Sunday 12 August 2012

Emine Erdoğan dan Rohingya

Emine bersama wanita Rohingya

Emine bersama Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu di Arakan. Dan Turki adalah negara Islam pertama yang pimpinan utama hadir bagi menjenguk dan membincang secara serius masalah Rohingya.

"Jangan tinggalkan kami," itulah esak tangis wanita Rohingya kepada Emine
Tadi dalam perjalanan pulang ke tempat kerja, banyak hal yang dibualkan. Antaranya adalah berkenaan Emine Erdoğan, wanita pertama Turki yakni isteri kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan.

Sudah semestinya, peristiwa yang dipetik adalah kedatangan Emine di Arakan bagi menjenguk nasib saudara seaqidah iaitu Rohingya.

Emine boleh memilih untuk bersiar-siar di jalanan bersih Kota London, apatah lagi beliau adalah wanita pertama Turki. Negara yang ekonominya kedua terpesat di Eropah. Namun, beliau memilih untuk berjalan di jalan berselut dan kumuh di celah rumah-rumah saudara Rohingya.

Emine boleh memilih untuk berpelukkan dengan wanita bangsawan dengan pakaian moden terbaru dan berbau harum wangian, apatah lagi beliau sekarang setara dengan golongan bangsawan, strata tertinggi di Turki. Namun, beliau memilih untuk berpelukan dengan wanita Rohingya yang air untuk minum berkurang, mahu mandi wangikan badan. Jauh sekali.

Semua itu kami bualkan sehingga sampai ke kesimpulan ini:

Wanita hebat dan solehah seperti Emine Erdoğan tidak hadir begitu sahaja, melainkan beliau telah dididik dengan baik oleh keluarga sebelumnya dan paling penting tarbiah oleh suami beliau sendiri iaitu Erdogan. Di tarbiah agar menutup aurat dengan sempurna, mendidik anak-anak perempuan beliau agar menutup aurat dengan sempurna, dan tetap ‘down to earth’ walaupun beliau orang utama dan terutama di negara Turki.

Untuk sampai Erdogan mampu mendidik Emine Erdoğan seperti itu, sudah pasti Erdogan terlebih dahulu menjadi muslim yang mukmin, dan tunduk patuh pada suruhan agama. Agar tetap menjadi hamba disaat memegang kuasa.

Kekuatan tarbiah..

Kerana saya percaya, andaikata seorang lelaki mampu mendidik keluarga dengan baik, beliau mampu memimpin negara. Namun jika keluarga tidak mampu dididik dengan baik oleh seorang ayah dan suami, pasti sunnahtullahnya negara akan hancur.

No comments: