Wednesday 18 February 2009

Kisah Tentang Manusia

Cerita Manusia 1


“A special class of cell called antigen-presenting cell (APCs) process and present exogenous antigens ,” sedang saya mentelaah buku yang berkenaan system sekarang,Immunology tiba-tiba ada panggilan masuk.


“Oh Haha (nama orang),bakpe pulop main tepon-tepon ni,”bisik dalam hati.Panggilan diangkat.


“Salam,syeikh.Boleh tak hantar aku ke klinik,perut aku sakit la,tak boleh nak tido,” lemah suaranya,dan keadaan diluar sudah larut malam.


“Owh,bereh…Dalam lima minit lagi aku sampai,” selepas itu saya pun tukar pakaian dan membawa motor dengan membonceng Haha.Dia meminta saya berhenti sebentar di kedai untuk membeli minuman isotonic.Mahu meredakan kesakitan barang kali.


Saya hanya menunggu diluar sementara Haha masuk kedalam kedai untuk membeli minuman.Kelihatan didalam kedai ada dalam 5orang.Sibuk membeli barang-barang.Pekedai itu sibuk memasukkan botol-botol minuman kedalam kotak.Banyak yang mereka beli.Jadi Haha sendiri terpaksa menunggu lama untuk membeli satu botol minuman. Sementara itu,dua orang dari yang membeli tadi keluar,mengambil udara malam.Kira-kira dalam 5 minit,seorang dari lelaki itu masuk kembali dan mengangkat kotak-kotak yang berisi minuman tadi.Mereka menaiki kereta dan berlalu pergi.


“Bakpe lama sangat boh?,” tanya saya selepas Haha selesai urusan jual beli.


“Tulah pasal,yang beli awal tadi tu banyak sangat beli airnya…berbotol-botol,” jelas Haha.


“Air nape pulop banyak sangat deme tu beli,” seakan tidak lengkap pertanyaan Haha yang menyebabkan saya masih bertanya.


“Deme tu beli arak,syeikh,” jawap Haha jujur.


Sempat saya snap,dan penjualnya makcik bertudung


Jawapan yang membuat saya termanggu-manggu dan berfikir panjang.Disini sememangnya dimana-mana kedai walaupun penjualnya berkopiah atau bertudung,arak sememangnya dijual sama.Pada awalnya apabila sampai disini agak terkejut dengan scenario ini.Saya pun menghidupkan engine motor dan bergerak ke klinik.


“Haha,mung perasan tak…geng-geng beli arak tadi tu.Aku ada perasan yang sorang tu.Ala yang angkat kotak arak tu,”memancing perbualan antara kami.


“Hah,bakpe pulop dengan orang tu,” sudah semakin maju bahasa Terengganu Haha.


“Aku perasaan orang yang angkat kotak arak tu kan,dahinya hitam dan siap berjanggut lebat pulak tu.Bukan biasanya orang yang berdahi hitam ini jenis orang yang kuat solat dan janggut yang disimpan panjang untuk mengikuti sunnah Rasulullah,” cerita saya dengan panjang lebar.


Antara membeli arak,mengangkut arak dan orang yang berdahi berbekas hitam itu amat membuat saya sendiri banyak berfikir.Besar pengajaran yang Allah berikan.Itulah manusia,dan kehidupannya.Pengajaran bagi insan yang mahu berfikir.


Kisah Manusia 2


“Allahuakbar,Allahukabar!” suara nyaring muazzin memecah sunyi malam.Itu tandanya waktu Isyak sudah masuk.Saya bergegas mengambil wuduk dan bersiap untuk solat jamaah dimasjid yang hanya bersebelahan rumah.


“Assalamuaikumwaraahmatullah,Assalamuaikumwaraahmatullah,” imam memberi salam.Makmum dibelakang mengikut sama.Selang seorang disebelah kanan saya,ada seorang insan yang menarik perhatian saya.



