Thursday 18 March 2010

Manual Bercinta : Cinta Tidak Perlu Diungkap

Malam Ku Bermimpi
Ai Dengan Satu Bintang
Berkata-kataku Di Jendela
Ku Lihat Kanda Tersenyum Memandang
Asmara Bergelora Meresap Ke Dada

Malam Ku Terlihat Oh Sekuntumlah Bunga
Baunya Harum Menarik Hati
Tak Sanggup Menahan Rasa Asmara
Meresap Mendalam Menusup Di Jiwa

Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda

Sayang Jauh Di Balik Awan
Wajahmu Tetap Berseri-seri
Laksana Bulan Sedang Mengambang
Menawan dan Menggoncang Dalam Kalbu

Oh Angin Bertiup Bawa Daku Ke Sana
Hasratku Ingin Bersama-sama
Tak Tahan Rasa Hati Menderita
Gelora Asmara Selalu Menggoda

Gelora Asmara~ Hail Amir dan Uji Rashid

Fanaa, itulah perkataan yang tepat apabila berbicara soal cinta. Lihat saja lagu oldskool tersebut, antara lagu kesukaan saya selain dari lagu dara pujaan- L Ramlee. Tetiba terkongsi minat dengan Kak Sarah aka KS. Hehehe.

Cinta itu segalanya indah, tapi ramai jua merasai pahitnya cinta.

Selepas saya menulis beberapa article yang menyentuh serba sedikit tentang isu evergreen iaitu CINTA, membuatkan diri ditempatkan oleh pembaca menjadi salah seorang dari rujukan. Sedangkan nikah pun belum, ayat power dan sakti untuk mencairkan wanita belum lagi digunakan. Dan sekarang satu demi satu ada yang meminta pandangan.

Gambar Hiasan

Saya serba sedikit cuba untuk menjadi pendengar yang setia, bukan untuk memberikan satu jawapan yang tepat dan jitu. Kerana cinta itu masalah dan bicara jiwa. Jiwa pula berbeza-beza tempatnya disetiap manusia. Mana mungkin saya memberikan jawapan melainkan banyak berkongsi cerita bagaimana untuk menguruskan cinta. Memberikan alat kepada mereka untuk mencari jawapan.

Hadir dalam riang.

Hadir dalam duka.

Hadir dalam keliru.

Hadir dalam blurr.

Itulah warna warni pembaca yang tampil untuk berkongsi cerita dengan saya. Sudah semestinya setiap yang hadir, saya raikan dengan hati yang berbunga-bunga (aiseh...masuk bab cinta, ayat sudah wardah habis).

Cinta Diungkap, Hati Gelisah


Saya entah macamana selepas beberapa article yang menyentuh dan mengupas soal cinta, ada didatangi beberapa insan yang sebahagiannya tidak pernah saya kenal, meminta pandangan tentang masalah mereka hadapi.

" Amad, anda percaya tentang mimpi tak?," tanya seorang teman maya.

" Mimpi? hurm...nak kata tak percaya, tidak juga. Nak kata percaya, silaplah. Tapi banyaknya tak percayalah. Kenapa tetiba buka bab mimpi ni," saya menjawap dan pada masa sama cuba memberi ruang keselesaan kepada beliau untuk berkongsi rasa.

" Macam ini, saya semenjak dua tiga hari ini, asyik bermimpi seorang lelaki ni je. Saya tak nak, tapi sering termimpi," dia bercerita. Owh, sebelum itu, kawan maya saya ini adalah wanita. Jadi pantas saja yang masuk dalam mimpinya lelaki. Lelaki mimpi lelaki...Haru. Erk!

" Special sangat ke lelaki tu sampai duk angau begitu sekali?," saya bertanya lagi. Cuba mengumpulkan sebanyak mungkin informasi dari history taking yang dijalankan.

" Macam ini sebenarnya. Saya ini ada suka seorang lelaki ini. Tapi tahu sahajalah, saya perempuan, bila suka, hanya mampu buat hanya diam je. Pendam rasa sorang-sorang. Itu ok lagi. Tetapi satu hari, sebelum lelaki itu mahu ke luar negara belajar untuk beberapa tahun dia datang jumpa dengan saya," beliau bercerita.

Orang menaruh hati memendam rasa, datang sang jejaka pujaan. Mengantuk disorok bantai beb. Indah!

