"Nak kemana?," tanya abah. Sambil tangannya memegang kuat tangan saya.
"Err..err..ami nak ambil wuduk balik. Terbatal. Tersentuh perempuan arab tadi,"jawap saya.
Dengan ratusan ribu manusia tawaf mengelilingi kaabah, mustahil kita mahu mengelak dari bersentuhan dengan manusia lain. Lelaki mahu pun wanita.
"Tak payah, untuk tawaf kita pegang mazhab lain dalam bab batal wuduk,"ringkas penjelasan abah.
Saya dan abah meneruskan baki tawaf yang tingga. Tangan Abah masih memegang bucu kain ihram saya kerana jika terpisah, dengan pengalaman kali pertama ke Makkah bahkan dikelilingi dengan ratusan ribu manusia, ia amat fatal.
Alhamdullilah, syukur kepada Allah, pada akhir tingkatan 3 saya dibawa oleh Abah untuk menunaikan umrah. Hadiah kepada keputusan PMR yang saya dapat. Ia lebih manis kerana, umrah saya kali ini ditunaikan pada awal bulan Ramadhan, pada minggu satu dan dua.
"Selepas haji, Ramadhan lah antara saat yang bagus kalau nak tunaikan umrah. Ramai orang dan lebih 'mencabar',"kongsi seorang pakcik. Kenalan yang bersama-sama menunaikan umrah diketika itu.
Usai selesai melaksanakan tawaf dan sa'ie, tandanya selesai sudah satu umrah pada hari itu. Saya pulang ke hotel. Badan sudah sengal-sengal, tanda keletihan. Sudah lama tidak mengunakan kudrat tulang 4 kerat. Terpaksa tergesek orang sana, terpaksa tertolak orang sini.
Sementara menunggu Zuhur, badan meronta-ronta meminta haknya. Tapi sebelum itu, saya menyemak kembali hukum-hukum berkaitan dengan umrah. Dibahagian belakang sekali, pada buku manual umrah, ada disertakan penjelasan ringkas tentang hukum-hukum dalam umrah mengikut 4 mazhab.
Ya, didalam mazhab Iman Ahmad bin Hambal, Mazhab Hambali, majoriti penduduk Islam di Mekah perpegang dengan mazhab ini. Bersentuhan kulit lelaki dan wanita tanpa syahwat tidak membatalkan wuduk. Ia berlainan dengan pandangan mazhab Imam As-Syafie yang meluas dipegang oleh masyarakat nusantara.
"Owh begitu...tak apalah," bisik saya dalam hati. Tenang dan damai dalam membaca buku dan mengimbau kembali pandangan-pandangan ustaz-ustaz 'otai' di Malaysia dalam hal ini.
Itu antara kisah pengalaman saya di Mekah. Mendapat ilmu dari pengalaman. Ketika itu saya masih mentah. Tidak banyak ilmu dan tiada pengalaman. Lantas alim dan hakim tiada didalam diri. Kejahilan yang menjadi ubat untuk mencari TAHU dan menghadirkan MAHU.
Mujur Ada Surah Yasin
"Eh, mana boleh baca yasin malam Jumaat. Tiada dalil dari Nabi Muhammad s.a.w. Semua itu bidaah!," sahabat menegur saya.
"Erm...Nabi Muhammad menyuruh ummat dia baca Al-Quran. Yasin ini salah satu dari surah dalam Al-Quran. Jadi tak salah kalau nak baca. Ikut suka hatilah, hari Isnin ke, Rabu ke, Jumaat ke," jawap saya.
Dia terdiam.
" Ok, jika baca yasin itu bidaah, dan mengikut hadis sahih yang perbuatan bidaah ini akan ke neraka. Satu soalan, adalah dengan baca Yasin ini kita akan dicampakkan ke neraka?," saya memberi soalan provokasi.
"Erm...bukanlah sampai macam itu," jawap dia.
"Dah tu, bagaimana dengan hadis sahih dengan semua benda bidaah ke neraka?," saya terus menyerang.
"Err...err.. tak adalah. Cumanya, ada orang kata Yasin malam jumaat, Nabi buat," jawap beliau.
"Owh, aku tak kata pun macam itu," jawap saya.
Perbualan terus mati disitu. Itu antara perdebatan yang 'rugi' yang melibatkan saya. Perdebatan yang saya sesalkan. Jika saya dewasa sedikit saat dan ketika itu, saya abaikan dan terus membaca ayat-ayat suci Al-Quran itu.
