Monday 5 July 2010

Memilih Untuk Selemah Iman

"Ya Allah, tidak berdaya aku mahu melihat penderitaan rakyat Palestine. Mahu kesana tidak berdaya, aku hanya mampu berdoa sahaja."

"Ko pergilah tegur dia, ko kan Badar. Siapalah aku..."

"Saya tahu si X ini silap, tapi tak berdaya nak tegur. Kawan rapat payahlah."

Sering kali kita membaca dan mendengar ungkapan itu. Bahkan ramai juga melapikkan ketidakberdayaan mereka dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

"Alah, Nabi pun ada sebut. Antara cara mencegah adalah dengan diam,"pandai pula memberi syarah tentang hadis ini. Tetapi dalam syarah separuh haq separuh batil ini, dia lupa bahawa hadis ini ada awalnya dan akhir. Yang diambil yang kena pada diri, yang sesuai keinginan hati, dan yang cocok dengan nafsu.


Hijrah dan Doa

Hilangnya beberapa insan penting didalam hidup Rasulullah s.a.w, insan yang menjadi pelindung Beliau, insan yang menjadi tempat Rasulullah s.a.w berkongsi rasa, insan yang menjadi tempat Rasulullah s.a.w mendakap damai. Hilang satu persatu.

Tanahair, tempat kelahiran Baginda sendiri menjadi bukan lagi tempat yang aman dan tenang buat Baginda dan Islam untuk berkembang. Para sahabat dizalimi bahkan Islam sendiri ditekan dengan dari segenap penjuru. Walaupun ramai tahu dan mengakui Baginda adalah orang yang paling amanah berbanding insan lain pada zaman itu.

Manusia merancang, tetapi ketahuilah Allah adalah sebaik-baik perancang.

Takbir musuh-musuh Allah s.wt untuk menyakiti kekasih-Nya tidak dapat mengatasi takdir Allah s.w.t. Perintah untuk berhijrah turun, dan disambut dan diterima oleh Baginda dengan perasaan bercampur-baur.

Gembira, apabila sudah tergambar akan sinar terang Islam di Madinah Al-Munawwarah. Sedih, mengenangkan terpaksa meninggalkan kampung halaman yang amat dicintai. Langkah terpaksa dihayun meninggalkan Mekah Al-Mukarramah. Mata Baginda bergenang airmata.

Insan yang terbaik sesama sedih adalah Baginda, Nabi Muhammad s.a.w.

"Pergi aku bukan untuk selama-lamanya. Pasti nanti aku akan datang kembali untuk menziarahimu Mekah," detik hati Baginda dengan penuh asa. Penuh harapan. Penuh perancangan.

Gersang padang pasir diredah untuk Islam.

Saya semua itu ibarat satu tayangan gambar kembali apabila meredah padang pasir dari Madinah ke Mekah dalam 15 tahun silam. Satu persatu hadir, membuatkan hati ini berbaur. Bukan senang dan bukan senang.

Paksi gemilang Islam sehingga dahulu mampu menguasai 2/3 dunia terpaksa dibayar dengan pahit jerih, darah dan airmata Baginda dan generasi terdahulu. Benarlah kata seorang pejuang agama "Pejuangan ini tidak pernah dan tidak akan sesekali dihampar dengan permaidani merah." Ingat ini berulang-ulang saya tadaburri dalam meredah ribut pasir di Jazirah Arab itu.

Pernah tidak kita terfikir, kenapa harus semua itu dilalui oleh Baginda dan generasi terdahulu walaupun kita tahu doa Baginda tiada hijab disisi Rabbi.

"Ya Rasulullah, doa saja, mesti menang punya!." Tidak pula saya membaca sirah, para sahabat mengusulkan idea ini.

Ziarah ke Surabaya

"Abu, guane cerita dakwah sini?," saya bertanya kepada Abu Bakar. Kami bersahabat selepas bertemu PERMAI di Jogja dan di Bandung. Itulah takdir Allah, tidak di Malaysia tetapi silaturahim kami ditaut ditanah seberang.

Mendengar cerita beliau, cukup mengujakan. Lain padang, lain belalang. Tidak adil menyamakan keadaan Bandung dengan tempat lain. Masing-masing ada kelebihan yang perlu dimanfaatkan, dan kekurangan yang perlu diminimunkan.