"Apa yang dia cakapkan," tanya saya lagi.

Cuba mengumpul simptom.

" Dia cakap dia sukakan saya. InsyAllah dia janji selepas habis belajar nanti, dia akan datang cari saya kembali. Dan itulah masalahnya. Selepas itu hati saya tak tenang, asyik teringatkan dia. Sedangkan dia diluar negara, tanpa beri keputusan yang pasti," beliau menyambung.

Penantian satu penyeksaan. Keluar dari kes sebentar, ini terutama untuk muslimat. Jika orang hadir, bertanya soal hati, cubalah menyatakan keputusan itu secepat mungkin dengan berfikir. Jika YA, katakan dengan cepat. Jika TIDAK, katakan dengan cepat. Anda mungkin tidak perasaan dan tidak mengerti, ada lelaki yang tidak keruan hidup tanpa keputusan yang tepat dan cepat.

Jangan seksa mereka dengan penantian yang lama.

" Apa pandangan dan nasihat Amad pada saya? Saya tahu itu silap, tapi macamana nak baiki dan ubah?,"sedih bunyinya.

" Pertama, saya nak sekeh kepala mamat yang cakap sayang tu," saya menjawap.

" Hah, suka hati nak sekeh kepala orang," cepat beliau memberi respon.

" Ops, maaf terlupa pula kepala orang saya nak sekeh itu adalah cik abang," saya bergurau sebenarnya.

" Sebenarnya, orang yang membuat kesilapan paling besar adalah lelaki itu. Anda, rasa suka, rasa minat ke seseorang, untuk itu wajar-wajar saja. Tetapi tindakan lelaki itu adalah amat tidak wajar," saya bagi pandangan.

" Salah lelaki tu? Kenapa? saya tidak faham," dia soal balas.

" Silap paling besar lelaki itu adalah dia mengucapkan rasa sayang dia itu pada anda!."

Perasaan Wanita, Lelaki Harus Hormati

Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?

Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.

Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan. Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan. Mengantuk disorong bantal.

Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana. Empuk bicaranya, hakikatnya sensara.

Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sensaranya adalah penantian tidak pasti.

Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.

Anda mahu pergi jauh, pergilah. Jangan diusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama. Tetapi dalam nada yang tempang.

Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka? Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.

Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah. Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis. Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijab qabulkan dengan jejaka lain. Apa susah, cari lain! Redha dengan ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.

Jadi, habis bila mahu bagi tahu yang kita berkenan pada dia?

Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas. Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada mak ayah si gadis.

Bertemulah dengan....mak ayah si gadis

Mintalah izin dengan...mak ayah si gadis

Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan "Aku Terima Nikahnya".

Lawan Jangan Layan Jangan

" Dah tu, sekarang dia pun terlepas cakap. Saya pulak dah lama terseksa dengan perasaan ini. Macamana nak buang ni?," tanya beliau.

Buang jangan, manage perlu.

Bagaimana?

Cara menguruskan angau yang tidak berpijak ini adalah dengan MELUPAKANNYA.

Ustaz Hasrizal pernah berkongsi tentang hal ini.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan
menyibukkan diri

dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.

Tidak lupa juga ingin saya berpesan untuk sekian kalinya, masalah sayang, masalah cinta, masalah rindu adalah masalah jiwa. Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa. Allah s.w.t. Jangan lepas dari tidak bermunajat kepada-Nya memohon kekuatan. Jika tidak dijawap dalam satu hari, biarlah terus berusaha hatta 100 tahun sekalipun. Doa tetap doa, kerana kita hamba.

Jika sudah masanya, silakan tetapi pastikan masukkan sekali soal lampin anak!

Cinta itu harus fikir, fikir itu harus mengunakan aqal, aqal mampu sihat dengan hanya disirami iman.


Ustaz Azhar- Nikah Muda


Jika Malaysia boleh, anda juga pasti boleh kerana anda rakyat 1 Malaysia! Ahaks...

Nota 1 : Memasuki system last sebelum memasuki clinical. Pinta doa semua agar dipermudahkan.

Nota 2 : Selamat Pengantin Baru buat Kak Long. Kelmarin ada majlis hantar menantu ke rumah suami beliau di Gombak.

.: Dr Cinta ingatkan just in case kalian terlupa :. Ahaks!



