Wednesday 17 March 2010

Hikmah Disebalik Gue dan Saya

Selepas article 'panas' sebelum ini, saya disapa oleh pengunjung blog ini. Dan saya tidak kenal sama sekali dengan beliau. Tetapi melihat dari gaya, beliau adalah pengunjung tetap blog tetapi hanya sekadar silent reader.

Apa yang dibincang dan disembang pelbagai, termasuklah soalan yang sudah saya jangka akan ditanya. Al-maklumlah, blog ini baru sudah pulih dari badai. Blog, bukan saya.

" Dr Amad, saya nak tanya ni. Kenapa pendekatan Dr Amad, saya tengok agak keras samaada di facebook dan juga blog, bukan ke perlu berhikmah? ," beliau memanggil saya dengan panggilan pena saya Dr Amad. Tetapi dalam perbualan biasa, nama manja (erkk) Amad lebih selesa digunakan.

" Owh, keras tang manalah saya ni? Macam perlu diperbetulkan dahulu soalan itu, baru saya boleh jawap. Tapikan saya nampak lebih kepada pendekatan romantik dan caring kot," hahaha. Ketawa kami pecah. Saya selepas itu, menerangkan beberapa pendekatan yang akan saya kupas nanti, dan juga beberapa kisah seputar persoalan hikmah.

Yang menarik perhatian saya dengan satu soalan...

" Amad, kenapa tak balas ataupun sambung je perdebatan kat bawah komen tu? bahkan ada pula dibuangnya. Tapi seronok tau saya baca orang berlawan-lawan hujah ni. Kalau lawan mesti boleh menang dengan penerangan ini," jujur pula beliau ini.

Saya pula " Adeh, ada juga orang macam ini...tapi bagus. Jujur." Monolog dalam hati.

" Saya pernah dengar satu tazkirah oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz. Beliau bagi analogi, orang tengah muntah, jangan sekali-kali kita bagi air, ubat, nasi atau apa-apa. Sebab tidak akan membantu. Bahkan akan keluar balik apa yang diberikan. Cukup kita disisi, gosok belakang dia. Bagi dia tenang," saya kongsi satu kisah dengan dia. Suka sungguh saya bercerita...hehehe.

" Dan saya sebenarnya tidak mencari MENANG."

Tok Guru adalah salah seorang idola saya, banyak terpengaruhnya saya dengan beliau dengan cara berbahasa beliau. Analogi yang diberikan sungguh tepat dan berbekas lama dalam ingatan saya. Sudah semestinya, analogi dan bahasa yang digunakan beliau, tidak berbekas bahkan mungkin mengundang pelbagai interpretation yang mengarut.

Kerana fikiran anda adalah tiang eletrik, mahu mendengar yang lurus bak tiang elektrik. Tidak mahu berfikir dua, tiga kali untuk mendapatkan maksud tersirat dibalik kata-kata itu.

Orang duk tengah muntah, jangan kita jolok dengan apa-apa, hatta ubat sekali pun. Biarkan dia muntah, sambil-sambil kita gosok belakang bagi tenang. Selepas itu barulah kita bagi ubat.

Orang duk tengah marah, kita lambaklah berbakul-bakul ayat Al-Quran dan berbesin-besin hadis, idak ye mahu ditelan. Jadi lebih baik saya cuba untuk diam, dan sudah semestinya saya sebagai pemilik blog mempunyai hak untuk memastikan suasana dan perjalanan disini on track.

Maaf, blog ini bukan saya buat untuk berkongsi kisah ayam beranak, arnab bertelur, artis tercabut bulu ketiak. Saya menulis dengan tujuan lebih besar dari itu.

"Tapi ada je marah tu?."

Anda terlalu menaruh harapan tinggi dengan menganggap saya sebagai malaikat, sedangkan masih masih seorang manusia. Ada terpanas disana sini, demi Allah saya banyak muhasabah dengan itu. Masih dilingkungan wajar ada salah dan silap. Untuk teguran itu, saya insyAllah tidak satu saya ketepikan.

Saya mengambil inisiatif dan tazkirah itulah sebagai landasan article ini. Tiada guna kita mendengar beribu tazkirah, tapi satu tidak berbekas. Dilihat sebagai angin lalu sahaja. Bagi orang yang beriman dengan Allah dan Rasul, cukuplah dengan satu ayat. Itu sahaja menompang iman, meluruskan amal.

Sebenarnya, article ini sudah saya siapkan dua hari selepas ribut di blog ini. Tetapi saya tahan dan simpan dahulu. Untuk mencapai apa itu dikatakan hikmah. Ditulis dalam hati panas, bahasa juga terpancing dek emosi. Saya cuba mengelakkan itu.

Ok, sekarang...Apa itu hikmah?

Sebelum saya menjawap apa itu hikmah, saya mahu kongsi dua kondisi (situasi) dengan pembaca. Situasi yang saya olah dengan pengalaman saya sendiri.

Mat Batu dan Siti Kapas

Situasi Pertama

Rahim adalah kipas susah mati ( diehard fan) dan meminat tegar lagu rock. Kehidupannya segalanya keras membatu, cucuk dengan jiwanya. Tengah beliau 'karok' bermain gitar dan menyanyi, terlupa suasana sudah gelap. Mahu masuk maghrib. Tidak dipedulikan, dan terus bermain. Mat Amin adalah sahabat kepada Rahim. Walaupun perwatakan Mat Amin berlainan dari Rahim, hubungan beliau dengan Rahim cukup santai, erat, penuh canda tanpa makan hati. Masa sih mat rock, ambil hati...malu persatuan mat-mat rock sedunia. Mat Amin cuba mengajak Rahim untuk berhenti dahulu dan solat maghrib.

Gambar Hiasan

Pilihan dialog Mat Amin untuk mengajak Rahim si Mat batu ke surau.

a) Hey bai, ape cer ni? Gelap dah kot. Jom ikut gua pi surau pulak. Lu mati seksok, diangkat solat ke masjid jugak. Lepas ni, boleh sambung balik karok tuh...time tu gua join lu karok sama! Tapi lepas solat semualah. Guane? b) Assalamuaikum. MasyAllah, Rahim....Dah gelap sangat ni. Awak taknak solat ke? Jom ikut saya ke masjid jom. Lepas solat, awak bolehlah sambung balik main gitar tu.

Rahim si mat rock keras membatu, ajakkan dan sapaan yang kena dengan jiwa raganya?

Walaupun kita sering khilaf bab politik dan fiqh, saya menganggap sapaan yang kena pada dengan jiwa seorang mat rock adalah dialog A. Kerana itulah lingkungan kehidupan dia. Ber "awak" ber"saya"...geli khaley!

Situasi Kedua

Siti adalah peminat tegar lagu yang berentak jazz. Sesuailah dengan jiwa dan perangai beliau yang halus dan lembut orangnya. Didikan dan persekitaran beliau, membentuk diri menjadi seperti itu. Suasana diluar sudah gelap, tetapi Siti masih ralit mendengar lagu jazz tanpa menyedari sudah mahu luput waktu maghrib. Sahabat baik Siti adalah Aishah. Aishah mahu mengajak Siti untuk solat. Aishah cukup prihatin dan faham sangat sahabat baik dia seorang ini. Siti cukup fregile orangnya, usahkan tinggi suara marah, mengunakan ganti nama aku pun tidak perlu. Kasar katanya...

Gambar Hiasan

Pilihan dialog Aishah untuk mengajak Siti untuk solat:

a) Ish ko...Dah lewat kot ni. Ko dari tadi aku tengok memanjang je duk dengar lagu, bila pulak nak solat maghribnya? Tak lari kemana lagu jazz ko tu kot. Solat weh. b) Wahai Siti ku sayang intan payung, dah lewat dah ni. Awak tu tak solat maghrib lagi. Stop sat dengar lagu, solat dan boleh sambung dengar. Jom...

