Wednesday, 2 September 2009

Sejarah Malaysia Memandulkan Patriotisme


Entah kenapa sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52 terasa amat-amat hambar. Bahkan ada segelintir insan yang tidak mengetahui dan tidak mengambil pusing tibanya tanggal tersebut.

Apabila saya menjejakkan kaki kembali ke bumi Indonesia, mereka yang menyambut kemerdekaan lebih awal dari kita, kelihatan sungguh meriah. Di bandara (airport) terlihat bendera-bendera bergantung dan dihias cukup meriah. Bahkan jiran didepan rumah saya masih tergantung bendera Merah Putih.

Masih hangat

Masih terasa

Masih berkobar

Tetapi tidak pada negara kita Malaysia. Sambutannya dingin, rakyat marhean tidak peduli, propaganda kemerdekaan Malaysia tidak disambut.

Jika dahulu sumber sejarah kita hanya dapat melalui TV, buku teks yang boleh menjadi terapi tidur, dan juga cerita penglipurlara orang-orang tua kita. Itu menjadi sumber utama pada generasi kita mendapatkan sumber.

Mahu atau tidak itulah yang menyumbang kepada dingin,tidak peduli dan kurang sambutan kerana sejarah yang kita dapat adalah tidak telus dan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja.

Keberadaan blog dan buku-buku sejarah yang telus sedikit sebanyak mengubah pandangan masyarakat tentang sejarah sebenar Malaysia. Jadi ia banyak menjawap soalan-soalan yang sering dilontarkan oleh masyarakat berfikir

" Benarkah, Dato Bahaman itu pengkhianat?"

" Orang melayu yang menyertai PKM itu adalah berideologi komunis, tidak Islam! Mereka patut mendapat balasan setimpal"

" Kenapa Tok Janggut membunuh polis melayu. Ish, melayu bunuh melayu"

" Kemerdekaan hanya dicapai atas usaha kami sahaja!"

" Ini tanah air orang Melayu sahaja. Jangan bermain api!," jerit pejuang melayu berkulit gelap. Melayu celup.


Satu dokumentari yang wajib dilihat untuk memahami sejarah

Memahami Kerangka Sejarah

Banyak saya perhatikan watak dalam sejarah Malaysia banyak diulang tayang dan dilakonkan kembali bersumber dari watak dari sejarah sebelum itu. Tidak kira samaada dari sejarah Islam, jatuh bangun tamadun manusia ataupun sejarah peperangan manusia moden.

Disitu wujudkan watak pejuang, pengkhianat dan pemerhati. Jatuhnya kota Islam semasa peperangan Salib adalah kerana khianatnya segelintir tentera Islam. Hasil perjuangan darah dan airmata pejuang kemerdekaan biasanya dikecapi oleh puak sekular yang lunak pada pemerintah penjajah. Sumbangan kemerdekaan yang digerakkan oleh golongan berhaluan kiri sering dinafikan oleh anak didik penjajah.

Sejarah manusia mengajar dan memperingatkan kita tentang watak itu. Saya tidak hadir untuk meluruskan dan menceritakan tentang sejarah Malaysia lantaran terasa masih banyak yang perlu dilihat dan diselidiki.

Carilah watak-watak itu dalam memahami sejarah.

Jadi ia boleh dikira sebagai penanda aras awal dalam kita semak dan melihat kembali sejarah kita. Amad hadir dengan satu gesaan...

Semak kembali sejarah Malaysia agar senario menjadikan buku text sejarah ubat yang paling mujarab untuk mengatasi Insomia.

Anda pernah mengalaminya?

Saya pernah, dan memang mujarab.

Salam 1 Malaysia

Nota 1
: Teringat menjadi Sultan Melayu dizaman sekolah dahulu.

Nota 2 : Pengalaman pertama hadapi gempa bumi. Blurr dan "seronok". Ya Allah...

Nota 3 : Dikala kerajaan Malaysia mencanangkan 1 Malaysia, masih ada golongan yang menentang hasrat itu. Bukan caranya membela Islam dengan cara menghina agama orang lain.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

No comments: