"Errr...abah...abah...ami dengan angah nak kalang cat (pensil warna) boleh dok? Cikgu kat PASTI suruh bawa sebab kena warnakan gambar dengan buat kerja rumah. Boleh dok?,"pinta saya dan angah.
"Ermm..tengoklah guane kekgi,"jawap abah ringkas dan tegas.
Waktu itu saya berumur 5 tahun dan telah bersekolah di PASTI di Kemaman. Sebut saja pra-sekolah, alatan yang wajib pasti antaranya adalah pensil warna. Diusia itu, saya sudah ada 4 adik beradik. Yang sudah bersekolah Kak Long dan Angah.
Entah kenapa, bagi kami anak-anak abah, mahu minta dibelikan barang atau meminta duit untuk membeli barang membuatkan kami berdebar-debar.
Abah dengan perawakan yang serius, janggut dan misai mengerunkan, rotan tersangkut di dinding dan hukuman kesalahan yang tidak akan pernah terlupakan memberikan satu persepsi yang menakutkan oleh kami bertiga.
"Ala minta je dengan aboh mu tu...duit dok habis sang. Dalam bank belambak," kata sedara-sedara kami. Menyindir. Makankan tidak, sedara seusia dengan kami mudah saja ordernya dari keluarga masing-masing. Pasti dapat. Kami usahkan untuk order, tengok muka abah pun sudah kecut perut.
Miskinkah keluarga saya?
Dengan ibu berkerja sebagai guru sekolah, dan abah ketika itu berjawatan sebagai pengarah ukur tanah daerah. Tidak terlalu kaya, namun tidaklah papa kedana. Untuk 5 beranak, perolehan begitu sudah cukup 'mewah' berbanding dengan keluarga lain diluar. Dengan umur sekitar 30-an keluarga saya sudah dikatakan cukup. Sudah ada rumah sendiri tidak menyewa, sudah ada kereta Toyota Corolla sendiri. Cukup...
Barang Kongsi
Keesokkan harinya, abah pulang dari kerja. "Ami mari sini," abah memanggil. Selepas itu diserahkan sekotak pensil warna berlogo LUNA kepada saya. Saya yang mendapatkan pensil warna itu seakan mahu melompat. Bukan senang nak dapat 'hadiah' dari abah.
"Terima kasih abah...terima kasih. Tapi kalu hok ni yang Ami, mana hok angah? Dia kat sekolah pun kena guna kalang cat jugop,"tanya saya bercampur baur. Gembira kerana dapat pensil warna, dan takut menuntut untuk pensil warna angah.
"Bagi dua je kalang cat tu. Ada dua belas batangkan. Ami amik 6, angah amik 6. Kalu nok warna yang lain kekgi, tukor-tukor je,"abah memberikan penyelesaian yang praktikal bagi dia.
Saya? mahu kata apa lagi. "Hurmm..ok abah," jawap dengan hati yang lara dan berbisik dalam hati "Mahal sangat ke kalang cat ni, sapa kena kongsi-kongsi."
Mengomel-ngomel budak 5 tahun itu dalam hati. Tak puas hati, sedih hati, makan hati...nak cakap? hati-hati..takut!
Kenapa begitu? ketika itu, saya tidak faham...
Duit 30 Sen
"Ibu...ami nok gi sekolah dah ni. Nok duit belanja," seperti biasa macam anak-anak orang lain juga, mahu ke sekolah meminta duit belanja.
Ibu kedalam bilik, mengambil beg tangan dan seterusnya mengeluarkan dua keping duit syiling. Kesemuanya bernilai 30 sen. Dengan nilai begitu, saya mampu membeli nasi berlauk hati goreng bernilai 20 sen, dan air sirap bernilai 10 sen. Tak seperti teman lain, ada yang 50sen mampu membeli keropok goreng lagi bahkan 1 ringgit yang dianggap mewah.
