"Abang Amad, apa itu wahabi? banyak orang duk sebut-sebut. Nak-nak lepas Dr Maza kene tahan. Wahabi sesat la, apa la...betul ke wahabi itu sesat ni?," tanya seorang adik junior.
Persoalan ini timbul selepas Dr Maza ditangkap oleh JAIS. Jadi berhati-hati bagi siapa yang ingin mengajar orang nazak mengucap.Dibimbangi akan ditangkap.
" Kita tidak akan mengadakan sambutan maulidur rasul. Takut ada pula orang marah kerana bi'daah," kata seorang teman. Dan pada masa yang sama sambutan "burfday diri" disambut meriah.
" Betul ke apa yang ustaz kita ajar dulu kat sekolah adalah salah? macam deme itu tak tahu hukum je. Nabi tak buat, tapi ustaz suruh buat," generasi baru pening lalat.
Persoalan itu hadir kepada saya dalam keadaan yang menuntut jawapan yang pantas dan ringkas. Tetapi mampukah saya memberi jawapan sepantas dan seringkas itu?
Kerana apa yang dipertanyakan adalah permasalahan dan perbahasan beratus tahun yang lampau dan berlarutan sehingga sekarang. Saya bimbang, sepantas dan seringkas mungkin jawapan yang saya berikan bukan menyuluh denai yang tebal, bahkan menambah maraknya api.
Tidak menyelesaikan, tetapi menambah pening.
Perkongsian Pengalaman
" Erm...apa yang kamu tahu tentang bi'daah," itulah taa'ruf pertama yang saya hadapi. Jika biasanya sesi perkenalan adalah bertanya tentang diri, tetapi tidak kali ini. Kenal pun tidak, bersua muka tobat lahum tidak sesekali, yang ditanya adalah apa itu bi'daah.
Saya terkedu. Bukan tidak tahu apa itu bi'daah tetapi kaget dengan taaruf versi baru.
" Apa hukumnya jatuh talak seribu?," tanya seorang teman didalam perjumpaan ramai-ramai.
" Bagi ana setakat ana belajarlah...jika talak satu, jatuhnya satu. Jika talak tiga, jatuhnya tiga dan jika talak seribu jatuhnya satu. Itu tidak silap ana, familiar dikalangan mazhab Imam Syafie'," jawap saya dengan nada mendatar.
" Ish...sape cakap gitu! Talak satu, tiga, seribu ke itu jatuhnya satu!," kata teman dalam nada meninggi.
" Itu apa yang aku tahu...dan ia ada didalam perbahasan khususnya bagi mazhab Imam Syafie'," jawap saya tenang.
" Aku taknak guna yang mazhab syafie',"gertus sahabat.
Saya mencari diam, kerana diam itu besar hikmahnya. Biarkan beliau dengan fikrah sebegitu walaupun saya tahu ia satu kemalangan dalam beragama.
Dr Maza Di Bandung
" Kita jangan sekali-kali taqlid. Jangan seperti masyarakat diluar itu. Nampak sikit orang beramal lain dengan apa amalan biasa, terus dicop kafir," itu kata-kata beliau semasa hadir ke Bandung.
Saya adalah anak kampung, yang majoritinya adalah selesa dan mengamalkan pandangan-pandangan dari mazhab Imam Syafie'. Dan tidak pernah sekali dalam hidup, masyarakat di kampung saya mengeluarkan dan bersikap keras seperti itu. Bah dalam skala yang lebih besari iaitu di kampung-kampung lain,juga tidak pernah.
Semua yang berbeza, akan dilabel dan dihukum sesat. Mungkin ada dan ia adalah isu terpencil. Dan isu terpencil tidak seharusnya beliau menjadikan dalil dalam ceramah beliau untuk menghentam masyarakat diluar.
Dan Alhamdulillah saya telah menyampai langsung kepada Al-Fadhil Ustaz Asri. Dia tenang mendengar, dan jangan sesiapa pula panas telinga.
