Tuesday 2 March 2010

Kuasa Komunikasi

Gambar Hiasan

" Amad, sibuk ke idak? akak nak minta pandangan sikit ni," tanya seorang kakak yang saya rapat dengan beliau.

" Nak kata tak ada kerja, nampak sangat berdosa. Tapi kalau kak nak tanya apa-apa boleh je...silakan lah," jawap saya.

Perbualan di YM.

Biasanya hukum alam, orang lebih dewasa menasihati adik-adik, tetapi kali ini terbalik pula.

" Dua tiga hari ini akak tension sikit. Akak ada berselisih faham dengan kawan baik," luah beliau.

" Owh...kenapa sampai jadi macam itu. Dengan kawan baik pulak tu," saya masih membiarkan dia meluahkan apa yang terjadi. Mencari punca masalah dengan menggalakkan dia terus bercakap, bukan dengan terus memberi solusi tanpa tahu hujung pangkal masalah. Ini skill jika anda mahu tahu.

" Entahlah Amad...tup tup dia diam je terus. Akak pun tak tahu kenapa, apa salahnya akak, entohle," jawap dia.

" Akak pernah cuba tanya dia atau try untuk bercakap?," saya sudah menjadi Inspektor Sahab.

" Pernah juga, tapi dingin dan banyak diam. Akak malaslah kalau orang dah macam tu," menjawap pun seperti tertuduh.

" Ginilah kak, apa kata akak buka ruang komunikasi dengan dia. Mungkin ada something yang kak tidak tahu ataupun dia yang berprasangka," saya memberi saranan.

" Tapi akak tak ada salah pun dengan dia. Bahkan akak try nak cakap kelmarin pun dia tak mau," sedih mendengarnya.

" Mungkin dia ada salah faham tentang diri akak tu...takpa, cuba dulu buka ruang perbincangan. Tapi caranya perlu betul, masanya kena tepat untuk ungkai masalah ni...nak tahu ke idak skillnya macamana?," saya mahu berkongsi tips.

" Hah...mestilah nak. Kalau berjaya, akak belanja pizza!," bersungguh dia.

" Gini, kak pergi jumpa dia time dia duk sorang-sorang. Jangan depan orang ramai, lagi tertutup lagi bagus. Lepas tu, tanya baik-baik ke dia, apa yang terjadi. Jika ada salah akak, jangan segan nak minta MAAF sebab perkataan MAAF itu dapat redakan api marah orang jika tulus niatnya. Tapi dia yang salah, dia yang prasangka, akak terangkan baik-baik. Bukan dengan nada nak menghukum dia, InsyAllah jika masing-masing niatnya dan caranya betul boleh selesai," panjang pula saya memberi tips.

" Owh...menarik juga. Nanti akak try buatlah. Tapi Amad, kalau tak jalan juga?."

" Seperti biasa, serah Allah untuk selesaikan bakinya. Dia pemilik segala hati," ringkas dijawap.

Selang sehari selepas itu...

YM saya dibuzz.

"Amad! Alhamdulillah semuanya sudah selesai. Hanya salah sangka. Dia duk prasangka tanpa bertanya ke akak terus...dan sekarang akak dah terangkan," gembira nadanya.

" Macamana akak buat sampai boleh selesai tu?," saat mengorek rahsia!

" Time tu, dia duk sorang-sorang dalam bilik, akak buat sebijik macam Amad suruh tu," patuh anak muridku seorang ini.

" Alhamdulillah...Allah selamatkan akak berdua dari api neraka," terang saya.

" Hah, api neraka?."

" Yup api neraka, bukan kita tidak pernah dengar negara berperang dengan negara hanya tiada komunikasi, saudara bunuh saudara kerana masalah komunikasi, insan seagama bergaduh kerana punca dari komunikasi," jelas saya.

Ya...komunikasi!

Jauhi prasangka, kerana prasangka itu sebahagianya adalah dosa. Dengan sahabat, walau terasa hati sekali pun, dahuluilah dengan sikap bersangka baik, bukalah pintu komunikasi. Kerana itulah sahabat, sahabat yang menuntun kita ke syurga.

Dari Flickr Amad ( Gambar Hiasan)

Kuasa komunikasi mampu menyelamatkan anda dari bahang azab neraka.

Kuasa komunikasi mampu membawa anda masuk ke syurga penuh nikmat.

Kuasa ditangan anda, anda mampu mengubahnya!

Nota 1 : Take note IMAN's members, Saturday we got iBEST !

