Friday 5 March 2010

Ustazah Jangan Sentuh Saya!

Assalamuaikum cikgu!

Kelas 2 Bestari bergema, apabila Cikgu Fatimah, guru sains kelas saya masuk. Dia adalah guru disiplin sekolah iaitu Sekolah Men Keb Tengku Lela Segara. Siapa yang tidak kenal dengan trademark beliau iaitu cubitan berbekas biru dan jalan itik pusing makmal.

Kelas saya seperti biasa, perjalanan kelas normal.

Satu demi satu nama dipanggil oleh cikgu Fatimah untuk menyerahkan buku laporan makmal sains. Ada dua tiga orang mendapat habuannya apabila tugas tidak diselesaikan.

Ahmad Fahmi Bin Sulaiman!

Nama saya dipanggil. Helaian demi helaian buku dilihat dan diperiksa. Dan...

Praaaaapp...

Nampak je Cikgu Fatimah macam ni, dia bekeng ooo...cikgu disiplin sekolah ni

Tangan saya berjalur merah. Dari semua tugasan yang diberikan, hanya satu muka yang saya terlepas pandang untuk menyelesaikannya. Bukan sengaja, tetapi terlepas pandang. Dan habuannya adalah rotan panjang.

Sakit ooooo...

Saya pun hanya mendiamkan diri dan menahan kesakitan. Pulang dari sekolah, ibu bertanya.

" Kenapa tidak selesaikan laporan makmal tu?."

" Ami dah buat semua dah, yang satu muka tu ami terlepas pandang nak buat. Bukannya taknak buat," jawap saya apabila ditanya oleh ibu.

Itulah kenangan saya dengan cikgu Fatimah semasa tingkatan dua. Seorang guru sains, guru disiplin dan juga merangkap IBU kepada AHMAD FAHMI BIN SULAIMAN.

Dirotan oleh ibu sendiri, dikelas, dihadapan kawan sekelas.

Itulah kenangan lampau, yang semalam saya teringat dan tersenyum kembali.

Kisah Semalam

"Ami apa khabar? sihat semua?," ibu menelefon dari jauh. Dia kebetulan tengah 'ronggeng' dengan abah di pantai Kelulut dekat dengan rumah. Indah tinggal dikampung, bosan malam-malam boleh berdating ke pantai.

" Baik je Alhamdulillah...apa cerita kat rumah? kak long, angah dan adik-adik lain apa cerita?," saya menanyakan soalan. Mahu tahu perkembangan dirumah.

Ceritanya seperti biasa. Kak Long dan Angah sibuk dengan tugas dia sebagai doktor dihospital yang sama, Hospital Besar Kuala Terengganu. Pergi kerja, balik letih dan tidur. Itulah rutin mereka berdua.

" Ibu sekarang jadi bibik! Sampai baju deme pun ibu kena gosok segala," canda ibu.

Abah dan ibu mempunyai anak seramai 7 orang, ramai. Tetapi sekarang rumah sunyi hanya tinggal Inah dan Amad Kecik. Itupun masing-masing dengan kegiatan sekolahnya.

" Hah, apa cerita Amad (kecik) kat sekolah? dah nak UPSR, dah berubah belum mamat tu? ke asyik duk main je," tanya saya. Dia adalah adik lelaki dan merangkap anak bongsu kepada keluarga Sulaiman dan Fatimah ini.

" Hah...ada satu cerita semasa disekolah. Ibu dapat laporan yang dia ada pesan ke ustazah dia," ibu mahu kongsi cerita.

" Apa budak itu pesan kat ustazah dia?," tanya saya.

" Amad (kecik) kata, Ibu pesan 'Ustazah jangan sesekali sentuh saya. Nak marah macam biasa, boleh. Sentuh tak boleh!'," cerita ibu sambil ketawa. Ibu dan Amad (kecik) sama sekolah. Ibu sebagai guru, dia sebagai pelajar sekolah rendah.

Entah bila ibu pesan macam itu. Dan menurut cerita ibu, dia mendapat laporan itu dari SB, SB dia disekolah yang juga merangkap jawatan kawan-kawan sekelas dengan Amad(kecik).

Hahaha.... Ketawa kami pecah mengenangkan 'ulah' Amad (kecik) itu.

Amad (kecik) menangis mengadu kat Ibu selepas direndam oleh abang-abangnya dalam kolam

" Lain kali ibu, ibu pesan siap-siap kat ustazah. ' Ustazah, usah ke nak sentuh, nak rendam Amad (kecik) ini dalam longkang pun takpe'. Memandai je kata ibu pesan tak leh sentuh konon," saran saya. Hehehe.

