Monday 8 February 2010

Pengembala Doktrin Bersama Ternakan Mad'u

Gambar Hiasan

Dihadapan kami sudah terhidang roti canai dan teh tarik. Masih berasap panas. Minum petang ditepi pantai memang menenangkan. Zikir alam sememangnya dekat dengan fitrah.

Sebenarnya saya tidak berseorangan. Petang itu, saya keluar berjumpa teman yang amat dikagumi dari segi ilmu agama dan akhlaknya. Orang soleh. Kesempatan petang itu, saya ambil kerana beliau akan berangkat ke Jazirah Arab untuk meneruskan pengajian Master dalam bidang fiqh.

Sembang punya sembang. Dari perkongsian hal pribadi masing-masing, ke isu negara dan ummah sampailah kepada isu gerakan-gerakan Islam di Malaysia.

" Akh, macamana enta kat sana? ada ikut mana-mana ke tidak?," saya bertanya.

" Erm...untuk sekarang ana suka dulu untuk seperti ini. Maksudnya tidak terikat lagi kerana ruang dakwah itu mengikut waqie' (keadaan) ana itulah yang terbaik. Akan datang itu, insyAllah mana-mana...Tunggu dan lihat," soalan yang diberikan sunggup santai tapi bermakna.

" Anta mahir dalam bidang fiqh, alang-alang sudah kita buka bab jemaah ini, ana nak tanya sikit. Ada orang kata, matlamat kita sama tetapi cara sahaja yang berbeza. Itu yang mereka kata, tapi hakikat kita lihat, masing-masing nak cantas sama sendiri...apa pandangan anta?," soalan provokasi dilontar.

" Itu ucapan dusta. Bukan salah dari segi ayat itu, tapi tindakan implimentasi ucapan itu adalah dusta. Matlamat mereka adalah berbeza, oleh kerana itu diterjemahkan oleh tindakan mencantas dan menjatuhkan," jawap beliau.

" Aik...matlamat berbeza. Biar betul syeikh... Kebanyakan dari mereka guna silibus dari IM (Ikhwanul Muslimin). Jemaah lain-lain tapi sumber silibus biasanya tidak jauh beza," terang saya. Pening sikit.

" Oklah...mereka berjuang itu mahu meninggikan JEMAAH atau meninggikan ISLAM? Memang jemaah dan Islam itu berkait, tetapi ada masa kita perlu clearkan ini menjadi dua entiti yang berbeza yang diadili dengan case by case," beliau menjawap dengan soalan.

Saya terdiam. Usaha untuk memproses ayat beliau. Terfikir...

" Mereka ini berjuang untuk Islam atau jemaah. Nak LEBIHnya pada jemaah dari Islam," terdetik dalam hati.

Akhirnya ia terjawap. Terjawap bukan dengan jawapan beliau, tetapi dengan tool yang diberikan. Tool yang boleh saya lekatkan pada semua situasi untuk diproses mengeluarkan jawapan.

Islam first!

Kisah PERMAI

Untuk sebelum-sebelum ini saya masih menganggap ia sekadar angin lalu. Walaupun terserempak dan diserempakkan dengan kisah yang sama persis, cuma yang berbeza adalah pelakonnya sahaja. Jemaah juga berbeza-beza. Kisahnya tetap sama. Oleh kerana itu, saya lebih suka menumpukan hala tuju article ini kepada pelakon-pelakon bukan kepada jemaah mana-mana.

" Kenapa tidak datang ke PERMAI, best tau datang sini ," cerita dibuka.

" Erm...ada kak naqibah tidak bagi datang."

" Kenapa kak naqibah tidak bagi datang...inikan program yang bercakap soal Islam."

" Erm, kak naqibah takut apa yang kami faham bila datang PERMAI jadi pening balik."

" Huh...itu bukan faham..itu bodoh namanya!," hati saya panas.

" Kak kata, silibus kita berbeza. Jadi tidak boleh pergilah."

" Aik, bila masa pula yang PERMAI ada silibus ini."

" Entah. Apa yang berbeza pun saya tidak tahu, tapi berbeza."