30 comments:

zaraa Y. said...

amad..
nice article..
tapi tak smepat nak hadam betul2..huhu..
ngah final-final exam..
ti sy singgah semula.. :D..

neway..tq amad..

Dr Amad said...

Zaraa- Sip, nanti singgah lagi. Jangan lupa tambah nilai article.

Maan najah fi imtihan!

syuhadah said...

assalamualaikum...
bile dr amad menjadi dr cinta..
hmm..nice one..
wahai lelaki di luar sana..jgn hanya pandai bermain kata(geram..)..
da taw perempuan tu hati nye lembut,pandai2x ah..huhu..

Dr Amad said...

Sue- Wslm...

Ai...ai macam pernah kena je? hehehe.

Betul ke lembut hati perempuan? Cuba saya nak rekemenkan agar dikeraskan sikit.

Keras tidak semestinya tercabut nilai sebenar wanita. Keras maksudnya, bijak dalam mengendalikan persoalan hati.

=)

dr.illy said...

sokong sue!!hoyeh!!
(tetibe je kan ..hehe=p)

nicemedicine said...

kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Manusia dicipta berpasangan agar lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Hiasilah kelembutan dengan ketegasan.
to sue - jgn bagitau sesapa pasal aritu.

ummi mokhtaruddin said...

artcle yg tepat.bleh la buat lg=)
P/S: klu cinta, msukkan dlm doa.. mntak petunjuk Ilahi, insyaAllah diberkati. slmt becinta, krn ia fitrah:P

mutiara solehah said...

salam dr amad aka dr cinta (hik2), nice artikel

Pertama, sy mnghrpkn y bertanya itu skrng hatinya sdh tenang, menemui jalan u manage hati y lara. Sentiasa kuat n sentiasa mendekatkan diri kepada Allah.

Keduanya, sy pun rasa nk sekeh lelaki y ringn je mulut ungkp sayang, cinta rindu dan seangkatan dngnnya kt prmpuan. Padahal, belum jelas jalan menuju perkahwinan.

Ketiga, pesanan saya buat lelaki2 di luar sana, tolong jgn sesekali cuba 'mencuit' hati2 wanita. Hati lelaki dan wanita ini berbeza dan sangt berbeza.

Keempat, buat wanita, jangn layan dan jangan lawan. Lupakan, n pndai2 letak border kalau hati sudah ter'minat' dekat si dia. Alasan xbleh lupakan? ini kerana kita y mncipta alasan itu. Katakan boleh, pasti boleh kerna Allah itu ad u mndngar luahan kita. Alsan susah? susah itu kan trbiyah dr Allah. tidak mahukah kita menerima tarbiyah dari Allah?

Kelima, "Kembalikan masalah jiwa ini kepada pemilik segala jiwa."..


p/s: bnyak lagi nk tulis, nntilah tulis artikel pasal ni kt blog sendiri..hu2.. tp artikelnya lebih kepada wanita..

Abu Aiman said...

bagus bicara Dr Cinta kita nih!
Saya bercinta sekali jer, and happily married to my first love. Jadi tak pernah la rasa dikecewakan, tapi kalau ada aweks lain yang kecewa tak tau la, muahaha ;p

btw, lagu di atas tu bukan ke p ramlee ngan saloma yg nyanyi dulu...

Dr Amad said...

Illy- Aah...tetiba je...ekeke

Dr Amad said...

Nice- Bila anept bicara soal cinta...perhhh.

Teori ada, apa tunggu lagi...hehe =P

Itu untuk anept, bukan saya. Saya orang sabar.

Dr Amad said...

Ummi- Menulis insyAllah akan terus menulis, apa nadanya...stay tune with amadanaksoleh! =)

Doa satu, tapi pastikan awalnya cinta apa yang kita mahu mohon Allah makbulkan.

Cinta Syurga

atau

Cinta Neraka

Dr Amad said...

Mutiara- Saya tertarik dengan point keempat kerana itu tidak disentuh oleh saya dalam article ini.

Perasaan itu tuan kepada kita, atau kita tuan kepada perasaan.

Jika kita tuan kepada perasaan, insyAllah ikut suka kita untuk mengarah itu dan ini kepada perasaan.

Makan masa?

