Saturday 14 November 2009

Murabbi, Ideolouge dan Pemimpin

Abdul Hadi Awang, Murabbi, Ideolouge dan Pemimpin

Satu demi satu kontrovesi dan mehnah yang diterima oleh jemaah dakwah,tarbiah dan siasah tertua negara kita, menambah keinginan saya untuk membedah satu buku berkenaan satu sosok yang amat penting disorot media massa negara kita. Buku itu telah saya beli berbulan yang lepas, tetapi tertangguh untuk membacanya kerana sibuk dengan urusan dunia.

“ Pas adalah satu jemaah yang berpaksikan dakwah, tarbiah dan siasah!,” tegas Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ( TGHH) dalam satu muktamar yang terbaru.

Tiga komponen vital yang menjadi paksi pergerakan jemaah ini menjadikan satu sumpahan yang tidak berkesudahan jika ditinggalkan.

Dakwah ditinggalkan, negara hancur!

Tarbiah ditinggalkan, manusia penggerak negara tiada kekuatan iman!

Siasah ditinggalkan, negara dipandu oleh regim tirani!

Dan paksi itu dating secara pakej, dan jika ditinggal salah satu…musnah itu tepat.

Tokoh Yang Ditemui

Seperti satu kebetulan yang tidak dirancang oleh saya, perjalanan pulang dari Indonesia ke kampung halaman sering bertemu dengan tokoh-tokoh negara samada dipihak kerajaan atau oposisi. Tidak jauh, tetapi duduknya hanya sebelah seat saya. Dan bagi saya itulah peluang keemasan untuk kenal dan silaturahim.


TGHH

“ Ni dengan beg besar nak kemana?,” tanya TGHH apabila ditakdirkan sama kapal terbang ke Kuala Lumpur. Yang berbeza adalah destinasi selepas itu. Beliau perlu hadiri sidang Parlimen untuk sesi perbahasan terbaru.

“ Saya nak balik ke tempat belajar, kat Bandung,” jawap saya.

“ Asal dari mana?,” soalan terus menerus. Menandakan insan dihadapan saya ini cukup ramah meraikan orang muda.

“ Rumah saya tidak jauh dari rumah ayah cik (panggilan mesra orang kampung kepada beliau). Saya anak Haji Sulaiman,” tersenyum saya menjawap.

“ Allah, anak Haji Man rupanya,” beliau cukup kenal dengan ayah. Pernah bersama didalam ABIM Terengganu dahulu. Pada saat itu TGHH memegang ketua ABIM Terengganu.

Siapa Abdul Hadi Awang?

Nama Abdul Hadi Awang cukup harum di persada dunia Islam dan adalah nama besar dalam gerakan Islam abad moden. Beliau sebaris dengan Mehdi Aqif ( Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin), Azzam Tammimi ( tokoh vokal Palestine), Qazi Husain (Pakistan), Al-Marhum Dr Fathi Yakan ( Ulama haraki profilik), Dr Abdul Majid Zindani, Racep Tayyeb Erdogan (Perdana Menteri Turki) dan Syeikh Mustafar Masyhur ( pimpinan ideologue Ikhwanul Muslimin Mesir).

Beliau antara tokoh yang murni mendapat tarbiah langsung dari tokoh-tokoh terbaik dunia Islam. Siapa tidak kenal dengan Dr Muhammad al-Wakeel dan Syeikh Said Hawa? Insan besar ini adalah mentor penting dalam mencetak dan mendidik TGHH. Mendapat tarbiah langsung.

Boleh kita lihat pendekatan dan idea-ideanya segar dari lubuk gerakan Islam yang fenominal iaitu Ikhwanul Muslimin.

Sekembalinya beliau dari tanah anbiya, TGHH melakar sejarahnya yang tersendiri. Samaada menjadi sorotan anak muda yang dahagakan minuman jiwa dan juga tidak kurang menjadi sorotan media massa.

Beliau menduduki tahap murabbi , yang mengasuh dan mencetak kader-kader dakwah melalui usrah, penulisan dan kuliah beliau.

Pada lewat 80an, “Fenomena Haji Hadi” amat membahang dijiwa pemuda-pemuda gerakan Islam. Dengan angin kebangkitan Islam yang bertiup kencang dari Mesir , Palestine dan Iran kehadiran beliau mengisi kekosongan itu.

Munculnya pelbagai gerakan harakah dakwah di Malaysia pada lewat 80-an bersandarkan kepada nafas segar kebangkitan gerakan Islam diseluruh dunia.

Pemuda berjanggut dan berkopiah di Univesiti bercambah.

Pemudi semakin selesa dengan bertudung labuh.

Halaqah dan usrah mendapat tempat mengisi masa pemuda-pemudi.

Persatuan Mahasiswa Islam menjadi gerakan dominan di bumi intelek.

Dengan adanya Anwar Ibrahim, Ustaz Fadzil Noor dan TGHH didalam ABIM. Menjadikan ABIM cukup gencar melangkah.

Langit tidak selalu cerah, kemasukan Anwar Ibrahim kedalam UMNO apabila dijemput oleh Dr Mahathir , dan Ustaz Fadzil Nor kepada Pas,menjadikan kader dakwah kebingungan. Gerakan Islam ini akhir mengalami perpecahan hebat.

Berakhlak

Kenapa saya memilih TGHH sebagai tajuk perkongsian kali ini?

Beliau adalah sosok yang paling banyak disorot oleh berjuta mata sekarang. Sebagai nakhoda sebuah kapal perang yang besar, semestinya kecacatan itu amat mudah menarik pandangan mata walaupun sedikit.