Walaupun kita sering khilaf bab politik dan fiqh, saya menganggap sapaan yang kena pada dengan jiwa seorang cik siti adalah dialog A. Usahkan nak ber"ko" dan ber"aku", tengok cerita hindustan pun bercucuran air mata. Itulah Siti, persekitaran dan kehidupan membuat beliau lembut hatinya bak kapas.

Apa Itu Hikmah?

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-Mu dengan hikmah dan pengajaran yangg baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik" (Al-Nahl: 125)

Pelbagai tafsiran masyarakat awam sekitar persoalan hikmah. Tapi yang pasti, yang tiada tolak tarik adalah menegakkan haq dan membasmi kebatilan dengan hikmah adalah tuntutan dalam Islam.

" Eh, berhikmahlah sikit dalam menegur. Islam menyuruh hikmah tau!," tegur seorang rakan.

" Erm...apa itu hikmah," saya bertanya kembali.

" Owh...entahlah...tapi yang pasti apa yang ko buat ni tak berhikmahlah!."

" Oklah, dah tak tahu sangat apa itu hikmah, biasanya apa yang ko buat jika tengok kesilapan dan maksiat orang," saya mengajak dia berfikir apa yang beliau cakapkan. Guna kepala yang atas bukan kepala dilutut.

" Erm...erm...biasanya aku diam je. Hehehe," tersenyum kambing.

Itulah kisah yang pernah saya alami. Rasa lempang sahaja yang layak untuk macam ini. Berdegar-degar hikmah itu, hikmah ini, bila ada kemaksiatan kepada Allah, spesies inilah yang orang yang pertama mandul. Menyorok didalam cengkerang nifaq. Lembut pun tidak, keras pun tidak!


Ustaz Azhar Idrus




"Orang kata keras itu tak ada dalam Islam...Hoodowww, sedak ngat! Mung belajor mana? Tok guru mana royak? kitab mana tulis?."

Bagi sesiapa yang di Terengganu, nama Ustaz Azhar Idrus antara ustaz yang popular. Popular kerana pendekatan beliau, popular dengan kemahiran menghuraikan hukum fiqh dan popular dengan gambar yang diambil sangat cantik. Sekarang bukan sahaja dikalangan rakyat negeri Terengganu, beliau juga ada menyampaikan ceramah di Pahang dan Kuala Lumpur.

Canon beb!

Pandangan awal saya berkaitan dengan beliau, adalah keras. Tapi itu semua 10 tahun yang lepas. Selepas beberapa kali, mendengar ilmu yang disampaikan dengan cara yang cukup unik, hati terpaut. Sempat saya hadir ke kuliah agama beliau disekitar Kuala Terengganu, membuat saya ke satu kesimpulan.

Golongan ayah walaupun sering dikutuk, inilah antara generasi yang ramai ke kuliah itu.

Golongan muslimat yang kekadang dikatakan bodoh, bahagian muslimat penuh tidak cukup tempat duduk.

Golongan muda mat rempit yang sering dimarah, tetapi jika anda mahu melihat mat rempit memakai jubah, pakai kopiah, 'kelek' kitab semuanya kuliah Ustaz Azhar ada.

JKKK yang selalu kena diperli kerana salah platform perjuangan politiknya, mereka tetap santai memenuhi masjid mendengar.


"Anok orang Islam, mok ayoh bapak ayam ibu ayam belaka. Bapok fasik belaka. Membenarkan anak buka pakaian dikhalayak ramai.Dok berhak jadi wali.Paham! Mase mung hantor anok tuh, mung kena laknat doh"

( Bagi orang tidak biasa dengan beliau, harus mendengar sampai habis video ini)

Adakah Ustaz Azhar keras dan tidak berhikmah dalam penyampaian?

Jika keras, tidak berhikmah dan ramai orang menjadi ukuran kenapa bapa, ibu, remaja, gadis, kanak-kanak dan orang 'JKKK' memenuhi setiap ceramah agama beliau?