" Apa yang bezanya?!!!."

" Ala...jangan tanya saya banyak-banyak, saya tidak tahu. Tanya kak naqibah la."

Perbualan terhenti setakat ini. Datang didalam minda...

DOKTRIN!

PERMAI yang permai

Bukan itu kali pertama saya mengalami pengalaman seperti ini. Sepanjang belajar di Indonesia, sudah beberapa kali hadapi kisah sama dari kelompok insan yang sama, dari jemaah yang sama. Salah tarbiah? Salah Jemaah? Salah individu? Saya masih mencari jawapan. Rupanya kisah itu persis dengan pengalaman speaker PERMAI, Ustaz Hasrizal.

" Ana terkilan sungguh dengan mereka. Bukan ini kali pertama ana di"pulau"kan oleh oleh jemaah yang sama dan modus operandi juga sama. Ana pernah kena di Ireland, Australia dan beberapa tempat lagi...Terkilan ana," luah Abu Saif.

Sentiasa berkongsi cerita

Kita mungkin mempunyai satu perbezaan, tetapi pada masa yang sama kita mempunyai ribuan persamaan. Kenapa perlu lihat yang perbezaan nan satu sedangkan persamaan saujana mata memandang banyaknya. Seolah-olah, terlibatnya kita didalam dunia dakwah dan tarbiah ini dengan satu tujuan itu MENGEKALKAN perbezaan itu walau apa juga yang terjadi sekali pun.

Yang penting...berbeza!

Demi Allah, ia adalah satu kemalangan dalam menentukan halatuju dakwah dan juga merencatkan usaha merobohkan temboh jahiliah "Konstantinople" yang semakin membarah didalam masyarakat.

Walaupun pengalaman pribadi, ia datang dari kelompok yang sama. Saya perlu adil dalam menilai. Dan nilaian itu, penyakitnya ada pada kebanyakan jemaah.

" Ini jemaah tertua...jadi ini lagi syarie'!"

" Politik...politik...tarbiah ye idak. Ingat kalau abaikan tarbiah hancur semuanya. Aku lebih tumpukan tarbiah!."

" Owh, dia tidak datang sebab takut menjadi perhatian pula," anak buah merasakan naqibnya sehebat-hebat makhluk. Sombong!

Sini terajang sana, sana terajang sini.

Sini lempang sana, sana lempang sini.

Sini peteh sana, sana peteh sini.

Kawan sebelah bermaksiat...

Doktrin Dalam Beragama

Perlu kita sedar, agama Islam itu tidak perlu kepada doktrin. Itu tidak betul, ini salah, ini pening, itu seleweng, itu dan itu.

" Kamu perlu terima ini dan ini...jangan dengar yang lain sebab yang lain itu salah!"

Satu kerugian bagi ummah jika daie' sendiri mengamalkan doktrinisasi. Jika saya berada dalam satu jemaah, dan didoktrin cara fikir, percayalah tidak sampai seminggu saya akan keluar. Saya tidak dapat menerima mana-mana insan yang cuba mencetak insan yang mencari agama dengan cara doktrin.

Contohnya, kita mengajar semua dalam buku. Jadi mereka cukup mahir dalam mengupas buku itu. Tetapi kita lupa mengajar cara membaca buku, jadi bila diserahkan buku yang lain. Mereka terpinga-pinga untuk membaca dan mengambil nilai dari buku itu. Jadilah...

" Ala...jangan tanya saya banyak-banyak, saya tidak tahu. Tanya kak naqibah la."

Berilah mereka kebebasan berfikir, memilih dan mencari agama. Kerana itu lebih bermanfaat di kemudian hari. Jika salah, kita nasihat perbetulkan. Mereka memerlukan alat membuat keputusan bukan membuat keputusan bagi mereka.

Sejarah Eropah, pernah mencatat. Apabila doktrinisasi ini diamalkan meluas oleh golongan gereja, masyarakat pada masa itu kecewa dengan senario itu yang menolak belakang kebebasan cara berfikir. Mereka bangkit bukan sahaja menolak paderi bahkan akibatnya lebih buruk dari itu. Agama Kristian ditolak sama sekali dalam penentuan hidup mereka.

