Tulisan beliau sudah saya ikuti sudah 4 tahun. Semasa datang ke Indonesia, saya mempunyai beberapa masalah terutama memilih cara yang tepat untuk beragama. Tulisan beliau diperkenalkan oleh teman, dan terus jatuh cinta. Idea dan pandangannya segar dan sama wavelength dengan pendirian saya. Saya menjadi pengomen tegar diblog beliau tanpa dia kenal siapa saya.
Saya berazam untuk bertemu dengan beliau pada satu hari nanti.
PERMAI 08 di Jogjakarta menemukan saya dengan insan yang kagumi ini.
" Salam ustaz...ustaz apa khabar?," tanya saya. Masih malu-malu dan terkejut...
"Waalaikumusalam...alhamdulillah sihat. Apa nama enta?," tanya Ustaz Hasrizal santai seolah tiada gap antara kami.
" Nama saya Ahmad Fahmi, ustaz boleh panggil Amad. Kalau diblog Ustaz, sayalah Ibnu Aiman," jawap saya.
" Laa...ini ke Ibnu Aiman tu...dah banyak mengomel kat blog ana, kat Jogja pulak kita jumpa," seloroh Abu Saif.
Di PERMAI Jogja saya antara peserta awal yang bertemu dengan beliau, lantaran peserta lain keluar untuk membeli belah. Jadi banyak hal kami bualkan dan sudah semestinya segan itu menebal pada diri saya.
Pagi itu, usai subuh peserta PERMAI Jogja sudah kembali ke bilik sedangkan saya dengan beberapa teman berbual-bual dengan Abu Saif. Dari isu negara, pengalaman beliau semasa belajar sampailah ke bab nikah kahwin. Disitulah lahirnya article kahwin semasa belajar.
Sejak dari itu, agak sering saya berhubungan dengan beliau bersembang santai mahupun membincangkan isu-isu yang serius. Dan beliau juga antara 'pendesak' yang berjaya mendesak saya menjadi blogger hingga lahirlah amadanaksoleh.blogspot ini.
" Enta ada idea...rugi kalau tak dikongsi dengan sahabat-sahabat lain. Salah takpa, kita baiki," pujuk beliau.
Jadi sudah menjawap soalan kenapa saya kelihatan rapat dengan beliau di PERMAI 10 ini. Bukan kerana kami adik beradik, bukan juga kerana kami muka bulat.
Cerita PERMAI 10
Usaha PERMAI bukanlah bermula beberapa bulan sebelum acara, ia sudah bermula setahun yang dulu lagi. Saya ditugaskan oleh teman untuk berurusan untuk bincang sudi atau tidak Abu Saif menjadi speaker dan juga menetapkan modul dan tajuk yang perlu dibawa.
Bincang punya bincang...
Tahun 09 tergendala kerana beliau ada perjanjian dengan keluarga. Dan masuk sahaja tahun 2010, terus program ini berjalan.
Saya ditugaskan menjadi penasihat dan pemantau bagi biro dana dan tugas semasa PERMAI berlangsung adalah PA kepada Ustaz Hasrizal. Jadi tugas saya berjalan sebelum program berlangsung lagi.
Pada hari Khamis, cadangan awalnya ke Bandung hanyalah pada waktu petang untuk mengambil Ustaz Hasrizal di Bandara Hussein Sastranegara dan dibawa pulang ke tempat penginapan sementara di "markaz tarbiah" Cikuda. Awang memaklumkan supaya bertolak ke Bandung awal kerana perlu menyelesaikan peserta dari Palembang yang sampai awal.
Jadi saya ditinggalkan dahulu di rumah Mohsein, disana ada sudah dua orang sahabat dari Surabaya, Abu dan Fahmi. Mereka adalah alumni PERMAI Jogja. Saya tinggal di rumah Mohsein sampai ke petang sehinggalah sampai masa untuk mengambil ustaz. Mendukacitakan penerbangan ditunda dan kami hanya mengetahui selepas sampai ke Bandara. Mengambil keputusan untuk pulang dulu ke Jatinangor.
" Mung gie la amik ustaz...aku set up tempat tido dan dinner ustaz jela kat sini...bila ustaz dah sapa, royaklah ke aku deh," saya menarik diri untuk pergi ke Bandara untuk kali kedua, dan lebih menumpukan tugas untuk menyiapkan tempat dan makanan ustaz.
