Saturday 27 February 2010

Potret IMAN Dulu dan Sekarang

Saya bersiar-siar ke dalam folder gambar, hati tertarik dengan himpunan gambar-gambar IMAN yang dikumpul oleh saya sejak dari tahun pertama disini.

Nama pun pada saat itu masih Biro Agama Islam PKPMI, masih belum di rebranding kepada IMAN. Tugas biro agama Islam pada saat itu hanya sebatas menjadi pembaca doa untuk majlis-majlis rasmi persatuan, menguruskan maal hijrah atau maulid dan juga mengumpulkan orang untuk membaca yasin apabila ujian menjelang. Hanya sebatas itu.

Taalim?

Usrah?

Tamrin?

Jaulah?

Mabit?

Program besar seperti PERMAI?

Usah mimpi. Jauh panggang dari api. Tidak pernah dengar pun.


Meeting. Inilah antara meeting awal IMAN selepas baru bertapak. Masih muat diruang tamu yang sempit rumah Kak Tasha. Ahli kurang lebih dalam 20 orang. Bergerak, dan membangunkan pelajar Unpad dengan Islam. Saya masih ingat senior-senior terkejut dengan ledakan baru biro agama pada masa itu. Dari satu program ke satu program yang dijalankan. Yang sebelum ini lesu. Fathy yang selalu diusik dan Papa dengan underground nya. Rambut pun belah tengah lagi. Hehehehe

Menyediakan video. Jika dahulu, usah dibanding dengan sekarang. Video hanya sekadar tulisan dan lagu. Itu cukup pada masa itu. Sekarang video yang dihasilkan canggih manggih. Ada orang terpaksa shooting untuk hasilkan video. Semua orang dalam gambar ini sudah tiada di Jatinangor, dua sudah pulang ke Malaysia, yang tua-tua lain ke Bandung, KOAS ( Clinical)

Nikah Conneting People. Ini antara aktiviti BOOOM kali pada awal penubuhan biro agama. Menyedari keperluan menjelaskan apa itu cinta dengan hadirnya pasangan yang sudah menikah pada tahun pertama lagi, terhasil program ini. Feedback?. Pelbagai, ramai yang menyokong dan meminta diperhebatkan lagi misi dakwah dan ada juga suara sinis yang menyindir. Kita? tetap santai. Bos dengan bekas tunang dia. Serba hijau tow!

Sepinggan Pengalaman Berulam Kenangan. Bersama Dr Hizul antara alumni UNPAD. Beliau datang tidak bercakap tentang ilmu kedokteran, tetapi ilmu dakwah kedokteran. Antara orang hebat yang dihasilkan oleh UNPAD. Saya sebagai MC, dan disakat dengan dialek Ganu. Saya orang KL tau! =)

PERMAI Jogja. Bukan lagi didalam circle kami, jalinan mahabbah diperluaskan dengan sahabat handai di Jogja jua. Dijemput oleh wakil dakwah disana untuk menghadiri program bersama Ustaz Hasrizal. Gambar ini diambil semasa mahu bertolak ke Jojga selama 8 jam dengan keretapi merentas pulau jawa.

PERMAI Jojga. Sudah mahu berlepas ke Jojga. Bye-bye semua. (seorang dari mereka sudah kahwin, jangan nak ngorat. Cik Abang dia garang tau!) =)


PERMAI Jojga. Selepas selesai majlis, berjalan-jalan sambil bergambar di Kaliwurang. Tempat gunung berapi di Jojga. PERMAI....happy! Ingat pi program berstatus agama, stress...tapi kali ini santai.

Huk..huk...no komen

Cry No More. Ini antara kebajikan yang IMAN lakukan untuk menyantuni masyrakat disekitar tempat kediaman pelajar di Jatinangor. Tidaklah besar pemberiannya, tetapi cukup untuk mengentuk hati-hati masyarakat disini. Gapo "aneh" apabila dipeluk dengan Mohsein menunjukkan isyarat bagus.