Saya pernah makan bersama dengan beliau. Perbualannya penuh gurauan dan orangnya cukup lembut dan santai. Yang mengubah persepsi saya kepada beliau secara total.

Tidak kenal maka tak cinta!

" Bagi ana, Ustaz Azhar...penyampaiannya jelas dan terang mengambil terus contoh masalah-masalah dari masyarakat, tetapi jika anta perhatikan, message yang disampaikan sebenarnya lembut," testimonial dari Ustaz Hasrizal semasa bersembang-sembang dengan saya.

Hikmah itu Subjektif

Ingin saya menyatakan, as long as anda menyatakan haq itu haq dan batil itu batil walauapa jua cara samaada keras, lembut, jerit, berbisik, sms, blog, perangai dan akhlak, selagi itu kita masih didalam batas menyampaikan dengan hikmah. Selesai yang itu anda boleh masuk kepada bab selanjutnya, yang mana lebih tepat.

Disinilah boleh wujud titik perbezaan antara kita. Tapi jika kita lihat secara dekat, persoalan hikmah bukan masuk kepada persoalan betul atau salah tetapi kepada persoalan siapa dan pendekatan mana yang lebih tepat dari semedikian banyak pendekatan yang tepat.

Timbang tara kita adalah tergantung kepada subjek, masa dan suasana. Boleh jadi, subjek yang sama, masa dan suasana yang tidak tepat menjadikan pendekatan kita sedikit tempang.

Boleh jadi subjek yang berbeza, pendekatan yang sama digunakan membuahkan hasil.

Oleh kerana, itu apabila dilontarkan persoalan hikmah dalam berdakwah, saya tidak mampu memberikan satu jawapan yang konklusif. Melainkan mengajak pembaca sama-sama kita berfikir apa itu hikmah dengan semedikian banyak 'alat' yang saya bekalkan ini.

A itu adalah A

B itu adalah B

Kerana, kekadang, A boleh menjadi B.

Bagi yang tidak termasuk dalam semua ini, anda tidak berhak untuk bercakap soal dakwah bahkan apa itu hikmah pun anda tidak layak bersembang. Kerana anda adalah insan yang terkeluar dari lingkungan itu. Mengomel memanjang, buatnya idak!

Kita sibuk berbincang siapa yang layak membicarakan soal ini, sedangkan yang sepatutnya adalah siapa yang tidak layak bercakap soal ini.

Anda layak?

Isu Pendekatan Di Facebook dan Blog

Ingin saya menyatakan pendirian saya yang dahulu dan komitmen untuk akan datang, saya akan cuba sedaya upaya meraikan setiap komentar yang diutarakan, tetapi dengan satu penanda aras yang cukup jelas, dengan akhlak yang terpuji. Ini tidak terpenuhi, anda tidak dialu-alukan ke blog saya kerana blog ini bukan pintu tandas boleh diconteng dengan tulisan nista. Kita boleh berbeza banyak perkara, tetapi didalam Islam tiada khilaf soal akhlak!

Tetapi sudah semestinya, prinsip saya meletakkan 'komentar' Sang Pencipta saya dihadapan sekali berbanding komentar sekalian hamba-hamba. Sudah semestinya, komentar Sang Pencipta, akan dinilai, difikir dan dimuhasabah oleh diri saya sendiri berdasarkan sangkaan dan telahan iman. Adakah tepat atau tidak, saya menyerah kepada Allah untuk tentukan.

Jangan kita terlalu mengejar redha manusia, kerana sememanya manusia tidak akan pernah redha dengan kita dan kita akan letih dalam mengejar. Tetapi cubalah mengejar redha Allah kerana redha Allah janjinya syurga yang penuh kenikmatan.

Imbau kembalilah, sirah pejuang umat terdahulu. Nabi Nuh a.s dengan dakwah ditentang majoriti kaumnya, Nabi Muhammad diawal mula perjuangan dilontar kasut hingga bergenang darah, As-syahid Imam Hassan Al-Banna hanyatnya dihujung pistol sang tirani, Sayyid Qutb ajalnya ditali gantung. Bukankah kisah itu semua bertitik tolak dari "tidak sukanya" orang kepada apa yang dibawa dan disampaikan?

