Monday 4 May 2009

Islam Tanpa Muslim,Muslim Tanpa Islam

Islamophobia (Gambar Hiasan)

" Ish,betullah Islam ini zalim. Tengok tu,lelaki boleh nikah 4,perempuan hanya seorang sahaja.Zalim sungguh!," dialog sering kita dengar dimasa ini. Satu ayat yang hanya dapat menerangkan keadaan ini...

Islam itu tidak zalim,tapi kamu itu yang bodoh soal Islam.

Bila datang kepada kita persoalan berkenaan agama kita,bahkan lebih parah dalam persoalan provokasi,jangan kita mudah emosi.Bahkan gelabah dan sangsi apabila soalan-soalan itu tidak dapat dijawap.

"Betul juga ek,Islam ni zalim la."

Ketahuailah,ketidakupayaan kita menjawap bukan kerana Islam itu tiada jawapan,tetapi kerana kita jahil agama kita sendiri.Haq mana mungkin tidak dapat mengalahkan yang Batil dengan syarat Haq yang tersusun cantik.Tidak salah kita menglafazkan

"Maaf ye,soalan awak itu saya kurang pasti jawapannya.Nanti saya check balik,dan saya kongsi dengan awak," tidak tahu,jangan digoreng jawapannya.


Mengambil Pendekatan Defensif



Tidak mampu saya berkata melainkan bersetuju dengan buah fikiran Bro Shah Kirit.

" Kenapa la,si mubaligh Kristian tu..nak murtadkan orang Islam.Kurang hajar betul!!!," bentak si pembela agama.

"Itu buat baik ke orang-orang miskin mesti nak dakyah mereka murtad,huh!," luah penuh kebencian seorang insan.

Tanpa kita sedar,kita memarahi mereka kerana mereka melakukan tanggungjawap mereka kepada agama mereka.

Mereka Kristian,sudah semestinya bertugas menyebarkan agama Kristien.

Mereka Hindu,sudah semestinya bertugas menyebarkan agama Hindu.

Mereka Buddha,sudah semestunya bertugas menyebarkan agama Buddha.

Mereka adalah pembela agama mereka yang sebenar,sedangkan kita hanya muslim ilusi.Bukan bertindak untuk membeli agama,menerangkan salah tanggapan terhadap Islam jauh sekali bahkan lebih memburukkan muslim itu sendiri yang menyumbang kepada "fitnah" itu terpalit pada Islam.

Benar kata-kata Muhammad Abduh

“Saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!”

Cuba kita bayangkan,kerana kotor dan jijiknya perlakuan muslim menyebabkan John,Saravanan, dan Lim diluar itu seakan tawar hati untuk mengenal Islam.Penerusan kekufuran mereka kerana kelakuan kita.Didunia kita boleh elak,di Sana belum tentu tanpa penanggungjawaban.

"Kenapalah orang Amerika suka sangat labelkan Islam itu terroris.Islam tu baiklah," pak haji membetulkan kopiah sambil mulut menyalakan rokok Dunhill.

Ketidakkefahaman dan salahtanggap atau lebih terkenal dengan ungkapan ISLAMOPHOBIA bukan sahaja melanda kepada non-muslim bahkan ia juga samar buat muslim yang bebal terhadap agama sendiri.

Merintih dan mengeluh lantaran mehnah demi mehnah tertimpa terhadap umat Islam tanpa kita sebagai muslim mengambil pendekatan proaktif untuk menjernihkan salah tanggap itu. Ada insan yang suka berbahas agama dengan emosi,saya lebih lunak dan damai dengan pendekatan akhlak dan perbuatan.

"Action speak louder than speech"


Proactive dalam Penerangan



Bila sampai ke peringkat penerangan ataupun promosikan Islam adalah satu wadah yang baik dan bukan seperti disalahanggap selama ini,ramai muslim menolak dan tidak mahu lakukannya.

"Ala,saya ni bukan alim pun...mana competence nak sampaikan Islam ini," jawap seorang teman bila diminta sama "berjuang"

"Dosa aku banyaklah,nak sampaikan Islam? malulah aku.Nak-nak bukan sekolah agama,usrah-usrah tu semua mana pernah aku masuk.Seganlah.Ko la yang bagitau dia..," luah seorang teman usai "muhasabah" diri.

