Thursday, 20 August 2009

Studio Amad : Eksplorasi Du'at dan CGC Kenyir Trip

Eksplorasi Du'at

Burning Desire : Ustaz Ridwan

Ketibaannya agak lewat tetapi telah dimaklumkan oleh Ustaz terlebih awal. Kami sediamaklum bahawa jadual ustaz agak padat.

Sampai tanpa bertangguh, terus tentatif sulong program Eksplorasi Du'at dimulakan. Tajuk diberi adalah "burning desire" tepat pada penerima dan pemberi. Bagi Ustaz Ridwan, tajuk sebegini bukan asing bagi dia. Mengupas tajuk ini dari segi sejarah Islam, terus memancing perhatian para sahabat lain.

Kisah-kisah heroic pemuda pemudi Islam yang tercatat dengan tinta kegemilangan diungkai dengan kemas oleh Ustaz Ridwan. Mata rantai perjuangan Rasulullah telah dipertegaskan oleh ustaz bahawa didukung oleh golongan muda dan mehnah dan penentangan biasanya diketuai oleh golongan orang-orang tua.

Tanpa melupakan perjuangan darah dan airmata saudara kita di Palestine, pengalaman beliau semasa menjayakan misi kemanusian ke Palestine juga dikongsi bersama buat kami.

Nama pun tajuk ceramah Burning Desire, memang dibakar habis oleh Ustaz

Amad dan Ustaz Ridwan

Shift of Paradigm : Ustaz Hasrizal

Siapa tidak kenal dengan Ustaz Hasrizal, yang lebih sinonim dengan gelaran Ustaz Cinta yang terkenal dengan blognya Saifulislam juga antara insan yang sudi meluangkan masa buat kami dalam terus menghayati tagline "Erti Hidup Pada Memberi".

Dengan masa yang diberikan sebanyak tiga slot, ustaz selesa untuk mengupas tajuk Shift of Paradigm. Hadir dengan tiga tajuk utama iaitu Dakwah itu Fitrah, Dakwah itu Hikmah dan Dakwah dengan Ibrah, dikupas dengan baik oleh ustaz.

Ustaz Hasrizal dan Dakwah

Tumpuan penuh

Dakwah itu Hikmah

Bersama sifu

Akhwat IMAN dengan Ustaz Hasrizal...Ingat pesan ustaz jangan nasihat dengan "Sabarlah ustaz"

Dakwah dengan Ibrah...meneladani Pembukaan Kota Konstantinopel

Majlis Walimah Kak Kem

Selepas berkejar menghantar ustaz, saya dan kawan terus kembali ke Gombak untuk menyertai sahabat yang lain untuk menghadirkan diri majlis perkahwinan senior UNPAD, senior IMAN dan senior paling comey. Beliau telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka sedaerah. Orang nogori juga.

Kami sampai ke rumah Kak Kem dalam jam 9 malam. Dan kami telah dijamu dengan lauk tradisi orang negeri iaitu daging masak lomak, gulai daging dan sambal udang.

Kami kembali pulang ke Gombak dalam semua tidur keletihan dan juga kenyang.

Mengambil "berkat"

Jejaka IMAN dengan pengantin

Akhwat IMAN dengan pengantin

Perkongsian Pengalaman : Abang Ammar dan Kak Anfal

Mereka telah melaluinya dan mengabdikan diri dengan dakwah. Jadi kami telah menjemput mereka untuk berkongsi cerita dan pengalaman untuk bekalan masa depan.

Suka duka, melengkapkan sunnahtullah perjuangan bahawa jalan yang kita pilih adalah jalan yang tidak dihamparkan dengan permaidani merah.

Jalan para pejuang.

Abang Ammar dan Kak Anfal
RumahTitian Kaseh

Ini adalah tentatif terakhir kami dalam program Eksplorasi Du'at. Dengan sedikit nikmat yang Allah berikan kepada kami, kami cuba untuk berkongsi rasa dengan penghuni rumah titian kaseh.

IMAN dan penghuni Rumah Titian Kaseh

CGC Trip

Anggota CGC telah berkampung di Terengganu dalam usaha mengisi masa libur dan mengeratkan tali silaturahim antara kami.

Destinasi pertama adalah Pulau Kapas. Seronok CGC bersahabat dengan alam dengan aktiviti kanu, snokeling dan mandi laut. Saya tidak menyertai mereka ke Pulau kerana badan yang masih kurang sihat.

Dari pinggiran pantai memutih Terengganu, kami meneruskan agenda ke hulu Terengganu. Tasik Kenyir menjadi destinasi pilihan kami. Dengan menyewa bot besar yang lengkap segala kelengkapan, ia menjadi rumah untuk kami selama dua hari satu malam.

