Thursday, 1 April 2010

Puding Jagung Mak Si Melati

Kali ini saya tidak bercadang bercerita kisah cinta, saya tidak bercadang berwacana bab negara, saya tidak bercadang bercakap bab sikap.

Habis apa cadangannya?

Saya mahu berkongsi bab masakan pula. Jauh bebenor dari Dr Amad ke Chef Amad. Apa-apa pun layan sudeyh. Kebetulan, selepas berkongsi sedikit rezeki ini pada teman-teman, ramailah yang bertanya meminta resepi. Dan sudah semestinya kaum hawalah...Kaum adam? minta nak makan adalah. Adeh!

Sebenarnya resepi ini, baru juga saya belajar dari Melati. Menurut kisah Melati, resepi ini adalah resepi turun temurun dari nenek moyang beliau (yang ini jangan percaya). Senang cerita, resepi MAK dia. Sekali lagi, MAK dia. Bukan resepi dia.

Bahan-Bahan


  1. 1 Jagung dalam tin
  2. 1 cawan tepung custard ( saya guna cawan sukat beras)
  3. 2 kotak santan yang bentuknya tiga segi (maaf, saya guna santan kotak. Bukan santan segar)
  4. 1 cawan gula (terserah manis ke tawar)
  5. Air

Caranya

  • Santan yang dua kotak tadi, saya cairkan dengan air kepada 6 cawan. Jika anda mahu lebih kolesterol dan lebih lemak dalam badan, sila tambah lagi santan. Dan masukkan dalam periuk.
  • Jagung dalam tin tadi dibuka, dan dimasukkan kedalam periuk bersama santan tadi.
  • Tepung custard juga dicampakkan sama kedalam periuk
  • Termasuk juga gula. Gula tergantung kepada kehendak masing-masing. Mahu kencing manis, tambahlah gula. Mudah sifirnya.
  • Semua bahan-bahan ini dicampur dan dikacau sehingga sebati. Ingat jangan letak atas api lagi. Kacau dulu.

Kacau-kacau sampai lenguh

  • Selepas sebati, api dapur dinyalakan KECIL, dan bahan-bahan tadi dipanaskan. Anda hendaklah kacau sentiasa bagi mengelakkan ia berkerak dibawah.
  • Puding ini sudah masak adalah apabila puding itu semakin likat dan berkilat. ( Masanya kurang lebih dalam 45 minit)
  • Masukkan kedalam bekas, biarkan dingin terlebih dahulu dan masukkan kedalam peti sejuk.
  • Selesai.

Taraaa

Sedap tak?

Entah, tapi dari pemerhatian saya, licin habis bekas. Mungkin, itu tanda tak sedap kot =P

Selamat mencuba!

Nota 1
: Rasa macam tercabut kepala dan ganti kepala lain je bila tulis article memasak macam ini. Bior betik Amad tulis resepi masak...Dimana ke machowan, Dimana kehenseman, Dimana keotaian...wakaka

Nota 2
: Orang lelaki....harus bisa masak!

Nota 3 : Saya tak pasti tepung custard kat sini dipanggil apa. Saya pun bawa dari Msia.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

12 comments:

MadamIchah said...

nak tukar nama boleh? jadi chef ahmad fahmi. ;-)

Dr Amad said...

Shahzu-Bukan setakat boleh tukar nama, nak bagi nama anak pun tak pa...ahaks!

EdAlia said...

Salam Dr Amad,

Wah dah tukar profesi ye? bagus2.. Artikel nih sgt kiut la..

'Apa-apa pun layan sudeyh' :p

Abu Aiman said...

Dr Amad,
Lelaki zaman sekarang memang perlu tahu memasak. Sebab, tak mcm dulu2 anak2 pompuan dipastikan BOLEH masak mcm2 makanan baru boleh kawin. Ler ning bila tanya 'pandai masak tak?' jawabnya, 'kedai kan banyaaak...' ;)

Ada pernah terbaca research article, para lelaki yang kematian isteri mengalami 'food insecurity' sbb tak reti masak. Then diadakan kelas basic memasak utk mereka. Hasilnya, nutritional & health status bertambah baik sbb dah boleh masak dan dapat kawan2 baru di kelas masak.

Dr Amad masak la puas2, esok dah start houseman dok dang doh nok mmasuk ddapur... hehe..

Menapak kubur said...

Salam Dr Amad..
Hmm, nampak sedap puding ni..

Ingat intro je bab2 masak..Rupenye sampai ke sudah..haha

Dr Amad said...

Edalia- Betul-betul layan sudey saya yang berapa betul ni...ahaks!

Dr Amad said...

Abu Aiman- Wow, maklumat yang bagus. Tapi takut ada pulak orang kata.

"Mati bini, alah apa susah...kita kawin lagi." ekekeke...

HO seksok, ambe dok gie dapur dah..time tu dah ada madam...dialah yang masak. Hehehe...amin

Dr Amad said...

Azira- Mana boleh bagi bahan-bahan je, cara tak ajar...kang elok-elok nak buat puding jadi kepok lekor...biru haru. =)

Nina :) said...

wah haruslah cuba resepi ni! thanks :)
serba boleh tul abg amad ni..haha bagus2..

Dr Amad said...

Nina- Anak ibu khan....ekeke

syuhadah said...

to nina = jgn puji lebh2x..nanti ade org tu kembang..huhuu..

p/s=ye,tepung custard memng xde kt j-town nie..bwak stok byk2x dri msia..hhuhu..peace~

Dr Amad said...

Sue- Kepada nina, betul jangan puji banyak-banyak sebab nanti ada orang yang jeles...wakaka. Nak-nak orang tu...=p