Itu antara halangan atau boleh saya katakan alasan yang diguna dalam erti untuk menolak tugas yang diberikan.Tugas yang Sang Pencipta kita berikan.Bukan Amad,bukan itu dan ini.Menolak tugas,akhirat mahu masuk syurga firdaus...

Banyak cantik muke mung! Pelempang nak???


Dialog Damai



Dalam article ini saya ingin berkongsi satu dialog antara beberapa dialog yang pernah saya lakukan bersama sahabat non-muslim dalam menjernihkan beberapa isu agama.Ingin saya kongsi bersama juga,salah satu sikap yang perlu ada dalam dialog-dialog sebegini adalah berlapang dada,tidak berhujah secara emosi dan juga menjadi pendengar yang baik.

Datang secara prejudis,telah membina tembok sebelum perbincangan.Bahkan menolak untuk menerima dan menimbangkan sendiri penerangan yang disampaikan, perkataan BANGANG lunak buat spesies ini.Tidak terlepas samaada muslim atau non-muslim.

Perbincangan ini terjadi secara tidak sengaja pada satu petang.Negara kita pada masa itu,gempar dengan pembunuhan seorang pemuda India didalam lokap polis.Dia meluahkan ketidakpuasaan dengan tindakan itu.

"Bro,not only u disagree to that action,I also, " saya turut sama sependapat dengan dia.

Dia terdiam...

"Let say,police yang pukul tu kita andaikan muslim.Saya berani katakan,their action not come from Islam.Dalam Islam,seseorang tidak dikatakan bersalah,selagi tidak buktikan bersalah.Menahan,memukul bahkan sampai tahap mati itu bukan dari ajaran Islam."

"Dalam agama Islam,sesiapa yang muslim yang mencuri da dibuktikan bersalah hukumnya adalah hudud!," tegas saya.

"Hudud yang cut-cut hand? Owh,can't-can't...so scary,so cruel la," dia mencelah.

Saya masih tersenyum melihat jawapan itu.Samarnya dia,tidak merungsingkan saya.Samarnya muslim soal hudud tidak mampu saya formula yang tepat.

" Yes,itulah yang Islam nak.Takut kepada hukuman.U are medical student,i also as medical student.In medical we always said "prevent better than cure"...That Islam. Nowdays,orang mencuri dan melakukan kesalahan kerana mereka tidak takut terhadap hukuman. Jadi pendekatan preventive itu tiada,"jelas saya.

"Actually,this stigma not only came from non-muslim.Stigma to hudud,muslim also have.Sering kita ingat,dapat tangkap pencuri.Terus dipotong tangannya...Zappp!."

"Ayoyo,"spontan terkeluar dari mulut dia.

"If you rajin belajar dan mengambil tahu soal hukum Islam,untuk menjatuhkan hukuman hudud ini perlu syarat dan tapisan yang amat-amat ketat.Bukan sebarangan hukuman itu boleh dijatuhkan. Saksi itu perlu 4 orang, bahkan si saksi itu sendiri perlu adil dan baik akhlaknya... dan ada beberapa step lagi.Dan jika telah lengkap semuanya,dan dibuktikan bersalah,perlu ditengok keadaan orang itu,poor or rich.Banyak step-stepnyabro, until it come to hudud," naik lenguh saya terangkan.

"Owh,if that...ok la.Not as i as aspected."

"U jangan terkejut,baru-baru ini seorang ahli Parlimen British mencadangkan untuk implement Syariah Law in UK becauce the present Civil Law,does't solve crime," saya bagi bonus pada dia.

Perbincangan itu berlangsung santai dengan saya juga bertanyakan beberapa soalan terhadap agama dia.Dia menerangkan juga dengan baik.Siapa kata dialog antara agama perlu dilakukan dengan ketegangan?!


Comparative Religion



Alhamdulillah,itulah ungkapan yang layak dihamburkan buat Allah kerana diatas marfirahnya dapat pihak BAIK menjayakan satu program yang amat bagus dan bermanfaat.Ia memberi peluang yang bemakna bukan sahaja kepada muslim bahkan keterlibatan non-muslim juga turut mengujakan.Majlis ini berlangsung baik dengan kehadiran tokoh yang cukup berpengalaman dalam comparative Religion iaitu Brother Syah Kirit bersama adiknya Divesh Kumar Danial


I love Jesus

Penuh Yakin

Divesh Pemenang "Cari Menantu",Amad Bakal Pemenang "Cari Madu"...ahaks

Dialog berlangsung terbuka bahkan penuh keadaan harmoni dan santai. Non-muslim yang banyak menanyakan soalan.Saya ingin berkongsi satu soalan,bukan jawapan.

