Friday, 3 October 2008

Cerita Ceriti Hari Raya

Raya Pertama.


Pada malam raya,kami pergi ikut abah ke masjid untuk solat dan bayar zakat fitrah.


“Eh,kita patut kena bayar zakat ke?”, tanya kawan ‘bujang’ saya.

“Mung tu dok nikoh lagi,dok tanggung anak orang,lagipun biasiswa bukan dikira pendapatan,jadi dok payoh bayor la”,jawap saya dengan ‘lorat’ bahasa Ganu yang fasih.


Selepas selesai semua urusan,di pojok belakang masjid,ahli kariah tengah sibuk menjamu selera dengan juadah ketupat pulut dengan air kopi panas,tambah-tambah hujan renyai…waaa.


“Bakpe abah bayar yang harga RM 8 zakat fitrah tu?Kan ada yang 6 dan 7 RM?”,tanya Ayie.

“Nak dapat pahala banyak…”,jawap abah bersahaja.


Pagi itu saya bangun terlewat sedikit,jadi terkejar-kejar solat sunat Aidilfitri.Sempat minum air sejuk,kilas sampin pun lebih kurang je.Dan telah diserang dengan Sakit tekak(Melayu), Radang Tenggorokan(Indon),Pharygitis(Medic).


“Israel itu tidak dapat dikalahkan oleh 13 negara Islam Arab! Kerana apa? Kerana kita tiada kesefahaman,tiada persaudaraan.Izzah Islam itu dicabut dari jiwa orang Islam kerana kita tidak lagi mengamalkan Islam..”, khutbah yang bermakna dari Imam yang memetik kata-kata Syeikh Ramadan al-Bouti.Bagi saya,isi yang bagus dan mengubati kemandulan khutbah-khutbah sebelum ini.Orang sedang tangisi saudara kita di Palestine,khutbah kita berbicara dengan megah, Makanlah Buah-Buahan Tempatan. Orang Indonesia kata “Sebel”…


Usai solat,seperti tahun-tahun yang sudah,bersalaman dan bermaafan bersama ahli keluarga.Jika sebelum ini,Kak Long yang “lead” kali ini saya sebagai anak tertua menjadi galang ganti. Selesai bersalam dan bermaafan,sesi fotografi tiba.


Sakinah tiada dalam gambar


Sakinah ada,Ayie yang tiada...tarak stand cam la



Gambar di luar rumah,Sekali lagi Sakinah tiada


Amat kena 'basuh'


Kereta awakla Kak Long,tetapi telah ternoda oleh saya...hehe


Angah,nak kereta ni?Juga telah ternoda di saya

Selesai acara dirumah,kami sekeluarga pergi rumah mak sedara,Mama untuk ziarah Tok Marang.Tengah-tengah makan,ada satu keluarga datang.Di pangkuan Mak Cik itu ada baby kecil.Saya ambil dukung untuk bagi peluang pada Makcik itu makan.


“Dah ada anak berapa?”,tanya suami makcik dengan muka serius pada saya.Ya pada saya!!!


Glupp…


“Err,saya pun kahwin pun belum bang,anak ye lagi la takdok”,jawap saya terkulat-kulat.Melihat saya mesra bermain dengan baby menyebabkan soalan itu terpacul.Nasib baik tanya anak dah berapa.Kalau tanya isteri sudah berapa. Jenuh nak menjawap ye..


Selepas itu,kami pergi ke kampung belah ibu,Tok Mude.Disana seperti biasa meriah, Meriah dengan sedar-sedaranya dan juga meriah dengan juadahnya.Beraya kami sampai Asar.


Raya Kedua


“Mie,esok pergi ambil nasi dagang dengan nasi minyak yang abah tempah”,pinta abah.Pada hari raya kedua,kami membuat rumah terbuka dengan juadahnya nasi minyak,nasi dagang dan satey.Sedara semua dijemput,kawan-kawan dan paling saya terkejut pengumuman jemputan Open House dibuat oleh Imam dicorong speaker masjid selesai solat sunat raya.


“Habis la…kena serbu nanti disemua orang kampung”,itu bermain di kepala saya.Tambahan pula,sakit tekak telah bertukar kepada selsema.


Jam 8 am…Tiada orang.

Jam 9 am…Tiada orang.

Jam 10 am…Satu keluarga datang.

Jam 10.15am…Dua buah kereta sampai.

Jam 10.18am…Satu Divisi datang

Jam 10.30am…Satu battalion datang.


Natijahnya jam 11 nasi minyak,nasi dagang dan satey sudah kehabisan stok.Peluh dingin mula mengalir kerana ini baru jam 11belum tengahari lagi.Awok-awok Rhu Muda yang datang untuk beraya telah bertukar tugas.Menjadi tukang masak.Yaa…nasi minyak dimasak lagi.Walaupun dimasak untuk kali kedua,juga tidak dapat bertahan lama.Yang datang jam 2 ptg,makan karipap sahaja.Nasib kome la.


“Macamana open house?”, tanya seorang sahabat.

“Entah la,rasa bukan lagi satu kampung datang,semacam satu Ganu!”,ungkap saya yang berada dalam keadaan trauma kehabisan stok makanan yang maha hebat.


Badan ini semakin panas,mahu demam dan kepala lutut rasa mau tercabut…Capek dong…Majlis mula pagi sampailah kunjungan terakhir pada Isyak. Malam itu kami anak beranak hanya berlaukkan ikan sardin.Ibu sudah tidak berdaya memasak.Alhamdulillah sedap.Lauk open house tidak bersisa,hanya periuk belanga berselerakan didapur.


Letih tetapi amat-amat gembira apabila dapat bersilaturahim dengan sedara-sedara,sahabat-sahabat-sahabat lama…


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua terutama Kak Long dan Angah


.:Amad ingatkan just in case kalian terlupa:.

8 comments:

sinar_islami said...

mmg meriah ^-^
mmm..khutbah tu mmg sama satu ganu ke..rasanyer mcm sama je..lagi2 pasal 13 negara arab tu..

Dr Amad said...

Kena tmbh lagi statement tu...Meriah dan memenatkan..hehe.

Khutbah tu sama rasanya.Inikan Malaysia,imam bukan memberi khutbah tetapi membaca khutbah..Berbeza dengan tempat enti bukan...=)

Anonymous said...

pulang ke bandung dgn wajah br...

bpak budok...

=P

as i am ~ NADYA~ said...

beznya gmbar raya dia...haihhh...org yg xblik raya nie sdhla plakkk...huhuhu

Dr Amad said...

Newt21- Sempat cucuk Botox sebelum balik bandung..wakaka.

Nadya- Itulah Nadya tidak baik sangat dengan airasia yang maha bagus itu.Kalau baik dengan mereka itu,nescaya mereka itu akan memberi tiket percuma dengan jadual penerbangan yang maha tepat dan profesional...bak kata motto airasia..

"Kelewatan penerbangan,matlamat kami"...hehe

sinar_islami said...

:) tak pe la..walau memenatkan tapi kepuasan tgk org lain gembira..nikmat tu

tul3 mmg khutbah kat bumi anbiyak ni lain..lebih bersemangat but papepun nak cakap kena ade had juga..silap hari bulan leh masuk penjara..

Ana rasa kali ni khutbh kat msia better than b4...

salam syawal~hidupkan dgn ziarah

Anonymous said...

waaa,...bestnye beraya dengan mak ayah...

sob3x...

salam lebaran dari tanah moscow...

(duit raya anta ana xmasuk lagi)..

Dr Amad said...

Sinar-Sedar tidak sedar sudah lama mimbar jumaat telah dikhianati...Salam ziarah juga,dah alang-alang ke umah tok wan di Besut tu,ayuh mampir dong ke umah ana..

Umar-Ish nta ni,tang duit raya tu senyap-senyap sudah..malu kat orang dengar ye..hik3