Friday 20 November 2009

Keputusan 5D , Tapi Mahu Iphone


" Amad (bukan nama sebenar penulis), pergilah belajar tu. UPSR dak dekat sangat tu. Abah tengok Amad banyak main je...tak sampai petang lagi dah hilang dari rumah. Cuba gok duk rumah belajar, minggu depan dah trial UPSR," nasihat Abah (bukan Abah penulis).

" Erm...ok,ok. Amad belajarlah ni," jawap Amad lantas mengambil mengambil buku sifir dan membaca dihadapan TV. Dihafalnya dialog Wonderpet bukanya sifir ditangan.

Abah senang melihat Amad belajar lantas masuk ke bilik untuk solat Zuhur.

"Assalamuaikumwarahmatullah...Assalamuaikumwarahmatullah," Abah memberi salam pada akhir solat.

Diruang tamu sunyi sahaja keadaannya. Hanya yang kedengaran

" Apa yang penting, kerjasama!"

"Amad! Oh Amad!," Abah memanggil anak kesayangan beliau.

Diam tanpa sahutan. Lantas abah bingkas bangun dan menjenguk keluar bilik.

" Ish, ish...Anak bertuah betul. Baru solat sekejap, lesap sudah budak ni," abah mengeleng-geleng kepala sambil mengurut janggut. Beristiqfar.

Begitulah rutin Amad sehinggalah ke hari peperiksaan.

Hari Keputusan UPSR

" Abah...abah. Amad nak cakap satu sumting ni. Abah jangan terkejut tau," sambil Amad tersengih-sengih. Dia baru pulang dari mengambil keputusan peperiksaan UPSR disekolah.

" Apa ye? macam berita baik je," jawap abah. Kelihatan dari air muka. Tidak sabar-sabar.

" Result Amad dalam UPSR adalah... 5D. Abah gembira tak? oleh kerana Amad dapat result macam tu, abah boleh belikan Amad Iphone tak? Angah dapat 5A abah bagi Nokia 3310, Amad mesti lebih. Abah sayang Amadkan," tanpa segan silu Amad menuntu hadiah.

Zapppppppp!

Berbirat betis dirotan oleh abah.

" Abah suruh belajar, banyak main. Abah suruh hafal sifir, yang dihafal Wonderpet. Abah suruh solat, banyak alasan tangguh...Lepas tu mahu Iphone pulak! Meh sini abah nak bagi 'iphone' kat kaki," muka merah padam Abah.

Ampun abah...ampun abah...ampunnnnnnn

Tuan Dengan Hamba

" I belum sampai seru lagilah mahu pakai tudung. Lagipun bukan semua yang pakai tudung tu baik. I ni nampak je tidak pakai tudung, tapi hati baik tau"

" Ala muda lagi beb...time muda ni lah kita nak enjoy. Bab-bab taubat, time tua pun boleh beb! Releks la boy!"

" Jangan memandai-mandai nak nasihatkan wa, kubur pun masing-masing bai. Wa tak kacau hidup lu, lu jangan memandai-mandai kacau hidup wa"

Itu antara senario yang sering kita hadapi apabila berurusan dengan manusia. Jika seorang anak mendapat rotan dari sang ayah apabila tidak mendengar kata, inikan pula kita dengan Allah.

Tanpa kita sedar, kita semakin banyak mencipta alasan untuk melarikan diri dan memberikan justifikasi baik kepada perbuatan maksiat kita. Kita tidak sedar bahkan tidak mahu sedar taraf kita dengan Allah bukan lagi anak dan ayah tetapi setaraf tuan dan hamba.

Tuan adalah insan yang boleh mengarah apa sahaja kepada hambanya tanpa boleh ada bantahan dari hambanya.

Itu penyakit insan biasa, dan penyakit insan luar biasa pula

Berangkatlah kalian baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui. (Q.S. At Taubah : 41)

" Ala diluar hujan pulak. Tidak jadilah pergi halaqah hari ni. Naqib mesti faham. Hujan ni syeikh!," bisik hati Amad (bukan nama sebenar).

Alasan "baik" difikirkan walaupun belum tentu alasan itu akan ditanya kepada beliau. Hanya untuk sense of good pada hati sendiri.