Syukur, Allah kurniakan saya adik-adik yang baik dan pandai memasak. Terima kasih warga Casa Pelangi.
" Kome masak sedap-sedap deh...duit jangan risau, ProCAD support. Untung sedap, ustaz puji dalam SIO...saham kome naik," saya berseloroh.
Ustaz sampai ke Cikuda sudah agak lewat.
" Assalamuaikum ustaz...Ahlan...kumaha damang?," saya bersalaman dan berpelukkan. Sudah lama tidak ketemu.
" Waalaikumusalam...alhamdulillah...hah damang? Apa tu? ," ustaz bergurau.
Barang-barang disimpan ke tempat penginapan dan makan malam dirumah saya. Selesai makan, seperti biasa rehat sambil sembang bertanya khabar.
Pagi Jumaat, saya menjemput ustaz dibilik untuk solat subuh dan selepas itu bersiar-siar ke UNPAD melalui jambatan cincin sampailah melewati Bale.
" Jambatan ini, Belanda yang bina. Tinggi dan sesuai untuk orang bunuh diri frust bercinta," terang saya sambil berseloroh.
Jalan dan terus berjalan.
Diikutkan hati Gapo, mahu dia bawa ustaz pusing satu UNPAD tetapi dihalang saya sebab ustaz sudah tercungap-cungap. Kang tidak pasal-pasal tiada penceramah untuk PERMAI. Ustaz ada asma.
Selesai bersiar-siar, kami ke pulang ke rumah untuk makan pagi cekodok bujang naqi. Sedap kata ustaz...Kalau sudah perut berkeroncong, semua sedap. Tolak batu dan kayu sahaja.
"Asyik-asyik lelaki je boleh sharing dengan ustaz. Kami pun nak tanya juga!," muslimat mengomel kepada saya.
Saya bertanya kepada ustaz, sudi atau tidak untuk sharing dengan muslimat.
Greenlight!
Tetapi selagi beliau ditemani oleh kaum sesama jenis. Jadi tugas saya membawa dan mengikuti program sharing beliau bersama ustaz. Sambil ustaz cakap, sambil saya makan kerepek dan minum teh susu...hehehe.
Islam memanggil muslim pulang
Tengahari itu beliau berehat sebentar dan dalam jam 2pm bertolak ke tempat program, Politeknik POS Bandung. Perut berbunyi lagi minta diisi lantaran belum makan tengahari. Jadi singgahlah ke Restoran Makcik Gelek ( Makanan Sunda).
" Aiseh ustaz...pinangan ana ditolaklah...deme bagi ana teh tawar tanpa gula," saya berseloroh.
Teringat kisah pengalaman ustaz menceritakan budaya orang Turki apabila ingin menolak pinangan. Jika terima, balasnya dengan kopi manis. Jika ditolak, dihidangkan dengan kopi tawar.
Faham-faham sendirilah ye...
Acara PERMAI bermula pada malamnya, saya ditempatkan bersama ustaz dalam satu kediaman. Mudah untuk saya menjalankan tugas, hanya perlu ketuk pintu bilik dan memaklumkan pada ustaz aktiviti.
Mengujakan apabila semua peserta bersemangat menyanyikan lagu ini
Untuk awal, pergi dan balik dari tempat ceramah akan diiringi oleh saya. AJK lain sibuk ditempat penginapan peserta manakala saya menemani ustaz kemaskinikan slide program dan menjadi teman berbual.
Acara berlangsung, ustaz seperti biasa memberikan segala apa yang ada dengan bersungguh-sungguh. Dan malam itu dia kelihatan amat keletihan. Dan itu semua dia tidak tunjukkan ditempat program. Saya membiarkan dia berehat untuk slot terakhir pada esok pagi.
Acara selesai pada hari Ahad, saya seperti biasa ditugaskan untuk mengambil gambar majlis. Alhamdulillah lancar, dan peserta berpamit pulang. Ustaz berdiri dan menghantar kebanyakan peserta sehingga menaiki bas.
" Kalau ana dulu, bior dia tidor puas-puas lepas program. Dia biasa ada post-ceramah syndrome. Jadi kita bawa pulang ke Cikuda petang jelah..bagi ustaz rehat dulu," Ustok memberitahu.
Jadi beliau dibiarkan berehat sampailah lewat petang baru dikejutkan untuk pulang kembali ke Cikuda.
