Wednesday, 25 August 2010

Itulah Tandanya Bagi Yang Mahu Beriman

Sering kita dalam menguatkan keimanan, memilih jalan yang sukar.

Mahu beriman sesudah didatangkan gempa.

Mahu beriman sesudah dilanda badai.

Mahu beriman sesudah dilantak bencana.

Mahu beriman sesudah diuji kesusahan.

Sebelum itu didatangkan, acapkali kita ketepikan tanda-tanda kekuasaan yang 'mudah' untuk kita imani.

Kerana jalan sukar itu sunnahtullahnya pahit dan pedih, ayuh kita hargai jalan mudah ini untuk terus kekal tunduk dan patuh arahan-Nya.

Apa jalan mudah itu?

Belajarlah dari alam...





Pernah kita dengar kesemua makhluk ini ingkar kepada peraturan Allah?

Dan pernah kita dengar manusia ingkar kepada peraturan Allah?

Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) kamu lihat, kemudian Dia bersemayam diatas Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu yakin pertemuan(mu) dengan Tuhan-mu (Ar-Ra'd: 2)




Andai kita hamba yang berfikir...

p/s: Sudah memasuki separuh kedua Piala Taqwa...jom pulun!

2 comments:

sinar_islami said...

Subhanallah cantik ciptaan Allah...
mereka beriman...sedangkan ramai diantara kita msih ragu-ragu...
Bukan yang buta itu mata, tapi hatilah yang buta...
Moga Allah terima amal kita dan perteguhkan iman yang ada..

Dr Amad said...

Sinar- Oleh kerana itu, jika benar mahu beriman, tidak usah pergi jauh, tidak usah mencari yang susah. Buka mata, lihatlah alam. =)