Perdebatan Di Internet
Menjadi satu kesukaan saya adalah membaca article di blog. Pada satu hari, saya terjumpa satu blog
" Ikhwanul Muslimin dan tabligh adalah sesat! Mereka termasuk dalam pecahan 73 golongan yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w," petikan dari blog ultra salaf tersebut. Kenyataan itu bukan hadir begitu sahaja. Tetapi dalil yang benar lagi sahih.
Sahihnya hadis menjadi dalil bagi mereka untuk menisbahkan pandangan mereka tentang dalil itu adalah sahih jua.
Jika Dr Maza mengatakan ada masyarakat yang fanatik pada Mazhab, menghukum orang lain kafir.
Wujud juga, segelintir dari berfikrah salaf, menghukum orang lain selain dari fikrah mereka sesat.
Saya cuba untuk mengambarkan bahawa, kedua-dua golongan yang keras ini wujud bagi kedua-dua tebing yang extreme. Dan mereka semua hanyalah mewakili segelintir dari kedua-dua fikrah. Dan tidak harus bagi kita mengambil kisah segelintir itu menjadi dalil.
Jika diambil, ia mengulangi putaran roda yang sama. Belah sini kutuk sana, belah sana terajang ini. Belah sini luku sana, belah sini tempeleng sana.
Adakah kita mahu memasuki daerah peperangan ini? ataupun sudah termasuk?
Pepatah orang tua ada berkata
"Gajah bertarung dengan gajah, pelanduk mati ditengah-tengah"
Sadis beb jika jadi pelanduk! Berat gajah tu kalau kena hempap...
Saya sahih, kerana rujukan saya sahih
Saya cukup tertarik dengan buah fikiran Abu Saif dalam hal ini. Ini kerana apa yang beliau naqalkan adalah menjadi makanan jiwa saya disini. Kejadian yang beliau ceritakan bukan lagi kes terpencil dan sering saya hadapi.
" Pandangan air mustaqmal ini adalah salah. Mereka yang mengatakan adanya air mustaqmal adalah salah kerana tiada dalil."
Hinggap kenyataan itu ditelinga saya. Dan ia betul-betul...Bukan cobaaaannnn.
Saya mengeluarkan telefon dan bertanya benarkah tiada dalil yang mengatakan air mustaqmal kepada Ustaz Mahadi, graduan jurusan Ilmu Fiqh, Jordan.
Alih-alih saya pula yang dimarahi.
" Hah, siapa yang kata air mustaqmal itu tiada dalil? suka-suka hati je. Deme tu belajar Fiqh ke?," bukan jawapan yang saya dapat, tetapi soalan balas.
Trend kembali kepada Al-Quran dan Sunnah ini banyak mencetuskan polimik pemikiran. Tenang dipermukaan setenang sahihnya kata-kata Nabi Muhammad, tetapi arus deras membunuh didasarnya. Dan tidak sedikit yang ditimpa penyakit ini.
" Erm...taklah budak belajar agama, medic sama dengan ana je akh."
" Bagitahu deme ini dalilnya," Ustaz Mahadi memberikan dalil yang lengkap, sahih lagi benar bahkan siap dengan huraian dalil.
" Lain kali berakhlaklah. Jika tak tahu, cakap tak tahu. Ini benda ada dalil, kata tidak ada dalil. Itu perbuatan mungkar. Jika bezanya hanya sekitar taraf kuat atau tidak nas, cakaplah tentang taraf nas itu. Ini mengatakan tiada sedangkan ada, itu perbuatan biadap!," terang beliau.
Saya tidak menyalahkan mereka. Mereka cuba mencari damai dalam beragama. Tetapi bak nukilan Abu Saif
Penyakit ini menimpa golongan yang menisbahkan fikiran mereka sebagai mewakili teks yang dianggap benar. Ia bukan sahaja berlaku dalam lingkungan Muslim, malah telah wujud juga penyakit yang sama di semua agama. Masalah ini bukan masalah agama, tapi masalah sikap dan pemikiran.
