun menumpang dibumi ini. Saya tidak mahu kena PELEMPANG Allah.

America sudah mahu menutup Guantanamo Bay

Malaysia bila lagi?

Kita mampu mengubahnya!

Nota 1 : Ada satu article menarik tentang ISA yang dikupas dari sudut sejarah nabi Yusuf. Disini

Nota 2 : Anti-ISA tidak dapat menghantar memorandum, tetapi penyokong ISA siap diiring polis ke istana negara...sungguh 1Malaysia.

Nota 3 : Prinsip asas article ini adalah Islam. Selain dari itu, kita tidak tidak akan sekali-kali jumpa titik temunya.

Nota 4
: No tel mungkin akan diganti lagi....ahaks


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

13 comments:

Rafahiah Haron said...

"Aik apekejadah Amran ini. Pelik semacam je. Kena H1n1 ke?," bisik Amran dalam hati.

komen saya keluar tajuk skit.ayat kt atas tu mcm perlu di edit je,hehe.

Yes, ISA mmg patut dimansuhkan. Ia sesuatu yg zalim a.k.a tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Dr Amad said...

Rafahiah- Memang taip gitu...hehehe.

Aritu sampai kul wape?kekgi balik bandung,wat balik sama kek lapis tau.dgr kabo sedak molek kek lapis sana...aishhh...makan lg

dr.radzi said...

sheikh,apa kata citer sket pasal akta ISA yang tak betul tu...kebanyakan orang yang duk sebok tentang ISA ni tak pernah baca pon apa akta sebenar ISA tu...dah tau bolehla kita lawan. hoho~~

apa kesudahan demo di jalanan? kerajaan nak mansuh ke tak ISA ni? ke still tak nak? nak kene demo lagi ke lepas ni???

Dr Amad said...

Dr Radzi- Punya panjang article tak termasuk cerita lagi ek...hehe.

Senang cerita ISA= Tahan tanpa bicara.

Kesudahan? terserah pada kerajaan, golongan marhaen telah nyatakan sikap mereka. Tugas kita adalah berjuang, kapan tiba masa menang itu kita serah pada Allah.

Berjuang, kemungkinan ada perubahan. Duk enak bantai roti canai dan relaks menonton sinetron tobat lahum( bahasa ganu) tidak akan ada apa-apa perubahan.

Terkenang saudara kita di Palestine, memilih perjuangan guna batu sedangkan boleh sahaja enak releks dirumah...

=)

Itu jalan para pejuang menempah syurga

mutiara solehah said...

salam, sekali lg mabruk ats artikel ini. berita y msh pns. maring br demo hr ni dh wt kuar artikel..

I got something from this, jgn hanya pndng brdsrkn isu poltik. pandnglah mengikut pndngn Islam..

PPSMI dh ada jwpnnya, ISA bila lg?

Dr Amad said...

mutiara- Sengaja menulis selepas demo menandakan kelangsungan perjuangan sehinggalah ISA dihapuskan.

Ada masa, boleh dipandang dari sudut politik, ada masa kita patut keluar dari circle itu.

Dr Amad said...

Rafahiah- Laa,baru perasaan tang tu yang salah taip ye..ingat salah kot salah tatabahasa rupanya salah orang..hehe.


Sudah dah dibaiki...thank Yah

naqi mohamed said...

yaaa sheikh.

smyg jenazah 2 btol2 ke simbolik je?bole ke kalu simbolik je?mcm maen2 je.

naqi mohamed said...

sheikh,aku try dr aspek len gok,bkn politik je,hoho.cube la aku bg situasi ni.aku x sokong mane2 tp bg pandangan sbg org awam la.

kalu GMI nk kumpul rmai2 pun bakpe die dok wak kt tmpt khas mcm dataran merdeka ke,stadium shah alam ke,or mane2 la tmpat y besa n xkacau org len.den hntr wakil pg istana negara bg memorandum kt sultan mizan. so xkaco org len,pgguna jln raye, pniaga2(wpun mung kutuk dorg ni,haha).

so matlamat tercapai,memorandum dpt serah,nk tunjuk ksungguhan n rmai penyokong kt krjaan pn dpt,xkaco keja org rmai(aku pn ade kt KL ms 2,hangin 1 badan la sgkut dlm sesak 2,haha). penting kn,kite nk cpai matlamat kite n at da same tym kite xmenyusahkn org len jgak,ape lg bl mnyebabkn kerugian org len.kite dok leh nk pk diri kite je,kite buat demo demi Allah tp pd ms same kite mnuyusahkn org y xsalah pape pn.kenapa mesti kmpul kt tmpat awam n sesak mcm jln TAR n len2 g 2?


hehe,aku cume bg pndgn awam aku la,jgn kaitkn aku ngn mane2 parti;p

Dr Amad said...