"Persis macam Bandung dalam 3,4 tahun lepas," itulah terdetik didalam hati mendengar cerita Abu. Alhamdulillah, keadaan 'Islam' dan kehendak beragama dikalangan pelajar di Surabaya semakin membaik. Diceritakan apa yang dilakukan dan maneuver-maneuver yang tepat dalam mengatasi kekangan.

"Mad, mung tau dok...aku takboh pun seme ni. Tapi PERMAI Bandung, aku ingat satu je kata Ustaz Hasrizal 'Kalau kita tahu, kenapa harus memilih untuk diam'. Dalam keretaapi dari Bandung ke Surabaya, tu je yang aku duk mikir,"kata Abu.

Fikir dan zikir. Siapa sangka impak dari ayat itu mampu merubah insan. Dalam memastikan Islam diperkasakan, beliau dan beberapa sahabat terjun ke medan. Memegang jawatan penting persatuan pelajar disana. Jawatan bukanlah sesuatu yang dicari, didambakan, tetapi demi Islam mereka sanggup mengalas dengan penuh amanah. Sungguh saya cukup kagum dengan sahabat-sahabat disana. Syabas!

Saya, teman Bandung dengan Abu Bakar di Gunung Bromo

Jika diberi pilihan mahu atau tidak, berurusan dengan subjek bernama manusia saya rela memilih tidak. Sejujurnya, ia cukup memenatkan. Tetapi itu bukan perintah Allah dan itu juga bukan seruan Rasul Junjungan kita. Memilih untuk selemah iman bukan syariat teratas didalam pilihan yang digariskan.

Kalau kita tahu, kenapa harus memilih untuk diam!

Pilihan dan Kemestian

Berhadapan dan berurusan dengan mehnah dan sikap manusia, sering dari kita memilih untuk diam dari memilih up sedikit berbanding diam. Bahkan ada yang sentiasa diam. Diam menjadi sikap muktamad, sikap mutlak tiada yang lain. Hanya satu dan itu satu sahaja. Diam itu menjadi satu kemestian!

Benarkan sikap ini?

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’.” (HR. Muslim)

Sebelum kepada pilihan 'selemah-lemah' iman, Nabi Muhammad s.aw. meletakkan penanda aras yang teratas yang menjadi pilihan muslim lagi mukmin untuk kita capai. Tangan, lisan dan barulah hati.

Kenapa harus semua itu?

Kerana syurga itu tidaklah murah harganya. Sesuatu yang penuh kenikmatan dan kegembiraan yang tiada tara didalam dunia ini, mana mungkin hanya mampu ditebus dengan modal sekupang.


Justeru anda bahkan saya sendiri sering dipinta adalah syurga teratas, syurga firdaus. Tapi aneh, didalam menegakkan prinsip dan memperjuangkan Islam, kita suka memilih
pilih terendah. Rendah dari usaha, rendah dari segi impak balas. Pilihan 'low cost Airasia'. Garis lurus yang saling bertolak belakang.

Cubaan memenuhi benchmark teratas adalah satu kemestian bukan lagi pilihan bagi insan pendamba syurga.

'No sweat' bak kata orang kampung.

'No pain, no gain' kata Atok kat kampung.

Syurga tidak murah, jadi bertindaklah sesuai dengan ciri-ciri calon ahli syurga. Berdoalah dan kemestian disertakan sama dengan tindakan mengubah.

Saya, anda, kita...Jom ke syurga!

Selemah iman bukan pilihan...

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

11 comments:

Al-Tuah Al-Shahab said...

salam,
stuju!
bg Tuah mereka yg memelih selemah iman ni adalah seorg 'loser',
maaf katalah,
tp klu sudah xberdaya nk tegur maka 'loser' dah namanya

klu org usik kita dan kita diam sahaja,
tidak bertindak balas kan namanya 'loser',
maybe ada yg panggil 'penyabar',

tp klu bab org merendahkan atau tidak mempedulikan agama yg dianuti,
then buat tak kesah,
maka dia itu seorg 'loser'
maaf katalah...

p/s:tahniah kerana tidak menjadi mereka yg selemah2 iman klu mampu untuk menjadi yg lebih baik

Dr Amad said...

Tuah- Kita ada pilihan untuk 'syurga' yang lebih baik, kenapa lepaskan...ye dak. =)

Takut-takut dalam duk bajet ambil syurga terendah, tup-tup tak dapat langsung. Melepas...

Melepas didunia ada peluang lagi, kalau melepas diakhirat, nerakalah jawapnya.

Ahmad A Halim said...

