Tuesday 6 March 2012

Sindrom TGTP

"Jib, roti telur satu, teh tarik satu. Tarik panjang-panjang deh," Ramly memesan minum pagi. Sambil ditarik bangku ke belakang. Untuk duduk.

"Erm...sama jelah. Roti telur satu, teh tarik satu. Kurang manis," pesan Zainal.

Waktu awal pagi, kesempatan itu digunakan untuk mengalas perut untuk aktiviti sepanjang pagi menunggu ke tengahari.

"Bos, tahu tak kelmarin? ada kemalangan kat Felda Cendawan Kembang. Teruk jugak. Kereta terlanggar ba alif ba ya. Hujan barangkali malam semalam, jalan pun tak berapa comel. Memang tak nampak la hamba Allah tu duk melintas," cerita Ramly.

Gambar hiasan

"Aku dengar jugak. Tapikan, kemalangan tu boleh elak. Kalau dia check break baik-baik. Ini laju satu hal, kena pula break tak berapa nak makan, hujan lagi. Memang cukup rempah ratus la nak jadi ke asbab accident tu, tapi alhamdulillah la orang kat dalam sikit je kena, "tambah Zainal.

"Itulah pasal. Engko cakap macam tu, aku rasa cuak pulak. Dah la tayar kereta aku lama dah tak tukar. Servis kereta? lagi la. Nampak gaya memang kena melabur sikit ke 'kuda perang' aku tu,"Ramly menyatakan kebimbangan.

Bla...bla...rancak pula bicara dua teman rapat ini. Sementara tunggu roti canai mereka sampai.

"Aah la, aku ada dengar jugak. Tapikan kereta accident dengan babi tu kena samak tak?,"tanya Jib. Sambil menghidangkan juadah sarapan pagi pada pelanggannya.

Brrrrrrr!

Sindrom TGTP...sindrom tak get the point!

Ada sesiapa yang mengidapnya?

Itu tiada ubatnya.

3 comments:

sinar_islami said...

Sinis tu..

Ni pun kena baca banyak kali la ni sebelum komenkan apa2 pun..

So, apapun tajuk perbualan dan perbincangan, pembaca/pendengar harus fahami apa yang penyampai itu sampaikan bukan main tafsir sendiri..

Ops, kalau salah tlg betulkan ya!

Kalau tak alami TGTP..Hehe
kena masukkan dalam kamus oxford ni. Awas!

Dr Amad said...

Puan Sinar- Biarlah baca berkali-kali, dari salah berkali-kali. Baca berkali-kali tanda mahu bergerak dari tidak TAHU, mencari TAHU.

Salah berkali-kali itu tanda tak reti-reti bahasa...

Yosh!

sinar_islami said...

(^_^) Betul3. Benar bagai Dr. Amad katakan..