Saturday 20 February 2010

Berpolitik Cara Orang Muda

Warna Warni Politik Malaysia

Masih segar dalam ingatan saya, ketika angin perubahan bertiup kuat pada piliharaya ke-12. Semua merasa hembusannya. Saya sudah menjadi pengamat politik dalam diam sejak berumur 12 tahun lagi. Didikan abah ibu mengajarnya. Jika beribadat perlu ada hitam dan putih sumbernya dari Al-Quran dan Sunnah, begitu juga berkaitan dengan hal lain termasuklah politik. Landasannya fakta bukan emosi melulu.

Dan abah dan ibu bukanlah anggota parti mana-mana. Mereka adalah muslim yang berusaha mengamalkan Islam dengan sepenuhnya.

Apa kaitan Islam dan politik?

Ada bezakah Islam dan politik?

Anda tidak perlu menjawap, teruskan membaca.

Politik

" Ini mesti sokong parti A ," kata teman saya selepas saya berkongsi beberapa article yang menarik kupasannya dan juga sihat untuk aqal menilainya.

" Sudah-sudahlah tu...kitakan masih belajar. Ko duk bising-bising tu, bukan boleh ubah apa-apa pun. Belajar dululah!," kata seorang lagi teman.

" Wah, boleh jadi ahli politik ni," satu lagi memberi cadangan.

Panas mendengar, panas memikir dan panas memendam.

Saya dilahirkan dan membesar ditempat yang agak unik pejalanan proses politiknya. Siapa tidak kenal dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Sejak kecil, dialah YB ditempat tinggal saya. Samaada diperingkat Dun mahupun Parlimen. Sedara-mara saya pelbagai warna platform politiknya. Ada menjadi ketua bahagian, ada yang menjadi pemuda ada yang menjadi atas pagar. Tiada masalah berbangkit diantara kami. Santai.

Insan berserban (gambar hiasan)

Walaupun YB saya adalah orang besar didalam arena politik Malaysia, tidak pernah pula terfikir didalam benak fikiran untuk menjadi seorang ahli politik. Mahu berceramah diatas pentas A ataupun B, jauh panggang dari api.

Takboh aku eh!

Amad Bukan Ahli Politik

" Kata tak nak jadi ahli politik, habis tu kenapa cakap politik?."

Yup, saya bukan ahli politik ataupun saya sendiri tidak pernah lagi setakat ini mendaftar dengan mana-mana pertubuhan politik walaupun umur sudah memungkinkan kearah itu. Tetapi, tidak menjadi ahli politik tidak seharusnya membantut dan menghalang saya mengambil tahu tentang politik, menjadi insan yang buta segalanya tentang politik, bahkan tidak pernah sama sekali menganggap politik itu tiada kaitan sama sekali dengan diri ini.

Keputusan harga gula naik, kesannya harga makanan dan minum. Terasanya KITA

Keputusan harga minyak naik, kesannya meningkat semua. Terasanya KITA

Keputusan melaksanakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, kesannya pada pelajar. Terasanya KITA

Keputusan melongggarkan sedikit akta AUKU di Universiti, kesannya pada mahasiswa. Terasanya KITA.

Keputusan harga tol, kesannnya pada pemandu. Terasanya KITA.

Geng Songkok Tinggi (gambar hiasan)

Tutup mata sebelah, ketepikan parti mana-mana. Isu ini tetap menjadi isu kita.

Aneh saya melihat sikap sesetengah sahabat yang hidup didalam dunia sendiri aka "aku hidup dalam blues" ini mengatakan politik itu tiada kaitan dengan kita. Bahkan menjadi kecelaruan minda dan fikrah lagi, apabila orang yang tahu tentang Islam menolak belakang aspek politik dalam gerak kerja mereka.

Soal terlibat atau tidak dengan politik secara serius seperti berceramah diatas pentas, menampal poster ataupun menganggotai pertubuhan politik itu adalah soal kedua. Sementelah, kita masih memegang title pelajar. Terserah kepada diri masing-masing menguruskan hal itu. Tetapi menutup mata dan tidak mengambil tahu tentang apa yang terjadi pada negara dan masyarakat itu adalah satu kesilapan.

Kita pelajar, tetapi tidak semestinya kita tidak boleh belajar, mengambil tahu dan mencetus mahu didalam hal ini. Mahu atau tidak, kita termasuk didalam tindakan dan percaturan-percaturan politik. Kita menjadi mangsa kepada ahli politik yang tiada amanah didalam tindakan mereka ataupun kita yang menjadi penentu siapa yang harus diberikan amanah.

Islam Dan Politik

" Ada dua aspek penting didalam Islam. Ia tidak lengkap jika kita mengamalkan salah satu. Wajib kedua-duanya. Satu amal, satu tidak...Pincang!," pesan murabbi.