Kerana merasakan ketidakcukupan itu, saya menjadi usahawan disekolah dengan menjual tebu. Dipinggir rumah kos murah kami itu, ibu menanam tebu, jadi sering meminta tebu itu ditebang, dibersihkan, dipotong dan dibawa ke sekolah untuk saya jual.
Dengan usia begitu kecil, saya berusaha mencari wang tambahan. Buku sekolah dikelek pada tangan, tebu dimasukkan kedalam beg galas. Berjalan kaki ke sekolah dibawah terik mentari. Yang menariknya, jualan tebu saya tidak pernah tidak habis. Mana tidaknya...
"Hah, buat apa tu!," jerkah cikgu. Terus saya membaiki kedudukan saya diatas kerusi. Ketika itu saya sedang menjalankan urusniaga dengan teman sekelas dibawah meja. Begitu komited dengan perniagaan.
Hehehe...
Tebu, airkrim dalam plastik antara barang jualan saya.
Diajar Susah Untuk Senang
Dengan umur sesuai jadi ayah orang, saya tersenyum sendiri. Melihat barangan 'mewah' yang saya ada sekarang, saya boleh berbangga kerana mendapatkannya dari titik peluh sendiri. Untuk camera DSLR sebagai contoh saya berkeringat bahkan tebalkan muka untuk menjual kain sembahyang dari Bandung untuk mencari modal. Berusaha selama 2 tahun, barulah 'kekasih hati' dapat dimiliki. DSLR itu barang kehendak.
Namun bila masuk barang keperluan, abah sering menawarkan diri untuk menyediakannya. Kerana ia dibawah tanggungjawabnya. Untuk selain dari itu, mahu usaha sendiri. Mahu senang, berusaha. Itu falsafah hidup yang diajar abah dari dulu sampai sekarang walau ketika kecil itu mengomel-ngomel.
"Ami, bukan senang nak jadi senang. Dan tidak susah untuk menjadi susah,"pesan abah.
Peribahasa Turki ada menyebut
"Orang yang tidak pernah dibakar panas mentari, mustahil menghargai rimbun berteduh."
Dulu abah begitu, sekarang baru saya faham.
.: Amad ingatkan andaikata kita terlupa :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
assalamulaikum... :) dah lama tak meninggal komen kat blog ni,bukan tak singgah, tiap kali update, kesini la saya, jadi silent reader. saya komen sebab nak jawab soalan tu.... dr amad kat depan sekali, pakai baju pink, kupiah senget sikit..betul tak??? hahaha...
membaca entri ni teringat saya pada pesanan abah saya.. bukan senang nak cari 'samah seghiya' (50 sen seringgit) - mengajarkan saya erti duit dan usaha disebaliknya..
p/s: melihat 'kekasih hati' kamu yang bereben jalur oren hitam.. sememangnye meraikan kejayaan kamu mendapatkannya. Reben Victory Day.. all the way from Russia~
Nisa-Wslm, bosan-bosan atau tak bosan sama sekali, mari je singgah sini and drop the comment.
Kopiah je sengit, insyAllah kepala tak senget..hehe
Mutiara- Mereka bukan tak boleh beri, namun apa yang kita dapat dengan duit itu jauh lebih murah dengan pengajaran susah yang diajar dan dididik.
Biar tidak susah, namun diajar susah. Sekarang baru nampak ibrahnya. =)
Dari rusia rupanya. Belajar kat mana? Sebab angah dulu belajar sana jugak...lani dah balik Msia kerja
betul.. saya setuju sangat, harga sebuah pengertian!!
-saya sedang belajar di russia.. dan saya kenal baik Angah kamu..saya pernah jadi setiausaha dia untuk PPIM RSC sebelum dia meletak jawatan.. kirim salam pada dia ye.. =)
Mutiara-Owh, assistance mamat tu rupanya. Hehehe..
Nanti akan saya royakkan ke dia.
Post a Comment