Selesai solat subuh,biasanya saya syahid kembali,tetapi tidak pada hari itu.Hasratnya mahu pergi awal ke pasar untuk membeli ayam dan kelapa parut.Saya memanaskan engine motor dan
“Salam bang Amad…Bila kita bisa ngomong pasal bisnes?,” saya tersenyum dan menjawap salam.Itu sapaan oleh adik kelas (junior) yang berasal dari Aceh.Saya cukup senang dengan dia kerana cukup sopan dan mesra bila bertemu walaupun asalnya jauh dipojok negeri sana…Serambi Mekah. Negeri yang pernah menuntun hati dan mengundang doa para insan yang masih mempunyai nilai kemanusiaan dalam jiwa.
Saya sedia maklum dia sekarang bergiat dalam satu jenis perniagaan yang mirip MLM.Saya dapat mengangak dia mahu jadikan saya sebagai prospek bisnes.
Berniaga semasa kecil
Bila sebut tentang berniaga,ia adalah satu minat yang secara tidak sedar diasuh oleh Abah tersayang pada anak-anaknya.Masih segar dalam ingatan,di tepi rumah ada ibu menanam pokok tebu.Pada ketika itu saya berumur 7 tahun dan bermulalah episode pengalaman saya sebagai seorang peniaga.Saya menjadi penjual tebu.Di dalam beg yang digalas dibelakang penuh diisi bukan dengan buku, tetapi tebu.Bukunya dipegang ditangan.Berat amat tetapi semangat bila mengenang habuan yang akan dapat kelak.
“Hah,sape nak beli?”,saya membuka beg dan dikerumuni kawan-kawan yang mahu membeli.Jualnya tidak mahal 10sen ,20sen tergantung pada panjang tebu itu.Pernah ditangkap cikgu berjualan dibawah meja ketika guru mengajar. Hasil jualan saya membeli Meggi Kari.Takut dimarah itu kerana beli makanan mengarut,saya makan dibelakang rumah….
Ampun Ami ya…Sayang ibu
MLM
“Erm,emangnya saya suka bisnes.Menjadi 2nd core income saya disini. Ermm,tapi saya boleh katakan MLM bukan bidang saya,” saya cuba menolak dengan cara yang baik sambil-sambil menunggu enjin panas.
Selepas datang kesini,saya melihat bumi Indonesia dan Bandung khususnya adalah sebagai bumi wang.Bumi dimana kita mampu menjana wang jika pandai dan bersungguh-sungguh menjalankan bisnes.Dalam bidang perniagaan saya lebih berminat dan tertumpu pada jualan langsung semacam kita membeli barang dan menjualnya kembali.Tiada kaitan dengan mana-mana syarikat dan tidak berkempen produk kerana saya tidak pandai bercakap
Bisnes sekarang
Saya disini telah menjalan pelbagai bisnes yang mensasarkan sedara dan kawan-kawan sebagai pembeli.Dari menjual cd dan buku-buku sehinggalah menjual kain sembahyang perempuan dan kain batik.Jadi saya boleh masuk bersembang dengan makcik-makcik dan kawan-kawan berkenaan pakaian wanita.Pernah saya mengeluarkan modal sebanyak RM 1000 dan untungnya subhanAllah.
Jualan IMAN pada satu acara
Tekun
Dalam keluarga bukan saya sahaja yang berniaga,dari Kak Long juga dengan pakaian dan tudung wanita,Angah dengan jual ayam dan topup di Russia dan adik juga menjual topup diasrama.
"Abis anok beranok kalu balik bercuti mari jual rumoh tok,"ulas tok bila rumahnya penuh dengan barang jualan kami.
Pernah menjual novel Tautan Hati
Sesi “Pembasuhan”
“Bang Amad,syarikat ini hasilnya jelas dan halal kok..Ia telah dapat certifikasi dari badan agama di Indonesia dan juga di Malaysia”,terang adik kelas saya.Masih tidak mengalah dan boleh dipuji sikapnya.
