Monday, 28 December 2009
Meluruskan Islamophobia
Saya mendapat satu soalan yang menarik untuk kita sama-sama kongsi dan mengambil manfaat. Sejujurnya, walaupun ia soalan dari non-muslim, tidak mampu saya nafikan persoalan yang sama juga banyak bermain difikiran orang Islam sendiri.
Jesus said do not kill your enemy, Islam says kill an apostate.
Jesus said do not stone, Islam says stone.
In malaysia u don't practise stone right.Then does it means that u ignore your prophet.
Bukan untuk bagi tarbiyah..no need ayat2 AQ yang banyak-banyak..i think its better for him to get the concept 1st..asap. Thank you
Anonymous ( Dengan sedikit pengubahsuaian pada tatabahasa soalan)
Pertamanya jawapan ini tidaklah saya rujuk kepada mana-mana Ustaz kerana ia sekadar memerlukan logik akal...sesuai dengan apa yang dipinta. Saya akan cuba sedaya upaya untuk memberi kefahaman dan penjelasan. Tetapi sebelum saya menjelaskan lebih lanjut, wajar dan elok saya mohon kita runtuhkan halangan prejudis terhadap Islam. Kerana adanya prejudis, penjelasan saya menjadi sia-sia. Luruskan niat untuk sama-sama mengambil manfaat darinya.
Awal soalan ini, saya jawap dengan melontarkan satu soalan ringkas. Adakah benar jesus mengatakan jangan bunuh musuh? Ralitnya dan hukum alam didalam peperangan, musuh itu perlu dihapuskan dengan apa cara sekali pun...nama pun dah MUSUH. Lainlah jika ada Islam menyuruh.
"Bunuhlah kawan kamu!"
Bukan sahaja kamu, saya sendiri pun tidak bersetuju dan menentang. Prinsip asas Islam ialah musuh itu tidak pernah dicari, tetapi jika bertemu musuh, berpaling undur bukan pilihan kami. Hakikatnya,orang bukan Islam itu sendiri hak mereka dijamin oleh Islam, selagi mana mereka baik dan tidak membuat musuh kepada Islam. Mereka dipanggil kafir zimmi. Maruah mereka, harta benda mereka, jiwa mereka bahkan darah mereka Islam lindungi. Mereka bebas untuk mengamalkan agama mereka anuti. Sejarah pernah membuktikan, Jerussalem apabila Islam membuka kota itu, tiada darah ditumpahkan walaupun setitis. Penganut Kristien dan Yahudi dijaga..Tetapi sejarah juga berbicara apabila Tentera Kristien memasuki dan menakluk Jerussalem, darah ummat Islam bergenang hingga ke paras lutut...
Bukalah sejarah, bukalah minda.
Tentang apostate (murtad)...Perlu anda maklum, bahawa setiap agama itu ada peraturannya. Dan wajar untuk setiap penganut agama itu mengikuti dan patuh dengan ajaran dan peraturan yang ditetapkan oleh agama masing-masing. Islam dengan peraturannya, Kristien dengan peraturannya,Hindu dengan peraturannya, Buddha dengan peraturannya. Keadaan sama juga berlaku apabila seseorang itu memeluk Islam, dia harus taat dan menerima hukum dan peraturan yang berlaku diatasnya.
Jadi, dalam Islam setiap orang yang keluar dari Islam perlu dibunuh...dan itu peraturannya. Dan contoh, jika peraturan agama Kristien mengatakan sesiapa yang keluar dari agama Kristien itu hukumnya bunuh...Kami sebagai muslim tidak mampu berkata apa-apa. Persoalannya, agama anda ada ke peraturan seperti itu?
Jika anda tiada, kami ada
Memang hukum rejam itu ada dalam Islam...namanya hudud. Hukum Islam adalah untuk mencegah, bukan menghukum. Tetapi kita perlu jelas, hukum Islam itu tidak akan dan tidak pernah berubah. Masalahnya sekadar, ramai orang mahu melihat sesuatu isu itu dengan pakej.
"Orang Islam atau Negara Islam tidak buat, jadi hukum itu tiada dalam Islam"
Itu salah! Orang Islam mahu ikut atau tidak, satu hal yang lain. Dan itu kelebihan hukum yang ditetapkan oleh Allah. Jika hukum manusia yang cipta, ia boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian nafsu manusia.
Oleh itu, sebagai orang Islam yang beriman dengan Allah dan Rasul yang beriman dengan hari akhirat, wajib kita berusaha agar undang-undang Islam ini ditegakkan... Bagaimana caranya? terserah kepada anda.
Takut Itu Semakin Tercabut
Sejak saya balik ke Malaysia yang kira-kiranya sudah dalam 4 hari, setiap hari...paling tidak, ada ada satu laporan bunuh, satu laporan rogol, satu laporan membuang bayi, satu laporan rompak.
Kenapa itu masih terjadi, sedangkan negara kita sudah mempunyai undang-undang yang mahu menyekat semua itu? Mengikut akalnya, adanya peraturan, tiadalah pelakuan salah.
Tetapi ia tidak berlaku di Malaysia, didunia jua...
Kenapa?