" Ya Allah...berikanlah aku bidadari yang paling cantik di syurga, dan tempatkanlah aku di syurga teratas, syurga firdaus," doa Amad dalam munajatnya.

Disuruh halaqah, banyak alasan.

Diajak taalim, banyak helah.

Diajak qiam, banyak songeh.

Diajak infaq, banyak dalih.

Berjuang banyak alasan tetapi bidadari dan syurga firdaus tidak akan sekali-kali dilupa.

Persoalannya

Mahukan Allah bagi itu semua kepada hamba yang tidak pernah mahu mendengar kata dan mentaati perintahnya didunia?


Zappppppp!

Jangan pula kita dirotan oleh Allah diakhirat dek memainnya kita didunia. Abah pun berbirat inikan pula rotan Allah.

Ngeri gua, lu ngeri tak?

Nota 1 : Tahniah kepada semua pelajar UPSR negeri Terengganu kerana mengekalkan keputusan terbaik selama 9 tahun berturut-turut.

Nota 2 : Kenapa 5D, sebab rasa kejam sangat nak bagi 5E...ekekeke

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

10 comments:

Balqis Riza said...

5D? hahaha..D lagi byk..kreatif jugak amad tu..

nice entry..thanks for the reminder..=)

Dr Amad said...

Riza-kreatif...tp tiada kaitan dengan amad ni..ekeke.

Semoga bermanfaat...

sinar_islami said...

Kalau jadi amad tu...awal2 lagi tak berani minta kat abh...

jalan cerita yg menginsafkan...rotan manusia sudah ngeri apatah lagi sebatan demi sebatan kalau ingkar pada-Nya

Dr Hana said...

Dialog amad tu mungkin dirasakan kelakar bagi sesetengah pihak..tapi memang tula hakikatnya..
manusia payah nak ikut suruhan Tuhan, tapi sering berangan-angan terhadap Tuhannya...

Dengar cakap tak nak, tapi mintak benda bukan main macam-macam lagi..
smoga kita tak tmasuk golongan tu nauzubillah~

Kena tentukan mana satu alat n mana satu matlamat~

Dr Amad said...

Sinar-Ana pun tak pasti amad tu wujud ke idak...tapi perangai yang boleh kita qiaskan kepada amad memang ada...

Allah pun nak bagi 'iphone' ke hamba yang tak dengar kata...

Dr Amad said...

Farhana-Buat taknak, tapi adiah nak...jika manusia yang kene, mesti marah...Inikan Rabb =)

Anonymous said...

for Nota 1 :

Why other state besides Terengganu cannot achieve what they achieved?

Is it true that all 'THE PENGGUBAL SOALAN' for UPSR from Terengganu and Kelantan? If not all, maybe some of them release out (BOCORKAN-Lah) the questions to the students so that they can score in their examination so that they can maintain excellent result for 9 years in a row.

Sorry, no offense, just want to know.

Dr Amad said...

Anony- It is true that all "The Penggubal Soalan" for UPSR from Terengganu and Kelantan?

For that answer, i don't now and i not have any data about that.

But for sure, i can tell majority of teacher at Terengganu so dedicate at school. Not "mengajar" but "mendidik"

Anonymous said...

Unfortunately,i dont have the data either.but it is common knowledge among teachers around the nation that most penggubal soalan is from Kelantan and Terengganu.maybe you can ask around.About teachers in Terengganu "mendidik" instead of mengajar,that is merely your perceptions alone.how do u know the teachers in Johor do not "mendidik" as well?or Sarawak for that matter..If you tell this to any teacher(apart from Terengganu of course),they would hurt.because like other professions,teachers have their ethical code.that is to teach relentlessly.it's up to individuals to manifest the code.not people from certain states..
Just my 2 cents :)

Dr Amad said...

Anony- Kita sememangnya suka pada package. Memperkatakan apa yang tidak tahu dan tidak berkehendak untuk tahu adalah kurang adab dan tiada profesional.

Saya mengatakan guru di Terengganu lebih mendidik. Itu senario di Terengganu. Tiada pulak 'single word' yang mengatakan guru di tempat lain tidak mendidik.

Puji yang sini, hina yang sana- Itu package.

Tetapi tidak bagi saya...

Puji yang sini tidak semestinya hina yang sana...

My 3 cent!