Cara dakwah itu pelbagai dan subjektif. Tepat atau tidak, insan yang bertaqwa, iman akan berbicara. Mencari 'suka orang' baru dikatakan tepat dan benar cara berdakwahnya, saya dengan ini bermufaraqah dengan kenyataan itu. Ketahuailah wahai muslimat, jika anda menyampaikan agama ini dengan tujuan mencari 'suka orang', jangan terkejut ada rijal menyukai anda berdakwah tanpa pakaian! Pada saat itu, anda mahu ikuti kehendak mereka kerana alasan mereka suka?

Fikir-fikirkan.

Range yang luas dikalangan kenalan samaada di Facebook dan blog sedikit sebanyak menyukarkan pemilihan cara saya bergerak. Tetapi kesukaran itu tidaklah sehingga saya memilih untuk tidak bergerak. Jadi saya cuba sedaya upaya menvariasikan pendekatan walaupun kadang-kadang yang panas telinga.

Untuk itu kekurangan itu, saya meminta maaf dari anda.

Adakah saya sedih dengan kutukan orang?

Adakah saya bangga dengan pujian orang?

Mengapa harus kecewa dan sedih kepada orang yang suka mencela? Mengapa harus bangga kepada orang yang memuji? Kedua-duanya masih dilingkungan 'kata orang' yang boleh kita terima atau tolak. Sedangkan natijah akhir adalah kata Alla s.w.t. Mahu ke syurgakah kita? atau dicampak ke neraka!

Tepuk dada tanya sama iman. Kegelisahan itu dosa, dan hadirnya gelisah itu dari hati. Dan hati tempat jatuhnya pandangan Allah...jika hati itu bersih.


Amad masih mampu tersenyum!

Lu pikirlah sendiri (versi mat rock)

Awak fikir-fikirkanlah (versi siti awek jazz)

Nota 1 : Saya ada satu permintaan kepada pembaca, boleh tak komen yang diberikan ditulis dengan bahasa melayu atau english yang benar. Senang cerita, tanpa short form lah.

Nota 2 : Saya menulis ini dengan hati, jadi anda harus membaca dengan berhati-hati. Saya menulis berjam-jam, masa sih anda membaca dalam 5 minit.

Nota 3 : " Alah, baru saya tahu Amad macam ini. Tidaklah garang pun, banyak sakat orang adalah!," dialog yang berpuluh kali saya dengar apabila bersembang tidak kira secara terus atau maya. Saya romantik dan caring kok...


Nota 4 : Panjang sungguh article ini, padanlah kerana exam sudah selesai...Yey!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

18 comments:

MadamIchah said...

Tahniah dr.Amad..Entri yang amat cantik huraiannya. Tak jemu dibaca..Ustaz Azhar memang bagus cara penyampaiaanya. Ummi abah pun selalu pergi dengar ceramahnya di Masjid Kemaman..Harap anda boleh jadi macam ustaz. Doktor muslim sejati...insyAllah

Unknown said...

Masya'ALLAH..entri yg panjang. ditulis dengan type an hati. pasti tercatat di garisan hati.

Dr Amad said...

Aishah- InsyAllah...terima kasih atas doanya. Masih banyak yang perlu belajar, dan masih banyak hal yang perlu diselesaikan.

Jalan insyAllah tetap jalan.

Kembali kepada Allah =)

Dr Amad said...

Izzat- Dari hati turun ke hati...Serah kepada Sang Pemilik hati untuk mengetuk hati hamba-hambanya dengan hidayah

sinar_islami said...

Alhamdulillah penjelasan yang baik..
sudah terang lagi bersuluh..
Manusia itu lemah..
dalam situasi apapun kita perlu kembali pulang kepada Allah untuk bina kekuatan..

zikir dan fikir..

saya suka peringatan ini

"Jangan kita terlalu mengejar redha manusia, kerana sememangnya manusia tidak akan pernah redha dengan kita dan kita akan letih dalam mengejar. Tetapi cubalah mengejar redha Allah kerana redha Allah janjinya syurga yang penuh kenikmatan."

