Wednesday 10 March 2010

Mereka Berjiwa Besar

" Sen, lama dah kita tidak buat MABIT ek...seingat aku lah kali terakhir, selepas selesai MABIT kita reramai pi makan kat rumah Kak Tasha. IMAN kena buat lagi ni...rindu pulak," saya membuka bicara mengusul cadangan.

" Aah...last yang kita breakfast bihun goreng dan teh tarik stokin Fathy," gurau Mohsein.

Hahaha...

Bersama Along Momo aka Mohsein

Teh ditarik dengan penapis yang macam stokin, jadi letak nama Teh Tarik Stokin Fathy.

" Satu hal je, kalau mung perasan. Mabit kita, qiam yang kita buat tu ok je sebenarnya, tapi hati ini rasa macam tak kena. Tak ada roh, rasa macam gersang je," saya membuka wacana.

" Damai tu damai dah, hening tu hening dah...tapi itulah. Kita tidak mampu manipulasi suasana untuk hadirkan ruh itu. Kena ada imam yang pandai ambil tugas ni," Mohsein menambah.

" Kena ada orang macam Ustaz Saiful Islam Mubarak, dia pakar untuk manipulate suasana. Kalau Mabit itu time saat kemenangan, ruhnya kemenangan. Jika Mabit itu bab Palestine, terbakar-bakar semangat orang duk qiamullai tu," kata saya.

MABIT adalah singkatan kepada malam bina iman dan taqwa. Jika mengikut ikhwah Indonesia, dimulai usai solat Isyak hinggalah sinar saga diufuk timur. Ia menjadi rutin bagi kader-kader dakwah disini. Jika tida halangan, seminggu sekali mereka mampu. Pengisiannya pelbagai, kekadang ada ceramah agama, ada talk, ada soal jawap dan yang pasti adalah qiamullai. Jemaah akan dikejutkan dalam dalam 1.00am dan bertahajutlah hingga ke subuh secara berjamaah.

Saya? semput...huhu. Biasanya 2/3, selepas itu mengurut kakilah jawapnya.

Insan Berjiwa Besar

Siapa Ustaz Saiful Islam Mubarak?

Ustaz Saiful Islam Mubarak

Saya secara pribadi mengenali beliau secara jauh semasa menghadiri MABIT AKBAR di PUSDAI, Bandung. Mabit itu diadakan selepas gerakan dakwah Indonesia, PKS telah berjaya menawan tampuk pemerintahan Jawa Barat. Memenangi Pilkada Gabenor Jabar ( Jawa Barat) yang jika dibandingkan dengan Malaysia, setaraf kerusi Menteri Besar.

Mereka menyambut kemenangan bukan dengan sorak teriak, tetapi dengan munajat kepada Allah.

Saya sampai di Masjid PUSDAI, kira jam 10.00pm. Didalam masjid sudah penuh dengan lautan manusia, tidak kira dibahagian muslimin atau muslimat. Tidak pernah seumur hidup saya melihat lautan manusia yang sebegitu ramai datang semata untuk munajat untuk solat tahajut.

Bila bertakbir...Bergegar masjid!


Bagaimana mereka bergerak? Jom lihat video ini

Mabit itu diimamkan oleh Ustaz Saiful Islam Mubarak, dan melihat santunnya kader bawahan kepada beliau, saya membuat kesimpulan awal, dia adalah sosok insan yang mempunyai tempat tersendiri dikalangan pengiat dakwah disini. Dan kesimpulan itu ditamatkan selepas mendengar khabar beliau menjadi salah satu calon DPR RI untuk pemilu baru-baru ini.

Tetapi tika itu saya tersentak mendengar khabar...

" Ustaz Saiful Islam Mubarak telah dipecat dari PKS. Aku ada letak link kat Facebook," Mohsein memberitahu.

" Hah...biar betik!," saya terkejut.

