Tuesday, 18 January 2011

Kisah Pemuda Pencetus Revolusi

Hanya debu yang berterbangan, dan menyelimuti rumah nan usang. Si ibu terus dan terus menanam azam kepada anak kecilnya supaya terus kuat dan tekun belajar. Bagi sang ibu, itu sahaja yang menjadi titik penentu perubahan masa depan keluarganya.

"Wahai anakku, belajar dan belajarlah. Kerana dengan ilmu sahaja dapat mengubah nasib keluarga kita. Terpalit dengan kemiskinan, kita bukan siapa-siapa. Tiada nilai didunia. Belajarlah anakku, belajarlah," pesan ibu kepada sang anak.

Si anak bukan anak yang biasa-biasa. Mempunyai usaha dan keinginan yang luarbiasa. Pesan ibu ditanam dan disemat kemas didalam hati. Tiada yang mampu mencabut keinginan perubahan itu melainkan dengan ajal menjemput diri.

Pagi belajar,
Tengahari belajar,
Malam belajar,

Gelar MASTER sudah didalam genggaman. Melihat masa depan, penuh keceriaan dan kesenangan dengan gelar itu. Bukankah ini yang dimahukan dan dilihat dunia fana? Pandangan beliau.

Disatu sisi yang lain, gelak tawa kesenangan dan kemewahan bukan lagi satu pilihan tapi kemestian. Mana tidaknya, makan berpinggan emas, tidur berkasur emas, mahu menjamu aiskrim dihantar pesawat pribadi ke luar negara bagi mendapatkannya. Mewah dan edan. Mendapat syurga sebelum syurga abadi. Kekuasaan negara didalam genggaman.


Penuh wang negara tidak dapat ditampung kocek pribadi, diecerkan kepada anak beranak, sepupu sepapat, teman taulan. Yang menjadi harga disimpan kemas, yang bukan harga dirampas. Itu baru ketuanan.

Kesusahan golongan marhaen dibawah? "Apa itu? bukan urusanku," kata mereka.

Cerita dua kutub kehidupan. Si pemuda miskin papa kedana yang bercita-cita tinggi bernama Mohamed Bouazizi. Manakala kehidupan mewah dengan penuh kekuasaan Zineal El Abidine Ben Ali bersama sang 'suaminya' Leila Trabelsi.

Langit Tidak Selalu Cerah

Mohamed Bouazizi berhijrah ke kota, demi menuntaskan azam dan janji beliau kepada ibu dan keluarga. "Nasib keluarga harus aku ubah!,"detik pemuda ini. Berbekal sijil master ditangan, perkiraan beliau, untuk mendapatkan kerja hanya tunggu dipetik jari. Dapat!

Namun takdir kehidupan bukan begitu. Tidak seindah disangkal. Usaha bertahun-tahun mendapatkan kerja sesuai dengan layaknya graduan master menghasilkan keputusan yang amat mendukacitakan. Tiada ruang bagi orang miskin mengubah nasib walau berbekalkan kepandaian tujuh petala langit. Sekali miskin, miskinlah tujuh generasi.

Putus asa tiada dalam kamus hidup Mohamed Bouazizi. Berkereta tolak, keliling rumah ke rumah, menjual sayuran dan buah-buahan. Keliling pagi untuk makan petang, keliling petang untuk makan pagi besoknya.

Dihari yang amat bersejarah, kereta 'nyawa' Mohamed Bouazizi dirampas oleh sang penguasa. Tiada lesen dan permit menjadi lapik alasan. Ke pejabat penguasa untuk merayu mendapatkan kembali 'nyawa'nya. Namun siapa beliau? Hanya seorang marhaen miskin nan hina dimata manusia penguasa. Lalat, dilalukan tangan, larilah ia.

Semuanya menemui jalan buntu, didapatkan petrol. Disimbah ke badan, dan dinyalakan petrol. Membakar diri.


Nyalanya api dibadan Mohamed Bouazizi, seiring meledaknya api kemarahan massa. Jalanraya menjadi pilihan, mengajar sang penguasa apa itu hari rabu selang-selang.