Perbuatan salah masyarakat kita adalah mengatakan membaca Yasin malam Jumaat itu dari amalan Nabi Muhammad s.a.w. (walaupun sebenarnya ada dalil, tetapi tidaklah mencapai tahap sahih dan tidak juga sampai tahap mauduk). Dan itu yang kita harus perbetulkan.
Salah sikap pejuang agama adalah, membanteras baca yasin. Lantas terkeluarlah salah cakap baca yasin itu bidaah.
Seharusnya, bacaan Al-Quran pada hari Jumaat terus disuburkan. Dengan diberikan kefahaman kepada masyarakat bahawa ada lagi surah didalam Al-Quran yang lebih dianjurkan khusus oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk hari Jumaat. Surah Al-Kahfi. Pahala membaca ayat-ayat suci Al-Quran dapat, pahala membacanya dihari Jumaat juga dapat. Mudah.
"Amboi ramainya orang dimasjid,"spontan keluar dari mulut. Umumnya, sukar melihat masyarakat sekeliling dapat imarahkan masjid disini. Yang ada mahasiswa, dan mahasiswa itu majoriti mahasiswa Malaysia.
"Malam Jumaat bos...baca yasin,"kata teman.
"Nasib baik ada baca Yasin malam Jumaat. Datang juga orang kampung kenal tangga masjid, kalau tidak, jangan haraplah," jawap saya.
"Sambil-sambil tu, terangkan kebaikan datang imarah masjid. Tang yasin, perlahan-lahan alih kepada surah Al-Kahfi," sambung saya.
Bak menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
Pukul Syiah dan Sindir Ahlul Bait
"Wallahulalam...kita bukan maksum macam ahlul bait tu," ulas seorang pejuang 'sunnah'.
Saya cukup terhiris!
Beliau mengulas tentang syiah dan segala perbahasaanya. Ya, syiah harus dikekang dan masyarakat harus disedarkan tentang bahayanya fahaman syiah terhadap aqidah.
Tetapi salah sikapnya adalah merangkumkan sama syiah dan ahlul bait. Lantas, dalam usaha 'memperli' syiah, dengan sedar atau tidak sedar menghina kaum kerabat Rasulullah s.a.w. Sewajarnya, ahlul bait dan syiah kita treat dengan cara berbeza-beza. Dua entiti ini harus kita pisahkan secara wajar dengan ilmu dan kefahaman.
Ibarat pukul anak, sindir menantu.
Jangan pula pada pandangan dan sangkaan kita, kita adalah pejuang agama, pembela sunnah Rasulullah. Tetapi sebaliknya tanpa kita sangka, kita telah melukai hati Rasul yang kita cintai.
Sufi Sesat Dan SILAT
Baru-baru ini, di Bandung, diadakan kupasan tentang bahaya Syiah, Islam Liberal dan Tarekat Sesat.
Saya sempat bergurau dengan meninggalkan komen diruangan hebahan itu.
"Patut, disertakan juga perbahasan salafi 'sesat',"komen gurau saya.
Nada bergurau, tetapi sebenarnya saya benar memaksudkan. Syiah, Islam Liberal dan Tarekat Sesat itu antaranya. Kupasan dan program seperti ini harus diperluas. Kesilapan mereka harus dibongkar agar generasi depan mengambil ibrah. Tetapi jangan salah sikap.
"Aik, adakah salafi sesat?," tanya teman.
Sesat atau tidak, itu urusan Allah s.w.t. Tetapi jika anda mencari di web sesawang, insan yang mengaku salafi ini, merekalah yang begitu lantang mengkafirkan Sayyid Qutb beberapa tokoh ikhwanul muslimin bahkan Syeikh Yusuf Al-Qadrawi. Dipihak ini mengkafir dan menyesatkan satu golongan ditebing sana, ditebing sana juga menyesatkan golongan disisi sini.
Sungguh amat mendukacitakan akhlak seperti ini. Suka hati mengkafirkan insan yang telah teruji konsistensi mereka didalam perjuangan Islam.
Hati-hati. Dalam kita memperkatakan hal ini. Kerana impak meletakkan title sesat dan kafir ini kepada seseorang, jika insan itu tidaklah kafir dimata Allah, tuduhan kafir berbalik kepada si penuduh. Itu amaran keras yang Rasulullah s.a.w gariskan.
