Sunday 30 December 2012

Mencorak Kain Putih


Kelmarin singgah ke rumah sewa abah. Ada penyewa baru rumah tu. Selepas dipelawa masuk, kami masuk ke dalam rumah.

Ada seorang budak besar montel telanjang bulat yang sedang dipujuk neneknya untuk memakai baju. Hampir saja neneknya mahu di'lepuk' oleh cucunya itu.

Saya tanya ibunya "Berapa umur anaknya ni?."

"Sudah empat tahun. Tapi kalau cakap macam 'orang besar'."

Anaknya keluar rumah untuk bermain basikal. Kedengaran dari luar rumah suara carutan dan makian dari budak itu.

"Owh, itulah rupanya maksud 'cakap macam orang besar'," bisik hati.

Ibunya seakan sudah pasrah benar untuk perbetulkan walaupun usia masih muda. Sudah 'lost control' pada anak.

Apa sebenarnya masalah didikan anak-anak sekarang sehingga macam itu rupanya?

Satu perasaan tidak terungkapkan bila ingat zuriat yang bakal datang ini. Semoga Allah kurniakan saya anak soleh solehah. Ameen!

Nota kaki: Berbulan tidak update Amadanaksoleh. InsyAllah akan cuba sekerapnya selepas ini.

3 comments:

Unknown said...

Jom update...Hehe

sinar_islami said...

(^_^) Kerap keraplah mengupdate. Nak membaca ni..

InsyaAllah, Nur doakan anak yang bakal lahir soleh/solehah, sihat dan kuat untuk menyambung risalah dakwah.

Dr Amad said...

Sinar-Kena rotan baru update banyak-banyak. InsyAllah akan terus update.