Tuesday, 28 June 2011

Manual Bercinta : Pilihan Antara Dua Jangan

Kesemua mereka, semua pada tidur. Nyenyak didalam balutan hangat kain tebal dan juga ralit menghisap jari. Itulah kehidupan rutin insan diawal pengembaraan dialam dunia, tidurnya melebihi waktu jaga. Terkadang mereka harus dibangunkan untuk disusukan, jika tidak tidur terus.

Saya ketika itu sedang bertugas di wad perinatology. Wad ini menempatkan bayi yang baru lahir samaada lahir sihat, sakit kuning yang perlu disinar UV atau bayi yang harus mendapatkan rawatan khusus. Seringnya bayi yang harus mendapatkan perawatan khusus ini disebabkan lahir belum cukup bulan. Paling sering, paru-paru mereka masih belum siap untuk bernafas secara optimal.


Tok...tok...tok...

"Doc...punten(maaf) ya. Bisa yang liat bayi ya enggak? Belum pada liat sih," tiba-tiba seorang bapa muncul dipintu meminta izin melihat bayinya yang baru lahir.

"Owh...mahu liat anak bapak ya. Sok aja...Tapi jangan lupa ya sebelum masuk itu tangannya dicuci dulu dan pake baju itu,"pinta saya sambil memberikan baju khas.

Cuci tangan dan memakai baju khas bila masuk ke ruangan ini penting untuk general precaution untuk mengelakkan jangkitan pada bayi. Diwaktu kecil begini, mereka amat mudah terkena jangkitan lantaran sistem imuniti badan mereka masih amat lemah.

"Owh...terima kasih ya doc. Nama ibunya ......," bapa itu berbudi bahasa. Saya membawa beliau ke anaknya berdasarkan tali tangan yang dicocokkan dengan nama ibunya. Melihat perawatakkan beliau, membuat saya senyum sendiri. Berbaju hitam dengan lambang tengkorak didepan, dipadankan pula dengan jeans lusuh cukup menarik perhatian. Ditambah pula dengan tangan yang kekar begitu diukir dengan tatoo.

Selepas menunjukkan anaknya, saya meninggalkan sebentar kerana harus menyambung kembali tugas memantau bayi yang lain. Selesai kesemua kerja, saya kembali ke bapa itu. Kelihatannya ralit mengambil gambar bayi comelnya untuk kenang-kenangan awal.

"Ini anak ke berapa pak?,"saya berbasa basi sambil tangan mengambil borang status bayi itu.

"Ini anak ke-3 doc. Yang duanya udah pada gedek(besar),"jawap beliau. Laju je.

"Owh, dari status ini, anaknya bapa usianya udah satu hari ya. Ngomong-ngomong, udah pada azan belum ni," tanya saya.

"Emangnya harus azan ya doc,"tanya dia terkejut. Jika dia sekali terkejut, saya dua kali terkejut melihat dia terkejut.

Anak sudah tiga orang, tanya harus atau tidak. Aiseh, ini sudah gawat!

"Erm, sok (silakan) azannya pak. Azannya pada telinga kanan, iqamatnya pada telinga kiri," saya memberi tahu dengan harapan untuk anak yang ke-4,5,6,7,8 akan datang, beliau sudah tahu.

Allahuakbar Allahuakbar!

"Haaa sudah...azan maghrib pula. Terkejut bayi lain, jenuh pula gue,"detik dalam hati.

Selesai saya azan 'maghrib' ditelinga anaknya, saya menepuk bahu dan mendekati bapa itu.

"Perlahan aja ya...biar dengar ditelinga anaknya saja,"kata saya sambil tersenyum.

Itu satu dari puluhan pengalaman yang saya dapat ketiga bertugas di department paediatric. Teringat, pasti tersenyum sendiri.

Berkat Yang Boleh Membawa Mudarat

"Nikah kena cepat-cepatlah bro! boleh kawal nafsu,"kata seorang jejaka.

Ayat ini boleh menjadi benar dan boleh menjadi batil. Jika bercakap sisi benar, cukup ramai yang mengungkapkannya. Namun sisi gelapnya ramai terlepas pandang, dibiarkan sepi tanpa digilap.

Seorang lelaki yang gagal memimpin diri sendiri itu lebih baik memilih untuk hidup terus membujang dari membuka langkah menyunting si gadis untuk dijadikan sebagai permaisuri. "Elakkan maksiat ni syeikh!." Elok-elok saja hanya menanggung satu dosa kerana kegagalan memimpin diri sendiri, memilih untuk nikah sekarang dosanya berganda dua. Dengan terus gagal mendidik, tarbiah, mengasuh, menjaga, memimpin isteri. Bagaimana dengan hadirnya zuriat? Triple!

Bersama adik sepupu

"Alah nanti dah nikah, saya akan baikilah diri. Saya akan tutuplah mana patut," ayat yang sering sangat keluar dari mulut si gadis. Meletakkan tombol perubahan diri pada orang lain.

Seorang gadis yang gagal memelihara dan menjaga kehormatan diri itu lebih baik memilih untuk hidup bujang dari menerima lamaran sang lelaki untuk diperisterikan. Elok-elok saja hanya menanggung satu dosa kerana gagal menjaga maruah diri, nikahnya saja dosanya combo KFC! Kerana terus gagal menjaga dan memelihara nama baik suami. Bagaimana pula ketika hadirnya cahaya mata? Tradisi kegagalan itu diteruskan dengan gagal mendidik anak-anak.

Keluarga Seperti Apa?

Lihat saja disekitar kita, saban hari dihidangkan dengan kes pembuangan bayi sehinggalah kegagalan suami mengawal isteri dari terus berbelanja harta golongan marhaen. Itu menjadi petanda aras bahawa institusi kekeluargaan kita berada pada satu tahap yang kritikal.

Gambar Hiasan

Lantas, membina keluarga yang muslim lagi mukmin menuju mutaqqin bukan lagi satu PILIHAN melainkan satu KEMESTIAN!

Mulakan perancangan mendidik anak dengan melihat siapa calon ibu kepada anak-anak kita.

Mulakan perancangan mendidik anak dengan melihat siapa calon ayah kepada anak-anak kita.

Namun persoalan lebih besar dari melihat SIAPA calon adalah BAGAIMANA diri sendiri sebelum mencari calon ibu atau ayah kepada anak-anak kita. Begin with end in mind!

"Akibat tidak tertib dalam menghayati dan mengamalkan Islam, institusi kekeluargaan menjadi kacau. Tak kahwin, dibuatnya maksiat. Diberinya kahwin, tidak pula reti bertanggungjawab."

"Terus, nak pilih yang mana satu ni antara dua pilihan tu?."

"Kita pilih keadaan yang tidak memerlukan kita membuat pilihan itu!."

Kembali...bercinta dengan zikir dan fikir.

"Barangsiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya 'hayatan toyyibah' dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan" (An-Nahl:97)

.: Amad ingatkan andaikata kita terlupa :.

6 comments:

zatul effa said...

salam,

nice article,doc..macam tak caye je de gak orang mcm tu ye..cian anak dia dpt bapak cmtu..

setuju sgt2 dgn pernyataan dr amad..dulu pernah dgr kisah anak menderhaka kpd bapanya sbb bapa dia dah derhaka dlu kt anak dia..dgn memilih ibu yg tak baik utk anaknya..

Dr Amad said...

Effa- Wslm, saya tidak bergerak ke justifikasi individu, cuma ibrah secara umum.

Jadi mungkin sudah boleh cik Effa pilih siapa ayah kepada anak-anak... =)

nadieyamira said...

masyaAllah..semoga Allah memberkati keluarga itu dan semoga individu tersebut menjadi ayh misali dan brtanggungjwb pd ank2..
Ibubapa yg baek akan mencorakkan ank2 yg soleh dan solehah..insyaAllah..

cik ila. said...

apa-apapun tarbiyah tu perlu bermula dari diri sendiri. bila kita persiapkan diri kita menjadi ibu kepada bakal anak-anak kita, inshaAllah Allah akan menemukan kita dengan seseorang yang siap untuk menjadi bapa kepada anak-anak kita juga. dan inshaAllah akan terbina sebuah baitul muslim yang akan membantu kemunculan kembali empayar islam yang gemilang. :)

just my opinion. :)

Dr Amad said...

Nadieyamira-Amin Ya Rabb...doa dan doa

Dr Amad said...

Cik Ila- Menarik nilai tambah yang diberikan tu...semangat!