Saya bertemu dengan watak ini di dalam pusingan Sejarah. Sama ada Sejarah Islam, mahu pun sejarah yang di luar komuniti Islam. Golongan yang menganggap diri mereka mewakili teks yang sahih, terlupa bahawa teks yang sahih tidak menjadikan apa yang mereka faham tentang teks itu turut sahih dan tidak boleh menerima pertikaian.
Kerana itu, kita bertemu dengan pembiakan golongan yang mengambil teks secara literal tanpa mengambil kira peraturan-peraturan untuk teks tersebut difahami.
Agenda menyelamatkan ummah dari ancaman Sekularisma hilang prioriti. Tanggungjawab menegakkan keadilan pada ekonomi, sosial dan undang-undang ditolak ke tepi. Tugas umat Islam menyelamatkan saudara-saudara mereka dari gelombang Riddah apabila manusia murtad menerusi peruntukan undang-undang dan lemahnya penguatkuasaan, sudah tidak lagi dibicarakan.
MemberiTAHU hukum dan memBERI hukum
"Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan dalam"
" Adakah kita boleh berijtihad?," itu soalan yang dilontarkan kepada Dr Maza dari seorang pelajar jurusan perubatan.
Seperti jurusan perubatan yang memerlukan pengorbanan 6 tahun untum mengalas ijazah. Dengan betapa vitalnya pelajar perubatan mengikuti seluruh aspek disiplin ilmu kedokteran, sehinggalah kita mampu diagnose penyakit itu dan ini, dan memberikan prescribe ubat itu dan ini. Begitu juga dengan ilmu agama.
Untuk sampai peringkat mampu berijtihad sendiri, agama Islam juga ada disiplin-disiplin ilmunya sama seperti jurusan kita.Perlu kuasai Bahasa Arab, Usul Fiqh, Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith sebagai langkah awal.
" Kalian belajar medic ni bagus sampai 6 tahun. Ni ada kat luar, pi kursus tiga hari dah dapat sijil perubatan Islam. Lepas itu bagi itu dan ini. Kalian susah-susah 6 tahun, mereka tiga hari sahaja," pesanan Dr Maza yang amat saya setuju.
Dengan saya analogikan kepada pelajar perubatan
" Kalian belajar agama Islam ni dalam 4 tahun. Ni ada budak diluar, buka kitab sahih Bukhari yang terjermahan Indonesia, boleh kata itu halal,itu haram dan itu bida'ah. Nabi tak buat. Kalian susah-susah 4 tahun, mereka boleh berhukum dalam 5 minit," kata Dr Amad.
"Jadi, tidak usahlah kita belajar agama...tumpu pada perubatan sahaja la"
Siapa bilang perlu sampai begitu? Jangan kata saya bilang, aku sekeh nanti.
MemberiTAHU dan memBERI hukum itu dua benda yang berbeza. MemberiTAHU adalah kita menyampaikan apa hukum yang telah sediaada. Dan bukan dari 'ijtihad" kita, seorang pelajar perubatan. Kerana jika kita menyampaikan 'ijtihad' kita sendiri sebagai pelajar seorang pelajar perubatan, ia adalah memBERI hukum. Terbuka luas dengan cacat dan cela 'ijtihad' itu.
Agama itu tetap perlu bahkan wajib kita cari. Belajarlah ilmu agama sebanyak mana kita mampu kerana itu tuntukan agama Islam.
Senang cerita, anda boleh berijtihad jika ilmu anda setaraf dengan ulama-ulama muktabar, solat tahajut anda setanding solat tahajut 4 imam mazhab, warak anda sama seperti tok-tok guru di pondok, amal islami anda sama seperti pejuang-pejuang agama yang terkemuka. Jika mencapai itu, silakan...
Konsisten Dengan Isu Berubahan Sikap
" Orang kata Islam itu mudah. Ni makin pulak saya dengan pandangan orang itu, dan pandangan orang ini," luah seorang adik.
