Monday, 14 December 2009

Papan Iklan

Tekan Untuk Besarkan

Alhamdulillah, hasil kerjasama sahabat-sahabat semua. Dengan ini saya menubuhkan satu Syarikat perniagaan yang mandiri dan tidak didaftarkan secara rasmi. Saya memberi nama syarikat ini adalah ProCAD singkatan bagi (Properties of Community Da'wah).

Cara menjalankan perniagaan ini adalah dengan memberi sewa kepada SEMUA PELAJAR MALAYSIA di UNPAD. Antara peralatan yang diberi sewa dengan harga berpatutan ialah Projector (Samsung), Sound System, Canvas, Extension cabel.

Pengarah syarikat adalah saya sendiri, timbalannya adalah saya sendiri, Akauntan adalah saya sendiri, setiausaha juga adalah saya sendiri. InsyAllah jika keadaan semakin menyesak diri, akan saya umumkan penganti teraju syarikat ini.

Harga sewa peralatan ini boleh anda click pada gambar diatas.

Dan ProCAD juga menawarkan satu harga diskaun yang baik bagi sesiapa yang menyewa lebih dari 6 jam iaitu sebanyak 10%, dan 12 jam sebanyak 20%.

Tiada ucapan yang paling bermakna dan baik yang mampu saya ucapkan melainkan Alhamdulillah. Terima kasih pada sahabat-sahabat, semoga segala sumbangan dan sumbang saran, diterima oleh Allah sebagai amal baik dan menjadi asbab kita ke syurga-Nya.

Target seterusnya adalah Handycam. Mahu?

Kaya didunia, Jutawan diakhirat

Permai Menjengah

Setelah sekian lama menunggu, buat kali kedua PERMAI meledak lagi di bumi Wali Songo ini. PERMAI adalah singkatan Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia. Jika dahulu, hulunya di bumi yang sinonim dengan suku Jawa, sekarang mengalir ke bumi yang terkenal dengan adab sopannya, suku Sunda. Iaitu Bandung.


Mendatangkan khas penceramah yang tidak asing lagi dalam bidang dakwah, yang popular dikalangan orang muda iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Jika di Jogjakarta membedah 7 Habits of Effective Muslim, sekarang datang dengan satu tajuk yang lebih catchy iaitu Islam & Muslim: Dulu, Kini Dan Masa Depan.


PERMAI terbuka kepada semua pelajar yang kad pengenalanya adalah Islam. Tidak kisah apa keadaan anda, program ini terbuka. Dari berkopiah, dan bertudung labuh sehingga yang berseluar koyak rabak dan bertindik pusat. Ini adalah program KITA bersama.


Point vitalnya adalah Membentuk Cara Fikir.

Kursus Asas Jenazah

Ibubapa sekarang banyak memikirkan apa yang mahu ditinggalkan selepas mereka tiada. Mahu ditinggalkan rumah besar kepada anak, mahu ditinggalkan kereta mewah kepada saudara, mahu ditinggalkan gelang emas yang mahal kepada anak, tetapi mereka lupa.

Mereka lupa bekal untuk diri mereka sendiri disana. Apa bekalnya?

“Jikalau anak adam mati, putuslah segalanya dengan dunia, kecuali tiga hal, anak yang sholeh, amal jariyah dan ilmu yang bermanfaat” ( HR. Bukhari Muslim).

Saya pernah mendengar banyak kisah yang terjadi dikalangan masyarakat kita apabila mak dan ayah meninggal dunia. Bukan disibukkan dengan mengurus jenazah, tetapi berparang untuk merebut harta pusaka. Tidak sedikit, saudara bermasam muka, adik beradik putus saudara kerana HARTA. Kasihan kepada mak dan ayah, diimpikan anak mendoakan mereka, tetapi hakikat diatas muka bumi sebaliknya.

" Saya sayang ibu dan ayah saya"

Indah ungkapan itu, dan mudah diucapkan dimulut. Tetapi bagaimana dengan buktinya?

Salah satunya, adalah kita menjadi pemandi jenazah dan imam bagi solat jenazah ayah bagi lelaki. Dan bagi perempuan, anda seharusnya mampu dan mahu memandikan jenazah ibu anda. Itu antara bukti kasih sayang kita kepada mereka. Itu mak ayah kita, tetapi yang menguruskan mereka adalah insan lain.

"Tetapi saya tidak pandai"


Oleh dengan itu, IMAN akan mengadakan kursus pengurusan jenazah buat semua pelajar Muslim UNPAD.

Satu perkongsian yang saya boleh berikan. Bermanja dan berkasih sayanglah dengan ibubapa, selagi mereka masih hidup. Tidak hilang macho seorang lelaki tidur diriba ibunya, kerana itu adalah IBU sendiri. Tidak hilang ayu seorang anak perempuan mengucup pipi ayahnya, kerana itu adalah AYAH sendiri. Tidak sedikit anak-anak yang menyesal tidak melakukan semua itu, semasa masih hidup.

Zikr Maut!

Adakah anda yakin pasti, nafas seterusnya adalah milik anda???!!!

Nota 1 : Ingat mahu menulis article panjang, akhirnya jadi papan iklan pula. Layan jela.

Nota 2 : Setiap maklumat boleh anda dapatkan pada link yang saya sertakan.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

No comments: