Friday 6 November 2009

Sibuk? Ia Baru Pemulaan

Seakan menjadi hobi baru saya apabila mendapat panggilan dari keluarga dikampung untuk menayakan tentang kehidupan Kak Long dan Angah.

" Apa cerita kak long dan angah leni ibu? Angah sudah start HO, dia tidak menangis macam Kak Long dulu ke?," pertanyaan nakal saya.

Jika dahulu, Kak Long menjadi bahan sindiran Angah apabila amat fragile selepas menjadi doktor di Hospital tempatan kita. Masakan tidak, pada masa itu beliau masih lagi grad. Perli dan ketawa sinis menjadi halwa bualan kami.

Dan sekarang beliau diposisi itu.

" Dua-dua sibuk dengan kerja. Kelmarin angah oncall, hari ini Kak Long. Macam lari 100m berganti-ganti pulak. Ibu sudah jadi tukang urut profesional. Balik orang ni minta urut kaki, balik orang tu pinggang ye sengal-sengal. Keluar tidak nampak tanah (selepas subuh) dan balik kerumah juga tidak nampak tanah (tengah malam)," kata ibu.

Itulah hakikat senario dirumah sekarang. Mereka balik kerumah hanya sekadar lepaskan lelah penat badan, dan makan. Usahkan mahu bersantai menonton TV bersama adik-adik lain, baju kerja pun digosok oleh adik.

Sibuk! Itulah perkataan yang amat sesuai pada mereka.

" Macamana kerja sekarang?," tanya saya pada Angah dalam perjalanan balik ke rumah Airport Terengganu.

Angah adalah graduan perubatan yang baru grad dan berkerja di Hospital Kerajaan tidak sampai lagi 3 bulan.

" Erm...suasana dan keadaan kita samasa belajar amat berbeza dengan alam pekerjaan," angah mulakan bicara.

Apa yang berbeza?

Gambar Hiasan

" Bila kerja sebagai doctor di hospital terasa duit gaji yang kita dapat tiada nilai. Kepenatan itu bersangatan. Kalau post-call, rasa macam "benggong" je. Bawa kereta nak balik ke rumah rasa macam moteng je," itulah situasi seorang doktor HO di Malaysia.

" Kerja doktor ini memang tiada masa untuk diri sendiri," luah Kak Long

Tekanan, kepenatan dan tiada kehidupan itulah makanan kehidupan mereka. Jadi saya tidak pelik dan aneh membaca satu laporan yang menyatakan setiap satu hari dua doktor HO akan jumpa psikatrik.

Kesibukan Meningkat

Tahun 4 adalah tahun yang penuh kesibukan. Ia menjadi rutin dari satu generasi ke satu generasi , dan bukan hanya pada angkatan saya sahaja. Tahun ke 4, sibuk itu sinomin.

Kesibukan itu makin terasa kerana pada tahun sebelumnya adalah tahun honeymoon.

KKN dengan hangusnya masa minggu.

Tesis dengan dateline yang mendesak.

Tugas persatuan yang menimbun.

Saya memasuki tahun ke 4 ini dengan satu pola fikir iaitu tahun ini bukan lagi tahun yang boleh kita bersenang lenang. Kesibukan dan tekanan itu adalah menjadi rutin buat saya. Saya sedaya upaya cuba untuk tidak mengeluh.

Diri sendiri agak terprovokasi dengan satu demi satu teman telah habis pengajian dan sekarang telah bekerja samaada dengan pihak kerajaaan atau swasta. Mereka telah mempunyai kehidupan sendiri tanpa bergantung lagi kepada kedua ibubapa. Dan mereka telah boleh berkira-kira untuk mendirikan rumahtangga.

Saya?

"Tiket Airasia pun mintak dengan abah!"

Adakah ini semua satu kekurangan bagi kita yang bergelar PELAJAR PERUBATAN dan Insyallah akan bergelar Doktor?

Boleh jadi, keputusan kita pilih menjadi seorang doktor perubatan adalah keputusan yang akan kita sesali sampai keakhir dan boleh jadi ia adalah profesion yang amat-amat kita syukuri keberadaan ia pada diri kita.

Doktor Buat Duit

Benarkan begitu?

Saya mulakan dengan persoalan itu kerana mahu sama mengajak kita lebih hal ini dalam kerangka yang lebih luas, dan bukan spesifik kepada isu duit. Kerana isu ini adalah isu realiti bukan fantasi yang menyesak didalam fikiran kita. Dan realiti itu sentiasa mengatasi fantasi!

Gambar Hiasan

Dan adakah duit itu semata-mata hanya matlamat kita?

Padankah nilai duit itu jika mahu dibanding dengan apa yang kita lakukan?

Saya tinggalkan persoalan ini dengan ungkapan Angah dan Kak Long

"Bila kerja sebagai doctor di hospital terasa duit gaji yang kita dapat tiada nilai."

"Kerja doktor ini memang tiada masa untuk diri sendiri."

Kerja Ibadat

" Kerja sebagai doktor ini, senang untuk tolong orang lain"

" Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolonagn itu nanti," Ustaz Hasrizal

Kita hanya mampu tersenyum dan berlapang dada apabila stress itu memuncak dan beban kerja menimbun apabila niat kita memasuki bidang ini adalah ingin menjadikan kerja sebagai doktor perubatan sebagai ibadat.

Imbalan ibadat itu bukan menjelma didepan mata melainkan kita yakin dengan janji Allah diakhirat sana.

" Alah, tak merasa bolehlah cakap. Kerja nanti baru tahu langit tinggi rendah!," kata teman.

Saya hanya mampu tersenyum. Kata-kata itu sememangnya ada asas, asas yang boleh dijadikan peringatan dan sempadan bagi kita yang belum melangkah ke alam sana. Agar apabila kita melangkah ke wad hospital di Malaysia, kita tidak terkena penyakit "Terkejut Berok".

Kita sibuk pada tahun ke 4 ini, tetapi kita masih mampu mengukir senyuman jika niat dan tujuan telah kita luruskan.

Saya masih mampu tersenyum. Anda?

Nota 1
: Maaf lambat update kerana internet mengalami masalah.

Nota 2
: 4 th year, senyumlah!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

18 comments:

Farhan said...

salam,
dr HO tu mende boh?
tp betul la.keja mende2 pon kalo dinilai sekador pada tangga gaji memang selamanya dok puas.mcm jugok orang buat bisnes.pn ainon pts kata org buat bisnis sbb nok untung susoh nok berjaya.tp org yang bisnes sbb nak kan kebebasan n tak mau kerja bawoh telunjuk org, yg tu la biasanya berjaya.takut pulok dengor cite abg demo tuh.kot2 blh org rumoh kije dr.susoh jgk tu boh.haha.anyway, congrats ah sbb masuk tahun 4 doh..ambe tinggal 6 bulan je lg nok abih :D

syuhadah said...

assalamualaikum..
hmm..kesian sr2 4th year..xpe2..i wish u guys all the best..
dan sye berbangga dengn sr2 4th year yg walaupn busy dengn tgasan msng2,ade sesetngh msih trun padang untk berorganisasi membntu adik2 jr..caring la katakan..trunkan ilmu pade adik2,so afta dis xde la lost..lalala~

p/s = ternet kat umah blkng tu je mslah..CP ok je..lalala~

p/s 2 = truskan perjuangan.tegur2 silap kami.. =)

ummujannah said...

salam..
belum lagi klinikal year..!
apa2 pon enjoy the journey !
'bekerja untuk memberi'


P/s:smiling heart while walking home from the hospital in the middle of the nite!(ayat kat blog akak)

Dr Amad said...

Farhan- wslm...

HO tu housemanship...Setiap pelajar perubatan yang sudah habis belajar, wajib bekerja di Malaysia selama 2 tahun. Dan dua tahun inilah yang cukup mendera pegawai perubatan ini.

Manusia fitrah ye tidak penah cukup dengan apa yang dia ada. Macam minum air laut, lagi diteguk lagi dahaga. Tidak cukup dengan apa yang ada.

Wang hanya alat untuk mencapai matlamat. Dan sememangnya bekerja sendiri itu mencipta kepuasan pribadi.

Alah,jika dah jodohnya dengan Dr...santai2 sudah. Leh sembang dengan isteri bab2 manusia, demo kecek bab mesin..kene doh tu..ekeke

Dr Amad said...

Syuhadah- Huhu...bukan nak suruh kesian dengan kami. Bak kata Dr Yuni

" Jangan dijadikan alasan sibuk untuk kamu tidak belajar. Silap sendiri, kerana memilih kedokteran!"

Saya kongsi ini sebenar untuk kalian jugak sebenarnya. Untuk bersedia melangkah ke alam 4th year dan nanti alam pekerjaan. Agar tidak "terkejut berok"

p/s: InsyAllah, itu telah menjadi core bisnes saya =)

Dr Amad said...

Iman- Kalau doktor yang bekerja di Hospital datang blog saya,deme akan komen

"Belum kerja lagi tuh!," my 2 cent =P

Nice qoute!

sinar_islami said...

Kalau kat sini, junior2 tolak keje ke senior2 thn 4..
katanya kami honeymoon year..
tapi jika dilihat...kalau tidak maksimakan pengunaan..blh kecundang akhirnya...so bz tu allocate pada sejauh mana kita isi masa...better terisi dari tersia-sia..

Kalau ingin dilihat, kebzian tu bergantung kepada sejauh mana kita manfaatkan, sejauh mana kita mengisi kekosongan waktu..

sng berkata...tapi itulah gunanya mujahadah..kita sibuk, kita penat, tapi bila kepenatan kita blh mengukir senyuman pada org lain hatta dalam dakwah..membenih kesedaran pada org lain... sedikit sbyk itu mengubat kepenatan dijalan..

"You must fill up your time with acts of worship so that no period of time elapses, whether by night or by day, without being used in some act of goodness. This is how the baraka within time is manifest, the purpose of life fulfilled, and the approach to God the Exalted made constant"

[Al-Haddad, The Book of Assistance]

Wallahu3alam...

Dr Amad said...

Sinar- Pada zaman antum 2nd year, antum ambil tugas kerana tidak mahu susahkan senior dan mahu belajar berorganisasi.

Antum naik 4th year, junior yang 2nd year yang pernah antum rasai zamannya memberi antum tugas kerana honeymoon katanya...

Untuk mencipta alasan, dan ketahuilah alasan itu beribu boleh dicipta =)

Insoft said...

sibuk itu seperti rasa kenyang. Kedua-duanya adalah ilusi....

sinar_islami said...

Memang senang beralasan..
manusia mmg kaya..kaya dgn alasan..
apa2 pun hidup ni complimentary..saling memerlukan..ade tym deme senang ada tym kita senang..

=) kena optimist!!

miz said...

o...oo menarik entri ni Dr Amad.
Igt..bukan senang nk jadi senang. Biar di dunia maupun di akhirat. Taapii....Doktor2 adalah org y paling dipercayai di dunia kann....

anasolehah_7 said...

Salam,

.:: Sibuk itu sangat indah ::.

Tinggal lagi bagaimana kita set mind dengan perubahan jadual dan rentak kehidupan.

Sibuk itu mungkin sahaja, awal perubahan fasa kehidupan seseorang.

Kalau awal-awal agak goyah langkahnya, sekarang harus ada kemajuan.

Jika mahu kehidupan lama tanpa mahu perubahan, selamat tinggal da~~(^_^)

p/s: Macam mana thesis?awat senyap berita thesis?

Dr Amad said...

Sinar- Benar tu cik sinar

Dr Amad said...

Abu Huzaifah- Ilusi dan fantasi...semuanya akan dikalahkan dek realiti

Dr Amad said...

Miz- Betul dah tu cikgu...orang percaya pada Doc. So berimanlah wahai doc...

Dr Amad said...

Kak Aimi- Thesis on d way, so far kelihatannya pending dahulu...dek kesibukan hal lain..tp iA akan diselesaikn mengikut jadual

miz said...

kesian anak2 Doc HO hlql cgu, mai pgm wajahnya lalu n tertidur kemengantukan....tp semangat tetap membara..

Dr Amad said...

Miz- Jika ada kemahuan, disitu ada jalan walaupun tertido...Mungkin sy kesitu jugak nanti..=)