Ada kalanya penyeru kebenaran harus menjadi kepompong; berkarya dalam diam, bertahan dalam kesempitan. Tetapi bila tiba saatnya menjadi kupu-kupu, tak ada pilihan, kecuali terbang, melantun kebaikan di antara bunga, menebar keindahan pada dunia..

Marilah bersama kita jaga adab2 dalam berdakwah sesuai acuan Al-Quran dan pedoman Sunnah.. Sunnah Rasullullah byk mengajarkan kita dari karakteristik dakwah beliau..

Jazakallah atas perkongsian akhi..
Bersama Membina Generasi Harapan..

nisa_taQwa said...

:) alhamdulillah, article ni dikeluarkan sesuai saat2 genting gini,,,
bukan senang memilih untuk mencegah dengan tangan dan mulut..

tambah2 yg berlaku di sekeliling kita..bukan mudah untuk berhadapan perasaan tidak suka, teguran nampak kasar, straight to the point dll..

alhamdulillah,Allah masih memberi kekuatan untuk melangkah diatas muka bumi ini,+mujur ada sifat keras kepala semula jadi :P

benda yang salah tetap salah, secara jujur, gembira melihat kawan2 bahagia,tapi agama perlu didahulukan,,agama kata SALAH TETAP SALAH, TIDAK ADA TOLAK ANSUR DALAM HUKUM-HAKAM NI.

kerana sayang la menegur.kerana tidak mahu melihat lagi kehancuran ummah. cukup sudah palestin menderita.
tidak ada alasan lagi untuk berfoya2 di zaman muda, persiapkan diri untuk dipanggil kesana bila2 masa sahaja..

tapi sebelum sampai ke saat itu, mampukah kita menyahut seruan jihad andai masih membiarkan diri ditipu duniawi, permasalahan CINTA yang tidak pernah selesai. sedangkan orang yg mengetahui hukum masih buat, macam mana mahu mengajak org yg tidak tahu hukum..parah!! situasi ini cukup menyedihkan.

ustazah pernah pesan:
kita semua adalah da`ie, bila kita mengucap 2 kalimah syahadah, kita dengan rasminya menjadi da`ie.

jadilah da`ie walaupun tidak involve secara mata kasar, tidak ada istilah "ko BADAR, ko la tegur", silap..ditipu oleh jawatan.kita semua tetap da`ie yang membawa kalimah Allah..insyaAllah..doakan saya kuat+istiQamah...wohoooooo!! XD

illy comey said...

errr..semalam ustaz cakap kita kena buat semua semaksimal mungkin.contoh,solat maksimal,amik wuduk maksimal,belajar maksimal baru dapat hasil maksimal.so,kalo dalam subjek ni maksudnya kita kenalah amik dan pilih cara yang maksimal(tergantung keadaan juga).tapi yang penting rasanya kena amik yang maksimal dan yang terbaik.sebab dalam hidup selalu ada dua pilihan.baik dengan tak baik,baik dengan lebih baik,tak baik dengan lebih tak baik dan sebagainya.jadinya kita tetap kena pilih.ambik la yang terbaik untuk dunia dan akhirat.pilihan di tangan anda.dipilih...dipilih...
komen kena maksimal jugak ke??kikiki=p

Dr Amad said...

Alwan- Syukran akh diatas tambah nilainya....

Dr Amad said...

Nisa- Semoga nti terus teguh dijalan-Nya...

Dr Amad said...

Illy- Insan yang terbaik ketika bergembira adalah Rasulullah.

Insan yang terbaik ketika berduka adalah Rasulullah.

Insan yang terbaik ketika marah adalah Rasulullah.

Insan yang terbaik ketika bertaubat adalah Rasulullah.

Baginda adalah insan yang terbaik untuk kita contohi dalam rangka mahu jadi yang terbaik.

p/s: Komen je pepanjang...tapi COMEL tu...erk!!!

dr.illy said...

Terima sajalah kenyataan keCOMELan tu.ekekeke..=p

Anonymous said...

salam,

"Ko pergilah tegur dia, ko kan Badar. Siapalah aku..."

sama juga dgn
"wah, baiknya...maklumlah, Badati kan...."

aduh manusia.........

'Ya Allah, tetapkanlah hatiku diatas agama Mu.' (HR. Ahmad, Ibnu Majah).

amin

Dr Amad said...

Anayilnur- Semoga terus tabah...datang-datanglah ke sini lagi =)