Yup! makan masa. Tapi anda harus cuba

buntu said...

assalamualaikum..evening!! :)

lalala...mai dengor org pengalaman berbicara..dr cinta belum ada pengalaman..wakakaka...

jangan ada salah-menyalahkan...
ia akan menambah beban di jiwa masing2..buka hati, terima seadanya..dlm bahasa saya"rilexx sudeyh"

ketahuilah wahai kaum hawa, banyak perkara yg perlu kite semua tangisi selain menangis utk insan bernama lelaki...
sampai satu masa, anda akn merasakan ia adalah perkara yg kecil berbanding masalah2 yg datang bertimpa2 dlm hidup anda..

take it easy
angkap ia sebagai debu...

saya bukan menulis sebarangan, tp kerana pernah merasa perasaan itu..kerana itu berani mencoret apa yg dilalui..*terasa lawak plak fikir balik* wuahaha

menyesal??
hik3, x de la, x pernah menyesal apa yg dilalui..BELAJAR.BELAJAR DAN BELAJAR.malah ia akan menjadikan anda lebih teguh berdiri, menghadapi apa je masalah yg datang, walaupun anda berseorangan~

ketahuilah, bila kamu menyukai seseorg..letakkan Allah dan rasul yg pertama sebelum dia..bila kamu kehilangan..kamu tidak akn merasa sedih sedikitpun...sebab kamu tidak akan sesekali hilang cinta Allah..selagi kamu mencintaiNYA hatta ketika kamu leka mengingatiNYA,Allah itu masih menyintaimu...siapa yg lebih hebat cintanya??

buat kaum adam, saya cukup pantang bila dikatakan wanita itu lemah,sbb saya membesar bersama2 wanita yg tabah+independent. kebanyakan urusan saya sendiri JARANG ada campur tangan insan bernama lelaki.semua diurus sendiri.alhamdulillah.

betul, wanita itu lemah, berbanding lelaki..tetapi adakah kamu kaum lelaki sudah membuktikan akan sentiasa menjadi saf paling depan dlm berjuang berbanding wanita???
sepanjang pengalaman saya, kami, wanita yg berdiri bersama2 berjuang,hingga ke akhir. kaum lelaki?? bila digertak, terus mundur, mengikut arus..
huh. maaf, saya bukan menuduh sembarangan.saya menulis kerana saya melaluinya.

jadi, layakkah kalian dicintai? wajarkah kalian berbangga diri apabila wanita menyukai kalian dan menabur semua janji yg x mungkin dipatuhi?? FIKIR.FIKIR.FIKIR~

p/s: hehehe..saya bkn org yg baik..biasa je...banyok laghoo, mencoret cerita ini agar wanita x membazir air mata utk perkara kecil..

p/s: kome kena dengor lagu rock, baru gegar hidup, pastu kalau nasyid, kome dengor maher zain x pun zain bhika,bila org ikhlas nyanyi, kite pun terinfected apa yg disampaikan..kurangkan lagu2 yg melayan perasaan macam GELORA ASMARA..wuahahaha..

p/s: kalau ada yg protes,apa yg ditulis maaf.ini cerita hidup saya..kamu punya cerita kamu~

Dr Amad said...

Abu Aiman- Amboi...royak ke kak kekgi...wakaka.

Lagu tu, awalnya P Ramlee n Saloma duk nyanyi,tapi ada versi Hail Amir...Sedak sengoti abe weh...acu try dengar, tapi kena ajak kak sekali la dengarnya.

Apa kata, Abe tulis kisah cinta dengan kak, mungkin boleh sama-sama ambil pengajaran.

p/s: Aiman nangis dok lagi gie kelas?

Dr Amad said...

Buntu- Kisah lampau itu adalah SEJARAH.

Sejarah bukan mainan penglipurlara untuk menyedapkan halwa telinga manusia, melainkan sejarah itu diulang dan diulang bagi kita insan terbaru mengambil iktibar.

Sejarah kelam itu lebih baik jika tersiratnya diambil sempadan, dari sejarah baik ditutup dan ditutup hingga hilang ditelan masa.

Tidak perlu meminta maaf, kerana itu kisah kamu.Kamu berhak untuk berkongsi, dan saya sedia menyediakan ruang ini bagi sama-sama kita ambil iktibar.

=)

3rdmarch said...

cinta tidak perlu diungkap
cinta tidak perlu ditunjuk
cinta hanya perlukan pengorbanan
cinta hanya perlukan perkahwinan

oh!cinta

Isa Azzaki Zainal said...

teori lagi bos? sekarang dah tak pakai teori-teori ni, praktiknya mana? haha

Dr Amad said...