Memang ia sejarah mereka, tetapi anda cukup pasti ia tidak akan berulang kepada agama Islam jika kita memandang enteng dan remeh sisi hitam ini.

Muslim lari dari Islam kerana daie'...

Kecelakaan bagi ummah!

Merdeka Minda, itu Islam

" Apabila kita lafazkan ungkapan La Ilah… ia menjadi teras kepada sebuah pembebasan. Membebaskan diri dari diperhambakan oleh diri yang lain. Jangan lagi ada manusia yang cuba menindas manusia lain.. La Ilah menyuntik pembebasan.

Akan tetapi seorang Muslim melaungkan La Ilah demi keluar dari penindasan dan perhambaan, lalu diikat kepada IllaLlaah! Bahawa kita keluar dari perhambaan bukan kepada menjadi Tuan. Kita keluar dari perhambaan sesama manusia, kepada pulang menjadi hamba kepada Dia, Allah Tuhan yang Maha Mencipta. "

( Petikan article Abu Saif : Beragama Tanpa Tuhan)

Kudis Orang Tua

Jika kita cermat mengamati kisah-kisah jemaah orang dulu-dulu, kita akan mudah dapat mengesan mereka mempunyai sejarah luka sesama sendiri yang mendalam. Itu sejarah mereka dan kita hari ini bukan sebahagian dari luka itu.

Tanpa menyalahkan orang tua, kita sepatutnya membiarkan kisah sejarah mereka meredam sejuk dengan perginya mereka ke alam fanaa. Kita buka sejarah baru, sejarah damai bagi ummah.

" Orang tua-tua biasanya banyak penyakit. Kencing manislah, darah tinggi la, rabun matalah...biasalah tu. Yang boleh ubat, kita ubat. Yang tidak boleh ubat, kita mengambil iktibar."

Kita adalah generasi baru, generasi yang tidak mengalami dan terjangkit luka itu. Jadi kelebihan kita untuk membuka satu lembaran baru dalam perjuangan ummah. Perjuangan bila dimasukkan agenda pribadi akan rosak binasa. Hilang matlamat, akhirnya hilang momentum ummah. Jadi amat rugi potensi yang kita ada ini, apabila kita memanggil-manggil parut itu supaya lekat pada badan. Akhirnya putaran sejarah kelam 70-an dan 80-an generasi atas kita diulang oleh kita. Generasi muda!

Kembali ia masuk kepada persoalan sikap.

Saya menginsafi hal ini, dan sekarang sinar itu wujud di Bandung. Kami bukan terbaik, tetapi sekurang-kurangnya kami tengah cuba. Kerana kami percaya...

Harapan itu ada masih ada


Berubahlah!

Nota 1 : Mahu menulis pengalaman -ve menjadi sesuatu yang sebaliknya, itu mujahadah.

Nota 2 : Mad'u itu dalam bahasa laymannya, ialah target dakwah kita.

Nota 3 : Terbuka untuk melontarkan pandangan tetapi elakkan spesifik kepada mana-mana insan.

Nota 4 : Mungkin ini bukan article solusi kepada masalah yang kita hadapi, tetapi izinkan ia menjentik minda.

Nota 5 : Komen Isu Perak ~Tembok Konstantinople bukan dirobohkan dalam 50 tahun, tetapi 800 tahun. Jadi terlepasnya Perak, menjadi satu peringatan keras dari Allah supaya lebih pejuang memperkasakan Syariatullah dan juga menambah Sunnahtullah...Jika dua syarat ini dipenuhi, bukan sahaja Perak atau Malaysia bahkan satu dunia damai dibawah panji...Islam. "Kamu pulang, aku pulang," kata Allah~ Kes Perak, memanggil muslim pulang~

Nota 6 : Untuk memastikan article ini on track. Ingin saya tegaskan, ini bukan article menolak jemaah, bukan article penyatuan jemaah. Ini article sikap, kerana tidak ramai mahu sentuh dari sudut ini.

