"Ingat bagi kita disana, pilihannya hanya dua. Jika tidak ke syurga, takkan kita nak buat syurga setinggan? Ada ke?," hadirin ketawa.
"Sudah pastinya ke neraka!," Ustaz Hasrizal menamatkan ayat provokasi beliau tadi. Semua hadirin terdiam. Gulp!
Memberikan peringatan Rabbi lebih menikam kalbu ketika kita sedang bergembira. Ketawa, ketawa kepada diri sendiri.
Hari itu, peringatan Rabbi itu datang kembali.
Angkatan (batch) saya boleh dikatakan baru menempuh suasana baru, berlainan dari nuansa yang sebelum ini. Masing-masing berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan hospital yang menjadi medan juang baru kami, silibus yang berbeza, pesakit dan doktor, kekangan masa yang menuntut kesabaran yang tinggi.
Apabila semua mengalaminya, masing-masing berusaha menyesuaikan diri sendiri. Jika dahulu, kita boleh bertemu muka di kuliah, tidak lagi sekarang. Masing-masing telah dipecah mengikut bahagian (department) masing-masing. Terjumpa, senyum dan mengangkat kening.
Jika dahulu, masih mampu berusaha memenuhi makanan nurani. Sekarang, semuanya dilakukan secara cepat. Mengaji segera, solat laju, mathurat express. Faktor desakan masa dan tuntutan kerja bersilang. Sejujurnya hati tidak tenteram dengan semua ini, dan masih mencari rentak memenuhi semua itu.
Suasana di Hospital
"Syeikh, Nani dah takda,"kata seorang teman yang satu bahagian dengan saya. Radiologi. Teman yang disebelah sudah bercucuran airmata.
Ketika itu, saya telah kalut memberikan tugas kumpulan. Kerja terhenti...
"Betul ke? Cakap memolek...jangan main-main bab ni weh,"saya terkulat-kulat. Masih percaya tak percaya. Selepas dipastikan, saya bersama teman lain meminta izin dari doktor untuk menziarahi dan mungkin boleh menolong apa-apa yang patut.
Di kamar jenazah, sudah ada beberapa teman. Keadaan kelihatannya masih pagi, matahari masih malu-malu untuk memancarkan sinarnya. Sejurus sampai, bersalaman dengan beberapa teman, yang lain ada yang membaca ayat suci Al-Quran dan ada yang menangis. Semuanya berlaku dengan cepat, tanpa khabar berita.
Itulah ajal, mahupun ia datang, menolak pun ia datang. Kerana janji kematian itu janji yang pasti.
Perasaan masing-masing bercampur baur. Banyak yang hanya mendiamkan diri, melayan perasaan masing-masing, ada yang berbisik-bisik bertanya khabar. Namun, hak seorang muslim terhadap muslim yang lain, ramai yang tidak melepaskan peluang. Solat jenazah.
Semasa berbual dengan teman, saya sempat melontarkan satu soalan.
"Akhir hayat diri kita ini diukur dengan apa? Hari, jam, minit, saat?," tanya saya.
"Erm...ikut detik la kot," jawap teman.
"Ikut helaan nafas. Nafas yang kita hirup sekarang adalah hak kita. Nafas yang bakal kita hirup selepas ini belum tentu milik kita," jelas saya.
Sungguh, kematian itu peringatan yang maha bermakna hanya bagi yang mahu memikirkannya.
Rehat Dari Keletihan
Allah menjemput Inani dari kesibukan dunia kepada kerehatan abadi di sana. Sampai masa, kita pasti menyusul, tidak terlewatkan walau satu saat sekalipun.
Kita sering memikirkan bagaimana ajal kita? bila ajal kita? apa yang mahu ditinggalkan? Tanpa pernah memikirkan bekal apa yang mahu dibawa.
Bekal yang menjadi penyulu alam fanaa, pelebar ruang barzakh. Dibimbang-bimbang fakirnya bekal dibawa, sudah semestinya fakir jua balasan kita dialam sana. Nauzubillah, cukuplah kematian itu peringatan buat diri.
"Maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya" (Al-A'araf: 34)
ZIKRUL MAUT!
Nota 1 : Takziah buat keluarga Inani, saudara mara, rakan taulan. Al-Fatihah.
Nota 2 : Buat semua housemate Nani, semangat ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
yes. kami semangaaaaaaaaaat!
yes. kami strongggggggggggg!
=)
salam takziah buat family kak inani..
walaupn sy tak mengenali beliau, juz add kt fb jer..
tp berita ini bgai mmbuatkn sy ad connection dgn beliau..
family yg kat mesia sume dok bertanya ke sy psl kak inani..
moga kak inani dtmpatkn bersam org2 yg beriman..insyaAllah..
cokodok- Bagus-bagus...anak Dumex ni.
Bella- Amin, kita doakan agar beliau ditempatkan dikalangan orang beriman hendaknya.
Bella nak tahu ada ikatan yang lebih kuat dari ikatan sahabat, lebih kuat dari ikatan bangsa, lebih kuat dari ikatan ibu anak...iaitu ikatan aqidah. Ikatan itu sahaja yang mampu memastikan kita dapat bertemu disyurga Allah. =)
Post a Comment