Saturday, 1 January 2011
Manual Beragama : Kertas Litmus Keimanan
Hari itu keadaan diruangan Emergency amat sibuk. Dengan setiap ruangan dibahagikan mengikut disiplin kedokteran tertentu seperti bedah (surgery), penyakit dalam (internal medicine), anak (paediatric), kesemuanya penuh dengan 'pelanggan'. Hari cuti barangkali.
"Ahmad, kamu ke pasien (baca: patient) sana. Tolong di EKG ya," pertolongan dipinta oleh doktor senior. EKG adalah mesin yang digunakan untuk mengukur keadaan anatomi dan fisiologi jantung dengan memanipulasi arus eletrik.
"Ya doc...," jawap saya.
Sampai ke katil pesakit, biasanya saya akan bertanya khabar, nama dan sedikit informasi tentang diri dan keluhan yang dihidapi. Oleh kerana saya tinggalnya di bumi Parahyangan, sudah tentu pesakitnya ramai muslim bersuku bangsa Sunda.
"Pak, nuhun(maaf) ya . Saya mahu EKG bapak ntar (sebentar). Bisa enggak?," saya meminta kebenaran.
"Owh, sok(silakan) aja doc," kebenaran diberikan sambil 'pelanggan' saya ini mengangkat bajunya untuk dilekatkan led-led EKG didada.
"Iskk.." detik saya dalam hati. Mahu menangis sendiri. Baru sebentar tadi saya bertanyakan pegangan aqidah apa pesakit saya, dan keadaan sebaliknya selepas itu.
Kelihatan tatoo didada bergambar wanita berpakaian seksi. Satu muhasabah yang hebat saya rasakan untuk diri ini secara pasti dari Allah dengan satu message yang jelas. Seperti Allah s.w.t ingin mengingatkan diri bahawa "Wahai Ahmad Fahmi Perjuangan Belum Selesai!."
Islah dan terus islahkan masyarakat.
Tidak cukup untuk syurga semata-mata 'Islam' di kad pengenalan.
Tidak cukup untuk syurga semata-mata mengangkat dan berarak dihari maulidur Rasul.
Tidak cukup untuk syurga semata-mata bertudung dan berkopiah menutup kepala.
Tidak cukup untuk syurga semata-mata diazan dan diiqamatkan sewaktu kecil.
Pengakuan Kembali Fitrah
Semua orang ketika itu terdiam, disatu bahagian, kelihatan beberapa sahabat perempuan mengesat airmata. Sahabat lelaki yang lain tertunduk. Perasaan kesemuanya bercampur-baur dengan peristiwa itu. Dihujung pojok sana, berdiri si gadis mencari kekuatan untuk berkata-kata dan menyampaikan hasrat hati. Berbata-bata dalam mengungkapkan kalimah.
"Syukur, Allah masih kasih dan sayang kepada diri saya. Saya sekarang adalah bukan saya yang dulu,"ujar beliau.
"Saya akui, kehidupan saya sebelum ini penuh dengan titik hitam. Tapi itu semua tidak memadam hasrat dan azam diri ini untuk terus belajar, dan mencari Islam. Dan sekarang Alhamdulillah, saya tenang dengan 'Islam' yang saya pegang dan amalkan," sambung si gadis ini.
Dengan latar belakang keluarga yang tidak menitik beratkan soal agama, dan dengan keadaan itulah beliau membesar. Melanjutkan pengajian, keluar dari lingkungan itu, dan ditakdirkan Allah bertemu dengan sahabat yang bukan sebarang sahabat. Tapi sahabat yang mahu menuntun diri teman sama-sama menuju syurga yang penuh kebahagian dan kenikmatan.
Dari tidak bertudung, beliau bertudung.
Dari tidak menitik berat soal ibadah, semakin komited menjaga.
Dari jahil soal hukum hakam dalam Islam, semakin semangat mengambil tahu mencetus mahu.
Keluar dari Islam turunan, Islam tradisi, Islam ritual kepada pengertian Islam yang sebenar. Islam yang dicari dengan titik peluh dan keringat. Buah kepuasan yang dituai pasti lebih manis.
Litmus Beragama
"Salam Ahmad, nak tanya sikit boleh?," tanya si A.
"Waalaikumusalam, boleh saja. Monggo," saya menjawap campur dengan bahasa Jawa.