"It's fair,ada orang dilahirkan dalam family muslim and also non-muslim family.Because Islam said that, if mati in Islam goes to syurga. If mati in kafir,goes to neraka. Why Allah takdirkan lahirnya seseorang itu in non-muslim family," pertanyaan yang datang dari sahabat non-muslim.

Ingin saya kongsi khabar baik dari Nabi Muhammad s.a.w kepada sahabat non-muslim dan khabar berat untuk sahabat muslim dalam satu hadis futuristik

Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang
kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?"

"Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."

Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?" Rasullullah SAW menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia"

Hidup keluarga muslim belum tentu matinya sebagai muslim.

Untuk menambah hangat lagi perbincangan saya turut melontarkan dua persoalan.

"Jika benar Islam itu adil, kenapa orang Islam yang keluar Islam yakni murtad hukumannya bunuh,tetapi bila masuk Islam,sesenang cmtu sahaja?," soalan pertama saya.

"Apa pandangan Brother,tentang pengunaan nama Allah oleh non-muslim.Jika dilihat antara ulama-ulama sendiri berselisih pandangan tentang perkara ini," soalan kedua saya.

Sejujurnya,dua soalan ini sudah saya tahu jawapannya.Tetapi mahu juga saya kemukakan kepada Bro Shah Kirit kerana persoalan ini banyak ditanya oleh sahabat-sahabat.Jadi serampang dua mata,untuk muslim tahu jawapan sebenar dan menjernihkan salah tanggap non-muslim terhadap Islam.

Radzi,Bro Shah Kirit,Amad,Divesh

Tidak sucinya Islam dengan kotornya Muslim

Nota 1 : Untuk bulan Mei dan June, Amad dan Dr Radzi adalah moderator blog IMAN

Nota 2 : Buat pelajar-pelajar Islam Malaysia di Indonesia,ada khabar baik yang saya bocorkan dahulu buat kalian.Nantikan kedatangan PERMAI di bumi Bandung. Jadi pelajar Makassar atau pun Medan,simpan duit tiket siap-siap tau...

Nota 3 : Malam Seni Budaya sekarang dalam perancangan,jadi ada article yang menarik ini saya kongsi. Ini Sahajakah Imej Malaysia by Abu Saif.


.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

14 comments:

Balqis Riza said...

salam..
suke ayat yg last tu~

Tidak sucinya Islam dengan kotornya Muslim~

deep...

nice post..
bro sha best..ngee~

Dr Amad said...

Balqis- Sama-sama...stay tune with amadanaksoleh...ahaks

DiNi aZiZ said...

mmg bro shah kirit best bawakan comparative religion talk. ingat pernah juga ikut program yg sama hampir 5 tahun lepas di kmb dulu. ms tu pun byk non-muslim yg ikut dan byk persoalan yang muncul dr mereka.
paling dikecewakan skali bgaimana muslim itu sendiri membawa imej islam. cth yg plg dekat dan simple saja. ttg masa sendiri.class seawal 7.30 pagi, yg hanya dtg tepat waktu hanyakebayakan non-muslim(esp chinese). dimanakah muslim yg lain?--masih tido huhu(kisah benar)

sedih juga.kita banggakan islam itu.tapi sejajarkan dengan perlakuan dan pembawaan imej islam itu dengan kita?

bermula lah dari sekecil-kecil perkara yg dekat dhn kita.

btw, kapankah permai itu?mahu kumpulkan duit sudah ^_^

Anonymous said...

lawa baju...siapa bg tu....

sinar_islami said...

sgt bgs olahan dan kesimpuln yg dibuat...

setidaknya blh dijadikn panduan dan membuka mata bgi hadapi hari-hari mendatang..

btulla...kekadang kita yg jahil ttg agama kita..kita slhkn mereka kerana sebarkn agama..tapi kita asyik komen tapi tak buat seperti mereka dan sikap mereka itu sebenarnya Islam anjurkan..sepatutnya kita daie dan murabbi..bukan tahu buka 'kedai kopi'sembang kosong..mengeluh dan menyalahkn org lain...so kena kita kena ubh sikap kita..open minded utk hadapi mereka..blh dudk bincg sekali..

just nk quote kata2 yg blh kita renung2kn...