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

33 comments:

Siraj said...

cantek sheikh.. sokong idea yang anta cuba sampaikan..

-

buntu said...

"matlamat sama ttp cara kite berbeza, padahal dua2 belah pihak saling melagakan"...menarikk...situasi ni ada kat mana2 terutama dlm politikk,,ia bkn la matlamat yg sama kalo hendak menangkan jemaah seniri, smpi kekdg menggunakan cara yg kotor utk menmpkkan diri sendiri bersih, org laenn kotor...hmmmph...siann kt adik2 yg dibantutkan cara berfikir oleh "mereka" ini. deme ni takoot kalo buat menda yg dilarang jemaah akn ditegoor dan kena torture (mcm zmn sek plak kena torture ngan senior..hahaa)
p/s :inila article pasal doktrin ngan mad`u tuh.. i see.. =)

incik said...

slm.setuju....berjuang uyk islam..bukan utk jemaah,,tp mslhnye..ramai lebih2kan jemaah dr islam..ssh betul bile ade yg suke nk mengikat lebih2 dlm jemaah,walhal klw di luar jemaah skalipun,tetap utk islam..

Dr Amad said...

Siraj- Thanks bro...baby ape kabo?

Dr Amad said...

Buntu- Adakah untuk faham apa itu Islam perlu kepada pendekatan torture? Ingatkan ISA je ada torture macam ni...

p/s: Yup inilah...you see...

Dr Amad said...

Incik- Makan berpada, tidak boleh banyak dan tidak boleh terlampau sendiri. Kedua-duanya buruk padahnya.

Izin saya betulkan, sebenarnya tidak menolak perlunya kita berjemaah. Banyak ulama telah memberikan pandangan tentang keperluan ini.

Tetapi ramai dari kita hilang priority dalam berjuang. Lebihnya tang jemaah, bukan dari Islamnya.

Itulah sari pati article ini...

Ahlan incik ke amadanaksoleh =)

musafirtibbi said...

Assalam

nice entry.
Tp perasan x yang masalah2 doktrin dan pulau2 program ini lebih banyak terjadi di pihak akhawat. jadi juga di pihak ikhwah tetapi lebih banyak di pihak akhawat..tak kirala jemaah mana pon.

Muungkin ini perasaan sendiri shj.

Dr Amad said...

Farid- Ia tidak ia juga ya...ambe baru perasan trend ini. Terlebih semangat kot deme tu...

Nanti nikah, idak ya macam itu. Jemaah kemana, Ummah kemana...yang tahu semasa itu "tumbuk sambal belacan"...

Time belajar bukan main duk main melangkah kepala orang...

buntu said...

nope,,torture hanya akn menyebabkan org itu menjauhi agama...
utk farid nazmi...saya mempunyai perasaan yg sama ngan anda...ye, rasanya banyak di pihak akhawat,,

Dr Amad said...

Buntu- Persis dizaman institusi Gereja mencengkam masyarakat Eropah...

Dr Hana said...

"Kita mungkin mempunyai satu perbezaan, tetapi pada masa yang sama kita mempunyai ribuan persamaan. Kenapa perlu lihat yang perbezaan nan satu sedangkan persamaan saujana mata memandang banyaknya. Seolah-olah, terlibatnya kita didalam dunia dakwah dan tarbiah ini dengan satu tujuan itu MENGEKALKAN perbezaan itu walau apa juga yang terjadi sekali pun."

Setuju 100%. Berada dalam mana-mana jemaah sekalipun tak patut membantutkan pemikiran kita. Tak mungkin jemaah yang kita sertai itu akan sempurna kerana ia dimulakan oleh manusia juga. Jika tidak banyak, sedikit pun pasti ada kekurangannya.

'Jika berbeza fikrah, maka takkan mungkin bersatu' ?
Lalu bagaimana hendak bersatu seandainya dari awal tidak mencuba mencari persefahaman...

Ramai yang berada dalam jemaah sebelum mempelajari adab-adab berjemaah terlebih dahulu. Lalu kita lihatlah masalah2 yang timbul.
Salah jemaah? atau salah orang dalam jemaah? Fikirkan...

Tertarik dengan kata2 seorang hamba Allah, zaman 80-an adalah zaman pertelingkahan antara jemaah, dan sekarang adalah zaman
toleransi dan mencari persamaan antara jemaah2 yang ada.

Jika kita tidak mengikutinya, kita sebenarnya dah ketinggalan zaman!

p/s: Banyak pada akhwat ye.. Mungkin sebab akhwat ni terlebih emosi...Orang perempuan kena kurangkan emosi, kerana emosi dalam dos yang berlebihan kebanyakkannya memakan diri..huuhu

Maaf panjang sangat...asif
Wallahu al-mustaan

||Aku Pemikir|| said...

perjuangkan islam atau jemaah??

aku suka topik tu.. :)

sambalgorengikanbilismakchah said...

"awak kate saya lembu?"

"eh, tak,bukan lembu. macam lembu"

ummujannah said...

Salam..
nice one!
isu indoktrinisasi manusia..ermm bukan hanya pada agama..tapi bercakap dlm skop yang lebih kecil kita sebagai seorang pelajar,lagi2 pelajar medic yang diperlukan banyak berfikir dan menilai..fikir2kan..

takkan sebab kak naqibah kata tak payoh gi permai..pah tok gi..aduss..berat sungguh!

yoyo:Perjuangkan Islam atau Jemaah..tulislah entry dibwh tajuk tu..!:)

menarik2!

Unknown said...

Teringat kata-kata Prof. Dr. Tariq Ramadhan waktu Keynote Lecture tentang Muhammad Asad di Suruhanjaya Securities tempoh hari;

"Tolerance itself is not enough, we must respect each other! Respect!"

Dr Amad said...

FY-Jemaah itu wasilah dan kekal sebagai wasilah bagi orang yang tahu letak ditempat yang betul.

Ia ijtihad manusia, dan bila berbicara soal manusia,,,ia tidak terlepas dari kekurangan. Kita boleh bangga, hebat dari sudut ini. Tapi mesti ada sudut lompong dibelah lain.

Semacamana kita tidak suka orang membebelkan sudut buruk kita, begitu juga kita perlu tutup sudut buruk orang lain.

Zaman itu boleh berulang dan boleh juga dibuku lembaran baru...Tergantung pendukungnya =)

Bagi saya...

Harapan itu masih ada!

Dr Amad said...

Yoyo- Suka? acu cuba kupas tengok

Dr Amad said...

Sambal bilis- Masih ingat dialog itu ek...=)

Lapo pulak main sambal2 bilis ni...

Dr Amad said...

Kak Tasha- Teringat doc-doc latih kat tutor agar tidak menerima sesuatu bulat-bulat. Mereka push dan push sampai tension nak pelempang kawan sebelah..hehe.

Saya sebenarnya masih menghormati alasan insan yang tidak mahu pergi PERMAI jika alasan itu yang dia fikir sendiri dan bukan dibuat-buat. Bahkan jangan biarkan kak naqibah buat keputusan bagi diri. Itu memang tidak boleh blah...

Dr Amad said...

LittleCaliph-

" Eh, saya dengan dia baik je...mana ada gaduh, mana ada rebut anak usrah...tengok saya salam dan senyum dengan dia."

Itu depan...


Belakang 'terajang', 'penampor', memburukkan-burukan...

Respek itu bukan sekadar senyum dan kenyit mata, tetapi perlu dizahirkan oleh tindakan yang lebih konklusif...

Dan itu sukar kita dapat dari silibus melainkan dari dalam itu sendiri.

Respect!

Dr Amad said...
This comment has been removed by the author.
farid ramli said...

Salam akhi,

Cantik artikel ni. Cuma antara taksub jemaah dan anti jemaah je tiba-tiba muncul kat komen ni. Menolak taksub jemaah bukannya anti kepada jemaah.

Kadang-kadang bila ada jemaah-jemaah ni, rasa serba salah. Ikut belah ni, yang tu terasa, ikut yang lagi satu, yang lain pula terasa. Last-last baik takyah ikut mana-mana (ni main-main je):)

Lagi-lagi bila tiba-tiba diri sendiri kne tuduh taksub. Hai dunia-dunia..

Mungkin naqib yang perlu didoktrin dalam kepala sendiri dengan "Islam matlamatku, jemaah wasilahku" sampai tepu, jangan terbalik pula.

Dr Amad said...

Farid- Wslm akh...

Benar kata anta tu...ana perasaan dan kerana itu ana tambah note 6 untuk memastikan article on track. Ulama pun menyeru supaya berjamaah, tidak mampu ana yang entah apa-apa ini mengatakan sebaliknya.

Pakai baju biru tak kena, pakai baju merah tak kena, pakai baju kuning tak kena...alih-alih tak pakai baju...kemalangan sungguh =)

Kena tuduh? biarkan mereka menuduh...itu baru pejuang!

ratuinfaz said...

berlainan matlmat..saya x tahu sgt..huhuhu..tapi it looks weird..rasa xsdp ati n bila bdk2 bdg x terima,lg x sdp ati....neway..good to know...matlamatnya sama walau cara berbeza..one of my closest frens in that "area".....:)
salam ziarah!!!
x suka ngat bc blog tapi bila dh baca..habis semua dibaca..hihihihi

Dr Amad said...

Intan- Pada awalnya berbeza hanya pada pendekatan dan cara tetapi mempunyai matlamat yang sama.

Itu dulu...

Sekarang apabila faktor manusia berperanan, ia menjadi cara berbeza dan matlamat yang berbeza.

p/s: Ingatkan nak bagitahu tidak suka baca blog ni...cuak...huhuhu.

hamba sedih said...

salam...
akhirnya,baru terjumpa artikel sebegini(dr pemeerhatian sy lah)=).biar sy tumpu pd situasi di bandung ni lah.
sy sedih betul bila kawan baik sy bergaduh dgn sy sebab isu ni.selepas kejadian berdebat tak habis2 dlm isu ni,sy dh tak berani nak bercakap pasal isu ni dgn dia.kawan sy ni masuk jemaah yang "satu" nilah.masalah terjadi bila kami berbiacara ttg hal agama,berlaku byk kekeliruan drpd saya dan kawan sy tu.lepas tu,mula berdebat dan bergaduh yg tak bersudah.
apa yg sy terkilan,apabila berlaku kekeliruan pada kawan sy,sy dpt menerangkan dgn baik,ttp apabila berlaku kekeliruan di pihak sy,dia tak mampu menjawab dan menerangkan.sama shj jawapannya,
"tak ada dlm modul yg kami belajar,ATAUPUN,belum smp modul 2"
(pdhal sy bertanya ttg isu2 simple dlm modul terkininya)
"tak tahu nk explain macam mane,ko kena ikut dr awal bnd ni.mcm aku ni,dh faham"
(klu mcm 2,maknanya,kawan sy tak faham apa yang dia belajar selama ni sbb dia tak tahu nak explain sbgmana naqibahnya explain
"ko jgn tny byk2.aku pn tak tahu sgt.klu tny akak tu,tahulah"
-bila sy nk belajar modul 2 dr awal,dia refuse pulak,kata ssh nk faham,ape ni~
saya dh malas nk tny dia byk2 sbb dia pernah tuduh sy yg sy ni dh terpengaruh dgn jemaah yg di bandung smp sengaja nk provoke dan kenakan dia.takkanlah sy nk buat mcm tu kat dia.dia tahu yg sy dh lama kawan dg dia dr sekolah dlu smp sekarang,kawan baik sy pulak tu.sy tny isu2 tu sbb corcern dan mahu mnyertai apa yg dia belajar.alih2 ini pulak jadinya.
masa permai diadakan,timbul juga isu jemaah ni spt yg abg Amad tulis,"tak dtg sbb takut nnt tak paham n kitorg pn dh ade xtvt mase 2"
-takkanlah jemaah dia buat program masa permai(PERHIMPUNAN MAHASISWA ISLAM SE-INDONESIA).inilah peluang student kat indonesia ni nk berjumpa dan berkenalan.lgpn,permai ni dh rancang bertahun2 sblm tu,jadi,tak timbul soal tertindih program.
nampak sgt jemaah sana mahu tertutup dan ekslusif(wah,jahatnya!yelah,siapa suruh buat macam tu,kan dh fikir bukan2).bila disentuh soal ini,mereka bilang,"sama mcm method Nabi dulu,wat jemaah sikit2 scr tertutup spy ade 'core' dia"
-bg saya(klu salah,betulkan),itu masa zaman Nabi,sekarang tak sama sbb sy bukannya jahiliah yg nk tentang n lawan dia,tp yg nak faham dan belajar
bila suruh buka caw di bandung tak mahu dgn alasan org bandung taknak terima,susah nk difahamkan(KE SUSAH NAK DOKTRIN?),dh ada jemaah sendiri,org bandung sombong,tak cukup naqib,fokus J*****a dlu etc...aduhai,nampaknye,sy dh kerja,kahwin,dah ada anak br sy dapat apa yg diorg nk sampaikan.kan dah rugi zaman muda sy..huhu=P
apa2 pun,ni luahan hati sy,n saya harap supaya abg amad dpt komen n bg tips mcm mana nak berbaik semula dg kawan baik sy ni.salam~