Selagi dipanggil manusia, fitrahnya adalah sering melakukan kesilapan. Menegur dan membaiki kekurangan itu amat dituntut syarie, tetapi saya melihat ramai yang melupakan satu aspek penting dalam menegur.

ADAB!

Aneh melihat orang yang mendakwa sudah ditarbiah bertahun-tahun tetapi akhlak dalam menegur dan mengkritik ZERO. Tidak senang seorang pemimpin itu membuka ruang diri untuk dikritik teman, tetapi teman kelihatan lebih suka melukakan sahabat seperjuangan dari membunuh musuh. Seburuk-buruk insan, dan sebangsat-bangsat manusia, subjek yang wajib kita kuasai adalah adab.

Sebaik dan sebagus mana nasihat dan kritikan, apabila melupakan adab, ia tertolak keseluruhannya. Jemaah ini bukan semata-mata hanya bergiat dalam bidang siasah, tetapi dakwah dan tarbiah. Terlampau suka bersilat digelanggang siasah, gelanggan dakwah dan tarbiah.

Dengan satu peringatan, tanpa dakwah dan tarbiah…Kemenangan itu tidak akan bertahan lama. Sekali jatuh, bangunnya cukup perit. Belajarlah dari sejarah gerakan-gerakan Islam yang sebelum ini.

Kader dakwah, tarbiah dan siasah…beradablah!

Sebelum orang seperti saya muak dan meluat dengan kamu.



Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata

Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar

Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah

Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Setelah matang, berhasillah buah

Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…


Kita boleh khilaf dalam pelbagai hal, tetapi tiada khilaf bab akhlak!

Nota 1 : TGHH antara tokoh yang pernah saya jumpa, tokoh negarawan lain belum pernah. Mahu juga bertemu dengan PM kita.

Nota 2 : Buat pengomen biasa di Amadanaksoleh, jangan takutlah untuk mengomen di article ini. Ini article neutral kok. Takut kerana politik? Merdekakan jiwa anda!

Nota 3 : Tulis yang berwarna biru diatas itu boleh dibaca dengan menekannya. Sangat menarik!

Nota 4 : Saya sudah berbulan tidak singgah ke Harakahdaily dan Utusan. Itu tandanya apa?

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.


7 comments:

hidayah said...

Salam. Good article. Racep Tayyeb Erdogan mmg tokoh yang amat dikagumi. Beliau berani dan amat luas visi dan misi utk bangunkan dan islamisasikan turki. Moga Allah permudahkan dan sejahterakan beliau. dan lebih ramai erdogan spt ni. TGHH seorg yg tegas tapi sebenarnya lembut. TGNA pulak nampak lembut tp tegas sebenarnya. Itu lah beza 2 org pimpinan ni. Ada baiknya perbedaan ini. Jika semua dalam dunia ni sama je, takdelah 'meriahnya' dunia ini. Yang penting, saya org marang! hehe..

sinar_islami said...

Hasil didikan IM..
peribadi yang terhasil mgkagumkan..
namun slagi mana bergelar manusia..
nobody is perfect..hatta kita sendiri..so kena accept fact ni..

Manusia mmg suka mengkritik dan membesarkan kesalahan manusia lain...smpi terlupa elemen ADAB dalam teguran...dan cuba letakkan kita ditempat dia...bila bercampur emosi...itu yang ADAB pun lari..
Konsep menegur matlamatnya kita nk shbt kita sama2 menuju syurga..ummat Islam ibarat satu bangunan..sisi2 yg terlompong kita la sama2 lengkapkan..

Byk dah tgna, tghh,lakukan untuk bwa Islam dalam masyarakat...dah tu kita yang byk sgt nk mengomen ni apa citer..?kalau kritikan membina tk pe..tpi kena cara jga..kalau kritikan untuk menjatuhkn..sgt2 la tidak membantu... =) byk lgi kekuragn diri..tak layak pula berkata2..

Dr Amad said...

Hidayah- Jika semua orang sama dari segi fizikal, cara fikir dan perangai...Bosan amat dunia ini.Sama pattern jah.

Laa...duk tengok mai singgah blog ni, tak sangka pulak orang Marang...segan yee

Dr Amad said...

Sinar- Terima kasih atas masukan yang bermakna dan mantap...=)

miz said...

inilah hero y diminati zaman cgu dulu. sggup dari perak ke rusila...musafir melihat dari dekat pjuangannya. Asyik mdgr ceramah dr tali kaset TGHH je...panassss.....
Dr amad ni mcm tau2 je pkmbgan zaman tuh...byk mbcala kann....
siswazah zaman tu...rmai y dpt ksedrn malah smp ke kilang2 d penang gelombang islam di rasai. operator2 kilang y lulusn SRP pun bckp ttg islam mcm lulusn al azhar...siap blh mhurai buku fiqh sunnah lg..kl mgaji quran...aduh..lunak sekali...ish..terimbau pulak zaman muda cgu dolu2...manisnya iman...

Dr Amad said...

Cikgu- Membaca satu hal, tapi buku bukan guru saya. Saya suka duduk mendengar orang-orang tua bersembang tentang sejarah termasuklah tentang TGHH dulu-dulu. Depa sambil gulung rokok daun lepas solat, mulalah buka cerita...=)

Saya nukilkan tentang TGHH agar generasi saya tidak lupa siapa sosok ini. Di blog, cukup parah dimalukan dan dihina tanpa menghiraukan siapa beliau.

Ulama muktabar dunia pun iktiraf kesarjanaan beliau, kita dibawa yang tahajut tidak pernah mahu mendabik dada...

Segalanya masih sekitar adab.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.