Saturday, 6 August 2011

Cerpen Ramadan: Sahur Sang Bidadari


"Assalamualaikumwarahmatullah....Assalamualaikumwarahmatullah,"perlahan suara bergetar keluar dari bibir. Menyudahkan munajat seorang hamba, tekun bersimpuh diatas sejadah. Sesekali, tangan hinggap ke bahu untuk memicit penat. Kesannya tugas di hospital tetap dibawa pulang ke rumah. Tanggungjawab dan rutin kehidupan Dr Ahmad. Tidak dapat dipisah tidak.

Remang-remang cahaya kamar antara nampak dan tidak. Sengaja dimatikan lampu utama kamar, dengan dibiarkan pintu kamar terbuka sedikit. Biar cahaya ruang tamu menerobos masuk ke dalam memberi sinar.

Digerakkan tangan untuk mencapat tasbih dipinggir, seakan mahu terus hanyut dalam munajat, mahu terus didakap rahmat Ilahi, dengan jiwa harapan moga-moga mendapat pengampunan dan margfirah Tertinggi.

Tok...tok...tok!

"Assalamuaikum," lembut benar suara yang memberikan salam.

"Waalaikumusalam," jawap Dr Ahmad perlahan.

"Afwan abang ganggu. Abang dah selesai solat ke? Kalau sudah, jom sahur. Kali ni kan, nur masak spesial buat abang tau," kata Nur. Nur adalah isteri Dr Amad. Dibangunkan Dr Ahmad untuk bangun solat malam, dan beliau ke dapur untuk menyiapkan juadah sahur buat sang penakluk hatinya itu.

Gambar Hiasan

"Owh, sayang...takpa. Abang dah habis solat pun. Ngomong-ngomong, semalam katanya sudah masak spesial, semalam semalam pun dah spesial, semalam semalam semalam pun dah spesial. Sokmo masak spesial, habis la abang nanti," Dr Ahmad bercanda. Gurauannya bercampur antara bahasa Indonesia dan Terengganu. Indonesia kerana beliau adalah lulusan perubatan dari sana, dan Terengganu asli asalnya.

Si bidadari itu tersenyum, manis sekali.

Tasbih diletakkan dipinggir, dan sejadah dilipat kemas. Belum sempat beliau bangun, sang bidadari merapat, dan dirangkul tangan suaminya. Dituntut keluar untuk sahur bersama.

"Nur, semalam nur perasan tak? Bulan tu hilang separuh cantiknya,"tanya si suami.

"Ye ke abang? Tak tahu pulak nur. Pergi mana separuh lagi tu?,"si isteri bertanya kembali. Tulus benar soalannya.

7 Ramadhan, kecantikan separuh purnama

"Separuh lagi kecantikkan bulan tu ada pada awak," Dr Ahmad menyudahkan teka-teki. Dipujinya bidadari hati itu.

"Abang ni...!," sambil mencubit lembut lengan suaminya. Pipi memerah tanda malu.

Dr Ahmad duduk di kerusi, dalam pada itu Nur ralit memasukkan nasi, lauk pauk kedalam pinggan suaminya terlebih dahulu. Selesai urusan suaminya, baru diisi pinggan empunya diri. Nur betul-betul mahu memaknai erti hidup pada memberi.

"Ehem...amboi abang, tersenyum panjang je. Duk fikir apa tu?,"Dr Ahmad ditegur Nur bila melihat suaminya mengelamun dan tersenyum sendiri.

"Hehe...takdalah sayang, abang cuma teringat kisah abang sahur dulu. Zaman bujang-bujang. Dulu Nur tak datang pinang abang lagi, jadi abang sahur sesorang je."

"Ish, ada pulak Nur yang pinang dia,"jawap Nur.

"Dulukan Nur, abang pernah buat status pasal bidadari dan sahur. Abang kata beza orang bujang sahur dengan orang yang sudah berkeluarga sahur, hanya sahurnya orang lelaki yang sudah berkahwin tu dibuat oleh bidadari. Dan bagi yang bujang tak dapat bidadari, pastikan dapat bidadari-bidadari di akhirat nanti," cerita Dr Ahmad tentang kisah dulu-dulu.

"Hurm...sedaplah tu nanti dapat banyak bidadari,"mendatar saja suara Nur. Merajuk. Comel.