Nota 2 : Tinggal dua lagi point yang perlu saya canai menjadi dua article.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

45 comments:

Anonymous said...

salam..fahmi..nk mtk izin utk amik sdikit kata2 kat sni utk diletak kat fb yer..(akay/akhmar)

Dr Amad said...

Akay- Wslm...selamat datang. Boleh je ambil selagi mana ia bermanfaat!

=)

Anonymous said...

terima kasih.. =)

Dr Amad said...

Akay- sama-sama!

Anonymous said...

cara/kuasa komunikasi yg baik.

tp benarkah anda berbuat macam itu?
byk mengutuk/mengeji sebahagian kawan-kawan sendiri diblog/di facebook walaupun nama tak disebutkan? kenapa anda tidak mampu untuk menasihatkan sebahagian secara personal/face-to-face dahulu, tapi hanya mampu mengatakan di blog/facebook sahaja?

adakah itu jalan dakwah islam yang sebenar?

Dr Amad said...

Anony- Hah...sudah mai. Seperti dipancing.Nama pun anony.

So apa jalan dakwah Islam sebenar jika encik/cik tidak bernama faham sangat tu?

Facebook dan Blog hanya best cerita bab nak pi "makan" "nak berak" "nak shopping" "kucing beranak"...Kan3. Selain dari itu, hati pedih...=)

Dr Amad said...

Anony- Hah...lupa nak cakap..tahniah mai baca dan komen cmni..sudah lama blog ini kekurangan pembaca cmni.

Terima kasih!

senyumsokmo said...

salam...
wah,nmpknye anonymous seperti mempunyai PRASANGKA terhadap Amad.
Mungkin si anony ni mewakili segelintir orang yg mempunyai rasa sedemikian terhadap Amad.Kenapa boleh terjadi sedemikian?mungkin dari pihak Amad sendiri perlu berintrospeksi sedikit.maklumlah manusia sealim ulama sekalipun tidak maksum..masih terdedah dari perkara2 yg mebawa kpd dosa walaupun sebesar zarah.boleh saja, ada perkataan2 atau perbuatan yg menghiris hati mereka?memanglah kebenaran itu perlu ditegakkan walau pahit ditelan.tp kaedah menyampaikan kebenaran tu kena dilihat juga.. ;)
sekadar memberi sedikit pendapat berdasarkan kuliah2 ahmad deedat
jangan marah yer...

Dr Amad said...

Senyumsokmo- Wslm...

Nice one! InsyAllah, mengambil ini sebagai satu tazkirah pada diri.

Jangan bina tembok, binalah jambatan...

Marah? siap nak terlelap lagi tadi...hormon endorphine duk tengah banyak dalam diri. =)

Back to article...

Anonymous said...

saya bertanya, adakah sikap anda itu betul dan adakah anda berbuat seperti apa yang dikatakan dalam penulisan anda itu?

Dr Amad said...

Anony- Betul? Waallahualam...

Berusaha kearah itu? insyAllah. =)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Amad said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

terasa lucu dengan sikap anda. menasihatkan/menegur manusia lain, bagaikan diri begitu sempurna, sampai kan bila ada manusia lain yang cuba menegur/bertanyakan sikap anda, anda hanya mampu tersenyum.

mungkin saya perlu letak nama Balqis/Jannah/Fatimah atau sesiapa sahaja, baru anda ada momentum untuk komen atau menjawab segala pertanyaan :)

'the best way to advice people is by wisdom'

wassalam.

Dr Amad said...

Anony- Bukan tidak mahu menjawap, tapi rasa tidak perlu...

Dan point kedua itu agak tepat, "face to face" katanya, nama pun anony...=)

Kembali kepada persoalan "hikmah"...dan aku masih berpegang dengan penerangan HIKMAH dari Ustaz Azhar Idrus.

Point pertama, baru nak buat article..hehe.

Tunggu sempurna baru boleh cakap, siap orang boleh berzina tepi jalanlah wahai cik anony oi. Dan pemikiran macam ini, memang menjadi point vital yang akan ku perangi.

=( (orang marah senyum)

Dr Amad said...

Fakta No Tentang Status Itu :

Insan yang men"like" 7 dari 9 adalah perempuan. Aneh juga, perempuan meng"like" sedangkan ia status menghentam wanita (salah satu prasangka)

Komen seorang akak senior yang saya amat hormati dan sayangi...

"tula..tapi xsemua org berpikir mcmtu kan..tp xpe..apa2pun time ksh ..kdg2 diri ni terleka juga..ada org ingtkn bgsla.."