Ada benarnya kata mereka, kerana itulah saya dahulu. Seorang yang pening. Untuk menulis article ini saya cukup menginsafi dan berdoa agar, tidak tergolong dalam golongan yang menambah pening fikiran mereka. Saya mahu menjernihkan, mahu mereka mempunyai satu fikrah yang sejahtera. Sejahtera untuk beragama.
" Jadi macamana nak buat?."
Pertamanya, seperti Dr Maza menentang taqlid...begitu juga saya. Cara terbaik untuk seorang pelajar perubatan mengelakkan taqlid adalah dengan memperbanyakkan sumber. Belajarlah agama dengan pelbagai "jenis" ustaz dan ustazah. Harmonikan pelbagai pandangan. Jangan berguru dengan Dr Maza semata, kerana itu taqlid. Jangan berguru dengan Tok Guru Nik Aziz semata, kerana itu taqlid. Jangan berguru dengan Ustaz Azhar semata, kerana itu taqlid. Jangan berguru dengan Ustaz Hasrizal semata, kerana itu taqlid. Dan jangan taqlid pada Amad, kerana saya sekolah agama pun tidak pernah.
Keduanya, batas dan membataskan diri. Kita harus jujur dengan kemampuan diri. Jangan kita rapati perdebatan salaf-khalaf jika bekalnya hanya seciput. Jangan kita dekati perdebatan sunnah-syiah jika bahasa Arab yang lompong. Jangan kita masuk perbandingan al-quran dan bible jika membaca Al-Quran pun masih bertatih. Kerana tanpa persediaan yang cukup, anda akan diperbodohkan oleh pendusta atau dikelirukan oleh pejuang agama yang tidak pernah peduli keadaan diri anda.
Ketiga, tumpukan usaha melawan hal yang jelas-jelas mungkar. Bagaimana dengan tradisi couple masyarakat diluar, dengan berzina, dengan program-program pelajar yang masih penuh dengan acara bersalahan dengan syarak, dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan? Dimana suara lantang kita menentang, disaat kita lantang mengatakan Haram wa bida'ah bagi hal khilafiyyah zikir selepas solat?
Keempat, jangan kita selesa dengan fikrah yang ada. Kerana apabila wujud keselesaan, akan melahirkan rigid dalam beragama. Fikrah atau pemahaman, jangan sekali-kali kita tutup untuk diperbetulkan dan ditambahbaikkan. Jangan pernah kita bina halangan.
Ingat...
Jangan selepas ini ada orang kata, Allah tidak pernah berfirman, Nabi Muhammad tidak pernah bersabda, ulama tidak pernah menegur, orang-orang tua tidak pernah mengajar, dan Amad tidak pernah pesan.
Nota 1 : Untuk article kali ini saya tidak sertakan dalil atau nas kerana ini bukan article hukum.
Nota 2 : Bukan senang nak tulis article terang benderang seperti ini. Tetapi terpaksa.
Nota 3 : Perubahan sikap.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
20 comments:
i like:-)
Salam..
keburukan wahabi
1.mengkafirkan golongan sufi
2.mengkafirkan amalan tawassul
Nhan- Semoga bermanfaat =)
Al-Madd- Sebenarnya, ini bukan article wahabi buruk ke, salaf baik ke, khalaf bagus ke, label itu dan ini.
Sebab,jika label dan label...article ini termasuk sama dalam putaran perdebatan 1000tahun lampau.
Jadi tumpukan kepada isu SIKAP.
my two cent...
tau...saja nak tulis...
kan sikap gak tuh..sikap suka mengkafirkan orang..heheh..betul tak??
buat seminar mengkritik golongan sufi,bla2....sikap tuh....
Al-Madd- Suka bagi orang lain panas...hehehe. Kembali ke laptop ye...
Prepare to receive rejection.
Isu ini, mekanismanya sama dengan febrile seizure. Daripada demam, akhirnya menjadi sawan. Pandai-pandailah anta mengendalikannya ye akhi.