Dr Hana said...

Allah..sedih pulak bila baca komen di atas. Tak berkesudahan lagi rupanya.
Kenapa ya?

*bersangka baik itu selemah-lemah ukhwah*

Sombongkah kami? Kami tak sempurna.tapi kami berusaha...
Maaf jika lari daripada tujuan asal artikel. Tapi cuma agak terkilan..
Terlalu banyak sangkaan, tanpa cuba membuka pintu komunikasi.
Ampunkan kami ya Allah

Wallahul musta'an

Dr Amad said...

Hamba Sedih- InsyAllah akan saya kupas hal ini dalam article...

Ok, saranan pertama saya untuk selesaikan hal ini, saudara/i harus menjadi HAMBA GEMBIRA... =)

Dr Amad said...

Ummufurqan- Pasal itu saya nak cari kak naqibah tu...nak buka ruang 'komunikasi' sikit.

Payah betui, orang yang tuhannya jemaah ni.

nisa_taQwa said...

hahaha...x rasa lawak..tapi nak gelak.. isu jemaah ni hanya membantutkan langkah untuk islam maju kehadapan....isu yang sama setiap tahun...masing2 mahu menunjukkan mereka yang terbaik dalam menyampaikan risalah...

pandangan orang yg memerhati isu ini dan x terlibat dengan sebarang persatuan...secara peribadinya, saya bersyukur ramai sekarang mencari agama, dlm pada masa yg sama,sedikit simpati melihat org yg mencari agama,join jemaah mana2 dan mengikuti secara melulu..akhirnya melahirkan fanatik dgn jemaah mereka..lupa bahawasanya islam itu mudah dan x membebankan, bila ada khilaf pendapat, bgn mengatakan mereka yg plg benar.

mungkin salah satu sebab saya masih bebas dari sebarang ikatan dengan mana2 jemaah@persatuan

berjemaah itu baik, saya mahu jadik ahli semua jemaah yang membawa Islam, selagi mereka berpaksikan Islam, saya akan bersama2 mendukung dan menyokong secara tidak langsung..yeah...saya lagi suka solo, masih belum mahu terikat~

dr.radzi said...

sheikh, jgn lupa komen sikit bab pening pilih baju takmo pakai baju sheikh!!=)

Dr Amad said...

Nisa- Saya rasa anda cukup matang dalam untuk meletakkan sikap tentang hal ini. Pilihan ditangan anda... =)

Dr Amad said...

Dr Radzi- Jelas dinyatakan di nota 6, so far masih on track...jika menyeleweng, samaada diperbetul atau dicantas sahaja...