Memancing, barbeque, mandi air terjun menjadi aktiviti utama kami ditengah-tengah tasik dan hutan tua ini.

CGC memasak

Amad dengan Mr President of CGC

Cahaya didalam hutan tebal

Pancing dan Tasik

Dawn at Tasik Kenyir

Penat itu bersangatan tetapi hati ini puas apabila diluruskan niat kerana Dia. Semoga usaha, penat dan lelah dibalas oleh Allah dengan syurgaNya.

Amad juga ingin mengucapkan selamat datang bulan Ramadhan. Dengan memasuki Madrasah Ramadhan ini, iman kita terus subur dan mekar.

Marhaban Ya Ramadhan

Nota 1 : Selamat berpuasa buat semua.

Nota 2 : Amad secara rasmi activated Flickr... check it out

Nota 3 : When I make a photograph, I make love. - Anonymous

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

16 comments:

Max said...

Salam bro..

Dengki ambo xleh g walimah n slot terakhir..

Doh la xleh g kongres CGC jugak.huh..

Sedey ambo...

btw semoga Ramadan kali ini akan menguatkan langkahan kaki kita dalam menongkah arus perjuangan dakwah dan tarbiyah Islam...

moga2 kita menjadi insan yang bertakwa...

Ameen...

mysterious_musafir said...

salam...cantik gambar...especially yg dawn at tasik kenyir..tahniah atas pembukaan account flickr...

semoga segala ibrah dari eksplorasi du'at tersemat di hati..

Selamat menjalani Ramadhan dengan gembiranya! Puasa penuh ye? hehe..

ps..maaf salah silap..

Dr Amad said...

Max- Wslm... dok baik deki-deki,duk molek-molek la kat indon tow...

CGC ada kongres ek...ikut keputusan kongres, sapo hok dok gie ganu, keahlian akan digantung serta merta..hehehe

Dakwah dan tarbiah di bumi UNPAD...Jom gegarkan!!!

Dr Amad said...

Cik Mysterious- Wslm, terima kasih...masih dalam usaha belajar lagi untuk merakamkan kejadian Allah ni.

Selamat berpuasa jua...

sinar_islami said...

Alhamdulillah terisi cutinya...
Moga redha Allah bersama kalian...
btw nice pic..especially, touch of nature..menenangkan..

Dr Amad said...

Sinar- Alhamdulillah... terisi itu dengan rahmat Allah jua.

Kembali kepada fitrah,itu mendamaikan

syuhadah said...

Alhamdulillah..selesai sudh progrm du`at..
trima kasih buat smua ajk n para peserta yg telah trut sama menyertai..
maaf di ats sebrang kekurngn sepnjng program..
next year wat lagi progrm kat msia tapi tukar lokasi kat kelate ke.. nganu ke..leh singgah pulau kapas..hehe...

tahniah buat semua dan sma2 kiter ambil pengajran dan semngat untk meneruskan dlm medan dakwah nie..=)

'Abid Sakina said...

salam~btul2..dawn at t.kenyir lawo..:) relection di air yg tenang

salam ramadhan kareem~ jadikan lbh baik..

cgc berjaulah bersama..mantap2..

Dr Amad said...

Miss Susi-Thn depan, kita buat kat ganu pulak...jijol and jamal ada tu...bior budak2 laki pulak wat keje...ni seme orang ppn je buat...smpai masa nak jadi tok laki orang...


baju langsir dah bg belum ke kak kem?hihihi

Dr Amad said...

Nurul- terima kasih...belajar lagi

Bila lagi geng2 muslimat nak berjaulah...nak mtk tolong pun xpe...kome pandai2 la wat prog

syuhadah said...

ish..kejam abg amad..sye sepatut jadi pengapit.tapi tunggu korg lambat..haha...

Dr Amad said...

Miss Susi- Patutnya jadi pengantin tu...hehehe

نور توفيقة ادريس said...

abg fahmi makin "sihat".
hee=)

Dr Amad said...

Pika- Alhamdulillah sihat...=)

hiiii

p/s: Lama tak dgr kabo berita...

نور توفيقة ادريس said...

abg fami, nk taw.. skrg blok research.. so drowning in topics like statistics, graph, etc etc etc..
x ingat dh math..
hu...
nuway, cantik sgt all those photos. pqa de pg kat abg faminyer flickr. nk save as photo tu taleh pun..

amek pic bnyk2..n update pqa, taw..

Dr Amad said...

Pika- Math everywhere Pika weh...sampailah membilang tempe di pasar Jogja tu..hehehe.

Kalau di Unpad,kami belajar masa 3rd year...itu penting time nak buat Tesis masa final year theory aka 4rd year.

Nak save kene tekan kanan tetikus(lama tak guna perkataan ni). Cari save images in tu...

Jzkk