Naqi- Itu bukan solat jenazah la...sape pulop mati yo sampai nak solat atas jalan. Yang tu,deme nak pergi Istana Negara,tetapi stuck kerana roadblock polis. So diorg solat hajat, dan lepas itu mahu bersurai.Sebelum sempat habis tahiyat akhir,polis lepaskan pemedih mata pada jemaah solat..=)


Ok,soal tempat crowded tu, itu semasa perjalanan. Cuba mung tgk tmpt-tmpt yang mereka plan utk berhimpun, masjid bahkan dataran merdeka pun. Itu tmpt mereka mahu berhimpun. Menjadi kelam kabut apabila pergerakan mereka itu dihalangan oleh polis dengan pancutan air dan pemedih mata. Saat itu sudah kelam kabut.

Aku baru sahaja,tgk dokumentari sal demo di UK, subhanallah...yg depan sekali tu polis...diorg mahu berarak,polis yg jaga. Ditengah-tengah bandar london tu. Nak cross jalan, polis tahan sal kereta,biar mereka lalu.Aman tiada masalah je. Itu bezanya kita dan mereka Naqi weh. London lagilah tempat super duper sibuk,tetapi aman berlangsung. Jem bukan kes kereta depa parking kat tepi jalan,tapi road block. So sape yang buat sape...tet! hehehe

Aku bukan kutuk perniaga atas kerugian tu,tapi aku dapat kesan satu sikap buruk. "tidakpedulisme". Apa sangat tong air pecah dengan anak yang sudah 8 tahun tak jumpa ayah.Lagipun conferm ke tong tu mereka yang "terpecahkan"?. Calester masuk dalam pinggan, calester tu dari siapa? Jika mereka kena situasi itu,bukan saje tong pecah,pili bomba depa sepak pecah =)

p/s: kl gie,dumoh aku bilo yo nak sapa neh?

Dr Amad said...

Hehe..lupa nak royak. Kita nak merdeka pun,kalu tgk dari buku-buku text, salah satu cara orang tua dulu-dulu adalah DEMO. Try check,kat tajuk Malay Union tuh.

Ada tok ki kite seme duk pegang sepanduk. So nak tanya lagi

"Apa ada dengan demo? ISA hapus ke?"

Putar kembali zaman ubi kayu

" Apa ada dengan demo? kita merdeka ke cara tu?"

syuhadah said...

abg amad..

ni sye kongsi pandgn dri seorang inspektor polis wanita,mak angkat saya tntng demo nie..

beberapa hri pas demo ni,sye g ziarah mak angkat sye nie.die cerite la pasl demo ni sbab die terlibat seharian pantau dri cctv..
die kata mcm nie,`mcm mana mama tak marah..dorang ni kurang ajar..boleh pulak dorang panggil polis2 mama `hey perempuan,sini kau..`..mne polis2 tu tak tangkap dorang..`dah la jammed seharian..`
ni pandgn dri sudut pihak polis..

su kelik kelate,bce harakah,menyatakan,`kalau pihak polis tak kacau demo,dorang xkn melwan.lagipun org2 yg buat demo nie tak bawak pn brg2 yg merbahaya tok baling2 ke..ape ke..`
sebhgian dri tulisan dri harakah.

hmm..sudut pndgn dri 2 pihak yg berlainan..kdg2 tok menjadi neutral dengn tidak memihak kpda mne2 pihak agak sush sbab `yg benar tidak semestinye menang` bak kata uzt riduan nor mlm tu..huhu..

ape2 pun...`1 malaysia`..lala~

Dr Amad said...

Miss Susi- Soal demo dan ISA memang bersangkutan dan tetapi kita tidak seharusnya mendatangkan hal itu dengan satu paket.

JIKA kita meletakkan demo itu salah, tetapi tidak semestinya ISA itu halal.

Tujuan asal adalah menghapus ISA dan itu tidak mengalihkan pandangan kita. Kerana ISA zalim,dan wajib kita hapuskan dengan apa cara sekali pun.

Benar kata sue, nak duk neutral pun tidak boleh dan sukar. Jadi, ambil kira semua maklumat dan timbanglah sendiri.

Benar itu tertegak dengan hujah... dalam kesamaran maklumat, iA masih ada sinar kebenaran