Cry No More. Antara tulang belakang menjayakan program ini. Dengan bergambar dengan wakil kedai yang Haikal amat suka berurusan dengan beliau. =P

Post mortem Iftar. Selepas program, seperti biasa bedah siasat program akan dilakukan. Setiap kelemahan diberitahu, dan setiap kekurang iltizam untuk diperbaiki dalam usaha memastikan ada penambahbaikan setiap aktiviti.

Jualan Biro Ekonomi IMAN. Pada masa ini masih memegang ketua biro ekonomi dengan dibantu oleh ahli yang cukup dedikasi. Nasi lemak licin dihabiskan dalam masa 15 minit sahaja. Cukup dengan menggunakan "Nasi Lemak Fathy", menjadi booster jualan kami. Dan menang gerai terbaik.

Kempen derma darah. Kali pertama menderma sejak dilahirkan. Darah laju je keluar mengisi pack darah. Letih, tetapi seronok. Boleh lagi derma selepas ini....Ooo, lambang berkeris itu. Sila abaikan ya...keh..keh.

Jualan Biro Ekonomi. Kali ini dibawah pimpinan Haikal. Seperti biasa, gerai terbaik!

Program panas. Gapo dengan muka serius berbincang dengan Mohsein tentang program. Dan gue, santai menyusun kunci. Kesian Nimy pula kena marah...ekekeke.

Program panas. Walaupun program panas, beg-beg peserta masih perlu disusun dan dijaga rapi. (Tidak nyambung)

XPDC Ar-Ruhul Jadid. Dengan peace cara Aiza, dengan memendekkan leher dan PEACE! Dan seperti biasa. Happy! Semoga lekas sembuh ye Aiza.

Ar-Ruhul Jadid. Perut berkeroncong meronta-ronta pinta diisi dengan menu yang terhad. Kami layan je.

Open House IMAN. Dari atas, budak kalah 6 pin bowling, insan yang boleh dijumpai banyak di majlis-majlis, mamat berseluar tiga suku, dan insan yang tiada account FB.

Tengah kiri : Orang paling tua, Amad Macho, Mamat oren, dan Along Momo.

Bawah : Hijau stabilo dan Awang Selamat.

Open House IMAN. Berkerumun dari segenap usia ingin melihat filem terbaru yang baru habis shooting.

Open House IMAN. Dari hanya sekelompok kecil manusia, dari meeting yang boleh dilakukan diruang tamu yang kecil, inilah sekarang keluarga IMAN. Sudah tidak muat dibuat rumah Kak Tasha, hanya pilihan di masjid.

Sekarang sudah besar keluarga ini. Dari dahulu ada jatuh bangun yang tersendiri. Ada yang keluar mencari tempat meneruskan pejuangan ada yang jatuh tersungkur. Itu asam garam kehidupan. Kita bersama atau keluar dari saff, Islam tetap akan mara.

Buat adik-adik 1st year, selamat datang ke keluarga besar IMAN. Kedatangan anda, kami menyambutnya dengan syukur dan peluk cium yang hangat. Semoga kedatangan anda dapat membaiki, silap cela kami yang ada, memperlaju yang perlahan dan mempertahan yang sudah baik.

Nasihat dari saya untuk adik-adik IMAN, "Jangan pernah letih dengan subjek bernama manusia"

Ikhwan, seperti biasa...sedikit =)

Muslimat seperti biasa mengikut tradisi kak-kak deme...malu-malu kucing!

Nota 1 : Ini sebahagian kecil photo dari sejarah IMAN. Setiap gambar, ada kisah-kisah yang tersendiri. Boleh menangis bila dikenang, boleh tersenyum bila dilihat.

Nota 2 : Kami bukanlah insan yang TERBAIK yang ada disini, tetapi komitmen kami adalah berusaha memberikan yang TERBAIK dalam rangka melahirkan generasi-generasi TERBAIK dan akhirnya menghasilkan suasana yang TERBAIK. Laskar pelangi harus berani bermimpi!

