Dikala hati pedih, sedih kesan dari pergaulan dengan manusia lain, saya terbaca satu hadis ini. Ibarat air dingin memenuhi tenggorokan yang haus. Dipadang pasir. Cukup melegakan, mendamaikan.
Rasulullah s.a.w pernah berpesan "Jika seorang muslim bergaul dengan orang lain dan bersabar atas gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan orang lain dan tidak bersabar atas gangguan mereka." (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Pesan Baginda sebenarnya jika dipertimbangkan dari sisi sunnahtullah mahupun syariatullah amat tepat dan saling berkait.
Bagaimana mahu kita kata coklat itu sedap, andai tidak dicicipi?
Bagaimana mahu kita kata bayu itu mendamaikan, andai tidak kepanasan?
Bagaimana mahu kita kata sudah beriman, andai tidak diuji! Firman tertinggi...
Rasa Disalah Erti
Apa yang ada rasakan andai diri disalah tafsir?
Lain dicakap, lain disalah tafsir.
Lain dilakukan, lain dilihat.
Memang mengecewakan. Apatah lagi suara kita yang dilontarkan itu ditafsirkan dengan nada berbeza bahkan diberikan konotasi yang negatif. Sudah tentu, medan tulisan tanpa intonasi suara membarahkan konotasi berbeza.
"Tolong beli seluar, dalam dua tiga helai."
dengan
"Tolong beli seluar dalam, dua tiga helai."
Itu saja cukup melucukan, namun dalam hal yang lebih serius ia boleh melukakan. Sudah semestinya hidup secara personal membuatkan jiwa kita akan memberontak dan marah untuk membetulkan persepsi itu terhadap diri. Bahkan jika hidup kita berkumpulan, bergaul dan berbaur perasaan itu berganda sakitnya.
Diuji Islam atau Keislaman Diuji?
Saya suka belajar karekter manusia dari cara mereka menulis, menjawap dan melontarkan idea dan pandangan. Bukan untuk mengadili, tapi cukup bagi diri saya mengutip mutiara pengalaman bersama manusia-manusia. Biarpun ia pengalaman tidak enak, ia tetap mutiara. Apatah lagi pengalaman yang mendewasakan dan mengeyangkan minda. Mutiara yang cukup luar biasa.
"Kepada semua Melayu-Islam, cepat mendaftar pemilih. Jangan kerana kita tidak mengundi, nanti kita Melayu-Islam akan jadi seperti Palestine. Merempat dinegara sendiri," begitu semangat saranannya. Dari bacaan saya, 'ya, dia seorang yang berfikrah.'
Namun, beberapa soalan menjengah kedalam minda. Dan terdetik mencuit kekuatan fikrah ini. Dan jika ada peluang dan keperluan, boleh kita berbincang berkongsi rasa hati.
Kenapa hanya Melayu-Islam?
Mahu dicampak kemana bukan melayu dan bukan Islam?
Mahu mengundi siapa?
Apa kaitan senario Malaysia dengan pelarian di Palestin?
Tidak tahukan dia tentang semangat Arab di Palestin lah yang membuat bumi Isra itu terjajah?
"Bakal seronok ni. Meh cuit sikit, mungkin ada ruang boleh kita berkongsi,"detik hati saya.
"Erm, kalau saya nak undi DAP boleh," saya berbasa basi dulu. Melontarkan idea 'horor' bagi sesetengan umat melayu.
"Kalau rasa undi DAP tidak menjadikan anak bangsa menjadi pelarian merempat di negara sendiri. Undilah parti tersebut," menyakinkan dan tegas jawapannya.
"Dimana logiknya kita melayu-Islam boleh menjadi pelarian dinegara sendiri? Boleh bagi senario yang paling memungkinkan," saya cuba mengegarkan lagi kefahaman tentang idea melayu Islam, salah langkah, pelarian, dan Palestin.
"Habis tu Palestinians tu apa ko rasa status diorang sekarang? Diorang kata Palestine itu hak diorang, tapi tengok sape yang conquer? Siapa yang merembat? Siapa yang banyak kena tembak?," panas jawapannya. Sudah ber'aku' 'ko' walaupun berbeza usia lebih tua.
Status Palestin itu sekarang pelarian.
Israel yang conquer.
Zionis yang rembat.
Rakyat Palestin yang banyak kena tembak.
Jadi mana kaitan yang paling memungkinkan senario di Malaysia dan di Palestin sama? Tidak mampu diberikan, yang saya dapat kemarahan. Mungkin saja soalan saya itu boleh dijawap dengan kaitan dan contoh yang paling jelas antara situasi Palestin dan apa yang bakal terjadi kepada Malaysia jika tidak mengambil iktibar dari Palestin. Boleh jadi jawapan itu benar.