Amar makruf, nahi mungkar!

Bicara tentang politik, adalah kita bicara tentang agama Islam. Agama yang menentukan pengakhiran hidup kita. Dua hubungan yang perlu kita jaga adalah hablun minnanallah dan hablun minannas.

Menjaga dan memelihara urusan dengan hablun minannas dengan bertujuan memperkuat hubungan dengan hablun minannallah. Dan politik adalah urusan sesama manusia, tanggungjawap sesama manusia, amanah sesama manusia untuk memudahkan menjawap didepan Allah s.w.t.

Amar makruf, nahi mungkar menjadi tiang kepada hablun minannas. Persoalannya, sudah kita melaksanakan tugas itu sedangkan didalam munajat kita memohon syurga firdausi?

Amadanaksoleh dan Politik

Orang sering melihat saya banyak mendedahkan, menghentam dan cenderung kepada pembangkang. Benarkah?

Bersama ikhwah, Abu Syauqi yang menjadi calon Wakil Walikota Bandung

Anda lihatlah kembali article-article saya yang berkaitan dengan politik, yang mencatat komen tertinggi adalah article yang mendedahkan dan "menghentam" pembangkang.

Adakah fikrah ataupun prinsip saya tidak jelas?

Landasannya adalah fakta wahai saudaraku...

Saya dikatakan cenderung ke belah kiri, insyAllah berdasarkan fakta. Dan jika ke belah kanan, adalah jua dengan fakta.

Memudahkan Urusan diSana


“ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. maka kecelakaan besar bagi ahli sembahyang (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri terhadap amalannya), dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)” (Al-Ma’oon 107 : 1-7)

Orang yang mendustakan agama, kata Allah, adalah orang yang lalai dan tidak melaksanakan amanahnya diperingkat sosial. Menindas orang miskin, anak-anak yatim itu adalah urusan diperingkat sosial yang kita sebagai orang beriman harus memerhati dengan serius. Perbaiki dengan khidmat sosial dan juga perbaiki dengan keadaan masyarakat dengan memastikan pemerintahan yang lunak dan adil terhadap masyarakat marhean.

Mahukah kita menjadi pendusta agama?

Saya tidak mahu.

Oleh kerana itu, saya tidak terfikir dan tidak mahu menjadi ahli politik. Tetapi cukuplah saya mengambil tahu dan mencetus mahu untuk berkongsi, supaya ia memudahkan urusan saya menjawap dihadapan Rabb diakhirat nanti.

Itu hasrat saya, dan kamu?

Nota 1 : Proposal Thesis sudah selesai, alhamdulillah.

Nota 2 : Satu article tentang politik, tetapi isunya sikap...Hilal Asyraf

Nota 3 : Untuk PAS, saya ada pesanan. " Orang PAS kata " Apa UMNO untuk Islam?".Kali ini aku nak tanya " Apa PAS buat untuk Islam?"...Hasil evaluasi Tok Guru Nik Aziz membuktikan ramai peringkat pimpinan PAS yang tidak bersolat subuh berjamaah, lompong solat jemaah yang lain, dan tidak bertahajut...Syariatullah sudah tidak dijaga, sunnahtullah lagilah...Patutlah Allah takdirkan PAS belum mampu runtuhkan tembok "Konstantinople" itu...

Nota 4 : Saya suka fakta...jadi saya nak kongsi video ini. Wahai orang muda, nilailah.



.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.


16 comments:

Anonymous said...

napa x g AGM???

Dr Amad said...

Anony- Ada urusan, tetapi tanggungjawab sebelum-sebelum itu Alhamdulillah selesai...

=)

Dr Amad said...

Dan cukup kot, orang-orang yang selalu menampakkan muka time makan-makan bila orang besar datang...deme tu ada datang x?

Diperkudakan...

Anonymous said...

oic..

maaf berprasangka..

Dr Amad said...

Anony- Maaf diterima...santai! =)

sinar_islami said...

Ingat YB muda mana muncul =)

Politik...politik
Setidaknya biar kita jadi YB (baca: Yang Berakhlak) dalam isu politik
Ini tidak...ramai tersasar akhlak sikap, adab bila mempersoalkan isu ini..
maka mulalah, politik itu nampak kotor walhal kalau kena cara cantik ja..bahkan boleh jadi ibadah juga..

ps: rupanya umur kita ni dah boleh mengundi..ingat kecil lagi =)

buntu said...

saya juga x mahu menjadi pendusta agama..sayangnya saya x sehebatt dr amad dlm menilai politikk negara kite...selaloo dengar org kata "politikk itu x akan pernah bersihh"..pelikk, rasulullah juga berpolitikk ketika zaman baginda, ttp politikk yg dibentukk itu mampoo membentuk sebuahh negara yg hebatt dan disegani dan org2 yg dibentukk melalui system politik baginda berjaya melakukan beberapa penaklukan ketika itu..keadaan politikk sekarang menyebabkan saya susahh nk percaya satu poon apa yg dikatakan oleh akhbar terhadap mana2 parti, kerana merasakan kesahihan ditutupp dan saya sbg org biasa sendiri x tahu nk menilai yg mana betool krn masing2 saling menghentam sehingga sanggup menggunakan cara kotor agar diri sendiri tampak lebihh bersih dan kesalahan itu diletakkan keatas org laenn.... nice article :)

Dr Amad said...