Dulu pernah kita digegarkan oleh Ustaz Zaharuddin berkenaan haramnya MLM. Ramai yang berpencak silat bahkan yang dilawan balik bukan hujah tetapi “Apa sijil yang dia ada?pandai-pandai kata haram,” luah seorang ustaz lantaran dia pun terlibat sama.Saya membaca penjelasan ustaz dilaman webnya dan membuat kesimpulan MLM itu bukan haram secara total tetapi ada aspek-aspek yang tidak syarie’ disisi agama.Salah satunya ada unsur “gharar”.Kesamaran punca hasil pendapatan.
“Bahannya halal,jika diperingkat bawah wang bonus diambil dari komisen barang jualan yang kita jual,” jelas dia bila diajukan pertanyaan.
“Ok,jika diperingkat bawah hasil incomenya jelas gitu,tapi gimana ahli yang diatas?,” saya memasang jerat.Dia menjelaskan jika ahli yang diperingkat tertinggi mendapat pendapatan dari hasil jualan syarikat diseluruh dunia.
“Adakah kamu dapat pastikan hasil jualan diseluruh dunia itu halal dan bersih? Mungkin di Indonesia dan Malaysia mendapat certifikasi dari badan berautoritas dalam bidang agama,gimana jualan di Amerika atau Brazil sebagai contoh..ada certifikasinya?,” soalan yang disampaikan secara tenang.Dia terdiam.
Oleh sebab itu saya lebih suka berniaga secara terus,bebas dari unsur kesamaran
Halal dan Baik
Indahnya Islam itu kerana menganjurkan umatnya mencari sumber pendapatan bukan sahaja halal tetapi baik.Mungkin pada syarikat itu kita mendapat hasil komisen dan pulangan yang banyak tetapi diatas kejahilan kita,tanpa sedar apa yang kita dapat adalah haram.
Saya tidak mahu mengulas syarikat mana yang haram dan macamana boleh haram sumbernya,tetapi nasihat saya pada dia pada hari itu
“Gini aja,kamu mahu menjalankan bisnes,itu udah bagus.Tetapi mahu memastikan ia adalah halal disisi agama mungkin dengan ilmu kita,sukar.Jadi paling senang gini aja…pastikan syarikat adalah syarikat Islam.Syarikat Islam itu menbayar zakat,jadi harta orang Islam berlegar-legar dikalangan kita,disamping menaikkan ekonomi orang Islam”, jelas saya tersenyum.Semestinya maksud syarikat Islam adalah syarikat yang betul-betul Islam bukan dari nama tetapi juga proses perniagaannya.Dia mengangguk puas.
“Erm,enginenya sudah panas,mintak diri dulunya,”saya menyambung tugasan yang belum selesai.
Tengahari itu saya menghantar SMS ke ibu
“Ibu,nasi lemak Ami jadilah…Kawan-kawan kata sedap tau dari Nasinya sampai ke sambal,seme jadi…”,saya tersenyum puas.
"Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat dibumi,dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan.Sungguh,syaitan itu musuh nyata bagimu" (Al-Baqarah:168)
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.
3 comments:
wang itu alat shj...tapi bisa memeningkn kepala juga gara2 dia..
bgs kata2 bwh tu..at least menyedarkan..
mmm..mana tak tumpahnye kuah kalau tak ke nasikan..(betul ke kata2 ni)..darah peniaga ni warisan org kata..mga maju ekonomi utk Islam jua..biar kita mendominasi :)
nak berbisnes jugak,tapi kurg kemahiran. maybe belum cukup usaha dan kreativiti kot. hehe...
actually maybe nak berbisnes sebab suke2,tu yang tak menjadi sangat tu kot. hmm,nak bisnis ke tak nak ni? hahaha...
yang penting kene jujur dan amanah. baru boleh tiru mcm nabi...=)
Sinar-Kekadang ada juga tumpah ke lantai kerana makan gelojoh..hehe.Meniaga itu warisan Nabi kita,seorang peniaga yang hebat...
Radzi- Hah,kata nak kahwin cepat.Bisnes la,ni duk tahan lapo... Seksa ooo..kalu bisnes,kahwin dpt,lapo pun x...tp sggh aku kate, mmg ke bersungguh dan profesional walaupun yg kita jual itu sekadar tempe..
Post a Comment