Rock tetapi Beriman

Dengan berambut panjang dan kelihatan cukup “rock” hadir bersolat jamaah.Saya memandang kebawah,di jarinya kelihatan banyak tattoo-tattoo kecil yang diukir.Seluar jeansnya koyak dipeha. Ketepikan dahulu soal cukup syarat atau tidak solatnya.Tetapi lihatlah bagaimana,Allah gerakkan hatinya untuk hadir bersolat jamaah disaat ada insan yang tidak langsung memperdulikan seruan itu.Orang yang rock kapak datang solat disaat ada insan masih sibuk dengan tugas masing-masing.Orang kampung dengan “chess”nya dan orang kita dengan “DOTA”nya dan CD ceritanya.


Saya sudahkan wirid dan doa...keluar dari masjid dengan senyuman.


Kisah Manusia dan Kata-Kata Allah


Ia mengingatkan saya kembali kepada pesanan Allah swt ini menerusi mukjizat terbesarnya, Al-Quran


“Dan jika kamu berpaling ( dari jalan yang benar) Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain,dan mereka tidak akan ( durhaka ) seperti kamu” Surah Muhammad: 38



Ramai kita sudah TAHU tetapi MAHU itu tidak hadir didalam hati.Dua peristiwa yang saya boleh kategorikan mewakili dua kelompok ekstrim.Dua scenario yang saya ceritakan ini adalah untuk saya kongsi bersama pembaca.Dan saya mohon ia tidak dibincang ditepi jalan dan dijadikan dalil untuk membuat kemungkaran.Ambillah ia sebagai pedoman dan pengajaran dalam kita meneliti dan berhubungan subjek bernama manusia.Kita tergolong digolongan yang mana? Golongan yang diganti atau yang menganti? Amad masih belajar subjek yang bernama manusia.


Sungguh manusia itu aneh…


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

14 comments:

sinar_islami said...

Sungguh manusia itu aneh~
tak cukup belaja mengenainya sehari dua memang memerlukan sepanjang hayat~

Naluri itu bersih. naluri tu Allah hadirkan tapi keunikan itu pada manusia mencorakkannya dan salurkannya.

pada yang hajat, Allah tingkatkan;

“And Allah increases in guidance those who walk aright” (Surah Maryam, verse 76)

pada hati Allah kurniakan;

7.Dan (demi perhatikan) jiwa dan Yang menyempurnakannya.

8. Maka (lalu) diilhamkannya (oleh Allah jalan-jalan) kejahatan dan (jalan-jalan) takwa.

9. Sungguhnya telah mendapt kemenanganlah orang yang membersihkannya (dari pada segala dosanya).

10. Dan sungguhnya mendapat kerugianlah orang yang mengotorinya (dengan maksiat).

(As-Syams 7-10)

Wallahu3alam

Dr Amad said...

Sinar- Tidak cukup satu hari,perlu sepanjang hayat,kerana subjek bernama manusia itu HIDUP.

Berkaitan naluri,ana kembalikan ingatan Syed Qutb~ Ketenangan dan kebahagiaan itu adalah hembusan dari langit diturunkan dalam hati orang beriman,mereka tetap teguh dikala orang lain mengalami kegoncangan~

Kisah manusia,banyak manfaatnya... bagi orang mahu berfikir

'Abid Sakina said...

sgt parah 'penyakit' ummat akhir zaman..

d sna dgn ragam org sna..
d sni dgn ragam org sini..
rasa lagi perit kalau terjadi kpd saudara terdekat..
masing2 menuding jari,mncari alasan utk membuat dosa..
"si A buat xpe plak.."
klu guna nikmat yg Allah bg..yg jelas,ttp nmpak jelas..
sebaik2 manusia pun ttp ada kelemahan..
Rasulullah juga suri tauladan terbaik..
ape sekali perangai manusia tu...
kita ada 'tugas'..

sinar_islami said...

sokong tanpa bantahan
'penyakit' tak kunjung malap

kadang2 betullah kita pun terlepas pandang..kemungkaran berlaku pun kita dah anggap biasa~habituatian org kata~tu yang tak tercegah tu

cerita manusia cerita kita juga

Ya Rabb moga dijauhi dari kelalaian

Dr Amad said...