Gambar Hiasan

"Sedap? itukan sudah janjinya Allah. Tapi untuk Nur, Nur jadi ketua bidadari abang nanti," Dr Ahmad masih mahu memancing perbualan.

"Ye la, memang jadi ketua. Tapi kena kongsi juga...,"kata Nur. Cemburu. Sememangnya fitrah insan begitu.

"Sayang, itulah hebatnya syurga di akhirat nanti dibandingkan dengan dunia. Kenikmatan dan keindahahnya syurga nilainya infiniti, sehingga kita tidak mampu untuk cemburu atau bersedih. Semuanya keindahan dan kegembiraan. Jadi sebelum hingga ke situ, jom kita bina syurga didunia agar syurga di Sana menjadi milik kita berdua. Nak tak sayang?," tanya Dr Ahmad.

"Nak...terima kasih abang."

"Itu yang akhirat, kenikmatan di dunia ini pun sudah cukup banyak. Abang dapat jadi suami Nur pun, ibarat mendapat bidadari sebelum bidadari. Dah la solehah, comel pula tu...suka..suka,"Dr Ahmad menyebut 'suka' dengan nada kanak-kanak. Memang romantik.

"Hidup Nur ni kan abang, hanya mengharap redha Abang je. Sebab Nur tahu, redha Allah itu terletak redhanya suami pada Nur. Jadi Nur minta maaf kalau buat Abang terasa ke apa,"lirih Nur.

"Mulai abang lafazkan 'aku terima nikahnya', sejak itu abang redha segalanya buat Nur."

Sambil itu, tangan cuba mencapai gelas dipinggir pinggan. Mahu minum seteguk dua.

"Hurmm...kenapa tak berapa manis air ni?," tanya Dr Ahmad.

"Apa? betul ke abang," kelam kabut si Isteri mengisi gelas. Dengan Bismillah, beliau meneguk air itu.

"Biasa je abang. Tadi Nur letak gula sama dengan sukatan yang dulu-dulu,"terang Nur.

"Betul, air ni kurang manis. Sebab manisnya ada kat si pembuat air. Gotcha once more! Hehehe,"Dr Ahmad menyakat. Masih terus bercanda, menambah rencah kasih dan sayang.

Bidadari menarik muka, dan perlahan-lahan pipinya merah. Malu...

Dr Ahmad mengambil gelas yang diminum Nur, dihabiskan air yang berbaki dengan minum pada tempat isterinya minum. Sunnah Nabi.

Sreeet!

"Eh Nuha, kenapa sayang? Meh sini kat Abah meh."

Nuha Sakinah anak pertama Dr Ahmad dan Nur. Anak kecil itu muncul di muka pintu sambil menjinjit teddy bear kesayangannya. Si genit itu datang ke arah Abahnya, dan 'muaah' Dr Ahmad mencium ubun-ubun anak kesayangannya itu. Tapi anaknya masih masam mencuka.

Gambar Hiasan

"Kenapa ni sayang? Cerita kat umi meh," pujuk Nur kepada anaknya itu.

"Abah umi bangun sahur tak kejutkan Nuha pun. Nuha pun nak sahur, nak puasa juga," jelas si genit itu. Punca rajuk hati.

"Maafkan Abah dan Umi ye sayang. Bab puasa tu, sebelum tu Abah nak tanya. Solat Nuha lengkap tak?."


Wardina mendidik anak berpuasa

"Nuha solat penuh Abah. Lagipun Abah Umi pernah kata orang tak solat ni, orang pertama Allah azab nanti. Nuha nak jadi anak solehah, jadi Nuha solat," petah benar anak kecil ini berkata-kata.

"Ok, kerana Nuha solat dengan sempurna, hadiahnya Abah dan Umi benarkan Nuha sahur dan puasa. Tapi dengan satu syarat, kalau Nuha tak larat sangat, bagitahu Abah dan Umi ya. Boleh,"Dr Ahmad letakkan 'peraturan mainnya'.

"Boleh abah! Sayang Abah...sayang umi," gembira nada Nuha.

"Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar"
Maksudnya: Ya Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa api neraka

"Syukur pada-Mu Ya Allah, mendatangkan aku syurga sebelum syurga,"bisik hati kecil Dr Ahmad.

Nota 1: Cerpen ini punyai aturan mudah. Tiada kaitan yang hidup atau yang menulis. Tapi azamnya mahu keluarga begitu. Doakan!

Nota 2: Bagaimana cerpen ni? nak diteruskan ke?

