Friday 12 November 2010

Manual Bercinta : Satu Dapat Dua

Saya pernah menghadiri kuliah rutin seorang pendakwah bebas yang terkenal di Terengganu, Ustaz Azhar Idrus. Nadah kitab orang kampung saya kata.

Gambar Hiasan

"Mengikut hadis ini, diakhir zaman untuk mendapatkan seorang wanita yang solehah, macam mencari burung gagak yang hujung sayapnya berwarna putih. Payah dan sukar, tapi InsyAllah masih tetap ada," syarah beliau tentang satu hadis.

Dek sudah rezeki saya, bila pulang ke kampung halaman dan menghadiri kuliah beliau. Tajuknya sungguh tempting. Bab nikah, cinta, kasih sayang, tanggungjawap suami isteri. Adeh terprovokasi gue!

"Wanita solehah" tetap menjadi topik yang sukar untuk diperbincang, bukan kerana tajuk itu sensitif tapi menjurus kepada subjektiviti. Ya, subjektif tapi masih bisa diukur. Bagaimana untuk mengukur? Sabar der...teruskan membaca.

Idaman Lelaki

Jika ditanya kepada semua lelaki tidak kira dari yang berkopiah ke topi sudu, dari rambut berwarna hitam sampai ke rambut traffic light, dari berkain pelekat sampai ke jeans koyak rabak, dari berbutang kemas baju melayu hingga ke ber'butang' kemas ditelinga. Semua mahu yang solehah.

Gambar Hiasan

"Kalau ana, mahunya yang solehahlah. Lagipun itu ajaran Islam," kata mat masjid.

"Wa rock..tapi nak solehah beb! Yeeeyeh!!!," kata mat rock kapak.

Idaman lelaki beriman khususnya, dan tidak perlu aneh yang biru-haru, pun mahu solehah. Penyamun pun marah bila barangnya disamun. Seperti orang Indonesia ngomong udah fitrahnya segitu.

Secara umum, untuk mencari calon isteri yang solehah berpandukan ilmu. Ilmu itu kita dapati dari alim ulama dan para ustaz. Dari situ ciri-ciri wanita solehah akan kita ketahui dan memudahkan kita perhalusi, tapi awas belum tentu semudah A,B,C.

Mengetahuinya tidak sukar, taat kepada suruhan Allah dan Rasul, menjaga nama baik ibubapa, terjaga dalam pergaulan, menutup aurat dengan sempurna. Itu yang terzahir, tapi masih belum cukup melayakkan diri mendapat title wanita solehah. Persoalan dalam hati juga harus disuluh. Sopan-santun, penyabar, baik hati, pemurah, penyayang. Lengkap? Ya, lengkap.

"Perghh...kalau macam ini kriteria yang nak, sampai kucing bertanduk pun aku tak dapat kahwin." Lek lu der...sabar! teruskan membaca...

Menjadi Dari Mencari

Saya pernah melontarkan idea ini pada article sebelum ini, dan kali ini saya akan cuba perincikan apa itu menjadi dari mencari.

Seperti ciri wanita solehah yang zahir, mudah untuk kita mengukur dan memerhati oleh kedua mata. Tetapi jika berpandukan yang zahir semata, dibimbangi kita akan kecewa. Tidak sedikit yang tertipu. Lantas, melengkapkan pencarian wanita solehah sebagai calon bidadari dunia, harus dipaketkan sama dengan ciri dalaman. Untuk menilai ciri dalaman ini, itulah masalahnya!

Gambar Hiasan dari Lensa Amad

Persoalan hati, bukan tugas kita bahkan kita tidak layak untuk menilai. Kerana empunya hati bukan kita tapi Ya Rahman Ya Rahim, Allah s.w.t. Dialah pemilik segala hati.

"Habis tu, kalau Allah s.w.t je yang boleh nilai soal hati. Macamana kita nak tahu. Tension arrr ni!."

Aik...dah tension!? kata nak bidadari dunia. Sabar der sabar...

Sebenarnya ada jalan pintas untuk mencari wanita solehah, iaitu menjadikan diri kita sendiri soleh.

Jika ciri wanita solehah yang kita mahukan itu lengkap cantik dari zahir dan batin, kita lekatkan kesemua ciri itu kepada diri kita sendiri terlebih dahulu.

Mahu calon isteri yang taat pada Allah dan Rasul, taatkan terlebih dahulu pada Allah dan Rasul.