EdAlia said...

Salam Dr Amad..
Tahniah, artikel paling manthop! Semangat baca awal-awal pagi ni..:-)

Dr Amad said...

Sinar-Lemah itu perlu dibaiki, cacat itu perlu dipulihkan, iman itu perlu disirami...semuanya untuk satu tujuan.

Syurga Allah.

Dr Amad said...

Edalia- Wslm Cikgu

Semoga semangat membaca itu diterjemahkan kepada semangat untum memberi. Medan disekolah antara medan yang paling ideal untuk membentuk ummah terbaik.

Tak dengar cakap, libas je rotan tu =p...

incik said...

menarik...approach yang sesuai dengan target,hasilnya seringkali memberangsangkan..moga terus menghasilkan artikel yang memberangsangkan.

hidayah said...

SubhanaLlah.. kupasan yang bagus dan straight forward. Mudah difahami. Walaupun panjang, it's ok.

Pasal berhikmah ni mmg susah orang nak faham. Saya setuju pendekatan berbeza untuk org yg berbeza. Kita kalau nak nasihat orang kena memahami dahulu org yg nak dinasihati. Jika tidak, boleh jadi ibarat mencurah air ke daun keladi...boleh jadi pergaduhan..dll yg jauh menyimpang dr tujuan asal utk sampaikan kebaikan.

Satu lagi, ucapan perlu dari hati yang ikhlas..supaya apa yang dinasihati lebih berkesan dan menyerap ke dalam jiwa...

Boleh lah Dr Amad balik ganu nnt jadi fasi untuk motivate anak2 tempatan plak.. banyak program menanti!

Dr Amad said...

Incik- Itu teorinya, masih perlu dicanai dan dicairkan ke medan. Selamat buat saya, anda dan semua mengamalkannya.

Syukran atas doanya

Dr Amad said...

Hidayah-Alhamdulillah ada orang sabar membaca article ini. Itu yang menjadi kebimbangan. Tak tahan dengan panjangnya =)

Fasi? insyAllah, jika ada orang jemput, ada kelapangan masa dan umur panjang...boleh je nak tolong sahabat-sahabat kita kat Ganu tu.

syuhadah said...

assalamualaikum..
hmm..article abg amad kali nie sye bce 2,3 kali naik trun..huhu..
ape yg sye fhan dri article nie,hikmah tu selagi kter menyampaikan yg al-Haq dan yg batil itu batil dan cara penyampainnya mengikut org,keadaan n situasi yg sesuai..

tertarik jga bila abg amad ade tulis yg psal mencari `suka org` tu..kurang faham yang tu..adakah maksudnye kiter tak sampaikan sesuatu kebenaran sebab nak jaga hati org tu so that org tu suke dengan cara berlembt kita?...

sesuatu kebenaran tu kdg2x tidak mudah diterima sbb sudh terbiasa dengan cara lama atau terlalu manja dgn diri dan dikuasai juga dgn rsa ego..

p/s = kalau dengar ceramah ust azhar,memang nak tergelak habis la..santai~..bekeng memng bekeng pun..

p/s 2 =penulis meminta supaya tidak menggunakan short form sebab dah makin ber`umur`..silalah ambil perhatian..saya mencuba..

p/s 3=sye mengambil msa 1/2 jam untuk memahamkan..hehe

Dr Amad said...

Sue- Wslm...terima kasih kerana mendapat main point article ini. Tahniah.

Murabbi saya pernah berpesan…

“ Jika pejalanan dakwah kita lancar, baik, senang je…pada saat itu kita harus duduk bermuhasabah balik. Pendekatan dan niat dakwah kita. Adakah pada ketika itu yang sampaikan adakah apa yang manusia yang mahu dengar ataupun apa yang Allah suruh sampaikan. Ini kerana, pejalanan dakwah ini walaupun kita dambakan baik, cantik,smooth...ralitnya tidak seperti itu."