3rdmarch- Saya touch up sikit...

Cinta perlu diungkapkan
Cinta perlu dizahirkan
Hanya jika usai perkahwinan
Hanya jika pengorbanan dibuktikan

Dr Amad said...

Ustok- eleh...eleh dia. Mentang-mentang ada madam, boleh nak provoke sini ek...hehe

Dr Hana said...

Salam dr amad..

Lama dah tak bagi komen kat amadaanaksoleh ni. Rajin pulak update ya..Rasanya baru je baca entry last baru2 ni. bagus2~~ =)

Em, cerita pasal laki n perempuan ni takkan habis kan.. Antara sebabnya kita tak pernah nak belajar dari kisah lampau, tak kisahlah samada kisah diri kita atau orang lain. Benarlah, bila akal yang dipacu iman ditinggalkan, dan nafsu dan keseronokan yang diutamakan, banyaklah masalah yang muncul...

Semudah itukah berkata-kata? sedangkan tiada apa yang dapat dijanjikan.. Berjumpa keluarga tidak, apatah lagi bertunang. Sekadar kata2 'suka' yang mahu dipegang? Maaf, tiada nilainya bagi saya~ huhu

Wahai wanita, berilah pada yang layak mendapatkannya... Jika lelaki yang dengan perempuan sudah lemah, gusar, mahu diikat dengan 'kata2 manis' saat takut kehilangan (dan tiada apa dapat dijanjikan), hanya disebabkan anda kurang yakin akan janji2 Allah...hmm..fikirlah sendiri..

Sama2 perbaiki diri~ jzkk..

Dr Amad said...

FY- Wslm...dan article cinta barulah dapat memancing anda untuk singgah dan memberi komen...hehe.

"Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tidak bersedia. Kalau tidak sedia, kenapa nak bercinta?" ~Fatimah Syarha~

Dr Hana said...

Sbb artikel cinta dekat di hati..haha. Takdelah, sbb artikel lain terlebih 'panas' sampai takut nak komen, hehe

Alamak, tak nak pulak kena label suka komen artikel cinta je, lepas ni rajinkan diri komen pasal benda lain pulak laaaa.hoho

Dr Amad said...

FY- Panas? hehe. Saya sejukkan dengan article cinta...sejuk sungguh.

Taknak kena label cmtu, kena komen utk article lain-lain nnti

3rdmarch said...

versi saya tu sesuai untuk orang yang belum kawen..

versi syeikh sesuai untuk orang yang dah kawen..

ke gane syeikh?

Dr Amad said...

3rdmarch- Ooo..versi berbeza.Setuju-setuju.

Abu Aiman said...

Dr Amad,
ana ngan zaujah duet sokmo, biasanya dlm keta la sbb tanak kasi driver ngantuk drive jauh2. Citer zaman bercinta tu tunggu nanti time anniversary..

p/s: aiman dah ok skek, mampu berjalan sendiri dari keta ke dlm tadika, walopon dgn airmata berjujuran.

Dr Amad said...

Abu Aiman- Romantik juga Abe ni...kekgi nampok gaya kena gie nuntut dengan deme. Guane nok nyanyi nampak sedap walaupun suara haru...hehe.

p/s: Nok silaturahim juga nanti-nanti hasratnya dengan Abu Aiman dan keluarga. Tengoklah samaada saya turun Kuantan atau Abu Aiman turun ganu...hello2 lah saya. Kena amik pengalaman dari orang hebat ni..

duha said...

assalamualaikum..

lambat pulak komen..dah ada 28 dah..erm..hati perempuan mmg kompleks, so jgnlah ada yg cuba2 nk mempermainkan nya..

pada yg bergelar perempuan pula, jangan lah terlalu mudah nk percaya pd mereka yg bergelar adam, mmg tak semua takleh dipercayai..tapi utk menjaga diri sndr..tak perlulah kita menyerahkan rasa sayang tu pada org yg belum pasti pun nk jd apa2..

relax dan sabar dulu..dah konfem dan dah ikat nnt, time tu barulah besungguh nak sayang pada si dia..

wallahua'lam

Dr Amad said...

Duha- Bila Amirah dah buka mulut, saya orang bawahan hanya mampu tersenyum mengangguk sahaja... =)