Abu Saif- InsyAllah ana cukup bersedia untuk guide article ini. Bukan ditulis hasil idea satu hari, tetapi bertahun.
Jika ada orang yang "demam" nak menghala ke "sawan", ana akan hantar ke klinik cepat-cepat.
Jzkk atas inputnya
pengajaran yang boleh diambil di sini ;
SIKAP "sedar diri tu siapa".
Tidak mahu mengaku kesalahan, bererti tidak sedar hakikat kehambaan. hamba tak pernah sempurna.
dan SIKAP hamba sesama hamba, menegur dengan ikhlas bukan dengan gelak tawa. siapa jamin die ke neraka kita ke syurga???
insaflah wahai semua saudara....
Dr Radzi- Tidak mampu untuk ana kata untuk tidak bersetuju dengan saranan itu.
Tidak mengaku salah, menentang fitrah manusia...iaitu masih hamba kepada Allah.
Ikhlas itu "benda" didalam hati...tetapi boleh dilihat oleh dari perbuatan si penegur dan jika hanya kita melihat dengan mata hati. Firasat orang beriman selalunya tepat dan menembus hijab.
Terkenang kisah Umar Abdul Aziz yang menangis teresak-esak selepas ditegur oleh seorang ulama yang sayangkan beliau. Tidak digantung ulama itu, tetapi semakin disayangi, semakin dihormati.
Seperti ana pernah katakan, mencari orang yang mahu memuji bagusnya kita, itu ramai. Tetapi untuk mencari sahabat menegur salah,jarang kita dapati, tidak ramai. Kerana itu amat sukar diungkap bahkan diamalkan.
Ingat dan memperingati...itu tunjang kebangkitan ummah Islam!
Salam 1Malaysia
Lihatlah apa yang dikatakan, siapa yang mengatakan datang selepas itu.
Lihatlah apa yang hujah dalam ilmu perubatan meskipun dari mereka yang baru 3 hari ikut kursus perubatan Islam.
Lihatlah juga dalil dan hadith dari mereka yang bacakan kitab sahih bukhari meskipun baru 5 minit.
Mungkin ada kebenaran disitu. Mungkin juga ada kekeliruan.
Cuma akhirnya ia tetap kembali kepada masalah sikap seperti yang penulis tegaskan.
Pernah cuba memprovokasi seorang sahabat Indonesia tentang isu khilafiah.
Dengan tenang dan tersenyum, ayat pertama yang keluar darinya
" bukankah ini sudah selesai diperbincangkan akhi "
Senyum, santai...
Abu Huzaifah- Wslm 1Malaysia( sah tak jawap cmni? ekeke)
Terima kasih atas masukkannya.
Tertarik dengan quote
"Bukankah ini sudah selesai diperbincangkan akhi"
Ana nak share kata-kata Ustaz Azhar Idrus
" Sape yang duk gadoh pasal isu khilafiyah ni memang BENGGONG dan BODOH"
*Dengan catatan, berbincang, berdiskusi ilmiah, belajar itu tidak sama dengan bergaduh*
Salam...
Alhamdulillah nice entri..
brapa lama ana pusing entri ni..
baru Allah izin berani mengomen..
Generasi baru masa kini mudah melatah dan mudah percaya apa2 isu yang berbangkit..Belum sempat apa2 lagi udah melatah..
Ni yang hilang dari kita, kurang mengkaji dan mengaji..
Mahu cepat digelar alim, so main ambik ilmu ikut juzuk2...betternya kita refer la bab2 yang kita tidak arif..dalam berfatwa pun ada adab2nya..tepuk dada, tanya diri ilmu ni takat mana? So limit2 kan berkata2 dari benda yang kita kurang tahu...
bila tak tahu, kita tanya..jgn malu nanti sesat pula..
but make sure..yang asas tu biar jeles..kalau idak memang pening jga
Kita budak medik, orang sllu kata otak geliga(gleng kepala juga-sbb masing2 ada kepandaian masing2)tapi still manusia biasa and 4 sure byk kekurangn dan bukan alim dalam semua bidang..so in this part kita tak leh tunjuk pandai..kita damai je berbincang..Moga Allah beri kefahaman.. Wallahu3alam..