Amarah dan beban kebisuan yang ditampung, meledak seperti empangan pecah. Sang penguasa Ben Ali harus digulingkan. Harga dibayar tidaklah murah, bukan sahaja Mohamed Bouazizi dipanggil mengadap ilahi selepas terbakar total, tapi kebanjiran rakyat ke jalanraya disambut oleh polis dan tentera dengan peluru tidak bermata. Satu yang tewas, bangkit seribu orang. Bergerak ke istana sang presiden, mencari Zineal dan First Lady, Leila.

Terlewat, mereka sudah melarikan diri keluar negara. Bersama 1.5 tan emas. Mampu singgah ke Dubai. Membeli belah.

Regim Ben Ali akhirnya tersungkur menyembah bumi.

Bukan hikayat, bukan dongengan, itulah kisah Tunisia.

Sikap Kita

Pertama kali membaca khabar dari Tunisia, yang terdetik. Kenapalah cerita ini begitu dekat dengan diri, dengan masyarakat, dengan negara tanahtumpah darahku. Pelakonnya berbeza, lokasi prop berbeza, namum melakonkan adegan yang sama.

Ironi saya melihat beberapa kader dakwah yang begitu gencar menyambut kejatuhan regim tirani Tunisia dengan kesyukuran dan kegembiraan. Sinar baru Islam ditanah bekas jajahan Perancis itu kata mereka. Namun, perit jerih rakyat ditanahair sendiri tidak pula konsisten menyatakan sikap. Ataupun lagi tepat, takut menyatakan sikap.

"Kita usrah dan tarbiah je. Yang lain tu politik-politik!."

Entah kitab apa yang diratahnya. Disaat kemenangan menjelma, berduyun-duyun pula berebut kredit laba keuntungan.

No sweat!

Untuk itu saya mengaru kepala...

Owh, sebelum itu. Jom berubah. Saya sedang meracuni anda!



.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

8 comments:

miz said...

cerita /watak yang sama , pelakon yang berbeza adalah lumrah. Al quran sudah mencatat cerita/watak beribu tahun yang lalu...pelakon juga y berbeza, jelas terbentang di hadapan mata....
watak kambing hitam , watak si tamak , watak dajjal,watak abu jahal , watak firaun....selongkarlah dari al Quran.
watak sidubai2 tu udah byk merata negara negeri...belum masa lagi susunan Allah seperti nasib watak ini terterap nanti.
Cantik entri ini tapi penuh simbolik...

duha said...

assalamualaikum..

bila tiba masa, rakyat mmg harus bangkit dengan memenuhi jalan2 dan menggemakan suara mereka..

bukan ekstremis, tapi itulah gunanya kuasa rakyat..

kalau jadi pak turut saja pd pemimpin yg sah2 menghancurkan negara, sampai bila-bila hidup tertekan..

think 4 the future..yg harus turun, mmg harus diturunkn, walaupun generasi skrg perlu byk bekorban~

haih..refleksi diri dan negara sendiri..menjadi pemimpin bukan mudah!

Dr Amad said...

Cikgu Miz- Kita runtuhkan pentas lakonan opera mereka itu.

Dr Amad said...

Duha- Bila baca komen Duha ni, pertama kali responnya WOW... macam bukan Duha duk komen. Semangat benar. Bagus dan syabas!

miz said...

ye Dr amad , marilah bekerja n terus bekerja utk runtuhkan pentas y dipenuhi pelakon y batil .
Rini nk buat cabel car pulak pah dapat hadiah sekor gajah!!!!

ehm ehm..!!! mmg kena runtuhkannn..

Anonymous said...

Coretan ini berkisarkan kebangkitan rakyat di Tunisia......mungkinkah ada sambungannya? satu karya berlatarbelakangkan perjuangan di mesir? InsyaAllah.....

نور توفيقا said...

The story about a poor guy yang kena "buli" and being insulted teruk2 dgn polis perempuan tu, is it this person? The guy yang update his status dekat facebook, lepas tu kena belasah sampai mati..

dR.DidiE said...

"untuk itu, saya menggaru kepala";---

sama!saya juga di sini.cant agree more wit u!