Sinar- Busuk,kotor, jijik sekali pun mahu tidak mahu kita sebahagian percaturan dari politik.

Persoalanya,

Kita yang dicorak

Atau...

Kita yang mencorak

p/s: YB (yang berakhlak) hehe..nice!

Dr Amad said...

Buntu- Hebat? Idaklah hebat mana pun.

Jangan meng"handle" (maaf DBP) kesamaran isu politik dengan tidak mengambil tahu tentang politik. Itu lebih menjadikan keadaan lebih parah.

Ambillah TAHU, mahu terlibat..itu persoalan kedua...

Yang penting, kit harus celik.

p/s: sama-sama.Stay tune with amadanaksoleh...ingat suka komen bab article cinta cintun je...siasah pun sudi...tq2

buntu said...

hohohoho...mana ada suke komen cintan cintunn je..da dr amad tuliss article pasal cintan-cintun..saya poon komenn la article cintan cintunn..wakaka article2 anda betool2 memaksa otak saya berfikir...bagoosss2 mempunyai otak yg berfikir, bkn dlm ilmu medic je...ttp dr segenap sudut kehidupann~ :)

Dr Amad said...

Buntu- Kurang berfikir dan tidak mahu berfikir itu musuh utama kita.

Kesian kepada otak, kosong!

sambalgorengikanbilismakchah said...

mengimbangi 2 kecelaruan extremist

1. menganggap politik dan islam adalah 2 hal yang terpisah. politik tiada kena mengena dgn islam. puak2 sekular.

2. menganggap mempolitikan semua perkara dalam islam. Islam adalah politik dan politik adalah islam. puak2 "wehdatul wujud".

kecelaruan yang 1 menghasilkan sebagian besar UMNO dan perjuangannya.
kecelaruan 2 menenggelamkan fungsi PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul.

wasatiyyah, islam adalah satu cara hidup dan politik satu bahagian dari cara hidup yang di tetapkan caranya oleh Islam.

"aku bukan ahli politik, aku ahli gerakan Islam"

Dr Amad said...

Sambalgoreng- Ayuh kembali semak ucapan dasar Tuan Guru Presiden...

" Pas haruslah dikokohkan dengan dakwah, tarbiah dan siasah"

3 tiangnya...silakan wahai sahabat-sahabat =)

sambalgorengikanbilismakchah said...

betul3...

wala' pada prsiden. Allahuakbar!!

mutiara solehah said...

salam, mabruk ats artikel ini.

"Tetapi menutup mata dan tidak mengambil tahu tentang apa yang terjadi pada negara dan masyarakat itu adalah satu kesilapan."

Setuju 100%, ramai y begitu sebenarnya, alasannya tidak mahu ekstrem sedangkan mereka tidak tahu / lupa ini adalah soal hablumminnas. soal sosial, soal agama. Soal kita yang mencorakkan lanskap politik negara.

"menganggap mempolitikan semua perkara dalam islam. Islam adalah politik dan politik adalah islam. puak2 "wehdatul wujud"."

Sangat setuju juga dengan pendapat sambal goreng. Ramai yang memandang sesuatu melalui kaca mata politik, padahal y benarnya pandangalah sesuatu y berlaku itu pada kacamata ISLAM.

Seringakali terkena ayat2 begini "Baca buku karya TGNA, kuat pas nmpak" ataupun "join Nisa', saya xsuka kerana ia ad kaitan dengan parti tu". Inilah contoh orng y melihat sesuatu dengan kacamata politik.. Sedangkan, islam adalah satu cara hidup dan politik satu bahagian dari cara hidup yang di tetapkan caranya oleh Islam.

Yang leih teruknya, orng politik dlm parti Islam sendiri sudah lupa ISLAM adalah matlamat sebenar. Nau'zubillah..

p/s: X sbr nk jumpa ABUSAIF, harap2 die jadi dtng crmh ke kelantan nnti.. hu2..

Dr Amad said...

Mutiara- Jika terlalu melebihkan sesuatu perkara, mesti akan ada lompong disisi lain.

Tumpu amat pada tarbiah, siasah dibiarkan...Salah juga.

Berlebih dalam siasah, aspek lain kita tinggal.

Jadi berpada-padalah. Pandai meletakkan sikap pada situasi dan keadaan. InsyAllah baik!