Selepas itu, saya membaca suratkhabar online itu, dan cuba membaca pelbagai sumber untuk mendapat pandangan dari beberapa sisi.

Dan saya mampu tersenyum.

Bukan kerana beliau dipecat, bukan kerana PKS memecat...tetapi insan-insan ini berjiwa besar!

Sejarah Ikhwanul Muslimin

Saya pening melihat sebilangan kecil dari sahabat melompat-lompat dari satu gerakan kepada satu gerakan lain diatas alasan TIDAK LENGKAP. Sedangkan jika mereka duduk sejenak, merenung, gerakan itu adalah hasil ijtihad manusia. Dan bila asalnya manusia, lemah dan silap itu fitrahnya.

Bahkan...tempat rujukan dan idealisme gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin turut dilanda badai. Saya terbaca satu article yang cukup bagus dan membuktikan Ikhwanul Muslimin itu adalah asal gerakan dari manusia bukan malaikat.

Selepas kematian As-Syahid Hassan Al-Banna, Ikhwanul Muslimin menjadi kacau. Faktor external dan internal mengasak jemaah fenominal ini. Mursyidul Am kedua dilantik didalam ribut itu. Hasan Al Hudhaibi diangkat sebagai pemimpin.

Hasan Al Hudaibi

Antara tindakan beliau adalah dengan memecat beberapa figure-figure besar yang cukup memberi pengaruh yang kuat kepada kader bawahan Ikhwanul Muslimin. Antara insan yang dipecat adalah Saleh Asymawi, Sayyid Sabiq dan Muhammad al Ghazali.

Yang menarik perhatian saya adalah bukan kenapa mereka dipecat dan apa salah mereka, tetapi adalah cara mereka menguruskan "ribut" ini. Insan ini menerima pemecatan, tanpa sedikit pun berpaling kepada musuh untuk memberikan 'peluru' untuk membunuh gerakan Islam Ikhwanul Muslimin melainkan Hasan al Baquri memasuki kerajaan Mesir. Jalan mereka pilih tetap Islam, cuma dengan cara tersendiri.

Kemucup itu harus dibuang.

Hasan al hudhaibi pernah menyatakan tentang perihal pemecatan tokoh Ikhwan tersebut; "Mereka dipecat bukan kerana kelemahan komitmen kepada agama. Boleh jadi salah seorang daripada mereka lebih baik daripada kita. Tetapi jamaah mempunyai tata tertib yang harus dijaga dan dilaksana. Oleh kerana mereka melanggar tata tertib, mereka diberhenti, agar barisan tetap lurus dan rapi’.

Cukup mendamaikan.

Melihat kembali kes Ustaz Saiful Islam Mubarak dipecat oleh PSK, saya mampu tersenyum.

Perangai 'nakal' ingin mencari apa jawapan balas antara Ustaz Saiful Islam dan alasan pemecatan yang berdarah dari PKS. Tetapi tiada. Kisah itu seakan berlalu begitu sahaja. Akhirnya sejuk ditelan masa.

Dalam perjuangan, kepentingan Islam adalah utama melebihi kepentingan pribadi. Ia telah dibuktikan pejuang dahulu dan diikuti pejuang sekarang.

Gambar yang diambil dari Facebook beliau...Mahu menitis airmata saya melihat gambar ini. Panas membahang, tanah berdebu merah dihadapi untuk Rabbi

Mereka adalah insan-insan berjiwa besar yang pernah dilahirkan dalam sejarah tamadun ummah!

Itu mereka, kita?

Nota 1 : Kepada yang berjaya didalam SPM, ingatlah kejayaan anda didukung oleh ramai insan dibelakang termasuklah makcik yang jual nasi lemak pepagi ditepi jalan. Tiada sebab untuk bangga melainkan kembalikan semua itu kepada Allah. Yang kurang bernasib baik, SPM bukan akhir hidup, ramai yang bangkit selepas itu termasuklah ramai menjadi Doctor sekarang...Kongsi sedih itu kepada Allah.