Nota 3 : Ini ramai yang tidak tahu. Nama IMAN itu muncul didalam kepala saya dalam bulan Ramadhan on the way pulang ke kampung halaman di Malaysia. Diatas awan biru. Terus bahu Awang Selamat ( dia Amir semasa itu) dicuit. Dan lahirlah IMAN.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

20 comments:

haikal ambri said...

assalamualaikum w.b.t..


Terharu bila tengok sejarah perjalanan IMAN melalui gambar2 yg nostalgik ni.Semoga segala pengorbanan dan perit gigih senior2 terdahulu ni dapat dijadikan sumber kekuatan untuk kami generasi baru menerajui IMAN di masa muka.Insyaallah


MAJU IMAN UNTUK ISLAM =)

Pak adek pon dah jadi sebahagian daripada IMAN.nak tak nak kalau ada event mesti tempah makanan dgn dia..haha
Sebenarnya dia ayah angkat gapo..dia yg perkenalkan saya dgn pak adek masa 1st year..huhu

Dr Amad said...

Haikal- Welcome amir IMAN ke-4...

Tiada kata, melainkan doa dari kami. Walaupun masih ada masa berbaki, rasa seakan tidak cukup pulak nak kongsi semua hal. Tapi jangan risau, ada masalah contact kami.

Gapo? nyaris nak jadi menantu dia..keh3.

Ayah angkat terus diberi...parok sangat tow..

syuhadah said...

assalamualaikum..
3 perasaan yg boleh digambarkan..
terharu dengan perjuangan IMAN sebelum ni..
berdebar untuk memikul dan meneruskan IMAN selpas nie..
bangga dgn otai2x IMAN b4 dis..

ktorg akn cube yg TERBAIK..terima ksih ats tnjk ajar..

p/s = lepas ni abg bekeng xde kat j-town dh..xde pelapis ke..hehe..

Bukan Ustok said...

Buat sahabat2 IMAN,

Semoga tetap tegar meneruskan perjuangan dakwah di bumi sunda sana. Semoga usaha kalian diberi ganjaran oleh-Nya. Doakan juga saudara-saudara kalian di sini, semoga kita sama-sama ikhlas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kita.

Stay Istiqamah :)

Dr Amad said...

Mek Sue- InsyAllah antum semua boleh ye...dengan syarat buat kerja, buat yang terbaik. Bukan untuk pujian orang, tapi kita mahu mempersembahkan amal kita pada Sang Pencipta mesti dalam keadaan yang terbaik.

p/s: Siapa yang bekeng tu? nasib baik ada orang romantik dan caring cm saya..keh3...

dr.radzi said...

patah tumbuh hilang berganti. anda tak mahu perelok dan perbaiki, pasti bukan Allah yang rugi!
koleh kughuh lagi! muahaha...

syuhadah: jgn takot2...take it as adventour. hidup tak mencabar tak bezla.=)

bukan ustok: tak duk di bumi sunda pon ada tempias2 jugok....

p/s: mcm komen di facebook plak gayanye ni. haha...

'Abid Sakina said...

erm,nostalgia..~ perlu dikenang,utk membangkitkan kembali semangat~

insyaAllah,moga segalanya krn Allah, letih yg xlayak diungkap oleh kita akan beransur hilang..

moga semuanya terus tsabat di jalan dakwah..
sehati sejiwa, dulu, kini & slamanya~

p/s: adakah gapo mperkenalkan pak adek pada 1st yr skrg jgk..?hehe.dulu pn dia prkenalkan..klu x,siapalah pak adek skrg..;p

Dr Amad said...

Bukan Ustok- Walaupun bukan ustok, seakan daku dapat meneka siapa gerangan insan ini. Pertalian kita, pertalian hati. Disatu dengan iman.

