Saturday 28 November 2009

Hari Pengorbanan, Hari Takwa, Eid Adha


Untuk kali ini saya hanya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat umumnya, dan ibu abah dan keluarga khususnya. Maaf zahir dan batin diatas salah silap dalam bergaul samaada sedar mahupun tidak sedar.

" Duhai bapaku, laksanakan apa yang diperintah kepadamu, engkau akan dapat daku InsyAllah, termasuk orang-orang yang sabar" (Ash-Shaffat: 102)

Berkorban harta, masih ramai yang bisa. Berkorban masa, masih ramai yang bisa. Berkorban tenaga, masih ramai yang bisa. Tetapi apa kata kita jika diarahkan Allah untuk mengorbankan anak kesayangan? Sungguh syurga itu tidak mudah. Berbahagialah insan yang mengabdikan diri sepenuhnya kepada-Nya. Semuanya bermula dengan takwa!

Selamat Hari Raya Aidiladha...

Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...Wa lillah ilham!

Nota 1 : Afwan baru sempat update dan mengucapkan selamat hari raya. Ini kerana internet masih tidak kebah dari 'demam'

Nota 2 : Gambar qurban tahun ini, akan diupload selepas internet kembali normal.

Nota 3 : Pengalaman baru, tahun ini saya sembelih lembu!

Nota 4 : Terima kasih kepada Allah diatas nikmat yang tidak terkira ini. I realy mean it!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

2 comments:

Syihabudin Ahmad said...

hahha ana pon tringin semelih tapi tengok lembu 2 ngan ana.. terus tak jadi... hahahaha dia besaq, ana ni plak ketot..

Dr Amad said...

Shah- Santai je akh...kita hanya sembelih, yang pegang badan lembu orang lain.Kalau pegang pun kita, sembelih pun kita,haru. Sampai petang tak dpt sembelih, kene sembelih pulak ada...ekeke.

Selamat datang ke amadanaksoleh!