Wednesday 12 August 2009

Studio Amad : Pulau Kapas

Semalam saya diberi Allah kesempatan untuk berkunjung ke pulau yang paling dekat dengan kampung halaman, Pulau Kapas. Masa yang diambil dari rumah ke jeti hanya 10minit dan perjalanan ke pulau kapas dengan menaiki bot laju hanya mengambil masa 20 minit.

Dekat dan cepat.

Sebenarnya kali terakhir ke Pulau tersebut sudah 20 tahun lepas. Mak Cik Gemok (bukan nama mengejek) pada waktu itu baru sahaja membuka chalet disana dan menjadi perintis bidang perhotelan disana. Apabila sampai kesana semalam, tidak banyak yang berubah.

Chaletnya masih sama seperti dulu

Indahnya masih sama seperti dulu

Bagaimana indahnya semua itu, pasti ada yang mengatur dan menciptanya.

Allah...

Menjejak kaki di pasir nan memutih tepat jam 9.45am, tetapi angah sudah pun keluar untuk memenuhi jadual dive. Penantian tidak membosankan, lantaran menjaga chalet adalah sahabat sekolah lama. Banyak yang dibualkan. Dari sedara mara sampailah kena berjalan itik oleh cikgu Fatimah, guru disiplin sekolah lama dan merangkap ibu kepada saya.

Check in chalet dan menukar seluar, tanpa berlengah keluar menembak keliling pulau. Dari satu batu ke batu yang lain. Semuanya mahu dirakam mengambarkan keindahan ciptaan-Nya.

Penat pusing pulau, saya merebahkan diri ke kerusi malas yang disediakan sambil menanti geng-geng scuba balik. Bertuahnya untuk kunjungan kali ini, Pulau Kapas sedang dalam acara membersih pulau yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Marang, Jabatan Taman Laut dan Maritim. Jadi penginapan dan makanan sudah termasuk sekali. Saya pun turut serta "melihat" awok-awok ini dive dan mengambil TOC aka tapak sulaiman yang memusnahkan terumbu karang.

Berada ditengah laut terbawa-bawa kedalam solat. Solat pun terasa dilambung-lambung ombak. Ini mungkin dikatakan MABUK LAUT.

Petang itu usai solat asar, mengambil kanu yang boleh memuatkan dua orang, saya dengan angah berdayung. Hasratnya hanya mahu bermain didepan pulau, akhirnya berdayung hinggalah ke pinggir pulau. Hampir dengan Pulau Gemia. Dibawah kanu, tersusun indah coral yang cantik dan terpelihara cantik. Mat salleh tidak begitu ramai, mengakibatkan iman lebih terjaga.

Penat berkanu, kami bermain bola tampar pantai. Dengan matahari terbenam dikaki langit, membuatkan suasana cukup mendamaikan.

Tiada aktiviti malam di Pulau Kapas, menandakan masih "suci" berbanding tempat wisata yang lain yang agak ternoda.

Keesokan hari tiada aktiviti selain snorkeling dan akhirnya bersiap untuk pulang.

Memerhati Ciptaan-Nya cukup menyedarkan bahawa diri ini adalah HAMBA.

Gambar Berbicara

Alatan Snorkeling

Kanu

Crystal clear

Indah

Damai

Geng-geng scuba

Dive

Gogle

Sunset,manusia dan bola

Sunset

Nota 1 : Capet dehhh...


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

8 comments:

Nadia Nazifah said...

canteknye pulau kapas ni amad..dulu saya pergi tak rasa pon cantek sbb time tu saya kecik lagi kot:D

anyway, those captured gmb are very beautiful. camera best kah? atau org yg amik gmb tu pro? hihi. siyes ni. bkn mengejek.

and, i went to pulau redang last 2 weeks. mlm2 ade disko wooo. org cucuk2 langit. hahah. bagos lah pulau kapas tak ade bende mcm tu. XD

nur_aishah said...

salam amad,

wah..bestnye..jeles betol.dah balik cuti kat malaysia eh. LAst pegi pantai kat Bali..tp seksa mata memandang 'bule-bule/org putih' dan yg 'perasan bule'..

harap dapat melepaskan 'stress' koas kat c2..sblm ni pernah g pulau redang & perhentian dgn keluarga.kapas blum lg..

suka redang sbb lbh cantik & terpelihara.

sinar_islami said...

Erm bila la agaknya nak mejejaki pantai2 dan nature..

Dr Amad said...

Nadia- Cantik la,sebab duk kat marang..hihihihi.

Gambar tu comey alasan paling kukuh kerana Allah buat, saya just rakamkan jah...alasan tak kukuh adalah faktor man and machine...

Man without machine nothing

Machine without man not functioning

Mai la kapas sekali lagi...naqi dah sampai tu...

Dr Amad said...

Nur Aishah- aah,mai la sini...xramai orang syok skit.nak kuak lentang,kuak mengiring, kuak berdiri boleh dilakukan dengan tenang...

Dr Amad said...

Sinar- Cik sinar asik duk agak,sal tu lah tak sampai-sampai. Lani xpayah agak,terus je pi...iA sampai.

Orang tua-tua kata bese yang plan yang nak jadi,tapi yang tak plan bese ye jadi jah...org tua la kata,bukan ana kata...

syuhadah said...

cantik la gambar sunset tu..huhu..

Dr Amad said...

Sue- Terima kasih..hihihihi