Itulah kisah adik kecik bujang saya. Busuk wangi pun, lobang hidungmu tetap menjadi pooojaan hati ku!

Nota 1 : Sebelum ini. Sebelum menulis article cukup dengan doa Bismillah, tapi nampak gaya sekarang kena tambah dengan " A'uzubillahi minasy syaithonir rojim"....^_^

Nota 2 : Abah tidak pernah telefon bertanya bila mahu balik, tetapi sekarang ada. Sudah pelik. Rupanya ada udang disebalik mee mamak. Dia mahu saya balik semata-mata saya membawa pulang sama CD cerita HOT sekarang..." My Name Is Khan"...hehe.

Nota 3 : Ada khutbah best dari Syeikh Yusuf al-Qadrawi




.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.


14 comments:

Menapak kubur said...

Salam Dr Amad,
crite pasal mak sendiri ea..haha..
Xtau plak ckgu Fatimah garang..
Dia xpenah ajar sy..
Garang kerana syg, insya Allah seiring tu..huhu

MadamIchah said...

Cerita yang memang menarik. Dalam hati, Dah tergelak baca post nie..Amad kecik sama nakal macam amad besar juga yee. Dah besar nanti, jadi mukmin soleh..Mak tak rotan dah tapi bangga

buntu said...

:) haha..kelakar..teringat pula adik muhsin kat umah, hehe..memang manja anak last..kekadang tu saje je menangis kuat2 time tepon suruh kita marah adik2 lain yg kacau dia..mentang2 kakak dia ni sayang dia..lawok2..rindu pulak si kecil tuh..kalo dia ada riuh rumah tu..pening kepala dengor diorg ni gaduh..kalo sakit,kita la paling sedih..hehe

rindu plak umah bila baca pasal keluarga..

mak ngan anak memamng ada persamaan..kelembutan disebalik ketegasan..
tiada pilih kasih bila anak buat salah,hukuman tetap sama diterima mcm ank org lain
kasih ibu..balik tu tanya khabar anak kenapa x siapkan kerja.. :)

p/s: my name is buntu :)

Dr Amad said...

Azira- Owh kawan lama...pekabo? hehe.

Azira kan dulu kelas Amanah,kelas bahasa arab. Jadi idaklah kita kongsi sama guru sains.

Dr Amad said...

Shachu- Hehe...ini kawan lama semasa kecil ni.

Nak nafi tak nakal, rasa tak kena je..yela-yela nakal.

hehe

Dr Amad said...
This comment has been removed by the author.
Dr Amad said...

Nisa- Alhamdulillah...berblog jugak anda ek.

Kongsinya apa-apa yang bagus untuk kita sama-sama mengambil pengajaran dan iktibar.

Mahu tips menulis article yang menarik, kita boleh kongsi sama-sama.

hanisah said...

dr amad..malunye saya...saya lupa saya ada blog dulu.....jgn la baca..tu cter time 2008..nk main2 je...mak ajar buat blog..hahaha,tolong!!!!! saya lupe!!! blog tu dibuat tok share ngan family je, pastu da lupe la, apala. patut la pelik bila dr amad kata ada blog, adeyh..ni guna email lain..
p/s: saya gembira nk baca blog orang,tp x sedia nk share ngan org kalo akhirnye ditakdirkan buat blog, saya buatla...hehehe

Dr Amad said...

Buntu- Jangan baca apanya, dah baca pun. Ada pulak buat blog,taknak bagi orang baca.

Menapak kubur said...

Alhamdulillah, sihat2 slalu..
Dr Amad ape citer, ceria2 nmpak nye..
Hmm, clas Amanah, ambik bahasa Arab..huhu..
Tak ingat da ape yang dah belajar..
Insya Allah ada peluang belajar blk bahada Arab dan pengajian Islam.. :)

Dr Amad said...

Azira- Cerita? hehe..selalu-selalu bertandang ke sini...itulah cerita saya. =)

Aik, bukan amik bidang sains ke? ke amik double degree?

Menapak kubur said...

Hmm, skrg memang ambik dental..
Akan dtg insya Allah nak sambung pengajian Islam..
Bila tu, wallahua'lam..

Hayatul Mohamed said...

huhu ade ke sebab nak tgk cerite my name is khan.. tapi cerite tu nampak macam best jugak.

Dr Amad said...

Hayatul- Kalau dah minat, tiket flight pun sanggup tanggung...hehe.

Orang cakap best, saya tengok thriller pun macam best, tapi filem betul tak tengok lagi...kebetulan memang jenis tak tengok wayang (cm tak betul je term kebetulan)...hehe

Tunggu cd jelah yang keluar...