Jawapan tidak dapat, dimarah pula ada. Padan muka Amad!
Itu satu dari pengalaman saya berbaur dengan manusia. Sering yang dapat selain Pro-UMNO, Anti-UMNO, salafi wahabi, khalaf, syiah, Pro-PAS, Anti-PAS, anti-perempuan, minat perempuan, bajet ahli syurga. Dari kawan baik sendiri ataupun lawan.
"Ni payah bincang dengan orang pemikiran sempit."
"Amad memang begitu, sabar jela."
Dirasakan Islam dipersoalkan, tapi hakikat 'keislaman' mereka yang dipersoal.
Gagal menjawap, jadi simplistik...
Apa Yang Kita Percaya
Saya masih ingat kisah anak buah naqibah, kak naqibah dan PERMAI. Bagaimana tarbiah yang seharusnya membebaskan jiwa dari 'perhambaan' sesama manusia kepada sebenar-benar perhambaan kepada Allah. Memperbodohkan anak buah demi kesejahteraan fikrah.
"Aaah...jangan tanya saya banyak-banyak. Tanyalah kak naqibah!."
Inilah isunya. Sebelum kepada apa yang kita perjuangkan, soalan yang datang sebelum soalan itu adalah apa sebenarnya yang kita percaya?
Disebutnya perjuangan adalah tindakan atas apa yang kita yakini. Namun jika kekuatan itu goyah terburai dengan sedikit cuitan, idea yang kontra, berbeza nada itu bukan lagi perjuangan bersadarkan kefahaman tapi taqlid mengkhinzir buta atas nama perjuangan.
Kenapa taqlid?
Kerana kita diajar untuk menghafal fikrah dan idea. Namun gagal menyambungkan fikrah dan idea itu kepada realiti. Memang kelihatannya hebat mampu mengingati dan menghafal quote dari insan-insan hebat. Tapi apa yang di quote itu adalah idea dan fikrah orang lain bukan fikrah sendiri. Fikrah sendiri adalah dibina atas apa yang kita fahami dan yakini.
Hal ini terjadi kerana kita tidak pernah diajar untuk meragui atau mempersoalkan kembali apa yang kita percaya. Sedangkan itulah kunci untuk mendapatkan keyakinan yang sebenar-benarnya. Bukan ikutan, bukan arahan, bukan turunan.
Jangan menjadi daie yang kefahamannya seperti istana kaca. Nampak cantik kukuh, namun fragile!
Kita! adalah apa yang kita percaya...
.: Amad ingatkan andaikata kita terlupa :.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Terjentik minda untuk turut berfikir...
Sayang kalau apa yang kita pegang, mudah berkecai...
Moga Allah berkati Dr Amad dan dibuka pintu kefahaman seluas-luasnya...
Sinar-Minda harus terus dijentik, biar kefahaman yang dipegang adalah sebenar-benar kefahaman. =)
Assalam, abg fahmi..
Semoga Allah tolong mana2 yang tercicir, yang mana dah tersilap fahaman, mana2 yang dah letakkan niat dan asbab bukan keranaNya. Semoga kesilapan tu tak menimbulkan fitnah dan tanggapan yang bawa mudharat..
Semoga Allah kurniakan pertolongan dia dalam usaha kita semua untukNya, apa pun yang terbaik unutk kita pada kita, dan apa pun yang terbaik untuk kita padaNya.
Amin=)
Piqa- Wslm...kebenaran dan kefahaman itu datangnya dari Allah, mahu nikmat itu, dengan tetap kembali kepada Dia. =)
assalamualaikum..hurm..perangai manusia tu bermacam-macam..ada yg penat melayan kita, ada yang penat kita nak melayan..tapi perbezaan tu menjadi ibrah bg sesiapa yg inginkan..kalau kesalahan mereka yg lain diambil sebagai pengajaran dan dibantu untuk diperbaiki, kita menang, mereka pun menang kan :D
berlapang dada tu kadang2 memang tak mudah, tapi kalau itu yang islam tuntut, takde pilihan lainlah kan selain utk saling menghormati n bertoleransi..
saya masih harus belajar BANYAK untuk menjadikan fahaman saya sprti istana besi, even tak cantik tapi keras dan kukuh! (xde kaitan dgn menyokong masjid besi atau tak :p )
Duha-Istana besi masih tetap cantik, ia balik lagi kepada persoalan bagaimana kita mahu mencantikkanya.
Mahu tengok besi cerucuk memanglah tak cantik, sama kaca yang pecah. Dan sekali lagi ni falsafah....capek dech..hehe
Post a Comment