"Hati-hati ini perlu diasuh agar menyedari kehilangan Islam sebagai ad-Din. Umat Islam bukanlah kehilangan ekonomi Islam, politik Islam atau pembangunan Islam sahaja. Umat juga bukan kehilangan masjid dan rumah-rumah ibadat. Umat sebenarnya kehilangan pokok, bukan ranting-ranting. Umat kehilangan rumah, bukan bahagian-bahagian rumah. Juga, umat bukan kehilangan kuantiti tetapi kehilangan kualiti yang ingin mengambil Islam sebagai ad-Din."

wallahu3alam..tahniah..dan bersyukurlh diberi peluang utk merasai majlis ini...

Dr Amad said...

Dini- Muslim yang khianat pada masa.Masih kita mahu non-muslim bila stigma melihat akhlak muslim?

Permai kapan? akan dibocorkan sedikit masa lagi.

Sekali lagi stay tune with amadanaksoleh=)

Dr Amad said...

Anoymous- Entah la,mamat mana entah bagi..ahaks.

Dr Amad said...

Sinar- Syukran atas nilai tambah buat article ini.Mengasing-asingkan antara agama dengan kehidupan seharian adalah syirik kepada Allah.

Allah buat KITA,dia tahu yang mana baik untuk HAMBANYA...banyak songeh,pi wat planet sendiri.

Jzkk..

sinar_islami said...

Aiwah..Allah tahu segala-galanya..
cuba manusia saje kekadang kurang cerdik...

:) betul2..byk songeh sgt p wat planet sendiri..erm tak mampu kot mnusia ni..so sedarlah manusia..kita ni sekadar penumpg di alam ciptaan-Nya jga..

Dr Amad said...

Sinar- Penumpang nak jadi pemandu.Manusia oh manusia...

DAMAI said...

salam singgah dr Amad ^^

wah,entri yang panjang dan ayat2 yang penuh semangat...^^

yang dikatakan melayu itu sememangnya suka menuding jari...asyik mencari kesalahan orang lain...dan mengakibatkan nama Islam tercemar kerana yang melayu itu selalunyalah beragama Islam...

berada di Ukraine 6 tahun sudah cukup untuk Damai bezakan antara Muslim-Melayu dan Muslim-Ukraine....di sini,mereka amatlah menjaga dan bersungguh2 mempertahankan agama suci ini..tetapi apa yang berlaku di Malaysia adalah sebaliknya...

semoga terus diteguhkan iman...ameen ^^

Dr Amad said...

Damai- Sekiranya diberi pilihan antara saya lebih memilih,buruknya Islam kerana sikap manusia.

Irish yang Islam,tetapi pada nama adalah fitnah kepada Islam.

American yang Islam,tetapi pada nama adalah fitnah kepada Islam.

Chinese yang Islam,tetapi pada nama adalah fitnah kepada Islam.

Arab yang Islam,tetapi pada nama adalah fitnah kepada Islam.

Melayu?mengulangi putaran sama.

Neraka atau syurga tidak diasing mengikut bangsa,tetapi amal dan takwa.

Ramai yang merasakan imannya lebih sihat apabila mereka berada di luar negara,negara bukan Islam.Disana hanyalah hitam dan putih.

Sini,si hidung kembang semangkuk pun rambut berwarna kuning. More American than American.

Bau budu daaa....

p/s: lama xsinggah sini cik damai

DAMAI said...

itu yang cuba Damai sampaikan...agaknya muslim ini akan menjadi sebenar2 muslim hanya bila mana ni'mat mengamalkan islam itu sukar dicapai...bila benda mudah dapat,manusia lebih sering memilih untuk mengabaikan...bila ianya sukar didapati,saat itu baru nampak nilainya yang sebenar...

~~ bukan sahaja ke rumah kamu...rumah saya sendiri baru sahaja dibersihkan sawang2nya ^^ ~~

Dr Amad said...

Damai- Cikgu sekolah saya kata perangai cmtu,kufur nikmat.Alpa bila ada,damba bila tiada...