"Macamana ustaz, sudah ok?," tanya saya.
"Alhamdulillah, sudah agak segar sikit," jawap ustaz dengan suara sedikit serak. Ustaz dan kami antara orang yang terakhir yang meninggalkan tempat program. Malam sudah menjelma.
Singgah ke stesen keretapi untuk menghantar sahabat Jogja dan seterusnya makan dan pulang.
Mohsein memandu
Awang disebelah
Saya dan ustaz dibelakang
Dan ustaz seperti biasa, bercerita dan bercerita. Dari kisah zaman belajar sampailah cerita jin Al-Arqam dengan tape nasyid.
Hari Isnin, kami tahun ke 4 sudah mulai kuliah. Jadi jawatan PA diserahkan kepada Mohsein untuk membawa ustaz pusing satu Bandung.
Dan didewan kuliah...
Gapo mata merah
Radzi tersengguk-sengguk
Saya pula pening kepala
Letih dan tidak cukup tidur.....
"Habis ustaz kami "lenjan"...Dari kawah atas takuban perahu jalan sampai ke bawah kawah. Tercungap-cungap dia. Dahlah jungle trekking pakai baju melayu," Mohsein menceritakan kisah menjadi pemandu pelancong ustaz.
Pusing Bandung sampai lewat petang, dan perlu pulang ke Cikuda sebelum Isyak kerana ada sharing dengan IMAN dan BAIK.
"Ana rasa, datang Bandung berat ana turunlah...asyik duk perbetul seluar je ana sejak mai sini," ustaz berseloroh.
" Hehe...kami kena jaga ustaz baik-baiklah...makanan perlu berkhasiat. Jangan rosakkan program diet Kak Muna tetapkan...karang, dia sekeh kami!," ketawa kami pecah.
Hari Selasa adalah hari terakhir ustaz di Bandung. Saya, Mohsein dan Awang menghantar beliau ke Bandara. Disana, sudah ada Radzi dan Gapo menunggu. Selesai semua urusan check-in barang, ustaz keluar. Kami singgah dikedai kopi sementara menunggu panggilan masuk untuk ke Malaysia.
Bila sudah berkumpul, kami saling berkongsi cerita termasuklah XOXO teman...ahaks!
Anak buah Tony Fernandes sudah memanggil, kami saling bersalaman dan berpelukkan.
Satu demi satu...
Sampailah ke giliran saya...
" Maaf bebanyak ustaz, ada terlebih dan terkurang semasa ustaz datang Bandung ini. Ada masa kita jumpa lagi...tak didunia, disyurga hendaknya," bisik saya sambil memeluk erat.
"InsyAllah...teruskan berjuang akh!," pesan Ustaz Hasrizal.
Bahkan ucaplah hingga bertemu lagi,
Seandainya tidak dibumi Tuhan,
Mudah-mudahan di Syurga-Nya nanti.
Seandainya tidak dibumi Tuhan,
Mudah-mudahan di Syurga-Nya nanti.
Seeru ala barakahtillah!!!
Sedikit Pandangan Tentang PERMAI.
Secara pribadi, saya amat bersyukur Allah mengizinkan ia berjalan dengan lancar. Dan Dia menyatukan hati kami didalam Islam.
Kekuatan PERMAI kali ini, ustaz mampu membuktikan bahawa, Islam itu adalah bukan hak ekslusif sesiapa. Islam adalah tanggungjawap semua orang tidak kira dia berambut kuning hingga bertudung litup. Berseluar pendek sampailah berkopiah. Barrier itu di PERMAI seakan sudah dipecahkan dengan baik oleh Ustaz Hasrizal.
Tautan silaturahim dengan gerakan dakwah ditempat lain, kian bertaut rapat. Saff semakin dikemaskan. 3 hari 2 malam menjadikan masa cukup berharga untuk kami bertukar-tukar pandangan tentang gerakan dakwah ditempat masing-masing.
Menjawap soalan asas setiap insan sebelum masuk kepada bab hukum. Kenapa perlu bertuhan? Kenapa Tuhan itu ialah Allah? Kenapa Allah hanya meredhai agama Islam sebagai pegangan? Dan alhamdulillah semua itu terjawap.
Nota 1 : Saya tidak menceritakan isi PERMAI kerana ramai sudah TAHU dan ramai yang menghadirkan MAHU, jadi saya kongsi kisah disebalik PERMAI.