salam.
tak pernah komen dkt sini tapi kali ni nak komen.hehe~
tak ada salahnya kita rapati, dekati dan masuk perdebatan2 agama. yang salah tu bila kita terima semuanya tanpa ada batas. cek balik dengan dalil dan ustaz2.
ilmu 5min lagi baik dari takdak ilmu langsung.betul x?
kalau nak bagi analogi. patient yang sakit kepala boleh baca sendiri indikasi, kontra indikasi, side effect, dosege untuk paracetamol dekat packaged dia. 5min ja baca dah siap boleh prescribed untuk org lain lagi. tapi kalau nak tau pasai moa baru pergi tanya doctor.tapi tak tanya doctor pon boleh pergi baca dekat internet. kalau rasa internet tu salah sebab banyak org boleh tulis sendiri macam2, boleh bukak buku pharmacology edisi terbaru. kalau tak paham baru pergi tanya doctor.
cukup ilmu 5min yang ada kebenaran daripada ilmu 40tahun yang takde apa2
analogi aku lagi panjang dari point yang aku nak cakap.haha~
ops~jgn gelak2 nnt aji marah.*buat muka serius*
Adi-Sal tu aku kata dalam article panjang ni, belajar tetap belajar...Agama ini tetap perlu dicari. Setiap apa kita lakukan perlu disemak hujahnya bagi mengelakkan "ritual beragama"...
Analogi kau bawa betul tapi tidak tepat. Memamg hidup didalam dunia sekarang, semua ilmu boleh kita capai dihujung jari. Tetapi jangan kita lupa, setiap ilmu ada disiplin-disiplinya. Jika baca lima 5minit boleh prescribe ubat, aku terfikir 'apekejadah' kita duk susah payah segala belajar kat sini. Baik duk rumah, ada tenet bagus, baca skit dari web dan buku...dan kita dpt title DR.
Falsafah tin berisi pasir. Yang tin berisi penuh dgn pasir dibanding yang separuh. Biasanya yang kuat mengeluarkan bunyi ialah yang separuh. Begitu jgk manusia. Aku banyak perhatikan, orang yang kurang ilmu, itulah yang kuat bercakap itu dan ini. Tetapi jika orang itu alim(banyak ilmu) mereka berhati-hati dan berhalus dalam bicara.
* Baca balik secara perlahan-lahan article ini. Kita ada titik temu disitu*
Sinar- Jangan pusing banyak2, nanti pening...elok2 faham, jadi tak faham...
Terima kasih atas masukkannya.. =)
kalau seorang ayah(bukan kerja doctor) yang anak dia demam, takde masalah untuk dia prescribe(baca:bagi makan ubat) paracetamol dekat anak dia. tapi kalau anak dia colorectal ca, dia tak boleh suka2 bagi iv 5-FU dekat anak dia.
ada sebab dalam anologi aku tu aku tulis paracetamol. bukan 5-FU. kalau 5-FU dah habis blajar 6tahun pun belum tentu boleh prescribe. kena jadi oncology dulu baru boleh.
bukan aku nak samakan ilmu 5min dgn ilmu 40tahun.tapi kalau hukum tu dah jelas2 tulis halal haram dalam kitab sahih Bukhari tejemahan bahasa indonesia boleh je kita memberiTAHU hukum halal haram.bukan ber-ijtihad.
balik kepada analogi aku tadi.yang 'ber-ijtihad' atau memBERI hukum tentang indikasi, kontra indikasi, side effect dan dossage bukan kita, tapi pharmaceutical company yang buat ubat tu. kita cuma memberiTAHU.
Adi- Haa...kita dah jumpa titik temu kat situ.
Paracetamol dan Islam yang leh aku simpulkan adalah benda yang qati'e...
Halal yang jelas2 halal, dan haram yang jelas2 haram...
Simple je pun
Post a Comment