Monday 30 November 2009

Gurauan Di Hari Lahir


Alhamdulillah, hari ini genap 22 tahun umur saya. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan melainkan syukur kepada Allah diatas segala nikmat yang tidak pernah berkunjung surut. Saya ingin berkongsi sedikit kisah gurauan dihari ini dengan bapa kepada Imad. Ustaz Hasrizal.

Kebetulan tanggal lahir saya dan Imad adalah sama iaitu 30 November. Musim hujan di Terengganu..huhuhu.

Hari ini saya lihat status Facebook Ustaz Hasrizal yang mengucapkan selamat lahir kepada anaknya. Jadi saya....

" Salam ustaz, burfday ana pun sama dengan Imad. Ustaz idak pun lagi wish. Hati-hati tau nanti dia besor jadi macam ana...hahahaha," saya bergurau.

Tidak lama lepas itu, komen saya bersambut.

"Happy birthday yang ke tak cukup jari buat Amad. Setiap kali Imad buat hal, ana akan kenangkan jihad parents anta. Setiap kali anta buat perangai, ana akan jadikan panduan dalam mendidik Imad. Kwang kwang kwang...," ustaz membalas. Didalam gurauan tetap ada hikmah yang cuba dikongsi.

Pertamanya, umur saya sudah semakin bertambah. Jika dahulu saya seperti Imad yang pelbagai ragam, sekarang inilah saya. Ya, memang bertambah umur, tetapi ia tetap menjadi tazkirah buat saya iaitu semakin bertambah usia, semakin hampir kita kepada MAUT. Mati semasa kecil, tiada hisab. Matinya pada usia sekarang, semuanya akan dipertanggungjawapkan.

Kedua, saya menjadi macam ini bukanlah dengan sendiri. Semuanya berbalik kepada usaha, pahit jerih ibu dan abah membesarkan anaknya. Semestinya, setiap anak mempunyai warna warni kehidupannya tersendiri. Saya berharap, jika ada silap dengan mereka...mereka ampunkan. Jika ada kelebihan pada saya, asbab kejayaan itu berpunca dari mereka. Terima kasih abah dan ibu kerana mujahadah membesarkan saya.

Ketiga, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihan itu antara yang patut kita generasi depan kekalkan. Tetapi kekurangan itu mungkin dari segi kelemahan diri, ketidakberdayaan ibubapa untuk memantau rapat anak, jadikan sempadan.

Jadi...

Selamat Hari Lahir Buat Ahmad Fahmi bin Sulaiman.

Kwang...kwang...kwang!

Doakan saya sukses didunia dan diakhirat.

Nota 1 : Terima kasih atas semua wish...saya sayang kalian semua!

Nota 2 : Berjaya macamana pun kita, jangan sekali lupakan dua insan yang bersengkang mata membesarkan diri. Itulah ibu yang kita ada, itulah abah yang kita. Sayangi dan hormatilah mereka.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

12 comments:

Rafahiah Haron said...

Happy Birthday =) semoga sentiasa diredhai Allah, berjaya dalam pelajaran, berjaya mencapai cita2, dan menjadi hamba Allah yang berjaya dlm kehidupan dunia & Akhirat, amin =)

terlambat wish,hehe.

Dr Amad said...

Yah- Terima kasih daun keladi...Amin

Balqis Riza said...

nice entry =)

happy bday!

Dr Amad said...

Balqis- Sama-sama...ni dipanggil article setengah jam...sal setengah jam je duk taip...ekeke...

Nak adiah..ayam goreng oat!

Nadia Nazifah said...

oh. hepi besday. smoga bejaya dunia akhirat :D insyaAllah

Dr Amad said...

Kakok Naqi- Terima kasih...jangan lupa pass adiah kat naqi...ahaks!

Kak Ummi @ Kak Han said...

Salam.

Akakpun nak wish Happy Birthday juga untuk Amad...moga apa jua impian dan cita-cita demi perjuangan Islam kan tercapai...

ABU SAIF said...

Baru nak feeling, tiba-tiba ada kwang kwang kwang pulak di hujungnya.

Selamat Ulangtahun kelahiran. Doakan ana berjaya membesarkan Imad dan adik beradiknya dengan baik. Dapat jadi macam anta pun, jadi le. Eheh (puji ke apa ni?)

Dr Amad said...

Kak Ummi- Lama ummi tak mai blog saya...merajuk dengan saya ke? huhuhu.

Terima kasih atas doanya. Saya juga mendoakan umi dianugerahkan keluarga yang mawaddah dan sakinah...penyejuk hati seorang ibu dengan anak2 ya...

Go kak umi go!

Dr Amad said...

Abu Saif- Ana nak cuba skill divert mood dari serius ke santai dalam satu article. Jadi berjaya...hehehe.

Kalau Imad jadi macam ana, ustaz kene pantau.Takut dia pi cari bekas mufti...hehehehe.

Zaman ibuabah mendidik ana berbeza ustaz dan kak muna mendidik anak-anak. Ia masih bersifat experimental yang perlu kita evaluasi sentiasa. ( Dr cinta menasihatkan ustaz cinta...kwang3)

Jzkk atas doanya ustaz...

Hayatul Mohamed said...

Selamat hari lahir amad. semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki yg halal.. and bjaya jadi doctor yg hebat esok2..

Dr Amad said...

Adik Naqi- Terima kasih atas doanya..Hadiahnya, pass kat naqi deh..ekeke