Diri anda menentukan apa yang anda lihat!

Terasa tanda punyai rasa...tanda ada iman.

Jika anda terjun ke FB untuk mendengar status-status picisan, disitu bezanya anda dan saya. Dan jika nak berbicara tentang wisdom, anda dengan saya ada perbezaan.

Perbezaan itu masalah? bagi saya tiada masalah.

Jadi dengan ini saya mengambil keputusan, hanya sekadar ini komen Anony dibenarkan.

Bukan kerana komen anda tidak bagus atau berlawanan arus, tetapi ia akan memasuki putaran yang sama. Dan menghilangkan point asal article ini ditulis.

Dan pengomen, tidak perlu mengulas komen-komen ini. Samaada untuk menyokong Anony atau menyokong saya. Tumpukan ke article.

Bak kata Tukul

" Kembali ke laptop! (dalam kes ini article!)"

Sekian, Terima Kasih.
Ahmad Fahmi bin Sulaiman

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
buntu said...

wah....ada peperangan dicni...ngeh3...
meh baca kisah hidup saya ttg komunikasi....

1) form 5:mak ayah gi haji...adik plg kecil baru umur 1 thn, x ingat poon muka mak ayah, adik2 lelaki sdg membesar, tyme2 membesar la deme ni naik `kepala`,dan saya ambil keputusan sendiri berenti asrama selama sebulan tanpa pengetahuan sesiapun tok jaga adik2 & berulang-alik ke sekolah dgn naik bas kluar seawal 6 pg..bila kakak sulung dpt tahu sy berenti asrama, mcm biasa perang besar..tp saya diam..sy x reti nk explain. hehehe...
point 1: disbbkan sy x reti nk komunikasi, saya x dpt nk luahkan bahawa saya sayang keluarga saya sbb tu la sy buat gitu

2) form 5: berkaitan dgn sekolah..ada konflik dalaman antara guru yg akhirnya kami dapat ketahui.berlaku caci mencaci, hina menghina sesama insan yg mendidik kami.ia bagai satu mimpi yg buruk apabila melihat sendiri keadaan ni.kami tahu kalau ada guru yg bangkit mengatakan perkara yg benar akan ditukarkan ke sekolah lain.
point 2: apabila orang yg punya kuasa tidak mahu berkomunikasi dgn orang yg bekerja dengannya

20 thn: saya buat li dgn teman saya..dan bila saya membentangkan, mula terjahan soalan dari doktor+kawan2, disbbkan da `tension`,tanpa berniat memarahi,sy tertinggikan suara kat kawan yg wat li ngan saya..dan lagi satu bila saya jadi ketua kes, saya ingatkan saya da bagi li yg sedikit pada kawan saya memandangkan mak ayah dia datang, rupe2nye di hari pembentangan li, saya disalahkan kerana bagi li yg banyok..adeyh~ cuba beritahu li nya banyak sebelum tu, insyaALLAH saya bole tolong, sy paham mak ayh dia dtg...saya minta maaf kepada kedua2 person ni
point3 : ucapan maaf walaupun salah@ tidak mampu membaiki komunikasi yg da terganggu tadi

20 thn: saya berenam lewat sehari memasuki kuliah, balik hari isnin.akhirnya kami dihukum untuk tidak memasuki peperiksaan..pada mulanya saya menjadi org yg plg susah untuk menangis berbanding kwn2 yg lain, kerana yakin pasti ada jln penyelesaian, kami study balik buku peraturan twinning (kantoi buntu twinning..haha), mmg state disitu kami 80% sahaja dari jumlah kedatangan,memandangkan manusia yg menghukum kami tidak mahu berurusan ngan kami, kami bawak ke penolong dekan.masa da diatur,untuk mereka mendengar apa yg kami cuba luahkan..rupe2nye bila kami masuk ke bilik mesyuarat, manusia itu masuk,duduk,dan mengatakan "you still cannot sit the exam"..apa salahnye dengar penjelsan kami+maafkan kesalahan pertama kami..kami mmg menjadi org yg `helpless`, lepas tu baru saya menangis mengenangkan sikap dan kerenah manusia yang sombong dan sampai sekarang saya merahsiakan dari keluarga saya apa yang berlaku,ramai yg bertanya kenapa,biar ia menjadi rahsia
point4 :bila orang yg berkuasa ingin menunjukkan kuasa mereka
point5 : sekali lagi saya rahsiakan apa yg saya buat dari family sbb sayang dan x mahu lihat mereka sedih

