Wednesday, 10 June 2009

Rehlah Mahabbah 09 IMAM Rusia


Untuk hebahan kepada semua,buat sekian kalinya IMAM Rusia akan mengadakan program sempena cuti nanti. Jika sebelum ini ada Sunathon dan Homestay di Perkampungan Orang Asli Perak, pada tahun ini Rehlah Mahabbah pula bakal menjelma.

Buat pengetahuan semua, program ini terbuka kepada SEMUA pelajar perubatan Malaysia di seluruh dunia. Jadi dengan pelbagai macam muka kalian,kalian dijemput menyertainya.

Program ini:

Anjuran : PPIM-RSC

Lokasi : Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, selangor

Tarikh : 31 Julai - 3 Ogos 2009

Penyertaan : 150 pelajar perubatan Malaysia di seluruh dunia (Ya, terbuka kepada semua!)

Yuran : RM150 @1500rubles

Blog : http://thesummercamp09.blogspot.com/

Untuk keterangan lanjut boleh layari blog terbabit.








Perhatian : Untuk pelajar UNPAD tempat yang diperuntukan hanyalah 15 tempat. Jadi pelajar FK,FKG dan Pharmacy,dipersilakan. Sesiapa yang berminat, sila bagi email didalam ruangan komen dibawah. Dengan mengunakan system siapa cepat,dia dapat..Jadi apa tunggu lagi. Jom eratkan silaturahim dengan para pelajar perubatan Malaysia di seluruh dunia.

Nggak ada loe,nggak rame.

Nota 1 : Saya bukan wakil IMAM Rusia,saya hanya permudah cara. Untuk kehadapan boleh terus hubungi wakil-wakil IMAM...Mesra kok,tidak pernah lagi gigit orang.

Nota 2 : Saya pernah pergi program IMAM, serius best.

Nota 3 : Pelajar 2nd year,boleh tanya Husna,dia pernah pergi program ini.

Nota 4 : Lepas ini jangan ada pahat berbunyi yang saya tidak ajak orang pergi program IMAM. Aku sekeh kang...hihihi

Nota 5 : Jomlah, duduk rumah buat perut je...ahaks

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

14 comments:

muniri said...

menarik!!

KS said...

Salam Fahmi.

Bila tengok gamba kamu tengah berucap tu, baru KS recall yang kita satu group. Hehe. Waktu tu kita tengah ice breaking kan. Program kali ni KS tak join dah. Orang tua dah.

Untuk pembaca dan kawan2 Fahmi, jemputlah join program ni. Dijamin best. Setakat ni, keempat2 program musim panas IMAM Rusia adalah sangat best dan memberi input yang banyak untuk semua.

p/s: Doakan KS final esok eh =)

Dr Amad said...

Muniri- Berminatkah? serius best..leh kenal2 lagi dgn kwn2 yg tidak pernah kita kenal(betul ke ek ayat ni..hahaha)

Dr Amad said...

KS- Datang juga orang kuat IMAM dan summer camp yang sebelum-sebelum ini.

Hehe...aah kita satu group.Time tu baru kenal KS...ayat xleh lupa

"Awak ni sebijik cm abang awak...," hehe.

Dia kot sejibik cm saya.

Semoga sukses KS...watchaaa

Rafahiah Haron said...

gambar ketiga org hujung pakai baju putih tu siti nad ke?mcm siti nad plak.

Dr Amad said...

Rafahiah- Ish Yah ni...itu bukan ct nad daa...jauh cekodok dari kuali daa.Tu stdnt medic Rusia...

duha said...

nak join..kene wat ape? bg emel? kat sni ke? aaaaaa~ 15 tpt je..nak2..tapi nape tade sape bg emel?

Dr Amad said...

Duha- Nak join sama ada bg email kat sini or pm saya je...isi borang pakai word then sent ke wakil IMAM nanti saya bagi borang tu kot email.

Tapi untuk bandung better melalui saya xpe,just nak pastikan ok je semuanya...

Serius nak?

duha said...

ye..nak insyaAllah..nnt bg emel..tapi..bayar cmne?

Dr Amad said...

Duha- Bayaran boleh bank in kot Maybank

Anonymous said...

salam..dgrnye pelajar mesir yg boleh join 20 org je?? btol ke?? mcm mne nk join progrm ni?? kat mne nk dftar??

Dr Amad said...

Anonymous- Wslm,dengarnya mcm itulah.Pelajar mesir hanya 20.Tetapi belum tentu yang isi borang itu pergi. Mcm tahun lepas,ada yang siap hantar borang apa semua,alih-alih tidak pergi. Jika bersebab tak apa,ini entahlah. Kesian pada orang yang mahu pergi tetapi tempat sudah penuh dan kesian juga buat AJK.

Jika nak pergi,cuba check dengan persatuan pelajar sana.Jika tak jmpa,boleh tinggal email kat sini. Insyallah saya akan sent borang. Ambil kouta Bandung la..tapi ASAP tau.dah nak dkt tarikh tutup

n.nurani said...

salam, lama tak singgah sini.

Baru perasan ada promosi Rehlah Mahabah disini, terima kasih daun keladi diucapkan.
Jika ada pelajar dari negara lain yang ingin mengikuti program ini, tak usah mengambil kuota rakyat UNPAD, kemukakan saja terus kepada ajk insyaAllah masih ada tempatnya. Hubungi saya sendiri pun tidak mengapa.

nasuha- kennixstarz@yahoo.com.sg

Dr Amad said...

Nurani- Kuota rakyat UNPAD? ahaks...

Okeh,dengar itu wahai rakyat-rakyat sekalian...jika selain rakyat UNPAD boleh terus kepada mereka-mereka itu. Tidak perlu melalui beta...Sesiapa melalui beta,beta hukum pancung..

Orang tu sibuk,sal tu mana sempat mai teratak saya ni...