" Islam itu perlu ditegakkan dengan amar makruf nahi mungkar dalam mendapat janji Allah iaitu ummah terbaik. Kita mengajak orang solat itu mudah, tapi cuba kita sampaikan tidak solat itu adalah salah disisi agama...disitu pasti akan ada penentangan. Amar senang, cuba makruf, tidak ramai mampu melaksanakannya. Sedangkan ia wajib datang dalam satu pakej"

Yang penting hadirnya HIKMAH itu tepat dengan masa, keadaan dan siapa dihadapan kita.

Lembut pun ya,

Keras pun ya,

Terserah,lihatlah dengan neraca iman. Anda yang memilihnya!

p/s: Sahabat saya pernah kata Ustaz Azhar mahir dalam fiqh mazhab imam syafie dan pada masa yang sama beliau cukup meraikan pandangan imam lain. Tak percaya, dengar habis 60 series tu.

p/s: Tua tidak, matang ya! ahaks...

p/s: Saya ambil masa 3 jam untuk menulis article ini...=)

syuhadah said...

terima kasih di atas penjelasan..
apa yang disampaikan tu akn dicerna sebaiknye supaya perubahan ke arah lebih baik dapat dilaksanakan..semoga Allah meneguhkn hati dalam menyampaikan haqNya..

p/s = sye stuju tentng ust azhar.penjelasan fiqih jelas dan pada masa yg sama memberitahu tentang pandangan selain imam syafie.trima kasih untuk 60 series tu..akan disebarkan kpda yang lain..insyaAllah..

buntu said...

assalamualaikum...morning!! :)

setelah sekian lama, baru ada masa nk tinggalkan komen kat sini

hikmah tu luas kalau didefinisikan yang hak itu tetap hak, yg batil itu tetap batil..hoho..sbb masyarakat faham hikmah itu adalah teguran dalam bentuk kelembutan.

islam x da kekerasan?ada sedikit lawak disitu..kena belajor balik sirah..kenal balik saidina umar al khattab.orang kata x relevan banding zaman sahabat ngan zaman sekarang.memang la x terbanding. point disini nak tunjuk islam itu punya cara lembut dan cara keras.

tapi islam x ajar berkasar dalam berdakwah, macam torture, buat perjumpaan marah2.sah-sah, saya sendiri akan angkat kaki blah dari tempat tu. jangan samakan kedua2 perkara ni..berkasar dan berkeras, satu menda yg berbeza.

realiti bila ada sesetengah manusia yang lebih gemar mencari redha manusia.saya mungkin x berada secara langsung dlm scop dakwah ni..saya lebih gemar alone tanpa terikat dgn mana2 pihak tp sy akn jadik org yg sgt `outspoken` dalam sesetengah perkara.saya x peduli, siapa , betapa mulianya org tu, betapa tinggi nye pangkat, kalau da memang perlu tegur dan saya tahu benda tu salah saya akn cakap. normal la orang x suke.banyok2 la sabar.

hikmah tu luas,
hatta perbuatan kita pun akan menjadi hikmah walaupun tanpa berbicara.

mana mungkin hati2 yg mencintai Allah itu x tersentuh bila orang bebicara tentang tuhan dan agamanya. walaupun sejahat2 orang yg pernah kite kenal, sekiranya masih ada dihatinya cintai pada Allah, pasti bergetar hatinya bila disebut nama Allah.

p/s: saya memang x berapa nk paham org cakap bahasa ganu laju2. adeyh..pening2 nk paham bahasa terengganu @_@

Dr Amad said...

Sue- Dengar jangan tak dengar =)

Dr Amad said...

Buntu- Terima kasih atas kesimpulan dan nilai tambah yang diberikan untuk article ini.

Semoga sama-sama kita dapat manfaatnya...InsyAllah.

p/s: tak faham tu, kena minum budu banyak-banyak sikit...lepas tu faham la =p