Nurul-Bercakap soal dosa dan silap,itulah rentak dan sebati jua dengan subjek bernama manusia.Perbezaan diantara awak dan saya,mereka dana kita adakah kita sedar itu silap dan bersedia berubah?

Menjadi parah,ada insan menjadikan menjadikan kemaksiatan MEREKA sebagai tiket menghalalkan kemaksiatan KITA... Itu celaka!!!

Menjadi bebanan berat bagi yang tahu dan mahu pada agama untuk menjaga banyak perkara.Jangan sampai kemaksiatan KITA dijadikan tiket untuk MEREKA

Dr Amad said...

Sinar- Kita adalah Manusia dan kita juga Hidup.Islam itu bermula dalam keadaan asing,dan akan kembali kepada asing.Jika ia maksiat dan kita seakan selesa dengan hal itu,persoalkan balik iman kita...

Penat...penat...penat

Anonymous said...

wah best ah cite2 nih

tingat pernah wat program di Sabah, yang pergi dengar ceramah ala2 forum perdana sume abang2 rock kapak jugak dan akak2 yang tak pakai tudung..

yang penting Allah gerakkan hati..pasal penampilan tu letak tepi sat..heh.

moga ALlah beri hidayah buat kita semua

Ameen!

duha said...

erm..mmg tekejut jg mule2 dgn ke'ekstrem'an org kat sni..tp btul, itulah ragam manusia yg patut kta amik pengajaran..yg baik kte ambil, yg buruk jdkan smpadan..moga Allah tetapkan hati kta semua di jalanNya dan tak terjerumus ke dlm perbuatan maksiat..

Dr Amad said...

Hasanah- Trend orang kembali kepada Islam sudah kelihatan tidak terbendung.Cuma ada segelintir,insan "step back" bila hidayah sudah diberikan.Mat Rock dan Minah Rempit sudah mahu pada Islam,takkan Mat Dakwah nak futur kot...malu la ke apek jual sayor...deme pun sokong Islam...

Dr Amad said...

Duha- Masalah ye yg buruk orang nak amik,yang baik "tohok" (buang) dalam longkang...

Dunia terbalik 180 darjah...adehhh

Anonymous said...

salam,
just wanna share.mmg manusia tu pelik.sy sendiri pada mulanya smpai kat indonesia sendiri terkejut dgn org cni. sy agak terkejut mulanya melihat bila di surau bhgn perempuan spt mall,airport etc. banyak wanita2 muda yg pakai skirt mmg atas paha,seksi lg seksa pun dtg sujud solat pd waktunya.pelik?tapi benar..

apapun, kita sapatutnya x blh memandang sebelah mata/rendah mereka ini.bg sy, sy tersentuh pd apa yg mereka ttp pegang walaupun msih ada yg belum sempurna pada mereka(aurat). bg sy, dari mereka sy refleksi diri kembali.mgkn kita merasa sempurna dr segi auratnya, tp bgaimana bhgn diri kita yg lain yg x terlihat dgn mata kasar ini?
ya, mmg tidak pelik jika ada kedengaran sstgh pihak berpendapat "org free hair lg baik dr yg bertudung labuh.."..?

sempurnakah kita?

Dr Amad said...

Agamaku_mulia- Lihatlah orang yg begini sebagai ladang dakwah kita,jgn melihat mereka ahli neraka.

Lebihkan pendekatan mendekati,memahami dan menyampaikan dari pendekatan menghukum.Banyak yang saya temui,mereka bukan tidak mahu,cuma belum ada insan yang pandai mengetuk hati mereka supaya berubah...

welcome to amadanaksoleh

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt

You have your own right to have your own perspective of thinking and delivering messages. It's up to Da'ie personalities

But judging people around you such as when you see them as a failure muslim, forever you'll feel the boundaries between you and him/her.
Trying to hide it as insulting them and labeled it as Dakwah Delivery. Allah knows what's inside

Wallahulam

Dr Amad said...

Anasolehah- Dengan satu kata... "Perangi mereka dengan senjata kasih sayang"