21 thn: menganiaya diri sendiri tanpa disengajakan.heheh...saya memang remaja mcm remaja yg lain, x lari dari perasaan tuh, tragik sungguh apa yg jadi,hahaha..x mahu mengulas lebih lanjut memandangkan keadaan rasanya buruk dan saya akn simpan ia menjadi rahsia.no heart feeling :)
point 6: minta maaf banyak2 apa yg berlaku, sy manusia biasa, belajar dari kesilapan..dan dlm hal nih saya plg percayakan dr amad..hehe
point 7: kpd mereka yg menjadi observer dari JAUH...jgn melebihi batas dalam membuat kesimpulan apa yg berlaku..if you had handle BIG PROBLEM, you will take this part easy...mari menjaga mulut masing2
point 8 : kalau boleh diselesaikan secara personal kan lebih enak:)

p/s: saya akn amik perikasa akhir bulan nih+akn amik remed kertas yg saya x amik...doakan skali eh moga dimudahkan jalan keluarnya..amin :)

Dr Amad said...

Buntu- Satu saranan....anda harus buat BLOG! ekeke...tu pandai menulis.

Semoga Allah permudahkan segala urusan ya!

Balqis Riza said...

salam..dah lama tak sgah sini :)

anyway masalah ni bal pon lalui..mslh komunikasi..kdg2 tu sedih sbb, kdg2 nk ckp tp tak terluah..kalau luah ssh, tak luah ssh..luah ade terasa, tak luah ada org pendam..
how?
ade kwn pon cm terasa hati dgn bal sbb bal sbb bal tak luahkan apa terbuku..tp bila pk, apa yg terbuku tu kalau diluahkan sbnrnye tak mendatangkan kebaikan je..
coz i believe, sometimes, silence is better..

ke slh sebelah sana sbb terlampau sng nk terasa? ala amad faham tak apa bal cuba sampaikan ni? huhu

tp ayat 'DIA pemilik semua hati' terkesan dekat hati bal..curik eh :)

Dr Amad said...

Balqis- Wslm...tekpon sibuk omo.

Entah, bab ini tiada satu kepastian yang konkrit dan pasti.

A harus A

B harus B

Kekadang

A harus B

Lihatlah kepada keadaan, ada masa perlu diluahkan, ada masa diam itu terbaik.

Tepuk dada, tanya iman. =)

Anonymous said...

askum..

sebelum tu nak mintak maaf dulu sbb tak reti nak tulis formal2..

ni pandangan saye sbagai sorang pompuan bile bace setengah2 artikel amad..

bagi saye, cara amad menegur tu cam kurang tepat.. bile org bace, ramai yg meluat n saket hati.. adakah itu cara berdakwah dgn betul? dgn menyakitkan hati org lain?

yee.. sgt bagus kalo nak menegur utk mebaekkan org laen.. tapi perlu jugak mempertimbangkan cara anda..

ramai je org laen buat blog, tulis artikel, tapi cara diorang berbeza.. bile org bace, sejukk je.. prasaan ingin berubah tu ade sedikit sebanyak..

tapi bile bace artikel amad kebelakangan ni, prasaan tu berbeza.. ( ni bukan tegur, menghentam org abes2an..)

amad ade kate, da lame tak trime teguran, " sudah mai. Seperti dipancing.Nama pun anony. "

bile org komen, tegur2, sepatutnye trime teguran dgn hati terbuke.. n cube tuk berubah kot spatutnye.. tapi tgkla ape tindakan amad?

"ape2 je laa"

"Bukan tidak mahu menjawap, tapi rasa tidak perlu..."

bukan itu jawapan yg seharusnye..

fikirkanlah....
renungkanlahh..

dis is my point of view..
ramai org bace blog amad.. tp so far, yg saye dgr lately ni, ramai yg macam tak puas hati.. mayb issue bagus, tapi cara amad menegur tu salah..

maaf atas tegurann..
salam.

buntu said...

waalaikumslm... :) anony..anda baca blog dr amad sejak bilakah??
jgn baca sesetengah issue sahaja, baca whole part, every article he wrote...then you will know what he trying to say..

dlm islam sendiri kita ada 2 contoh yg sangat jelas,
1) saidina umar-terkenal dgn ketegasan
2)saidina abu bakar-terkenal dgn kelembutan

dan rasulullah x pernah menidakkan cara saidina umar.

so as reader, we have to be wise, you choose which one you comfortable with.. :)

berubah itu tidak memerlukan dgn siapa kite selesa, kite bole berubah walaupun sekarang

point dia sama, cuma mungkin cara masing2 berbeza..ada manusia bole menerima teguran dgn kelembutan, ada manusia belajar kesilapan dari kekerasan..we are human& human are varied.
sekian. :)

buntu said...

hehehe..tu pandangan saya la sbg pembaca yg sedikit ilmu...deme ni banyok ilmu...tu la tulis blog, kite gembira jadik pembaca je..
p/s : anony, ni pandangan saya sbg pembaca perempuan juga.. :) (pelik plak mengaku jantina..hhahaha)

sayajugabudaksoleh said...

amad terkenal dengan apakah?

nak kata tegas?
mungkin ada yang tidak.

nak kata lembut?
mungkin juga.

manusia di akhir zaman mungkin tak sama dengan manusia di zaman nabi. bagi saya comparison itu tidak berapa nak tepat disebabkan keadaan masyarakat akhir zaman sangat berbeza.

tambahan lagi, amad ni ada KUASA, PENGARUH, tapi kenapa amad tak gunakan semua yg ada untuk menegur/menasihatkan dengan cara yang betul? kenapa amad memilih benda yang penyakitkan hati kawan2 sedangkan ada banyak cara lagi yang WISE untuk digunakan?

" Kuasa komunikasi mampu menyelamatkan anda dari bahang azab neraka.

Kuasa komunikasi mampu membawa anda masuk ke syurga penuh nikmat. "

Diharap amad menggunakan lah kuasa yang anda ada dengan penuh jujur dan ikhlas :)

Anonymous said...

NAT:lucu.kalau terasa, berubahlah.
kadang2 ada yang dah tahu salah, tapi bertegas untuk menyembunyikan kesalahan sendiri lalu mencari kesalahan lain untuk diletakkan di atas bahu orang lain.
aik?macam cover line je.=)

kalau status di fb menjadi isu.
adakah anda orang yang ditegur tu?
hee..patutla sentap semacam ek.
peace!

to amad:teruskan berdakwah.kalau mereka tak mampu terima teguran 'KASAR' amad,ada lagi insan lain yang ingin berterima kasih sebab amad berani tegur dan menyedarkan mereka.karang kalau lembut sangat, depa cakap blog amad bosan.tak fun.
huhu.salam~

sinar_islami said...

Terkenang memori silam bila baca entri ini...
Tersentap juga baca tapi...
Walaupun siapa pun Dr Amad hatta blogger2 lain...
Nasihat tetap nasihat...macam mana pun kerasnya...
Prinsip diri...teguran tu perlu diambil, tak perlu obses nak lihat siapa pemberi...tiada yang maksum...
We just think, Allah send him/her to guide us by his words or action..
BE OPTIMIST...
Hatta, mat rempit pun boleh kita ambil kata-katanya buat pedoman hidup...
cuma kita perlu open minded...

Nak nafikan pun tak boleh...
sebab pernah berlaku dalam diri...
Pahit macam mana pun, komunikasi tu penting...
Dulu pernah ada salah faham dengan seorang teman, masing-masing ego tambah pula malu nak admit kesalahan masing2...
Disebabkan berpegang kepada prinsip diri sendiri[kata nak bawa Islam, maka Allah tak suka kita camni] akhirnya ego kena ditundukkan demi mendamaikan sebuah ukhwah...
pi jumpa, walaupun kita rasa tak bersalah, minta maaf, tak sempat nak cakap apa selain dua kalimah tadi...dia nanges dan dia pula tak putus-putus minta maaf..Dari situ, diri sendiri nampak bahawa MAAf ada value yang tinggi...Bahkan cerita sebenar pun kita tahu...


kalau kita tak suka orang bersangka buruk dengan kita, kita pun seharusnya tidak patut bersangka buruk dengan orang...Kita harus cari jalan keluar...
face him or her...

Hidup perlu optimis menerima teguran...
walau dalam apa cara...

btw sedikit pandangan peribadi dalam dunia blogger ini hasil dari tinjauan komen2 di sini:

We, are what we think...
What we think are what we see...
What we think are what we read ...

just my 2cents..

setiap manusia itu berbeza...
yang mana kita patut ubah, kita ubah...
yang mana kita patut jelaskan, kita jelaskan...
tiada yang sempurna di dunia ni..

blog adalah lidah blogger =)
Menulis kerana Allah hatta mengomen pun kenalah kerana Allah
Moga redha Allah bersama kita..

dr.radzi said...

assalamualaikum...
ana uhibbuka lillahi taala...sumpah, aku mencintai sahabat2ku sepertimana aku mencintai diriku sendiri. aku sedia ditegur untuk aku menjadi lebih baik. dan aku harap kita sama2 sentiasa rela ditegur untuk kebaikan kita.

mungkin sesetengah blogger suka dengan komen2 "bagusla blog ko", "bersyukur aku baca tulisan ko", "terima kasih atas nasihat", tapi kalau ko perhati style abu saif, dia lebih suka komen yang membina dari yang memuji. jadi komen aku kat sini, aku harap ko dapat buka ruang komunikasi yang ko maksudkan dalam artikel ni dengan saudara2,rakan2 serumah ko tu.

dan berkaitan pendekatan ko, mungkin ramai yang suka, tapi pada yang tak suka, jangan tinggalkan pendapat dan pandangan mereka. target dakwah kita luas,kita berdakwah bukan pada orang yang suka kita sahaja, tapi pada orang yang tak suka kita juga.kalau ko meng'abaikan luka' mereka2 yang terasa dengan cara ko, ko telah mengurangkan objek dakwah ko. kan rugi kalau mereka tak mahu dengar apa yang ko mahu sampaikan sebenarnya? mahu jadi pendakwah haruslah disenangi dan menyenangi orang lain. mungkin kita tidak sempurna, tapi apa salahnya kita mencuba berubah sedikit memperbaiki kekurangan dan kesilapan kita untuk mereka. erti hidup kan pada memberi?=) nabi sangat banyak memberi, walaupun pemberiannya kadang2 tak dihargai....

im gentlemen enough to tell you dis using my own nickname. bcoz i want the very bez for you, i want to be proud hearing your name form other people. bcoz seriusly, im hurt when they said they dont like ur style....i love u,lillahi taala,sahabati...

fahkrul radzi@aji zubir
bandung
si macho!=p

cOkodok said...

assalamualaikum..

My comment ni tadek kaitan langsung ngan pdebatan antara pembaca2 kat atas ni.... (if ade pon, tak berniat nak masuk campur)

i just wanna share a snippet from Quran regarding your article :

(apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yg beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah : "adakah sama orang yg mengetahui dengan orang yg tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yg berakallah dapat menerima pelajaran
[ayat 9:Az Zumar]

thus, tak kesah lah ssape yg tegur.. tak kesah lah ssape yg bersalah (alim atau ronggeng), jgn tengok kepada cara teguran, tapik hilangkan kemarahan dan tengoklah kepada isi teguran itu.

this is a reminder to myself,too, though because I'm well aware that Nobody's Perfect....

Dr Amad said...

Baru sat putus internet, macam-macam ada...

Yang menegur...terima kasih.

Yang menyokong...terima kasih.

Rasa nak ulas, tapi takpelah...Aku memilih hikmah diam. =)

dr.illy said...

salam...ni komen takde kena mengena dengan artikel ini(mungkin=p).

nway,i like dis blog.

n i like dr.razi@aji zubir si macho punya komen.

sekian,terima kaseh=)

(susah la takde button like kat sini..ekeke)

Dr Amad said...

Illy- Wslm...

Terima kasih...

Pengunjung datang dan pergi..anda berhak untuk "feel free to agree and disagree"

=)

dr.illy said...

kebanyakan nya saya agree dengan dr amad..bro amd memang bekeng tapi die baik hati..remember??haha=)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Amad said...

Illy- Hoh...bila nak bagi donut...baik-baik juga, donut jangan buat-buat lupa..=p

dr.illy said...

ceh...ni maleh ni..minggu ni bizi la..tunggu la mnggu depan plak.x janji la tapi..heee~=p

Dr Amad said...

Illy- Sape suh komen sangat...ahaks!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nina :) said...

terikut nak bagi komen jugak. bg saya, ada hal yg perlu tegas, ada hal perlu lembut, ada hal kita perlu terus terang. kalau setiap masa lembut, nanti org tak ambil serius pendapat kita, mula naik lemak, and pikir,"ala tak pe kot, org tu bukan marah/kesah pun" terima je dgn hati terbuka..kalau terasa tu ckp je terus, insyaAllah akan dicuba utk menjernihkan keadaan..betul tak? kalau hentam balik, mmg perang la kan? huhu.. santai aja~ :P

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Amad said...
This comment has been removed by the author.
Dr Amad said...
This comment has been removed by the author.
sayajugabudaksoleh said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dr Amad said...
This comment has been removed by the author.