Wednesday, 27 August 2008

Politik Orang Kampung

Alhamdulillah kita baru selesai mengharungi pilihanraya umum Permatang Pauh. Saya mengguna ganti nama KITA bukan pengundi Permatang Pauh sahaja kerana bagi pandangan saya pertembungan bukan sahaja antara dua parti tetapi lebih kepada pertembungan HAK dan BATIL. Jentera yang digunakan adalah parti melawan kerajaan bukan lagi parti lawan parti. Tidak jantan la bro!!!


Saban hari kita disuap oleh media massa tentang cerita liwat,sumpah,pembunuhan altantuya, kekerasan semasa kempen dan macam-macam lagi 1001 kisah. Cuma hanya tinggal pada pemdengar,pembaca dan penengok itu sendiri menilainya.Sungguh mereka tidak peka terhadap isyarat jelas yang diberikan oleh pengundi pada PRU baru-baru ini,terutama pengundi muda.


Adakah nilai diri kita seperti haiwan dipadang rumput,terima sahaja makan dari tuannya tanpa memikir kelak dijadikan lauk gulai untuk orang kahwin. Kita mewakafkan aqal fikiran untuk diprogramkan tanpa perlu dinilai dan ditapis.



Kelu


Jumud


Terkongkong


Tetapi saya tidak berminat nak kupas tentang semua itu kerana sudah banyak dikupas dan dijelaskan…


Bak kata orang ganu “Mung seme bace la diri,dok kang nok royak sutey-sutey.Nok kene orang
suak sokmo,tekang la gini”. Tidak paham?paham-pahamkan la..


Saya lebih berminat untuk menceritakan scenario diluar Permatang Pauh sebelum keluar keputusan pilihanraya umum.


Rumah.


Entah kenapa sejak balik dari Indonesia,saya perasaan tv kita banyak bebenor cerita ceriti Indonesia atau populernya sinetron Indonesia.


Geram.


Muak


Bosan


Mana idaknya,duk Indonesia hari-hari tengok cerita mereka.Balik Malaysia cerita mereka lagi.Asik duk berebut dengan adik.Dia dengan AnakKu AnakMu (Anakku bukan Anakku) dan Intan,saya pula dengan laporan berita.


Pada petangnya,abah sememangnya tiap hari beli surat khabar.Dalam satu-satu hari itu bukan satu,tetapi 3 jibik. Tetapi entah kenapa saya seakan malas dan tidak berminat membaca suratkhabar terutama suratkhabar berbahasa Melayu. Masuk bab laporan PRK laju je baca.Tidak amik pot…


Meloyakan


Tiada kredibiliti


Diperkudakan


Dengan berita yang 98% yang berat sebelah. Saya sememangnya menolak apa-apa laporan yang dibawa oleh surat khabar. Yang dibacanya kartun Mamak Cyber. Dalam berbicara tentang kredibiliti dan profesionalisme , teringat dialog pelakon Senario dalam filemnya “Dalam surat khabar mana boleh percaya.Semua bohong.Yang betul no ekor”.


Ibu dengan kisahnya sendiri.Ibu entah macamana terlepas janji mahu belanja kami semua jika Anwar menang. Jadi memang rezeki kami malam tu.


Saya memang sibuk dengan internet terutama pada hari pengundian. Internet adalah pilihan saya untuk “topup” atau dalam bahasa Indonesianya ” Isi pulsa” berkenaan perkembangan terbaru di Permatang Pauh.Laman web sesawang yang selalu saya singgah adalah Tranungkite,Malaysiakini dan Harakahdaily.


Surau


Saya pergi solat dalam jam 8:40 ke masjid.Dan seperti biasa perbincangan berkaitan politik memang menjadi pilihan tidak lepas dari omongan pakcik-pakcik disurau.Usai solat Isyak,jemaah dah gamat berbincang tentang PRK.


“Tadi TV3 royak undi dok rasmi Anwar menang”, ucap pakcik tersenyum sambil tangan mengulung rokok daun…Biasanya saya turut join mereka.Join duk sembang bukan join duk gulung rokok daun. Tapi malam itu saya tidak berminat nak join,maklumlah perut berkeroncong berdongdang sayang pinta diisi dan mahu cepat-cepat balik untuk mengetahui perkembangan terbaru


Kedai.


“Guane dik,Anwar menang dok?”, tanya seorang pakcik bila saya baru sahaja sampai.


Oleh kerana ibu terjanji untuk belanja roti canai.Ia menjadi tugas berat untuk saya kerana perlu beli dan makan.Kononnya lah


“Kalu ikut keputusang dok rasmi,Anwar menang lebih majoriti 10ribu”,jawap saya. Saya tengok pakcik itu mengurut dada dan tersenyum lebar.


Lega gamaknya.


Markaz Pas


Dalam perjalanan balik,di Markaz Pas penuh orang.Bebanding sebelum ini, markaz sekarang
sudah moden. Siap pasang Astro lagi. Saya sekali lagi tidak berminat untuk singgah kerana orang-orang dirumah belum makan lagi.


Berdebar


Tertunggu-tunggu


Penuh Pengharapan


Keputusan rasmi:
PKR:
31,195 undi
BN: 15,524 undi
AKIM: 92 undi
Jumlah keluar mengundi: 47,528
Peratus keluar mengundi: 81%
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi.
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,388


Keputusan rasmi SPR dalam jam 9:45 malam meredakan kebimbangan dan debar.Terukir senyum oeleh sebahagian besar warga Malaysia.Yang menarik sekali lagi media telah menjadi kuda tunggangan kerana tidak membuat lintas langsung pada acara SPR umumkan keputusan. Kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan takbir dan tahmid bukan sahaja di sana tetapi warga Malaysia keseluruhannya.




Allahuakbar


Alhamdulillah


Kemenangan ini adalah amanah dan ujian dan bukan untuk bermegah-megah. Usaha kita hanya sedikit berbanding pertolongan Allah. Sesungguhnya mencari kemenangan itu tidak sesukar mengisi kemenangan. Saya harap dengan kemenangan Anwar ini, Islam itu diletakkan pada tempatnya.Kita sering katakan pihak belah sana tidak betul itu dan ini.Sekarang Allah sudah anugerahkan kemenangan,jadi laksanakan amanah itu sebaiknya.Kearah Malaysia Yang Lebih Baik.


(Kita bukan gila kuasa,tetapi kita mahu ambil kuasa dari orang gila)- Ustaz Ismail Kamus

No comments: