Thursday 5 November 2009

Satu Menjadi Dua : Majlis Perkahwinan

Gambar Hiasan

Setelah dipujuk dan digesa oleh beberapa insan, akhirnya saya mengambil sedikit masa untuk memberi coretan berkenaan majlis walimah kakak sulong saya. Tahniah kepada Abah dan Ibu kerana sudah mendapat menantu pertama dalam keluarga kita.

Dari kecil didik, asuh dan jaga kak long, sampai masa sesuai dengan marhalah kehidupan. Tanggungjawap itu diserahkan kepada seorang lelaki lain yang bernama suami. Bukan senang, bukan mudah untuk melepaskan dan hanya mampu diterjemahkan oleh sebak sang Abah dan tangisan si ibu. Berat dihati, tapi itulah yang seharusnya dilakukan oleh Abah. Menyediakan seorang penjaga yang terbaik untuk anak gadisnya.

Buat Kak long, jika dahulu kita bicara tentang hal diri sendiri, sekarang telah berdua. Bukan lagi "saya" tetapi "kita". Berumahtangga bukan satu keseronokan yang hakiki apabila kita memikirkan dengan semasaknya. Ia adalah satu amanah dan tanggungjawap yang besar digalas oleh insan bernama Isteri. Setiap tindakan dan perbuatan haruslah dilakukan dalam redha suami.

Fasa pertama pernikahan adalah fasa cinta mendominasi. Setiap masalah, cinta yang menuntun untuk segera kepada penyelesaian. Mungkin jadi, mudah bagi pasangan baru untuk mencari solusi kerana masalah itu perlu diselesaikan untuk terus menyuburkan cinta.

Fasa seterusnya tanggungjawab mengambil alih tempat cinta. Pada saat ini, kekuatan mengawal diri, kematangan diri dan tawakal memandu diri dalam melayari bantera rumahtangga hingga ke destinasi. Pada masa yang sama, samaada suami dan isteri haruslah terus berusaha membakar api kasih sayang dan cinta agar ia turut sama tersulam sama tanggungjawab.

"Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang" ( Ar-Rum : 21)

Gambar Majlis Walimah


Antara dua Ibu

Bukan senang mahu lepaskan

Menembak dan ditembak..Gotcha!

Dijari manis terselit cincin pertunangan

Tulang belakang majlis walimah ini...2 ekor lembu, bukan senang!

Ketua komander (berserban dan mask H1N1) dengan anak buah

Pengantin lelaki...ahaks

" Haji, check dulu mahar," kata tok kadi

Diijab qabulkan sendiri oleh Abah...Alhamdulillah sekali nafas

Manik-manik mutiara

Rantai tangan

Dua mempelai

Dari satu jadi dua...Dua keluarga dihubungkan

Makan beradab

Dekat dan jauh

Lambung jangan tak lambung

Selamat Pengantin Baru


Nota 1 : Kak long bertuah ada dua adik yang menjadi jurugambar untuk majlis dia. Jika ambil yang berbayar, RM 1000 terbang.

Nota 2 : Amarah Keras, jangan sesiapa usik saya dengan pertanyaan bila mahu nikah. Aku sibuk KKN la...tesis la..keh3.

Nota 3 : Terima kasih buat semua yang menolong secara langsung atau tidak dalam menjayakan majlis ini.

Nota 4 : Dibawah ada filem pendek yang diarahkan oleh Radzi dengan bantuan sahabat-sahabatnya. Saya cameraman..LOL. Terimalah Aku dan Kamu








.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

24 comments:

Balqis Riza said...

tahniah sbb dpt abg ipar! heheheh..

suka part makan beradab..sbb leh tgk pengantin mkn cover2..haha..
lepas tu kalau sedara sndri, leh mntk sekor due udang..hehehe..
*zaman kecik2 je suke buat cmni*

bile nk kawen? *sambil buat tak nmpk amaran keras tu..haha*

Dr Amad said...

Balqis- kalau kakak nikah, jadi saya automatic dpt abang ipar ek...ic, baru tau pulak saya..ekeke.

Baru ni dapat dua ekor udang dan ayam golek...tp duk makan kat dapur la..keh2. Knpa perlu cover2? cover2 lapo tau...bantai je bebanyak..

Tet! Peringatan pertama!

