Itulah antara rekod terlama blog ini tidak diupdate. Pelbagai kekangan yang dihadapi, tiada yang paling patut saya lakukan ialah dengan meminta maaf dengan pengunjung sekalian. Sungguh saya amat rindu untuk mencoret diblog kesayangan ini.
Rangkuman mudah sepanjang 5 minggu ini adalah kegembiraan didalam kepenatan dalam menguruskan majlis walimah abang. Dan selepas itu terbang kembali ke tempat berjuang di Kota Bandung. Kali ini dengan title Doktor Muda. Medan dan suasana amat berbeza sama sekali berbanding di Jatinangor. Ini akan kongsi sedikit demi sedikit dengan anda semua. Stay tune!
Untuk permulaan ini, jom kita layan gambar selama sempornama!
Owh, tidak lupa juadah yang mampu mengegarkan 'iman' para penggemarnya. Orang darah tinggi, lupa darah tingginya. Orang pening demam, lupa itu semua. Itulah penangan gearbox!

Sebelum memulakan intership (clinical) pihak fakulti membawa kami semua ke Kem Tentera Indonesia (KOPASSUS) ber'summer camp'. Tiada latihan fizikal, sekadar bersantai dalam kedinginan di puncak gunung, Situ Lembang. Saya tidur dalam khemah tentera dengan air bergenang dibawa katil. Asyik!
Anestesiologi dan Terapi Intensif adalah department pertama saya sebagai doktor muda. Selama 3 minggu dibahagian itu, semuanya pengalaman baru dan berharga buat sama. Nanti saya kongsikan bersama anda.
Diruang pertemuan kamar operasi. Sebagai pelajar bahagian anesthesi, saya boleh masuk bilik pembedahan apa sahaja dan melihat pelbagai pembedahan.Nota 1 : Mungkin coretan nanti banyak berkisar tentang kehidupan baru saya. Semoga bermanfaat hendaknya.



RSS Feed (xml)
No comments:
Post a Comment