22 comments:

qieynah said...

brilliant.

cik ila said...

menarik...menarik..sila teruskan. :)

syuhada jusoh said...

good job...harap teruskan...tapi lagi best kalu mula cerita dari dr Ahmad jumpa bidadari dia(sekadar bagi pendapat)...

semoga penulis dikurniakan keluarga seperti yang diimpikan...amin

bidadarimalam said...

it just really like you....kami doakan anda :-)

Dr Amad said...

Kinah- Alhamdulillah...

Dr Amad said...

Cik Ila- Kemungkinan besar akan dikembangkan lagi cerpen ini. Huhu

Dr Amad said...

Syuhada- Tadi jumpa Dr Ahmad, dia kata bab macamana jumpa bidadari tu dia nak cerita lepas Dr Amad nikah. Stay tune ya! (^_<)v

Dr Amad said...

Bidadari- Ahaks! Salah kot, sebab saya lagi overdose dari Dr Ahmad. Ehehe

Cik Wana said...

terbaek~~sambung la lagi =)

syuhadah said...

assalamualaikum..

berbakat juga ye abg amad buat cerpen..tapi watak dlm cerpen nie diberi nama ahmad dan yang menulisnya juga bernama amad,so rsa cm cannot go..haha..

tapi go on abg amad..saya nak bce smbungannya..cume sye jenis xsuka watak lelaki yang terlalu sempurna..hehe..=)

Dr Amad said...

Cik Wana- Alhamdulillah...i will insyAllah.

Dr Amad said...

Syuhadah- Berbakat? meme arr...ekeke.

Dr Ahmad yang ditulis oleh Dr Amad, mungkin mahu menjiwai dan mendapat semangat.

Hal yang Sue sebut tu yang saya duk fikir selama ni. Saya nak kembangkan watak Dr Ahmad ni bukan ke arah Ustaz Ahmad, dan keluarga yang dibentuk bukan keluarga ustaz. Tapi lebih kepada Dr Ahmad yang syariah- compliance, keluarga yang cukup manusiawi, cool, tidak skema. Wohaaa!

duha said...

assalamualaikum..
sepanjang baca ni rasa nak gelak je, takleh serius..bak kata sue, sebab empunya blog ni nama amad jugak '-__- heh..

tapi apa-apa pun amiin~
semoga mendapat keluarga yang diidamkan dan dirahmati Allah..

p/s: kat atas ada yg kata it's so like you..tang mana ek? :p ..salam ramadhan~

Dr Amad said...

Duha- Wslm..itu kebetulan je. Dr Ahmad lahir dulu dari Dr Amad...hehe. Pasal tu nikah dulu.

Tang romantik kot...dah ramai cakap macam tu. =p

Nina :) said...

slm..baru sempat baca setelah sekian lama tak buka blog abg amad. haha. kemain lagi sekarang hati bunga..nampak gayanya tak lama lagi lah tu..insyaAllah hehe.. cerpen menarik tapi sebab kenal penulisnya rasa lawak je baca. gelimat! haha teruskanlah kalau rasa boleh digunakan sebagai panduan orang lain. kan lagi ngetrend sekarang orang nak berkeluarga sakinah,mawaddah,wa rahmah..hehe

mutiara solehah said...

Assalamualaikum..

Pengalaman sebelum pengalaman. Sebelum berpengalaman sudah menulis pengalaman. =)

p/s: boleh diteruskan tapi janganlah romantik sangat. overdose.. hehe..

Dr Amad said...

Nina- Kenal penulis, tapi tak kenal watak dalam cerpen ni. Hehehe

Dr Amad said...

Mutiara- Bukan nak overdose, memang watak gitu dari kecik. Heee

cekgu siti said...

teruskan kisah ni..
moga jadi pnduan untuk wanita2x diluar sane..insyaAllah..

nisa_taqwa said...

assalamualaikum.. rasa nak tergelak sangat-sangat bila baca...go..go... teruskan menulis, saya sokong dari semua sudut *tak leyh blah* semoga dapat keluarga yang diimpikan :)

*nak khatamkan balik blog ni, lama dah tak membaca*

Dr Amad said...

Cikgu Siti- Terima kasih daun keladi cikgu...teruskan singgah ke sini ye

Dr Amad said...

Nisa- Tahu pun dah lama tinggal, baca balik cepat. Kalau tak, push up! =p