Beliau adalah seorang pelajar yang belajar diluar negara dan terjadi satu peristiwa yang membuat beliau tergerak untuk meminta pandangan dari saya. Pintu rumah diketuk oleh missionary (pendakwah) Kristian yang mengajak berbual dan bersoal jawap sekitar dengan persoalan agama Islam-Kristian. Ada soalan bercorak provokasi menimbulkan keraguan kepada agama Islam, ada perbualan dengan nada mengajak ke agama mereka.
"Owh, baguslah tu. Itu satu pengalaman baru untuk saudari. Bagus mereka itu," ujar saya.
"Bagus? Erk..."
"Bagus kerana mereka cuba menyebarkan agama yang mereka yakini, dan bagi kita yang yakin dan beriman bahawa Islam itu benar, satu-satu ya yang benar. Usaha kita harus berganda lebih kuat dari mereka," ujar saya.
"Mereka tanya kepada saya, 'Are you muslim? Do you practice as muslim?'. Saya jawap yes ajalah. Dah tak tahu nak jawap apa. Lepas tu, mereka kata nak datang lagi, dan sembang pasal christianity. Nak tanya pandangan Ahmad, nanti-nanti mereka datang, apa yang patut saya buat? Salah tak kalau jumpa orang macam ini kita tak ambil peluang untuk berdakwah kepada mereka? Saya tak pandai nak cakap lembut-lembut dan berkesan. Macamana tu?," tanya saudari ini.
"Menimbulkan keraguan terhadap Islam adalah modus operandi mereka. Bagi mereka yang basic yang tidak kemas, itu yang menyebabkan kita mudah goyah. Apabila kita dilontarkan soalan-soalan provokasi tentang Islam dan kita tak mampu jawap. Satu saja saya nak pesan. Tidak mampu kita menjawap bukan kerana Islam tiada jawapan untuk soalan mereka itu, tapi kerana kita masih jahil tentang agama kita. "
Owh...
"Jika saya, dengarlah hujah dan soalan provokasi mereka. Jika anda mampu, lawanlah hujah mereka itu dengan cara bernas dan akhlak yang terpuji. Jika tidak mampu jawap, usah malu beritahu kepada mereka yang kita akan bincang dengan teman untuk mencari tahu terlebih dahulu."
"Jika masih berasa tidak mampu, tutup dan jangan buka pintu. Duduk diam-diam dirumah. Elakkan bertemu dengan mereka," terang panjang lebar oleh saya.
"Oh, kalau macam itu, rasa tidak yakin. Saya tak payah buka pintu la nanti,"simpul beliau.
"Tunggu dulu. Sebelum ke situ, pesan saya. Jangan diturutkan 'tidak yakin' itu dengan cara defensif. Sahut cabaran itu dengan sikap proaktif. Teruskan mencari dan belajar tentang agama ini. Bersahabatlah dengan kawan yang suka mencari TAHU dan MAHU. Berbincang dan minta pandangan mereka. Minta teguran dari mereka jika kita salah. Itu lebih bermakna," nasihat saya.
"Baik, terima kasih banyak," ucap beliau.
Sebelum saya menutup perbualan dengan saudari.
"Entah kenapa, kejadian ini bagi saya satu rahmat sebenarnya. Disamping menentukan tapi bahkan menyedarkan bahawa Islam yang kita anut adalah Islam keturunan, Islam ikut-ikutan ataupun Islam kerana kita benar-benar beriman. Kedua Islam ini, ada bezanya," saya menutup perbualan.
Ujilah keimanan dengan 'kertas litmus'.
Merah atau biru, anda yang menentukannya!
Carilah...carilah...carilah..
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
buat kita berfikir, kalau kita yang kena dakwah apa nak buat. nak dakwah kat orang slow, last2 orang yang dakwah kat kita dulu.
orang sekarang ramai yang islam pada keturunan je, memang menyedihkan. harap tak jadi salah seorang daripada kalangan yang macam tu.
Hayatul-Jangan dimarah mereka yang melaksanakan tugas mereka, dan semua itu sebab muhasabah kepada kita. Kenapa tidak kita yang sebarkan agama kita sendiri.
Jom kita terus mencari agama ini. Siapa pun kita, bagaimana pun kita. Cari dan cari. =)
Post a Comment