Waaaa...waaaa...waaaa
Esakan tangis 3 kanak-kanak kecil kedengaran bergema, berhembus sama dibawa angin lalu beriringan dengan deruman kuat burung besi.
Diperut pesawat, ada ibubapa kepada 3 anak kecil itu. Ketiga anak kecil itu hanya mampu menangis dan menangis dipinggir pagar besi, melepaskan tanpa rela ibu dan bapa berangkat. Bukan seperti kebiasaan, jika mahu bercuti, pasti dibawa kami. Tapi tidak untuk kali ini.
Sebenarnya, 3 anak kecil yang terisak menangis adalah kak long, angah dan saya sendiri.
"Tersenyum sendiri" itulah yang saya rasakan sekarang apabila mengenang kembali peristiwa itu. Hari itu hari bersejarah buat keluarga saya terutama bagi abah dan ibu. Mereka akan berangkat ke Tanah Suci Mekah, menyahut panggilan Allah, menjadi tetamu Baitullah.
Ketika dan saat itu, kami berempat sebenarnya. Ayi yang masih bayi kecil, belum mampu mengerti perpisahan itu. Kami bertigalah yang jarak kelahiran antara satu sama lain yang agak rapat, berkongsi duka yang sama.
"Ibu....jangan tinggal ami. Ami nak jadi anak soleh...jangan tinggal ami," berkata dalam nafas yang terhenti-henti.
"Ami, ibu nak pergi haji tu. Kekgi ibu balik la...meh balik meh. Duk rumah tok,"pujuk tok. Sambil digosok dan didakap mesra cucu kesayangan beliau.
"Takboh...ami nak ibu jugok,"saya membantah. Berkeras.
Pesawat terbang berlari laju, membelah awan diangkasa raya.
"Meh ami meh...kekgi ibu balik. Dia pegi kejap je tu," pucuk makcik. Dirangkulnya saya, dan dibawa pulang ke kampung. Adik beradik yang lain pun sama. Ada yang berdukung, ada yang dituntun tangan, semuanya dalam tangisan.
Takut Abah
"Hah, ami...itu abah dah sampai," kata tok dengan ceria. Anak dan menantunya selamat pulang menunaikan haji.
Dumm...dumm...dumm...
Saya berlari. Tetapi tidak berlari mendapatkan abah, tapi menyorok dibalik daun pintu. Tidak kenal siapa mereka berdua, khususnya yang bermuka bersih tanpa misai dengan dengan berjanggut tipis dan yang paling meng'horror"kan berkepala botak. Botak chin beb!
Ibu abah tidak menunggu lama, barang belum sempat dikeluarkan, anak-anaklah yang mereka mencarinya terlebih dahulu.
Dicium bertalu-talu pipi kesemua anak kesayangan, didakap penuh erat mesra. Saya yang pada awal agak takut dan kaku, akhirnya sudah menerima 'hakikat' merekalah ibuabah yang sebulan lepas meninggalkan kami. Sekarang mereka selamat kembali.
Harga Yang Dibayar
"Ibu kenapa ibu pergi haji masa muda-muda?," tanya saya. Sambil berbaring meletakkan kepala diatas riba ibu.
"Erm...sebenarnya berat pada awalnya. Masa itu, duit simpanan adalah sedikit. Ibu abah ada 3 pilihan untuk guna duit tu. Nak beli rumah ke, nak beli kereta ataupun pergi haji,"cerita ibu.
"Terus, kenapa pilih buat haji? Bukan ke masa tu muda lagi?,"saya bertanya lagi.
"Lepas fikir balik, itulah keputusan yang tepat ibu abah pilih. Ibu abah buat keputusan guna duit tu untuk pergi haji. Lepas je pulang dari haji, alhamdulillah rumah dapat, kereta pun dapat beli. Allah mudahkan urusan," terang ibu.
Ooooo...
"Lagipun Ami, nak buat haji ini, baik buat masa muda-muda. Kudrat empat kerat masih kuat. Ibu kesian tengok, orang tua-tua pergi haji. Mudah sakit, penat sokmo, dan kadang-kadang terpaksa 'menyusahkan' orang lain. Ami nak pergi haji, pergilah masa muda-muda," ibu berikan semangat.
Anak yang masih kecil, kewangan yang terhad, mencari masa yang benar-benar ideal itu semua harus difikir dan dipertimbangkan. Tapi yakinlah, jika benar-benar kita serahkan semua itu kepada Allah selepas istisyarah, Allah s.w.t akan mudahkan.
Itulah keajaiban Baitullahilharam. Panggilannya memanggil jutaan ummat manusia. Jutaan jua ter'sihir' dengan keberkatan tempat suci itu.
Labbaikallahumalabaik....labbaikallahsyarikalakallahbaik...
Semoga daku dipanjangkan umur untuk menjadi tetamu-Mu Ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
assalamualaikum..
salam aidil adha..tumbang lembu baper ekor thn ni??hehe
siapa kata genre 'sebegitu' je menarik komen sy..heh..
yang lain tu kadang tak tau mcm mana nk mengomen, takut tersalah komen atau terlebih komen pulak nanti..
waktu ummi dan abah pg haji, duha kecik sgt..tak igt apa2 rasanya..tapi teringat dulu2 kalau derang pg oevrsea je (sbb keje ke..umrah ke..) walaupun tak lama..tapi mmg boleh demam..heh..
nanti kena pegang baju abah 24 jam..bawa ke hulu ke hilir..dapat rasa abah 'bersama' bila wat cmtu..sbb ada bau abah..hehe..tapi tu kecik2 la..skang dah matang..ehem2.. :)
erm..teringin nk menunaikan hj jg..sambil2 menunggu masa, persiapkan diri dengan sebaiknya iA..
salam eid! mari berqurban~
Syuhadah- Tahun ini? entah...pencen kot. ekeke
Duha- Takpa, yang kurang kita sama-sama tambah, yang terlebih, kita sama-sama ringkaskan. =)
Ok dah tahu...duha ini anak siapa. hehe. Siap ambil baju abah tu...ish-ish.
Selamat Berqurban
:)
=)
Post a Comment