Syukran kerana doakan kami, silaturahim yang kita eratkan, mohon diperkukuh kepada adik-adik UPIMI dan adik-adik IMAN dibawah.

UPIMI jika ada masalah, kami IMAN sedia menadah telinga mendengar. Mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah antum, sekurangnya meredakan gundah dihati..

p/s: kenapa amad wardah sangat neh...

Dr Amad said...

Ajie- Benar 100% benar...kita ada atau kita tidak ada...Islam akan mara. Ruginya kita bila tidak menyertai sama perjuangan itu.

Dulu sudah ramai tersungkur...

Sekarang pun ramai tersungkur...

Akan datang pun masih ada...

Jadi berdoalah semoga tsabat!

Dr Amad said...

Aiman- Antum masih ada, jadi kongsi semua pengalaman yang ada dengan mereka. Jika mereka degil, contact gue...ku luku sorang sorang...

p/s: dan ada dua bukti dah, punca segala "itu" dari Gapo..keh3...

ummujannah said...

Salam..

sangat terharu baca rentetan sejarah IMAN dari Biro Agama PKPMI Bandung kpd IMAN..Alhamdulillah!

Hanya satu kata buat adik2 2006 yang mantap--->mantap!

Sungguh banyak kenangan2 manis dan sedih juga melihat gambar2 di atas, especially yg ada gmbar twinning, espc kak alia dan kak ijah:)

kisah PERMAI pertama kali..nak dikenang byk pahit,kelat, dan manis nya..jatuh bangun dan tergolek, bangun lagi!alhamdulillah akhirnya IMAN sekarang..banggo kak ngn adik2 IMAN yang disayangi sokmo..

Teruskan usaha..

p/s:nick Iman Aisyah pun baru muncul setelah IMAN ada:D..rumah kak dulu pun di sebut rumah putih..hehe!
InsyaAllah nnt bertemu dgn adik2 IMAN baru!

Dr Amad said...

Kak Tasha- Aiseh, semua nak bernostalgia neh...ni rasa nak sebak sama...huhu.

IMAN-Intern tunggu kami deh di Bandung. Kita gegarkan Kota Bandung pulak lepas ni...kita beat IMAN Jatinangor neh.

Umah kak nama umah putih, lani Cikuda jadi Kampung Sungai Penchala (ala-ala perkampungan Al-Arqam)...wahaha.

Unknown said...

kenanngan yang menarik untuk dikongsikan...
semoga IMAN terus maju.

Dr Amad said...

Izzat- Ahlan ya akhi...

Amin, semoga wasilah tunggal di bumi Bandung ini terus mekar...

Unknown said...

Hidup dan matiku tiada kena mengena dengan insan bernama Pak Adek.Hehe..

Gambar kat atas aneh sikit sebab pinggang kena sauk dek Bu RT.kalu mudo takpo jugok.Opssss..

Dr Amad said...

Gapo- Cis burger...ada dalih ingin menafikan khabar itu...cis burger!

Gelenyar molek...tuo-tuo pun, jadi mok mertua, leh duk kost free 4 tahun boh..

sinar_islami said...

Moga IMAN terus mengorak langkah..
dan tidak takut melakukan perubahan..
Perintis pun sudah ber'usia' =)
pelapis itu mestilah kena ada...
Moga gandingan yang tua [baca:berpengalaman] dan yang muda memantapkan yang sedia ada..

Dr Amad said...

Sinar- Orang tua, orang yang dekat dengan syurga... Bukan 'show off' hanya harapan.

Syukran atas doanya...

Qatrunnada said...

salam..bnyk2 comment,tertarik pulak dgn comment ni :
"IMAN-Intern tunggu kami deh di Bandung. Kita gegarkan Kota Bandung pulak lepas ni...kita beat IMAN Jatinangor neh." ??

Dr Amad said...

Qatrunnada- Provokasi atau motivasi? hehehe.

Selamat datang ke sini...