Kerana takut itu sudah tiada...
Manusia mencipta peraturan sebanyak manapun, hakikatnya ia masih tidak mampu menghalang. Peraturan dan gertakan, tidak lagi mampu memberi gerun dan takut kepada manusia. Jadi kita perlu hadirkan takut dan gerun itu, caranya adalah
Hanya dengan HUDUD!
Kita telah mencuba 52 tahun undang-undang yang kita sendiri reka, tetapi gagal. Kenapa tidak, untuk kita implementasikan undang-undang Allah pula. Kita mencuba pelbagai wasilah, sedangkan cegahan itu hanya datang dari Allah.
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu cegahan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” [al-Ma'edah 5: 38]
Takut itu perasaan hati.
Dan hati itu milik Allah.
Hanya hukuman Allah yang mampu menggerunkan HATI… tempat jatuh pandangan Allah.
( Ulasan ini dimurnikan dari article ini) http://saifulislam.com/?p=4870
Nota 1 : Lama sudah tidak menjawap soalan.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
alhamdulillah..penjelasan yg ckup baik dan membuka minda..
hukum Allah dan segala guideline dalam al Quran bersifat al haq iaitu kebenaran..bile manusia lari dari al-Quran,maka timbullah kebatilan..
sekarang pun dah terbukti yang hukum yg manusia ciptakan xmampu mencegah jenayah pun..renung2kan~..
p/s = tadi kwn sye ade bgtaw yg die bce paper,hukum untk penzina di msia hnya membayar wang denda..apekah?~..so,lpas byar,bole buat lagi??..
p/s 2 =bnyak2x doa smoga Allah melindungi kter dri perkara2x yg kufur..
Sue-so zina itu menarik untuk orang kaya...contoh jika berzina itu bayaranya Rm1000, jika orang miskin...sulit nak bayar. Jika orang kaya, silap2 berzina berpuluh kali tak pe...duit ada maa..
Cuba kita fikirkan jika undang-undang Islam.zina, jawapnya rejam... miskin ke, kaya berjuta ke..jawapnya sebat.
(omg..i baru je nak buat post about love and not fear in islam..muahahah)
someone asked me this question, so i want to hear your answer about this
Q= how come in the bible, its all about love, love your forefathers, love jesus, love everyone, but in the Quran kill the Jews, kill the apostates and all right. doesnt that make it difficult for people to change their religion if in the Quran it says a lot of things about fear and hate.
Nody-Maybe not answer, but to simply speak open space, mind space ...
Before going into a deeper discussion, I brought my one anologi.
There are three blind people, each of them holding the tail, ears, and stomach. So each of them will say, an elephant is long, round the elephant, the elephant is thin broad. They saw the elephant from their own perspective. Is that correct way?
Want to know Islam is peaceful or fearful, we need to know Islam itself. not from a friend, take the word from other friend. Other friend that from other other friend.
If we want to know, go to the source of the most true, namely Al-Quran ...
If there is war chapter war, obviously fierce.
If you have chapter love,
obviously sound soft.
Islam is the fierce?
I leave with a verse
"Whoever kills a human person was killed not because other people (not because qisas), or not make mischief on earth because, then as if he killed all mankind, and whoever preserve a human life, then as if it were preserve the life of all mankind. "Al-Maidah: 32
Bible verses and even there the war, destined I qoute verses that state and Kristien this cruel, that not fair right...
p / s: Islam itself means peace
whoa the best the BEST!
belajarlah islam dr al quran, wahyu Allah y hakiki, barulah kenal islam.
means..buka al quran dahulu sebelum buka kertas tulisan dan pendapat manusia...
jangan belajar islam dari lidah2 artikel y tak jujur dengan islam. Atau org kata islam begini dan begitu. y sesuai dengan selera hangpa kutip yang menyekat nafsu, hangpa lempak.
ye ke tak Dr Amad?
Balqis- saya balikkan pujian itu kepada Allah..
Segala puji hanya milik Allah...
Stay tune with amadanaksoleh =)
Miz- Walaupun sebenarnya masih tidak lengkap cara itu, tetapi untuk permulaan itu cukup...kajilah Al-Quran.
Dan saya yakin dengan mukjizat akbar Rasulullah s.a.w ini, mampu meruntuhkan islamophobia...
Jika mahu lihat Islam, lihatlah sumber asalnya, jangan lihat muslim!
i was kinda cried reading this entry.
"takut itu perasaan hati. dan hati itu milik Allah. hanya hukuman Allah yang mampu menggerunkan hati"
kalau takut dengan Allah, semua org pun tak buat salah. :)
May the implementation and the technical aspect of Islamic laws doesn't defeat the purpose of the law it self.Know and love Allah the Almighty.
Nadia- semoga mendapat manfaat darinya... Untuk menyentuh hati, kita sendiri memerlukan hati yang bersih.
Tempat jatuh pandangan Allah.
Maha benar kata Allah, pemilik segala hati =)
Kasim- Tidak mampu untuk mengatakan tidak
terasa mcm dlm klas agama..blaja undang2...
baru jek sem lepas blaja..hihi
Tora- ekekekeke
Post a Comment