Akhlak itu bukan lalang. Bisa tumbuh dimana-mana. Ia harus disemai, harus disiram, harus dibaja.
Telahan saya tepat...
Komentar peserta yang menghadiri program kelihatan cukup positive. Gembira dengan ilmu didapat. Jadi dikongsi bersama teman tentang bahaya dan sesatnya syiah,Islam Liberal dan Sufi. Diletakkan golongan sufi menjadi sesat. Itu peluru tabur kepada semua sufi. Jiwa tidak boleh menerima.
"Sejak bila sufi menjadi sesat?," saya bertanya. Diri cuba beriman dengan tegahan keras Rasulullah s.a.w tentang bahaya tuduhan sesat kepada sesegologan.
Yang berkongsinya tidak dapat menjawap, dan Alhamdulillah diperjelaskan oleh sahabat yang lain.
"Yang abang tu cakap tadi, bukan semua tarekat/kesufian itu sesat. Ada tarekat yang boleh diamalkan," jelas sahabat ini. Tuntas dan jernih. Namun, menjadi tanggungjawab kepada pihak berkenaan sebelum melontarkan hal ini kepada 'perahu-perahu kecil', hendaklah memastikan kesediaan dan batas diri mereka. Bimbang bukan idea itu mereka canai, tapi mereka dicanai oleh idea.
Haru-biru.
Semua ini, sebenarnya jika kita perhalusi, akan bertemu kepada titik yang sama. Melampau.
Melampau didalam 'mencintai ahlul bait', menghasilkan syiah.
Melampau didalam pandangan manusia firman teratas, menghasilkan Islam Liberal.
Melampau didalam menyuci dan mengasingkan diri dari dunia, menghasilkan tarekat sesat.
Melampau didalam menghukum insan yang tidak se'salaf' mereka, menghasilkan salafi jalur keras.
Perbetulan zikir agar tidak salah sikap, perkemaskan fikir agar tidak salah cakap.
Jangan kita lupa, orang tua-tua pernah berpesan "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar."
Jika kamu mengerti....
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Assalamualaikum,...
Alamak,agak berat disini.
Cuba dikunyah dan dihadam lagi.
Nanti kalau ada soalan banyak2 saya mahu tanya bolehkan?
Illy- Wslm...
Kalau saya boleh jawap, ya dijawap. Jika tak boleh jawap...ya begitulah, tidak boleh dijawap. =)
Assalamualaikum dr amad..
Hmm, rasanya perlu diperbetulkan sedikit. Apa yang dibahas dan dibentang semasa SILAT, sudah jelas.
Syiah, Islam Liberal dan Tarekat Sesat. Sudah ditambah tarekat/sufi sesat, maknanya kita hanya membincangkan tentang tarekat yang memang menyeleweng daripada ajaran Islam...
Saya rasa tidak enak, seandainya segalanya dibuat atas andaian.. Pemberi materi awal2 pun sudah pun terangkan yang bukan semua sesat, dan penyucian hati, tazkiyatun nafs, ianya ada dalam Islam.
Memang, segelintir yang mengaku salafi ada yang mengatakan Syed Qutb, Dr Yusuf Al-Qardawi sesat.. Kita berlepas diri daripada semua itu. Namun wajarkah semua yang berpegang pada salaf dihentam sama? Sama sahaja sifirnya untuk sufi.. Takkan semuanya hendak dipukul rata, takkan tiada kebaikan pada salah satunya.. Salafi ori, salafi ultra, salafi super, apa2 entah lagi gelaran diberikan. Cukuplah kita menggelarkan diri kita muslim dan mukmin...
Cumanya, dalam SILAT, apabila semua disebut sufi, kita merujuk kepada yang melampau.. Itu jelas.
Segala definisi syiah, islam liberal, sufi, sudah dihurai. Mungkin ada yang merasakan semua itu hanya permainan istilah yang memeningkan...Namun hakikatnya, kita perlu tahu, supaya kita tidak terjerumus ke dalamnya..
Terima kasih atas teguran dan cadangan. Memang seboleh mungkin, kita tidak mahu memberatkan peserta melebihi apa yang mereka mampu.. Namun rasanya penceramah dah berusaha untuk menyampaikan sesuai dengan peserta yang ada... Jika hendak mengetahui lebih lanjut, boleh menambahkan ilmu dan bertanya pada yang lebih tahu. Lagipun ini membabitkan aqidah kita, bukan perkara yang boleh dibuat main...
Sekadar pandangan pihak yang bertanggungjawab dan berada di tempat kejadian... afwan.
p/s: Boleh terangkan lagi tak tentang Pukul Syiah dan Sindir Ahlul Bait tu? Agak kurang jelas contoh yang diberi.. terima kasih..
p/s2: Faham dengan maksud artikel. Jangan melampau=)
Wassalam..
Ummu- Jangan disalah sangka, ini bukan article sufi yang menghentam salafi. Adeh...harap jangan dilihat dari sisi itu.
Tentang penjelasan lanjut, saya tidak sentuh bab materi yang diberikan, cuma menyentuh sedikit effect samping yang sebenarnya wajar-wajar sahaja wujud selepas apa-apa program diadakan.
Itulah blind spot yang kita harus perhalusi dan tadabburi bersama. Lantas dibawa contoh selepas program dan bukanlah materi program yang tidak saya terlibat. Harap itu jelaslah.
Tang Pukul Syiah dan Sindir Ahlul Bait, ini terjadi dilaman sesawang. Empunya laman meletakkan review buku tentang bahayanya syiah. Lantas disambut sinikal oleh sahabat yang sefikrah dengan
"Bla...bla..wallahulalam. Ana bukan maksum macam ahlul bait"
Aneh, diterjahnya syiah,silakan. Tapi kenapa dibabit sama Ahlul Bait. Itu yang tidak wajar.
Ahlul bait bahkan saya yakin Saidina Ali sendiri tidak meminta diri mereka dipuja seperti penganut Syiah lakukan.
Dan semua ini bertolak belakang dari sikap MELAMPAU.
Sekian...harap jelaslah dan maaf diatas kesamaran. =)
1. Bersederhanalah, kerana itu yang terlebih baik.
2. Ada juga orang yang memenuhi masjid pada malam jumaat sahaja kerana ada MAKAN FREE lepas baca yasin.
3. comel teh gambor pakai ihram. Ana pegi tahun 1990, hilang di masjidil haram dgn parents, cuba nak balik hotel sendiri tapi kasut pada mak. Last2 tersadai bawah jejambat, tak tahan wooo kaki jijak lantai panas. Kenangan sungguh.
Abu Aiman-
1. Masih dalam mujahadah untuk itu. Sama-sama kita doakan, peringat memperingati.
2. Dapat pahala? Itu Allah tentukan. Dapat kenyang? InsyAllah...huhu.
3. Haha...orang pale botok meme comel..wakaka. Time ambe gie tahun tu pun, panas supe apa je. Tawaf pakai spek hitam. Bukan untuk stylo, tapi meme panas...=)
"Patut, disertakan juga perbahasan salafi 'sesat',"komen gurau saya.
Nada bergurau, tetapi sebenarnya saya benar memaksudkan."
Gurau ke tak tu? gurau,tapi tak gurau ek? Hehe...SEMUA BOLEH JADI SESAT. khalaf sesat, wahabi sesat, tapi geng salafi jugak yang jadi pilihan untuk dibuat bahan gurauan ye? hehe,bukan apa, takot2 salafi tu apa pon orang tak tau. (maaf,ini untuk 'perahu kecil' yang enta maksudnkn) diulangi, semua yang melampau akan jadi sesat. tak kiralah ahmadiyah,muhammadiyah,wahabi,salafi. jadi tak perlulah kita spesifikkan salafi sahaja. takot pening 'perahu kecil' enta.
"Komentar peserta yang menghadiri program kelihatan cukup positive. Gembira dengan ilmu didapat. Jadi dikongsi bersama teman tentang bahaya dan sesatnya syiah,Islam Liberal dan Sufi. Diletakkan golongan sufi menjadi sesat. Itu peluru tabur kepada semua sufi. Jiwa tidak boleh menerima."
ayat JIWA TIDAK BOLEH MENERIMA bawah tu seolah-olah tak puas hati,tapi rasanya lebih molek kalau menonton video program tersebut terlebih dahulu sebelum menyuruh JIWA enta MENERIMA ATAU TIDAK.=)
lagi satu, sebelum menyuruh JIWA MENERIMA ATAU TIDAK mari kita bertanya setiap peserta tentang penjelasan dari pemateri tentang 'definisi sesat'. rasanya tiada istilah pukul rata dalam 'definisi sesat' dan tiada pula istilah "menghukum insan yang tidak se'salaf' mereka" dalam setiap perbentangan.=)
"contoh laman sesawang" tidak sama dengan situasi di bandung.
di bandung, MASJID DAN RUMAH-RUMAH SEWA MENJADI RAMAI TANPA PERLU PADA BACAAN YASIN, HANYA DENGAN TAZKIRAH RINGAN.
di bandung, salafi tidak timbul, hanya sunnah dan hadith sahih yang paling diutamakan.
di bandung, syiah adalah syiah, ahlul bait adalah ahlul bait.
(mungkin enta menasihati pembaca yang bukan dari bandung, tetapi ana cuma takut pelajar-pelajar bandung yang pening. last2 tak nak ikut semua, rugi seribu kali rugi...)
Dr Radzi- Baik tuan...
Ulasan komen tu refer komen di Farhana Yem.Tak berminat ulas untuk ketiga kali.
p/s: Sejak bila blog aku khas untuk pelajar Bandung? adoi...
sheikh, peace! haha...
"(mungkin enta menasihati pembaca yang bukan dari bandung, tetapi ana cuma takut pelajar-pelajar bandung yang pening. last2 tak nak ikut semua, rugi seribu kali rugi...)"
tak ckp khas kan pon. cuma takot2 je...hehe.
chill2.=)
Dr Radzi- Persepsi tu...tak pernah setiap komen, aku balas dengan muka berubah hijau, baju seluar koyak rabak, dan dinding-dinding dicakar.
Padahal, siap pi berdengkur balik kot lepas reply komen ko.Persepsi.
Itulah kuasa persepsi...berkuasa dalam menaikkan dan berkuasa untuk menjatuhkan. Tak percaya? Jom kita tengok kes Dr Hasan Ali, Mufti Perak dan Bloggers anti-UG...ekeke
p/s: Payah bebenor nak tengok mung tinggal komen, yang last sekali kat komen yang habis bergaduh, dan senyap je tupt-tup muncul balik kat article lain tapi port lebih kurang sama. Suka betul bab-bab gaduh ye...chill, chill...hehehe
tak gaduh tak best la. agagaga....
DrRadzi- Berat 6 6 mung ni...ahaks!
gaduh lebih2 aku sekeh...
Abu Huzaifah- Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Ahaks!
Mung pun, bab gaduh baru nak mai menjengah datang...
p/s: Tie guane cite? diam molek dia lening...suh dia msj aku deh. Ada amanat ayoh ping nok bagi...Hehehe
salam..sy ingin meminta pandangan dari sesiapa yg sudi..begini..saya seorang lelaki..sudah bertunang dan tinggal beberapa bulan lagi untuk menikah..perkenalan kami sudah 3 thn..tunang saya berada di selatan..manakala saya berada di utara..namun setiap hari kami tidak lupa menghantar sms atau menelefon..masalahnya..di tempat kerja dia ada lelaki yg minat dekat tunang saya ni sebelum kami bertunang lg. dia sering menghantar sms kepada tunang sy..kalau berkenaan hal kerja tidak mengapa..tetapi selit2kan perasaan ingitn memikat tunang saya..tunang saya ni jenis x reti marah..so perkara ini pun sy tahu lepas sy terbaca sms di hp tunang saya..ada sekali dia bg msj syg la..muah la kat tunang saya..saya pun mengamuk la..telefon mamat tu supaya jgn ganggu tunang saya..tp yg benar2 buat sy x mampu nak pergi jauh ialah tunang saya adalah setiausaha kepada mamat tu..pendek kata kalo pape kerja mesti melibatkan mamat tu..jd tunang sy tidak mahu kes ni menjadi besar disebabkan mereka perlu bersua sepanjang masa..sy tertekan..ye la nak mrh mamat tu nanti tunang sy yg kene kesannya..dah marah mamat tu tp still bt lg..so bagaimanakah saya harus lakukan agar hubungan mereka tidak lebih sebagai kwn..lelaki itu itu juga sudah berkawin. Tunang saya mmg tidak lyn ttp saya takut dia akan tertewas dengan godaan lelaki itu disebabkan mereka sering berjumpa.
Post a Comment