Balqis Riza said...

btw, yg masa part abg aisyah ni lompat n terkam saiful ni, ade 5 kali eyh? hehe..ade 3 kali kot, ade org kt atas tu dgn aisyah..sape? nmpk cm bdk..hihi

Dr Amad said...

Balqis- Itu seme trick comera...tuyul kot yang dengan aisyah tu..ekeke

Balqis Riza said...

tuyul? haha..leh jd cite angker jugak la eyh..haha
nway cameraman last2 tu ade gak muke eyh..
takpe la bg can..kan kan kan? hehehehe

Dr Amad said...

Balqis- Ada muka? jap nak pi tengok..huhu.

miz said...

tau dah Dr amad xmau kawin lg sb nk kepit ngan camera.

cara menulis entri ni mcm udah penuh ilmu di dada nk ambil alih jg anak dara orang...

aiik ! jgn marah ! Loni xbekeng doh kan??...

Farhan said...

fuhh..dr amad kite ni bg nasihat ke kakok sdiri mcm die nikoh bertahun2 doh.haha

Dr Amad said...

Miz- Sekali tengok cm minah becok je kan...bebel sana, bebel sini..hehe.

Comera senang, abis bateri cucuk kat plug...anak org kene bg makan..=P

Leni bekeng lagi,tapi boleh control dah...

Dr Amad said...

Farhan- Bukan nikoh bertahun-tahun..tp nikah berorang-orang..ekeke. Demo bilo pulop tow? kot2 ado hok mato biru sano. Wat kelik hulu ganu tow, bior pese mok kat kampung..ekekeke

Abu Aiman said...

tahniah bro dah ada abg ipar.

Teringat lebih sedakad dulu, menangis dgn mak sebab my only kakak nak kawin... ekeke... La ni semua dah kawin dah beranak pinak dah.

miz said...

ha..a, mmg Dr Amad ariff betol ,bukan sj beri mkn tp mgmbil alih tgas walinya tu Dr Amad sdg buat persediaan kan?...

melalui blog ni, blh dah kenal Dr Amad sikit2. Bekeng tu udh sifat smulajadi..xyah buang sb ia perlu dlm pjuangan...Bekeng ,Dr Amad dh pndai chanelkn....

bukan becok tp petah...kih kih

Tahiniah pd ibuayahnya dah dpt menantu ye....

raya hj ni main makan kenduri umah cgu ye...

Dr Amad said...

Abu Aiman-Sama-sama...tak sedar dah dapat abang ipar.

Saya tak sempat nak nangis malam tu, sebab sibuk kat dapur, kacau rempah gulai..ekeke

Semoga rumah tangga Abu Aiman sejahtera hendaknya..

Dr Amad said...

Miz-Jadi wali? hehe..aritu tak sempat, abah amik tempat.Kalu idak, ingat ye time ijab tu,nak rentap tangan kuat skit..bior melompat pengantin..keh2

Raya haji? entah balik entah tidak saya ni cikgu =)

dr.radzi said...

semoga mereka berbahagia di sini dan di 'sana'. amiiiin.....

dapat anak sedare nnt cnfirm heboh satu dunia ni, hahaha.....

dr muthiah said...

ape yg pentim- khalis maken gemok! hehe :)

good job. cite yg simple, yet penuh aksi :P buleh wat lagi tuh.

Dr Amad said...

Dr Radzi- Yang bkn anak buah soheh pun aku dah riuh, inikan pula anak buah yg betul2..mestilah.

I Like it!

Dr Amad said...

Dr Muthiah- Mana tak ye kan...budu dok main cicah dah, togok teruh...

Ada bini, hati epi, takda bini, makan seorang2...ekeke

Unknown said...

Barakallahu fiikuma...

Haha..

Rasa macam bujang ni lagi hepi jah ;-)

Dr Amad said...

Ahmad Zulfahmi- Tu nada org kene tolak pinangan...state of deny..ekekeke

ainwahid said...

i like those short dramasss~
boleh tahan awang belakon, hahaha

Dr Amad said...

Ainwahid- Tu baru awang,tak tgk cameraman berlakon lagi tuh...ahaks.

I sorry =P

Shidah said...

Lama tak bertandang ke sini..

Tahniah dapat abang ipar =)

Dr Amad said...

Someone- Orang tu sibuk barangkali,sal tu tak datang sini...

ahlan kembali ye...