Mahu calon isteri bersifat ihsan pada ibubapa, ihsankan diri terhadap ibubapa terlebih dahulu.

Mahu calon isteri cantik menjaga aurat, jagalah aurat diri terlebih dahulu.

Mahu calon isteri yang menjaga pergaulan, jagalah pergaulan terlebih dahulu.

Muhasabah kesemua ciri wanita solehah itu pada diri sendiri. Tanyalah hati kecil, sudah solehkah atau sekurangnya menuju soleh sehingga kita mahu isteri yang solehah. Jawaplah dengan jujur, kerana hati tidak mampu membohongi diri sendiri. Berat untuk implimentasi sifir hidup ini. Tapi ketahuilah ia jauh lebih mudah dari kita mahu mengukur iman didada orang lain.

"What you give, you get back," kata Scorpions dalam lagunya. Itulah sifir hidup. Susah tapi tepat!

Kalau artis rock yang entah datang dari mana ini pun faham sifir hidup ini, inikan kita yang bersyahadah, mengaku Allah yang mencipta segalanya termasuk manusia. Bukankah Maha Pencipta itu asmaNya?! Wajar kita lebih memahaminya dari Scorpions tu.


Gambar Hiasan

" Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." (An-Nur: 26)

"Hurm...macam payah pula macam tu. Yelah, diri kita seakan mahu semuanya baik,"nada berputus asa dan mengeluh.

Aik der...nak ke tak ni?

"Nak-nak...tapi itulah."

Saya ingin menyeru buat diri saya sendiri dan semua lelaki terus mempertingkat iman dan taqwa, tapi bukan kerana tujuan utamanya wanita solehah tapi kenikmatan lebih dari itu. Lebih dari dunia dan isinya. Syurga. Mendapat bidadari dunia itu bonus dalam merintis jalan menuju syurga.

Dengan soleh, syurga dapat, bidadari dunia yang solehah pun dapat. Combo!

Dengan meletakkan piawaian yang tinggi pada diri sendiri dalam menjadikan diri soleh, saya ingin mengusul dengan merendahkan sedikit piawaian dan berpada-pada terhadap calon isterinya. Solehah isteri masih boleh kita bentuk dan didik (tarbiah), kerana masa yang kita punyai lama. Kerana mahunya cinta kita itu, bercinta hingga ke syurga. Tak gitu?...

Mahu wanita solehah, soleh-solehkan diri.

Lho, itu aja kot repot!

.: Amad ingatkan just in case kalian terlupa :.

6 comments:

Rafahiah Haron said...

sy sgt sgt sgt bersetuju dgn entry ini..from my own observation, dari pglmn org lain or diri sendiri..lelaki akan dihormati & dituruti bila dia sendiri rajin perbaiki diri.

Sama lah mcm kalau kita tegur orang, tapi kita sendiri buat benda tu..mcm mana nak buat org hormat pada kita kan?:)

kesimpulannya jadikan diri kita seorg yg layak dihormati dulu..baru lah kita layak utk mengimpikan sesuatu..=)

Dr Amad said...

Rafahiah- Walaupun article ini duk polish lelaki, sebenarnya ia article untuk kedua-dua jenis kutub manusia.

Hanya tukar mood je baca. Huhuhu..

p/s: Orang dah nak masuk stage lain dalam kehidupan, kan lain komennya...hehehe. Matang!

Selamat....

duha said...

assalamualaikum..
mengikut pengalaman sendiri (cewah)..
saja tiru ayat kak yah kt atas..

erm..betul2..
Allah takpernah tipu
dan janjiNya pasti berlaku..

yang baik untuk yang baik,
dan yang keji (buruk) buat yg begitu juga..

mulakan dengan diri kita,
yang lain serahkan pada Allah..
He knows the best!

Dr Amad said...

Duha- Wslm...selamat berpraktikal ya.

p/s: Article bergenre macam ini juga dapat memancing komen duha ek...hehe

Qaseh Adriana :) said...

salam.

mencari yang soleh perlu menjadi solehah.
mencari solehah perlu menjadi soleh.
bukan isu mencari, tetapi menjadi.
andai mencari soleh dan solehah, jadikanlah diri sendiri soleh dan solehah.

bukan setakat menjadi soleh dan solehah, tetapi 'muslah' iaitu menyucikan diri seperti air , suci

:)

Dr Amad said...

Budak kecik yang dewasa- Selamat datang ke amadanaksoleh. =)