Nota 2 : Exam, mulai 15hb ini. Doakan...

Nota 3 : Nanti mahu post gambar-gambar iBest yang sengoti best!

Nota 4 : Dilamar untuk menerbitkan sebuah buku dengan beberapa lagi teman. Waduh...terasa bermimpi. Masa sih lelaki dilamar? kaw...kaw...kaw

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

12 comments:

Unknown said...

Kerana Ikhlas keranaNya..

Kerana mereka sahabat kita...

Kerana darah mereka adalah darah kita...

Kerana Neraka yang dipohon dijauhkan adalah yang sama,

Dan kerana Syurga yang dicari adalah Syurga yang sama..

Dr Amad said...

Zulfahmi- Luruskan niat, seiringkan tindakan...

Yang pasti, kita tetap satu barisan bergerak ke syurga!

Mereka manusia hebat, hebat kerana akhlaknya, hebat kerana semangat juangnya.

hanisah said...

gembira dpt kenal blog ni
terima kasih atas tunjuk ajar
terima kasih atas teguran
terima kasih atas informasi

selamat menjawab peperiksaan..
buat yg terbaik :)

semoga berjaya apa sahaja yg diusahakan dunia dan akhirat :)

nk terbitkan buku eh?? TAHNIAH...nak diskaun+kopok lekor+mkn free!! hahaha :D

p/s: ni mcm x de kena mengena ngan artikel..tp x tahu nape nk ucap terima kasih..mcm wasiat plak..hehehe

Dr Amad said...

Hanisah aka Buntu- Aik, nak tiru gapo punya komen...

Apa-apa pun terima kasih kerana sudi singgah sokmo kat sini.

Nanti tahulah buku apa...=)

hanisah said...

cissss....mana ada tiru..ni ikhlas x dok kena mengena tiru...lupaka ape yg berlalu....lalalala...
;p
p/s :penat tAnya org PEDE tu ape..tanya doktor..doc balass bahasa ape tu?? wuahahaha..pede tu ape.. pece lele taw la..tu team futsal kitorg..hahaha

ish jgn la tulis terang-terangan aka buntu..walaupun org da taw buntu tu sape..sy still berusaha nk rahsiakan...wakakaka

Dr Amad said...

Hanisah- PEDE itu percaya diri...ada pulak ke pece lele perginya.Adoi!

Okeh...ingat semua manusia, hanisah ini bukan buntu tau (dia suruh rahsiakan)

duha said...

assalamualaikum..

erm, waktu mula2 dgr ust saiful islam kena pecat dr PKS terkejut jugak..macam tak pcaya lah..siap kata

"eh, biar betul..ust saiful islam tu..org besar!"

then bila baca2 lagi..rupanya mmg betul..

n after baca artikel ni, iA tenang laa jugak..sbb duk cari jwpn jugak..kenapa?

jzkk~

mereka mmg berjiwa besar..
selagi islam berada dalam hati,iA matlamat jelas, dan tak ada perselisihan demi kepentingan diri sendiri..

Dr Amad said...

Duha- Wslm Amirah IMAN, lama tak singgah ke blog ahli bawahan ni...=)

Besar tak besar orangnya, khabar dalam Pemilu baru ini, suara bagi pihak dirinya sahaja berbelas ribu dari sekelia banyak calon.

InsyAllah, akan cuba selidik-selidik kenapa beliau dipecat dari PKS. Sebab betulnya.

Abu Aiman said...

Setiap perjuangan pasti ada cabaran...

Selamat berjuang di dewan peperiksaan, semoga success sokmo!

Anonymous said...

Mudah-mudahan boleh menjawab exam dengan baik..amin...

Dr Amad said...

Abu Aiman- Benar dah tu Abe...

Syukran atas doanya!

Dr Amad said...

Falindah- Terima kasih kak! Bila nak balik Msia?