Nota 2 : Buat semua blogger terutama batch 08, update-updatelah blog anda...Cuti ini elok guna masa sebaiknya.
Nota 3 : Masih menunggu video REMPIT's VISION edition PERMAI diupload Youtube...nanti saya akan kongsi....
Nota 4 : Persetujuan awal sudah dibuat dengan Abu Saif, untuk talk "Nikah Connecting People The Return"...Jadi mahu ke idak wahai pelajar UNPAD?
Nota 5 : Saya masih hold dahulu article "Pengembala Doktrin bersama ternakan mad'u" kerana emosi masih terkilan. Menunggu perasaan ini reda, insyAllah akan saya kupas dari sudut Islam, Jemaah, Waqie' dan berbeza.
.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.
14 comments:
This is the kind of things I really miss about being a student. Keep up your good job, and enjoy your student life to the fullest!
Abu Aiman- For the 2nd time i heard about this after done PERMAI articles.
Before this Kak Sarah which is now as HO
Then, you bro..
"Enjoy your student life to the fullest" ~ Nice quote..
salam saudara...
"Islam adalah tanggungjawap semua orang tidak kira dia berambut kuning hingga bertudung litup. Berseluar pendek sampailah berkopiah. Barrier itu di PERMAI seakan sudah dipecahkan dengan baik oleh Ustaz Hasrizal."
Apakah maksud ini, boleh diminta untuk dijelaskan? terima kasih...
Anony- Islam itu untuk semua...sekian terima kasih =)
owh, haha...maksud saya ayat yang paling hujung,
"Barrier itu di PERMAI seakan sudah dipecahkan dengan baik oleh Ustaz Hasrizal"
maksudnya?
Anony- Owh yang itu...sebelum ini ramai orang mengnisbahkan untuk bercakap soal Islam, atau bertindak untuk Islam hanya budak sekolah agama ataupun biro agama...
Di PERMAI, Ustaz membuktikan bahawa Islam itu untuk semua tidak kira bagaimana rupa orang itu, bila bersyahadah...dengan sendiri beban membawa Islam dipikul bersama.
Dan kebanyakkan peserta merakakan "itu"... Itulah barrier yang dapat dipecahkan...
Salam.
well done PA ustaz!
ermm..kak pun rasa cepatnye nak abeh doh koas ni:)
rasa nk gunakan sepenuh masa time belajar ni tambah2 yg mane kurang.mungkin suatu hari nnt akan merindui saat ini.
PERMAI 2010 mantap!
kenangan manis apabila dpt berukhuwah dengan sahabat2 dari seluruh indonesia dan juga msia yg dtg.
Serru a'la Barakatillah!
teruskan berjuang.
setuju dgn nota no 4:)
Kak Tasha-Wslm...
Sama-sama...tetamu datang, kita perlu jaga sebaik mungkin.
Terima kasih atas sharing itu =)
p/s: bab tu setuju sokmo kak neh
You and Ustaz Hasrizal are like two peas in a pot. Hee
Blogger- Hohoho...berani ada orang kata aku buah pea...in a pot pulak tuh...Nak kena neh =p
Duha-senyum saje dia ni...cepat sikit balik...nak bagi kerja
SAlam..
wah, menyesal balik UKM awal2..hehe
Alangkah bagusnya sekiranya dapat join PERMAI.
Sebenarnya sehari sblum ke Bandung ustaz hasrizal dtg bg talk kat PPUKM cheras.tajuk 'hot' : menantu pilihan mak..penuh dewan smpai ada yg duduk atas lantai.Mmg best..alangkah bagusnya kalu dpt attend program Permai 3 hari 2 mlm.korg mmg beruntung..
Apapun..Tahniah kpd semua AJK PERMAI sbb dpt anjurkan progrm yg memberi maanfaat kpd semua (",)
Aishah- Wslm...datang pun cik siti wan kembang kita...ekeke.
Ustaz ada cerita sebelum dia pergi PERMAI dia singgah ke UKM dulu...Dan yang best, dia cakap program itu memang santai habis...sampai dia pun terpaksa tukar "color"..ekeke.
Sama-sama...bila lagi nak mai Bandung...bawak sekali pemenang MPP UKM tu...sibuk nampak dia sekarang..
Post a Comment