Sunday 2 August 2009

Referendum Marhaen

Tanam pinang rapat-rapat, biar senang puyuh berlari

Sempena musim H1N1

Musim Memburu

Gottcha...

Peace no war... Free Palestine

Dari Pentas Ceramah Ehwal Islam ke Jalan Raya- Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Allahuakbar!!!

Kelongsong calester pemedih mata

Counter-strike

Waaa...sale...sale

Takbir

Suasana Panas di dinginkan dengan air asid

Satu...dua...tiga

Walking

Yeeeehaaa

Saya masih teringat dengan satu temuramah satu stesen TV Indonesia dengan bekas presiden Indonesia, Amin Rais.

Dalam satu komentarnya selepas ditanya tentang perkara pertama sekali dia lakukan sebaik sahaja menjawat jawatan presiden:

" Usai sahaja saya menjawat jawatan presiden, saya telah membebaskan semua tahanan tanpa bicara berkuat kuasa serta-merta. Saya tidak mampu untuk berehat malam selagi belum membebaskan mereka. Saya takut disaat mereka terpenjara kerana dizalimi, saya enak tidur dikasur. Bimbang pada saat itu nyawa saya akan dicabut. Apa yang saya mampu jawap dihadapan Allah ?."

Melihat beberapa komen atau propaganda yang dimainkan seperti peniaga rugi segala, saya teringat perjuangan darah dan airmata saudara kita di Palestine. Mungkin sahaja boleh mereka enak tinggal dirumah atau pun berhijrah ke negara jiran mencari damai. Enak memakan kebab dan menonton "astro" arab. Tetapi kenapa?

Kenapa mereka memilih jalan sukar?

Kerana itulah jalan para pejuang. Palestine tidak akan sekali-kali terbebas dan ummat Islam tidak akan dapat kembali bersolat di Masjid Al-Aqsa dengan perjanjian. Kerana bangsa Yahudi Laknatullah hanya kenal bahasa batu, bahasa darah, dan bahasa peluru.

"Habis itu, terbebas ke Palestine dengan batu?"

Seaakannya kita patut malu untuk bertanyakan soalan itu. Kerana soalan itu soalan direct kepada Allah. Nabi Nuh a.s berdakwah selama 950 tahun.

Kita?

Semalam shopping mall

Hari ini futsal

Lusa tom tom bak

Tulat konsert

Untuk Islamnya entah kapan masanya. Tetapi tebal muka bertanyakan kapan kemenangan itu patut datang. Di akhirat Allah tidak tanya Palestine bebas atau tidak, yang ditanya apa adalah apa yang telah kita buat untuk membebaskan Palestine.

Semalam referedum rakyat, yang InsyAllah jika niat dan matlamat yang jelas akan dikira amal kebaikan. Pilihan jalan raya di Malaysia, Palestine terbebas. Siapa sangka ada kaitannya?

Amal Islam itu ibarat rantaian besi yang menghubungkan semua umat Islam. Disana batu dan kayu, disini peluh dan airmata. Rantai itu bersambung dan terkait.

Mahu bertanya lagikah wahai manusia dengan soalan?

"Habis itu, terbebas ke Palestine dengan batu?"

" Deme tu tabur pasir dalam tong air makcik!"

"Tak da kerja lain ke deme tuh. Dem0...demo...jem lah weh. Tensionnnn!"

Lu pikirlah sendiri... Terima Kaseyyyy!

Nota 1 : TV3 kata, peniaga marah kepada peserta demo...Jom kita check video ini. TV3 tak da tau...



.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

4 comments:

wearelearningparents said...

jalan perjuangan itu dipenuhi duri. jika kita merasa selesa dgn perjuangan, mungkin ada sesuatu yg perlu kita periksa kembali. kerana kesusahan itu sunnah perjuangan.

Dr Amad said...

Anjeruby- Lama tu tak singgah sini...jzkk atas komennya

sinar_islami said...

Erm apa usaha kita?
Takut memikirkan soalan yg akan dikemukakan di PENGADILAN kelak..
menyebut ttg sunnah berjuang teringat nasyid yang sllu dinyayikan ketika perhimpunan di sekolah dahulu...

berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid memburu syahid

dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan Rasul Nya

berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang tegang silih berganti
inilah sunnah orang berjuang

malamnya bagai rahib merintih sayu
dihiris dosa air mata
siangnya bagaikan singa di rimba
memerah keringat mencurah tenaga

berjuang memang pahit
kerana syurga itu manis
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih

berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerana kebenaran
antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid atau menang

~lirik nasyid nadamurni~ suka yg ni lagi dari hijjaz baru..maaf kalau ada terslh tulis,apa yg teringt je ni::

nasyeed ni benar2 membangkitkn smgt.. sekaligus mengejut dari lena yg panjg.. sungguh byk masa yg tlh diri ini sia-siakn..

Dr Amad said...

Sinar- Nadamurni best...ketepikan dari mana depa asal,amik maksud lirik mantap...