Friday, 29 August 2008

Madrasah Ramadan

Alhamdulillah


Ucap puji dan syukur diatas rahmat Allah kita tidak lama lagi memasuki Madrasah Ramadan. Setelah setahun kita meninggalkan Madrasah ini,akhirnya ia datang menjemput kita kembali. Madrasah yang melatih penghuninya berlapar dahaga mula terbit fajar hingga terbenam matahari. Kerapkali penghuni madrasah Ramadan akan menglipatgandakan lagi amalan bukan sekadar berlapar dahaga tetapi dengan membaca buku panduan hidup( Al-Quran), bersolat sunat Tarawih,bersedekah dan macam-macam lagi.



Saya melihat ada dua jenis ragam penghuni Madrasah Ramadan.Yang girang gembira dan yang bermuram durja.


Yang girang gembira bila melangkah ke madrasah biasanya mereka sudah ada bekalan sedikit “iman”.Gembira mendengar dan melihat balasan dan imbuhan yang dijanjikan oleh Mudir Madrasah Ramadan.Ganjaran yang kita tidak akan dapat dimana-mana.DIA telah menjanjikan pada penghuni madrasah Ramadan yang menanti dan mengikut segala peraturan dengan imbuhan PAHALA dan percutian ke SYURGA.


Yang terpaksa masuk madrasah Ramadan,menerima takdir itu dengan muram dan tidak bersedia bahkan ada yang sudah berkira-kira nak “mengelat” atau melanggar peraturan madrasah. Hakikatnya,semua penghuni sedia maklum tentang hukuman yang akan dikenakan pada penghuni yang “nakal”…


Disini saya berpesan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat,ayuhlah kita menerima dengan masuknya kita ke madrasah Ramadan diterima dengan hati yang penuh syukur.Ketahuailah bahawa,ada insan yang Allah telah tarik nyawanya sebelum dia memasuki madrasah idaman kalbu ini.Bersyukurlah,kita sekali lagi diberi peluang oleh mudir madrasah ini.Berbesar hatilah wahai penghuni madrasah Ramadan,kita bakal mendapat tarbiah “direct” dari Allah.Bahkan dengan Allah telah bagi bonus dengan tidak membenarkan budak nakal masuk sama madrasah Ramadan…Si Syaitan


Allah tidak membenarkan Si syaitan memasuki sama madrasah Ramadan. Sekarang keputusan ditangan kita.Masa terus berlalu,ia bukan tanda kita semakin hampir “next burfday” tetapi semakin hampir kepada tarikh MATI…Mahu tunggu apa lagi???


Ayuh pulun Ramadan cukup-cukup!!!


Wahai orang-orang yang beriman, puasa telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan ke atas generasi sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2: 183]


Selamat Datang Bulan Ramadan,saya ingin mengucapkan kepada semua umat Islam, Selamat berpuasa dan semoga kehadiran bulan penuh barakah ini,dikira amal dan menambahkan lagi "aset" kita untuk DISANA nanti.



.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

2 comments:

sinar_islami said...

Alhamdulillah madhrasah sudah tiba..gembiralah mereka yg merindui kehadirannya

Dr Amad said...

Masih berbaki 10hari...lipatgandakan usaha dan amalan...datangnya dirindui,perginya ditangisi...